amriezukasensei part 1

http://amriezukasensei.blogspot.com/
amriezukasensei part 1

Showing posts with label Bola itu bulat. Show all posts
Showing posts with label Bola itu bulat. Show all posts

Monday, 3 October 2011

Derby dan rupa- rupa nya.......

Merseyside Derby,

adalah gelaran perlawanan diantara Liverpool dan Everton. Ianya dinamakan sedemikian kerana Everton merupakan sebuah kawasan di dalam Liverpool. Jadi perlawanan diantara keduanya adalah dikira seperti adik beradik yang sedang menunjukkan kehabatan masing-masing. Penyokong kedua pasukan ini, seringkali terdiri daripada keluarga yang sama. Dan jarang sekali berlaku pergaduhan diantara kedua penyokong pasukan ini. TETAPI, saingan perlawanan ini adalah sangat hebat daripada perlawanan biasa kerana faktor DERBY tadi.

Mereka ini mungkin adik beradik, sepupu ataupun jiran...








Epic!!!!



Serupa halnya dengan Manchester United dan Manchester City. ianya dikira Derby juga. Kerana kelab ini berada dikawasan yang sama yang mana kadang2 penyokongnya menyokong kedua-dua kelab ini pada satu satu masa.


Pada Sabtu yang lepas Liverpool mencatatkan kemenangan yang ke 216 ke atas EVERTON. Satu game yang amat menarik dengan berbagai aksi drama yang dapat menghangatkan suasana stadium.

Andy Caroll's berjaya menyumbat gol sulung beliau pada perlawanan ini dan Suarez seperti biasa, beraksi cemerlang jauh lebih baik dari Torres yang gila glamer itu.

Jack Rodwell dari Everton yang dilayankan kad merah adalah satu insiden kalut malut pengadil. Bagi aku, ianya tidak sepatutnya kad merah. Cukuplah dengan kad kuning kerana ianya kesalahan pertama dan sebenarnya Rodwell menyentuh bola sebelum 'membaham' kaki Suarez. Memang difahami, tindakan terjahan keras keatas pemain utama (penyerang terutamanya) biasanya pengadil akan bertindak dengan amat 'strict'. Dalam kes ini, Kad Merah.

Dirk Kuyt juga menambah drama dengan gagal menyumbat sepakan penalti yang diperolehi. Tak pe lah. Kira 'Instant Karma' bagi tindakan pengadil kasi kad merah tadi.

Tetapi kegembiraan aku menyambut kemenangan Liverpool ini sedikit terancat apabila aku terlihat sticker ini di beg junior:

Gambar ni amik kat beg ngaji dia... mana dia dapat ntah.. Tapi dia kata, dia tetap Liverpool Fan jugak... ni nak sokong team 'Tok Pa' .....hahaha

Sunday, 21 August 2011

Penantian 11 Tahun



Mengikut kata, Manchester United merupakan secara tidak rasminya rival paling ketat Liverpool.  Sebenarnya, rival paling ketat Liverpool adalah Everton. Ini kerana mereka ini duduknya sebelah menyebelah. Serupa macam ManUtd dengan ManCt.

Sebagai seorang penyokong Liverpool yang tidak begitu tegar dari tahun 1994, aku sebenarnya tidak peduli sangat siapa rival bagi The Reds ini. Tetapi, bila sebut perlawanan diantara Liverpool dan Arsenal, ianya memberikan sedikit perasaan 'hatred and rage'. Ini mungkin kerana, dikalangan kami sekeluarga (aku adik beradik dan orang tua aku) hanya aku sorang sahaja bukan penyokong The Gunners. Pada zaman kegemilangan Thierry Henry , Liverpool sentiasa kalah dengan Arsenal. Lembik aku kena kutuk...

Akhirnya, selepas sebelas tahun, sejak dari tahun 2000,  malam tadi, Liverpool berjaya mengalahkan Arsenal dengan 'the worst possible ways'. ( Away Fixtures)

Pertamanya, Gol sendiri Aaron Ramsey memang amat memalukan dan tidak sepatutnya terjadi kepada sebuah pasukan yang 'claim' keeper dia hebat bangat!!

Keduanya, dengan pembuangan padang Emmanuel Frimpong kerana kad kuning yang kedua. Memang patut pun, mamat muka cam cicak ni, memang main jenis tuju betis orang.

Ketiganya, Arsenal langsung tidak dapat membalas jaringan yang Liverpool dengan keputusan akhir  0-2.

Walaubagaimanapun, Ianya masih awal untuk menentukan hala tuju Liverpool yang prestasinya amat buruk dalam setahun dua ini. Kelemahan ketara Liverpool adalah apabila bertemu dengan Team cap ayam, Liverpool susah untuk menang dan mengutip mata penuh. Bia lawan team kuat kuat, reti pulak lah dia menang.....

You'll Never Walk Alone!!!!

Hero malam tadi, Enche Suarez.....

Tuesday, 19 July 2011

Cari Nahas Reds v/s Red

Jangan banyak cakap, tengok je video kat bawah ni;



http://www.youtube.com/watch?v=s0dcdoU51rk&feature=player_embedded


Dah tengok?

OK... Itu ari The reds ada turun sini lawan friendly ngan team Mesia. So sebelum lawan tu, derang ada buat sessi latihan di stadium.

Walaupun aku ni kipas susah nak mati The Reds, aku tak pergi la nonton sebab aku tengah sengkek masa dan sengkek fulus. Lagi pun, dalam ramai2 manusia yang aku kenal, tak de yg sokong The Reds dah, abis belot sokong Chelsea dan Man Utd. Jadi tak berbaloi lah memandu jauh-jauh semata nak tgk orang main bola.

Balik kepada klip video tu. Apa yang korang rasa?

Aku rasa, mamat india Man Utd ni untung sebab kejadian ini berlaku di Mesia. Kalau ini terjadi di England sana, mamat ni dah lama kena keronyok atau mati di tikam.


Aku bukanlah membesar besarkan cerita. Tapi sepupu aku, Enche Izam, dulu duk di Manchester sana. Dia belajar akaunting di situ. Dia ni die hard fan Liv... tapi bila duk di Manc. dia terpaksa sokong Manc. sebab takut kena tikam. Hatta, masa nak pegi tgk org men bola, salah masuk gerabak Tren pun, anda boleh kena tikam.

Kat sana, samseng bola ni derang panggey Hooligans.

Dalam kes mamat india ni, kita lihat dari sudut yang terbalik pula, katalah dalam stadium tu, penuh dengan Fan Man Utd, mamat ni masuk dengan  baju The reds, aku rasa, perkara yang sama juga akan berlaku.

So ini bukan masalah disiplin penyokong atau apa sahaja yang berkaitan dengan kelab, tapi ini adalah isu kewilayahan. Pepatah melayu ada berkata, masuk disko kita joget disko, masuk konsert metal, kita banging sampai lebam.

Persoalannya, kenapa mamat india Manc Utd punya fan ini cetek akal dan tergamak buat apa yang dia buat tu?

Meh speku...

1. Dia tak de baju lain dah, janji baju bola. Kaler merah. Dia bukan minat sangat EPL apa semua tu, dia cuma ikut2 orang je... tengok omputeh main bola.

2. Dia kalah Bet.... sebab tu masuk situ pakai jersi MU

3. Dia sahut cabaran kawan2 dia utk pakai jersi Man Utd di sebelah The reds.

4. Dia memang Legend dan sengaja bikin itu macam

5. Dia gila.

Korang rasa yang mana satu?

Apa-apa pun, dia ni dah glamer satu mesia, hatta wayne rooney pun ada komen melalui twitter pasal perkara ini.


Budak berani itu legenda: Rooney



BINTANG sensasi Manchester United, Wayne Rooney menghambur kata-kata pujian ke atas seorang peminat Malaysia yang berani memakai jersi skuad Red Devils itu ketika menyaksikan sesi latihan Liverpool sempena Jelajah Asia 2011 di Stadium Nasional Bukit Jalil, baru-baru ini.

Kelmarin, dalam laman Twitter, Rooney memuji pemuda itu dengan berkata: “Lelaki itu yang menyaksikan latihan Liverpool dengan memakai jersi MUFC yang tertera nama saya di belakang adalah seorang legenda.” Jersi Manchester United yang dipakai pemuda itu kemudian ditanggalkan oleh penyokong Liverpool di depan sekumpulan orang ramai yang menjerit “Buka! Buka!” sebelum memaksanya memakai jersi Liverpool. Namun, pemuda itu enggan dan hanya duduk dengan tidak berbaju sebelum di bawa keluar.




Mamat india ni dah jadi lagend, super terkenal...!!!!

Monday, 4 April 2011

2-1-3?

The Reds kalah lagi......
2 gol yang kena tu, adalah hasil dari sepakan penati oleh Chris Brunt. Gol tunggal The Reds di jaringkan oleh Skrtel.

Kalah menang tu adat lah kan, tapi azab sangatlah kalau asyik kalah, terutamanya selepas berjanji untuk mengekalkan prestasi bagus. Nampak gayanya, sindrom kalah dengan pasukan underdog cap ayam, belum dapat dipulihkan oleh Daglish. Berapa ramai agaknya penyokong The Reds terbungkang mabuk kuciwa melanda malam tu? Ha ha...

Untuk menambahkan azab yang sedia ada, The Reds kehilangan 3 pemain utamanya kerana kecederaan.
Glen Johnson and Daniel Agger masing-masing cedera semasa perlawanan bertemu WBA dan Steven Gerrad cedera ketika latihan.

Daglish kata: "To lose three players in April would be a blow for anybody"


Aku kata: "They suck big time!! but it would be better if they could suck Daglish's pole for once. At least, they'll give him a good favour"