amriezukasensei part 1

http://amriezukasensei.blogspot.com/
amriezukasensei part 1

Showing posts with label i'm happy. Show all posts
Showing posts with label i'm happy. Show all posts

Friday, 16 December 2011

Konsert Fenomena 30 Tahun Search

Pada asalnya, konsert ini dicadangkan akan berlangsung di padang astaka Petaling Jaya... tapi disebabkan musim ujan, maka derang ubah venue ke Mines Convention Centre (MIECC) .
Tindakan bijak...

sebab, dari aku tak mo pegi, kini aku boleh pergi.

Kebanyakkan peminat Search ini adalah golongan otai yang sebaya aku, atau lebih tua dari aku... otai tak mo dah main ujan... dan dizaman teknologi ni, org tak mo BB, IP4, DSLR mereka basah kena ujan....

Sebenarnya, kalau ikutkan hati, mmg aku tak mo pegi sebab pengurusan konsert ni terlampau lembab dan clueless... mereka ada hunting line dan juga laman FB, tapi bila di ajukan soalan, mereka tidak tahu menjawabnya... aku jadi bosan dan fed up. Konsert diijalankan di KL... aku di kuantan, jadi bermacam maklumat yg perlu derang kasi tahu supaya senang aku nak kesana. Maklumat seperti tempat parking, route, etc sepatutnya menjadi perkara asas dalam mempromosi event derang.

Amik contoh page FB KLIM ( KL International Motorshow2010) mereka ini cukup profesional dengan menjawab segala pertanyaan. Nampak kemas, teratur dan bijak. Setiap soalan di FB dijawab tanpa banyak soal..... Yg Search punya? Hazabbbb... turn down factor

Sebenarnya, ketika aku melayari MUDAH, ada terjumpa iklan orang nak tolak tiket Search ... 2 keping pada  RM120... harga sebenar RM140.

Aku call dan tawar sampai dapat harga RM80... dan kebetulan pula esok dan Ahad memang aku akan berada di KL kerana ada kuliah di IIUM, jadi waddahelllll... aku terus pegi amik tiket tu... save 60 ketui... ok la tu...

Biarpun aku marah sama penganjur yg lembab... tapi itu bukan salah Amy, Yazid dan lain lain... so aku patut pegi... tahun lepas aku pegi konsert derang, memang best.... tahun ni mesti lagi best!!!!!!

Persoalan sekarang ni.... macam mana aku nak pegi ke MIECC ni? aku bukan pernah pergi pun..... aduhaiiiii

Hahahaha.... satu untuk aku... satu untuk kamoooo





Ni gambar konsert tahun lepas... Red on Black

Amy, Awie and Ella....

Dalam stadium darul makmur

Best!!!

Air dalam cup bodo tu, RM2 satu.... perghhhhh

Wednesday, 23 November 2011

Happy Besday To Me

23 November setiap tahun, aku celebrate Besday

Tiada apa yang special kecuali pegi makan-makan

Tahun ini pergi Little Croc ... makanan kat situ best best... suasana romantis dan aman damai.. pergi la try ...


Wednesday, 1 June 2011

Pantai Merang- Secret Agent Mengganas

Dalam menjalani kehidupan sebagai seorang Secret Agent, kadang-kadang, terpaksa berjalan jauh untuk mendapatkan maklumat. Dengan kata lain, melakukan penyiasatan di lapangan.

Pada hari Isnin yang lalu, saya telah diarahkan oleh ketua Secret Agent untuk melakukan penyiasatan di Jeti Merang, tempat super ferry berlepas ke Pulau Perhentian.

Kalau ada filter Polarized, gambar ikan ni pasti lagi terang.  Nanti ada duit aku beli.

Super feri. Merang-Redang dalam 40 minit je.... Rempit atas air!!!!!

Mengikut kata mamat ni, kalau naik feri macam ni, duk kat muncung feri, kira free  je.  Dia dah bertahun naik feri macam ni, jimat katanya.

Patuhi arahan untuk kelestarian alam sekitar

The archers!!!! Ikan sumpit-sumpit (toxotes sp.) cukup banyak disini. Saiz setengah kilo melambak.  Ikan ini, mencari makan dengan menyumpit air ke mangsanya yang terdiri dari serangga. Kalau korang duduk tepi air, tetiba rasa ada titisan air kena badan korang, tu jasa ikan ni lah. Dia sumpit ko. Cara nak tangkap ikan ini adalah dengan menggunakan pancing layang (flyfishing) ultra light. Ikan ini tidak kuat melawan. Umpan jenis Dry Flies dan Nymph adalah sangat efektif. 



Tugas ini saya sambut dengan hati yang terbuka, kerana ianya mudah sahaja. Mendapatkan sedikit maklumat yang mana, sebelum ini, saya sendiri gagal untuk memperolehinya dari suspek utama kes yang sedang disiasat. Agak seronok juga, bila data yang diperolehi ini, di dedahkan. Reaksi yang bagaimana akan diperolehi nanti? Hmmmmm...

Kepit Kain?
DO NOT LITTLE ?   sepatutnya DO NOT LITTER!!!!! Kesalah Besar!!!! Tempat pelancongan seperti ini, yg menerima kadar pelancong asing yg banyak, tapi kesalah serupa ini tidak diperbetulkan sekian lama. MD Setiu miskin sangat ke? Atau tak sorang pun perasan kesalahan ejaan ni? Kasihan....
Selesai tugas , aku pun meronda-ronda kawasan sekitarnya. Pernah sampai ditempat ini bertahun sudah. Tidak semeriah ini pada ketika itu. Sampai pun disebabkan terlajak, salah jalan, sepatutnya belok kiri untuk ke Kg Raja, tapi aku pergi terus.



Tempat Parkir keta org yang pegi berskuba di redang. He he he..

Terasa nak amik gambar ni.... tiada sebab tertentu

Bestnya kalau dapat join. Tapi waktu tu aku ada kelas di  IIUM
Kini deretan kedai menjual cenderahati, kawasan2 simpan kereta dan jeti-jeti untuk feri2 dan bot2 yang menyediakan perkhidmatan ke Pulau Redang, memberi sedikit warna kepada kawasan yang agak suram seketika dahulu. Terdapat kedai makan, tapi masa aku pegi tu, apa menda pun tak de. Cam tak best je.... tapi mungkin, mereka dah dlm proses tutup sebab operasi feri sehingga pukul 12 sahaja. Aku sampai dalam pukul 2.

Habis ronda-ronda, aku pergi ke bahagian pantai, ingin melihat kawasan Benteng Pemecah ombak, yang mana di dalam wikimapia, di sebut sebagai projek yang gagal. Memang betul pun, terdapat runtuhan dan sisa binaan di dalam laut di kawasan itu mereput tanpa sebarang manfaat.
Binaan Failed!!! 

Pelampung untuk apa? mungkin untuk latihan perahu layar?


Persoalan akhir sebelum aku meninggalkan tempat itu, bila agaknya aku boleh pegi Pulau Redang ?

Friday, 27 May 2011

Happy Holiday



Sekolah tutup selama 2 minggu. Cuti Pertengahan tahun.

So bagi yang ada anak2 bersekolah, selamat pening kepala melayan kerenah mereka semula.

Bagi yang nak kawin, hu hu, selamat pengantin baru....

Bagi yang nak bersunat, selamat berkhatan, sakit sikit je, pastu korang bleh jadi hero!!!

Bagi yang bercadang untuk pergi kenduri sana sini, silalah ke Mydin beli hadiah gelas 2-3 troli.

Bagi yang nak pergi bercuti ke pulau-pulau dan pantai-pantai yang indah, selamat bercuti, seronok, seronok juga, keselamatan diri mestilah menjadi agenda nombor satu.

Dan bagi yang tak de buat apa macam aku ni, selamat do nothing !!!!!! Oleh sebab aku nak do nothing, maka blog ini pun akan bercuti juga. Kalau tempat aku bercuti dan do nothing tu ada wifi free, aku update lah... kalau tak, korang sabor banyak-banyak dan silalah main game Angry Bird (AB) !!!!


AB mengucapkan selamat bercuti kepada semua. Drive carefully, Dive  safely.... hehe

Sunday, 8 May 2011

Happy Mummy's Day

Mummy aku ni, sorang manusia yang paling sporting pernah aku kenal. Bagi dia tak de benda dalam dunia ini, yang 'finite' , semuanya boleh nego. Semuanya boleh dibawa bincang sampai semua orang gembira.

Mummy aku ni, suka membaca. Ulat Buku. Dia suka baca surat khabar dan Reader's Digest. Dia suka buat buku-buku skrap berkenaan sesuatu perkara yang dia suka. Anak-anak masa belajar di Universiti, banyak dia yang tolong siapkan assignment. Dia akan mencari bahan-bahan dan kasi pos sama kita orang. Sudahnya, kenkadang, dia lebih pandai dari kita orang.

Mummy aku ni juga suka akan berkebun. Habis kawasan setengah ekar di bikin kebun bunga, tiap-tiap pagi dan petang, kalau nak cari mummy aku ni, kena cari celah-celah pokok. Nak pergi berjalan lama-lama 2-3 hari pun dia tak mahu, takut pokoknya mati tak bersiram.  Malah, ketika aku habis sekolah, dia memberi galakkan pada aku utk mengambil jurusan Seni Rupa Bumi ( Landscape). Dan dia lagi pandai hafal nama pokok dari aku. Ha ha


Mummy aku, mummy paling best!!!!!

Kamariah@Norizah bt Mohamed

Selamat hari Ibu ......

Wednesday, 27 April 2011

Taklimat S.O.P Teknikal Paintball

Tarikh: Hari ini, petang tadi, haribulan aku betul2 tak ingat. Korang
            cek kalender sendiri ye?

Masa: Lewat Petang tadi...

Tempat: Markas Secret Agent

Hari ini, secara tiba-tiba aku dipanggil ke markas Secret Agent untuk menghadiri taklimat berkaitan dengan Standard Operating Procedure berkaitan dengan Sukan Paintball.

Memang berat hati nak pegi tadi, sebab aku tengah melayan cerita sponge bob dalam tv, tapi sebabkan taklimat ini sungguh penting bagi aku jadi 'Marshall' untuk acara Paintball ini, so aku gagah jugak pegi petang tadi.

Walaupun aku dah biasa dengan Paintball ni, tapi taklimat ini membuka mata aku juga berkaitan dengan berberapa perkara teknikal yang aku tidak ketahui sebelum ini, antaranya SOP Keselamatan peserta dan cara untuk servis Marker ( Senapang paintball itu).

Akhirnya, taklimat yg dijangkakan bosannnnn gile tu, memberikan aku sedikit maklumat untuk aku terus maju dalam sukan paintball ini.

Semua gambar ini aku amik secara curi curi guna enset. Kat markas secret agent, mana bleh amik gambar. Nanti kena hukum basuh jamban.

Rak marker buat sendiri? Ish Ish Ish.....

Sepanjang taklimat, mata aku tertumpu pada pantry kat belakang sana. Macam best je biskut dalam tin tu.. Tunggu jugaklah derang pelawa sekeping dua, tapi harammm!!!

Penolong Ketua secret agent !!!!

Marker jenis Azodin Kaos... Entry level yang tak sampai seribu ringgit. Bercadang nak beli satu buat koleksi.