amriezukasensei part 1

http://amriezukasensei.blogspot.com/
amriezukasensei part 1

Thursday, 9 June 2011

Kelantan International Kite Festival 2011

Layang-layang atau wau, menda yang serupa sahaja. Tapi ramai di antara kita yg buat silap. Bila sebut wau, terbayang binaan layang2 tradisional yang besar , bewarna warni dengan motif flora dan fauna dan lagu ‘Wau Bulan’. Manakala bila sebut layang2, teringat pada layang-layang plastik+ buluh yang ada imprint gambar ultraman atau doremon. Masa aku budak2 dulu, itu lah perspektif aku, wau dan layang2 adalah berbeza...... naif nya aku masa tu.



 Layang2, di main kan pada musim berangin dalam bulan 6-7 setiap tahun. Menda alah ni dijual 50sen  sebuah pada ketika itu . Benangnya, kena beli asing dan harganya lebih mahal dari layang2 itu sendiri.

Di Malaysia, layang2 sangat popular. Tipulah kata, kalau seorang budak itu tidak pernah main layang2. Tatau lah budak zaman sekarang, tapi zaman aku dulu, laki, pompuan atau pondan siam sekali pun, semua main layang2. Subjek seni disekolah, tidak pernah miss untuk buat satu sesi membina layang2 sendiri. Dalam karangan BM dan BI yang berkaitan dengan proses, memang terdapat soalan yang meminta murid2 menulis proses membuat layang2. Dalam buku teks, terdapat cerita pasal layang2.....



Sejarah layang2 ada orang kata tercipta 3000 tahun dahulu dicina. Tapi ada pula kata, kat indonesia sana, di Muna Island Sulawesi, terdapat lukisan di dinding gua menunjukkan org main layang-layang. Dan tarikh nya lagi lama lebih kurang di zaman kurun ke 5 BC.

Tapi yang famesnya tetap orang cina lah, menggunakan bahan2 seperti buluh yang melambak kat negara derang, sutera dan selepas itu kertas sebagai bahan utama.

Pengunjung pun join sekaki main wau. 

Ianya kemudian berkembang biak di India dan sub-Asia lain seperti Malaysia, Thai dan sekitarnya. Haaaaa..... orang kita merupakan antara pelopor main wau ni. Infact, permainan layang-layang di sebelah europe sana, dikaitkan dengan para pedagang yang datang ke asia ( terutama di sebelah cina, Jepun dan Malaysia!!!!) untuk berniaga, kembali ke negara mereka, dengan membawa balik permainan layang-layang!!!!!

Antara peserta yang mengambil bahagian

Layang2, dalam sejarahnya, bukan hanya digunakan sebagai alat permainan, ianya digunakan untuk bermacam menda lain yang kita sendiri tak terpikir sebelum ini, tapi yang paling fames ialah dengan Encik Benjamin Franklin menggunakan layang2 sebagai alat uji kaji dalam mencari cas elektrik di dalam kilat dan petir. Dan sebab cerita ini juga, ramai yang percaya layang2 berasal dari America.....adeh..!!

Indon Mari. Peserta acara Synchro Kite .


Di korea, layang2 digunakan juga pada masa perangnya, untuk mengatur serangan-serangan terhadap musuh. Macam mana derang buat, aku tidak lah tau pulak. Zaman tu, aku belum lahir lagi.


Di British, pihak Navy menggunakan layang2 untuk mengangkat naik askarnya keudara untuk memerhatikan kapal musuh sejauh mata memandang. Askar yang nak naik layang2 tu, mesti gila sawan punya berani.....

Ada berberapa kisah klasik, mengaitkan layang2 dengan kisah cinta. Menggunakan layang2 untuk menghantar surat cinta kepada kekasihnya yg terpisah oleh sungai, tembok, kubu dan sebagainya. Haaa... zaman sekarang ni, korang boleh apply teknik ni kalau top up enset korang dah habis, pastu nak ajak awek korang nuntun wayang ke, men bowling ke , dia pulak duk kat tingkat 11 , cara paling senang, pakai layang2 je... tulis besar2 kat layang2 tu “ Moh tengok wayang, saya tunggu kat bawah sebab tak de parking”

Terdapat juga cerita orang Micronesia memancing ikan Gar (Gar-Fish) dengan menggunakan layang2 sebab ikan ini susah untuk didekati. Kalau nak tau macam mana, kena pergi ke kawasan derang lah. Sebab aku pernah dengar cerita, teknik ini masih diguna pakai di sekitar Maldives dan pulau2 lain.

George Pocock, menggunakan layang2 untuk menggerakkan keretanya. Bukan kereta biasa macam kita ni, tapi kereta kuda zaman dulu. Kereta kuda, akan dikenakan cukai mengikut bilangan kuda. Tapi encik George ni guna layang2, jadi dia tidak dikenakan cukai.

Dan pada hari ini, layang2 digunakan sebagai alat untuk bersukan dan berpesta rama.
Itu lah yang terjadi pada minggu lepas di Pantai Geting Tumpat Kelantan.

Antara Negara-Negara yang mengambil bahagian

Steady pakcik ni. Orang lain tak tau kemana, dia dah sedia nak Launch... 

Acara Menaikkan Wau. Siapa paling tinggi dalam masa 10 saat, dia  menang.

Ni tukang kontrol benang. Laju derang gulung naik tali... 

Kebetulan, aku berada disana atas urusan rasmi Sri Paduka Baginda , maka waktu terluang nya, aku amik kesempatan untuk pergi menghanguskan kulit aku yang sedia hangus ini dengan menyaksikan Kelantan International Kite Festival 2011. Ini merupakan pengalaman aku yang pertama dalam menyaksikan festival seumpama ini. Memang selalu dengar ada di buat acara begini di Pasir Gudang Johor pada setiap tahun, tapi tak pernah berkesempatan.
Acara Wau Cantik. Penyertaan dari negeri aku, Pahang. Orang pekan ni!!!!

Wau bulan gergasi untuk acara menaikkan wau. Last minit adjustment...

Marshall melakukan pemeriksaan teknikal bagi setiap wau yang mengambil bahagian.  Derang tengah ukur wing span wau tu bagi memastikan ianya bertepatan dengan undang2 pertandingan. 

Ripstop nylon kite. Layang-layang persembahan moden. yang ini Bentuk ikan pari. Hebat mamat ni, dia sorang je yg assemble layang2 bagak ni. 
Terdapat berbagai acara yang dipertandingankan. Tapi aku tak berapa paham konsep pertandingan yang mereka jalan kan, Cuma bolah kata, ada pertandingan buat Wau hiasan, pertandingan menaikkan wau, pertandingan Wau Kreatif, pertandingan melukis dan segala jenis pertandingan lain yang aku sendiri tidak sempat menyaksikannya kerana kesuntukan masa dan kulit aku makin pedih dimamah cahaya matahari.
Siapa punya lah sangkut ni....




Buaya nak kekah tractor..... huhu

cantik?

Disebabkan Man United kalah ngan Barca baru2 ni, derang punya maskot pun, segan2 je nak terbang, main 2-3 kaki dari tanah je. Kasihan.....

Nylon dan Carbon Fibre. Mahal gila menda alah ni. Ingat nak beli satu. Tapi, kensel la. Mahal sangat.

Black Octopus mengejar clown fish.... nemo dah mati kena telan!!!




MayBank? 

Ikan Koi.... ramai peminatnya.... 

Hoho... dah lama tak makan menda ni... sekali jumpa kat sini. Best betul.... teringat zaman  bebudak dulu...

Wau yang paling aku suka.... Made in Japan...

Sunday, 5 June 2011

Takbai

Narathiwat Province merupakan sebuah wilayah selatang thai yang besempadan dengan utara Pantai timur Malaysia, Kelantan. Pekan  Sg Golok (Kolok) dan Takbai merupakan dua destinasi yang timbul di kepala otak bila memikirkan tentang kawasan sempadan ni. Manakala Pekan Bukit Bunga di Daerah Jeli, kurang glamer dan jarang disebut orang.

Sebenarnya, Takbai ini pun, tidak lah glamer mana, kecuali selepas berlakunya peristiwa pembunuhan beramai-ramai etnik muslim yang di dalangi oleh polis Thai.

Bertahun dulu, aku selalu juga masuk ke Takbai untuk mendapatkan mesin-mesin khas dan alat gantinya bagi perniagaan yang dijalankan oleh keluarga aku, Kadang-kadang, masuk sekadar membeli ikan bilis yang segar2 , gemuk2 dan tersangat murah itu.




The Murky Sg Golok

Berapa murah?
50-70% murah dari harga di Malaysia!!!!

Kalau sebuah Mesin Pemampat angin di Malaysia, beharga Rm 500, disana boleh diperolehi dengan harga Bath2500- Bath3000 bersamaan dengan RM250-300 sahaja.. Ikan bilis dan sos ikan bilis (budu) memang harganya tidak masuk akal. Aku dah lupa harga sebenar, tetapi nak senang kata, kos pergi ke Takbai, kos beli dan kos bawak masuk ikan bilis ke sebelah Malaysia, jika dijual semula di Kota Bahru, Kuantan mahupun di Kuala Lumpur atau dimana sahaja, untungnya masih besar hampir sekali ganda dari harga kos.

Narathiwat merupakan dahulunya sebuah jajahan kita. Milik Kelantan. Tetapi, dalam mengejar kemerdekaan, ianya tergadai kepada Thailand. Ianya tiada diceritakan di dalam buku2 teks sekolah. Menda yang memalukan mana bleh cerita. Alasan yang mudah digunakan, adalah untuk senang bagi nak tentukan sempadan melalui Sg. Golok....  kelakar alasan tu... tapi, yg dah lepas tu, kita anggap putih mata je lah.... haha

Rekod peristiwa itu, kalau dicari di Malaysia, mungkin ada, tapi payah nak jumpa. Standet geng melayu keris, sejarah2 penting sebegini, akan di sorok mereput di dalam arkib. Anak muda tidak perlu tahu kekhilafan orang terdahulu. Tetapi jika ingin membacanya juga, pergi lah kesebuah Wat disebelah Takbai sana, berhampiran dengan balai polis Takbai. Ada sebuah muzium kecil yang tidak dibuka seperti muzium biasa, tetapi dibuka on demand bila ada pengunjung. Aku dah pegi situ. Dah Baca. Wat itu juga, dibina demi memperingati peristiwa penyerahan wilayah Nara ini kepada Siam.

Belah Malaysia dapat apa? Tak de...... Keretapi pun derang tak boleh nak allign betul2 supaya perkhidmatan di belah timur ini boleh terus langsung ke bangkok. Kita terpaksa masuk ikut Bukit kayu Hitam jika ingin menggunakan Tren Trans Asia ini. Kalau nak ikutkan, stesen keretapi di Golok antara stesen yang besar juga. Tapi pengakhiran stesen kita adalah di sebelah Tumpat, berdekatan dengan Takbai yang tidak mempunyai jaringan trek keretapi. Sengal sunggoh cara kepala hotak orang politaik malaysia berfikir........

Pekan Takbai ini, pengaruhnya lebih kepada etnik muslim. Sebuah pekan pelabuhan tradisional dagangan. Jadi tiada apa yang moden disini. Kawasan hiburannya terdapat jauh ke pendalaman mengahala ke Nara, tidak besar dan tidak glamer di kalangan orang malaysia. Sini terdapat banyak pondok2 pengajian agama dan ada di antara pondok2 tersebut agak tersohor juga. Banyak ustaz2 di tanah melayu mendapat pendidikan mereka disana.


Selepas kejadian pembunuhan beramai-ramai etnik muslim disini, dan siri keganasan pengeboman, aku tidak lagi masuk ke Takbai dan kawasan sekitarnya. Baru-baru ini, setelah mendapati keadaan agak damai dan tenang, aku mula merancang kembali trip kesana. Jadi pada 2 Jun yang lalu, aku masuk ke Takbai menggunakan Pass Sempadan dengan tujuan ingin langsung ke utara ke bandar narathiwat.Perancangan, ingin ke Nara, ambik2 gambar, dan balik semula ke Takbai dan seterusnya ke Pengkalan Kubor.  Sebelum ini aku masuk secara haram je. Tak de siapa pun nak peduli ko nak pegi mana. Kalau kena tangkap, ulur sepuluh dua, gerenti lepas. Janji ko tak bawak dadah, pistol dan minyak petrol seludup... hehe...

Aku masuk guna pass sempadan kerana ianya mudah, murah dan disposable. Untuk seorang Secret Agent seperti aku, melintasi sempadan, mesti mendapat keizinan bertulis secara rasmi dari ketua secret agent. Tak bleh main redah je. So aku nak pegi tanpa kelulusan,seeloknya masuk secara haram atau guna border pass, kalau guna passport, ianya rekod kekal. Leceh!!!!!

Kenapa tak masuk secara haram je? Hmmmm sebab aku bawak orang kali ni. Aku masuk berdua. So aspek keselamatan dititik beratkan dan dilipat kali gandakan. Ada border pass ini, rasa selamat sikit.
Tapi hajat aku nak ke Narathiwat tergendala disebabkan, ketika mencari pengangkutan kesana, mereka menasihati supaya tidak teruskan niat aku disebabkan tragedi pengeboman dan serang hendap yang berlaku dikawasan Nara dan Yala pada hari sebelumnya. Roadblock dan kehadiran polis dan tentera, akan menyukarkan pergerakan aku yang Cuma berbekalkan border pass. Menda alah ni limitnya Cuma dalam lingkungan 25km dari sempadan sahaja, tak boleh lebih. Nara, dari Takbai, Cuma 30km plus-minus, so jarak tu dah lebih. Biasa, naik motor tak berhelmet kalau nak kesana.

Ada banyak cara untuk ke Takbai dari Pengkalan kubor. Tapi semuanya mesti melintasi Kuala Sg Golok yang murky dan deras tu. Samada naik penambang halal. Feri halal. Atau naik penambang haram. Harganya pun lebih kurang je. Penambang kayu halal rm1.00, Feri JKR halal rm0.60 dan penambang haram dalam rm1.00 tetapi boleh berenti dimana-mana bahagian tebing dan terus jalan berbanding dengan 2 perkhidmatan halal yang mempunyai pengkalan tetap dan hanya bergerak bila 60% atau lebih penumpang telah sedia. Kalau nak berenang pun, boleh juga. Tapi kalau kena gilis ngan bot marin siam, aku tak jamin..... habis bodo, masa tengah berenang tu, terpeluk mayat siam kena bunuh di bahagian hulu.... haha..


Naik bot kayu biru RM1.00. Feri Besi Kuning JKR RM0.60, tapi kena  hidu asap diesel lori dan pikap yang naik feri tu. Derang ni tak tutup enjin masa atas feri. Sengal tul...



Berhenti sahaja di disebelah siam, lanskap berubah sama sekali, kotor, hapak dan tidak terurus. Manusia nya ramai, ada yang sibuk memunggah barang, berniaga dan berbuat apa sahaja. Tapi yang paling ramai, duduk tanpa berbuat apa-apa. Mereka ini akan merenung, memerhati pada setiap manusia yang melintasi mereka. Seram juga bila tiba2 bertentang mata dengan mereka ini.

Jalan Utama di Takbai. Kira-kanan orang jual buah. 

Papan tanda moden LED !!!! Waktu derang lambat sejam dari kita. 

Kat sini dulu heaven membeli barang-barang rare. Sekarang cuma ada  kedai2 biasa. Kedai Lingerie  tu, ada cheap sale kata nya.... haaaa, pegi beli cepat

Aura disana, memang agak kelam, sedih dan sengsara. Tiada Istilah gembira, kecuali di bar bar beer dan wiski. Semuanya miskin dan 10 tahun tertinggal berbanding pengkalan kubor disebelah malaysia. Suatu suasana kontras. Orang dipengkalan kubor, dengan manusia kaya dari Metropolis bershopping berhabis duit, disini, mereka tiada apa yang dapat mereka habiskan, kerana mereka tidak mempunyai apa satu.
Mereka, orang Takbai, cekap. Nampak saja aku, terus panggil.... Malay! Malay!.... nok pegi mano? Nok cari gapo?  Dengan loghat siam pekat mereka. Mujur aku paham juga skeping kelantan, so boleh agak jugalah apa yg diperkatakan. Aku Cuma senyum dan menolak dengan baik. Mereka tahu aku orang malaysia, dan orang malaysia kaya. Orang malaysia boleh bayar. Orang Malaysia pemurah. Itu persepsi derang.
Aku habiskan masa mencari gerai2 yang pernah aku pergi. Mencari barang2 yang tidak dijual dimalaysia seperti gerai menjual senjata api, senjata buatan sendiri, gerai barangan elektronik murah gilerrrrrrr dan juga gerai majalah dan bahan pornografi (sekadar untuk melihat..... hehe, silalah percaya cakap aku).
Tapi, puas juga aku pusing2 kawasan bazaar tu, tak jumpa. Kemana menghilangnya mereka, aku tidak tahu, dan tak mo amik tahu.

Kehadiran orang siam juga tidak ramai. Dapat aku perhatikan, hanya etnik muslim mendominasikan kawasan sekitar. Ada siam, tapi tidak ramai dan banyak jenis tua tua yang mata aku tak berapa lalu nak jamah. Awek muda2 , jantan sasa2, tidak ada. Mungkin kesan serangan militia membuatkan mereka tidak kesini seperti dahulu? Ringkas kata, Takbai semakin sepi dan lesu berbanding ketika lawatan aku yang terdahulu...
Aku sungguh rasa diperhatikan. Ada sahaja yang menegur, yang merenung . Tambahan pula dengan aku mengusung DSLR kesana kemari. Untuk mengurangkan perhatian mereka pada kami, aku menukar lensa zoom gedabak aku kepada kitlens supaya senang aku sorok dalam deuter. Orang disini memang agak jakun sedikit. Mereka tidak brapa biasa dengan tourist. Mereka tidak biasa dengan orang berpakaian kemas ( tak de la kemas mana.... kira klasik rock kotemporari gitu hehe)  dengan DSLR hitam gedabak.

Biasanya aku kesini berseluar jeans dengan tshirt lusuh. Tidak ada siapa yang peduli jika penampilan anda sebegitu. Kerana anda sudah jadi salah sorang dari mereka.

Puas aku ronda-ronda jalan kaki tengah panas membahang 36 darjah celcius, aku ambik keputusan untuk menggunakan khidmat teksi motor siamese style!!!
Brader teksi tu, sebenarnya, sejak dari aku turun feri lagi dia duk gamit aku untuk ambik perkhidmatan dia. Tapi masa tu aku lebih nak cari teksi dalam bentuk kereta atau jip. 

Disebabkan tak de teksi, aku amik jugak teksi motor tu sebab aku nak naik ke kawasan perkelahan berhadapan dengan Taman Tengku Anis di sebelah Malaysianya. Ingat nak perkena ketam bakar (aku tak makan ketam, mek aku makan....) tapi malangnya, hari tu, tutup. Sebab ketam-ketam semua berhijrah ke bangkok untuk tengok final bola kelab2 siam. He he...


Brader dua orang ni, memang pro!!! Tak da langsung perkara2 yang tak senonoh derang buat masa bawak kita orang. Masa nak jalan, derang makan gula2 dulu. Kasi hapak mulut ilang . Bawak motor beralus je... tak de ganas2 lumba haram  brek tak tentu hala. Amik konar pun, sopan santun je. Dan sepanjang jalan, becok dia bercerita pasal tempat2 yang kita orang lalu. Kalau ada tempat yang dia rasa cun ( aku rasa tak pun.... hehe) dia akan tanya “ demo nok pukul gamba ko”? ... kalau perlu, aku suruh dia stop, pukui 2-3 keping, pastu chow...

Drebar teksi dan teksi -teksi kita orang.... posing atas jambatan. 

Demo gilo. Ambo dok branin. Nati maso demo pukul gamba, dio mari higak demo sumbak masuk gok.sodadu bekeng blako.  Translation : “ ko gila ke?   Aku tak berani. Ko amik gambo, nanti dia tangkap sumbat masuk lokap. Polis sini garang belaka.. tu lah yang mereka ucapkan bila aku suruh derang pi bawak aku ke kawasan berdekatan balai polis dimana kes pembunuhan beramai-ramai berlaku. Riak wajah derang, masa tu, macam nampak malaikat maut. Terkesan betul jiwa derang dengan peristiwa tu. 

Dari sini ke Bangkok, 1 128 kilometer je......

Kereta2 seludup yang datangnya dari mesia . Dirampas dan disimpan disini sebelum urusan hantar balik ke mesia. Kebanyakkannya model perodua. Semuanya adalah kereta curi. Mengikut drebar teksi kita orang, tu dah kira sikit. Banyak yang telah dihantar balik semula ke mesia.

Banyak jugak tempat dia bawak aku pusing2, dan aku dapati, kat Thailand ni, lebih kurang sama je macam kita. Rumah derang, semua ada bumbung! Derang juga ada bela kambing dan lembu.... Bebudak kecik, makan eskrim, kereta2 derang semua ada tayar dan bilah wiper.... ringkas kata, sama je macam kat mesia... mereka ni manusia juga rupanya..... haha
Kos derang bawak pusing2 tu, Cuma Bath120 (RM12)  je untuk dua bijik motor teksi tu.... kira ok lah untuk tour selama 3 jam. Mana nak dapat.
Bot paling kiri tu, milik penyokong tegar Manchester United. Sebab kalah ngan Barca baru ni, drebar bot demam tak kebah. ti yang cuti dari pegi kelaut menangkap ikan.

Takbai.....

Welcome To Malaysia...

Mamat siam ni, masa kat sebelah takbai sana, usyar aku tak berkelip. Dah masuk Mesia, aku panggil mamat tu, dia jalan tunduk tak toleh langsung kat aku.... jaguh kampung je rupanya....

Beratur nak chop passpost

Sebelum balik, aku pusing-pusing sekali lagi cari menda nak beli, tapi siyes, tak de menda yang aku rasa nak beli bawak balik. Ada satu kedai jual baju Takbai, tapi orangnya tak de lah pulak... last last aku beli buah celagi atau buah asam jawa (?) setengah kilo. Tukaran duit Malaysia Thailand agak stabil dengan perbezaan tak sampai RM3 bagi setiap RM10. Aku pun tak reti nak cakap macam mana. Tapi, macam ni, Kalau RM10, orang siam kira Bath100. Walaupun katalah, RM10 dan Siam sepatutnya Bath130 kerana duit kita lebih mahal, derang tak ambil peduli sangat.  Derang kira serupa je. Tiada siapa amik peduli pasal kadaran tukaran wang ni. Kecuali pada satu ketika dahulu, duit siam tiba-tiba mahal dari duit kita, derang ada sedikit mengada-ngada dan cuba mengikut kadaran itu.

Ayam kaler oren? Only in Siam!!!!

RM50 sebulan, ada 500 lebih channel. Bayar advan untuk 12 bulan,. Boleh pakai dekoder dan dish standet astro. Ada berani?

Kiri Takbai... Kanan Tumpat, 

Duit baki bercampur duit siam

Kiri takbai- Kanan Taman Tengku Anis Kelantan

Kalau berbeli di siam, boleh je guna duit kita kat situ. Dan kalau dia tahu kita orang Malay, kita guna duit dia, derang macam tak berapa suka, sebab derang tak boleh untung lebih..... dan, jika mereka bagi duit baki, bercampur aduk dengan duit derang pun, adalah normal dan biasa je.... kita tak boleh marah.... ringkas kata, kadaran tukaran tu, memberi sedikit impak kepada keuntungan mereka. Kita orang Mesia, jangan lah kedekut sangat...sebab berbelanja di Takbai hampir 40% murah dari pengkalan kubor.

Ketika sampai di Pengkalan Kubor, aku amik Pass dari mek aku untuk dichop keluar. Terperasan..... hampurassss betul, masa aku masuk siam, aku tak pegi stamp pun kat imigresen derang. Keluar pun sama. Adeh lah....... Tiba giliran aku, mamat inigresen tu sound lah aku, apasal tak stamp masa kat siam tu. Aku Cuma sengih je.... tahu akan kebodohan sendiri. Nasib baik tak kena tangkap ngan soldadu (polis) siam. Last2, mamat tu sign void je pada pass aku. Kononnya aku selepas stamp di imig malaysia, aku tak jadi pergi dan patah balik ke malaysia. Tu lah, dulu masuk keluar secara haram, sekarang sudah terkena..... hehe...

So adakah aku akan repeat semula ke Takbai dan Narathiwat....?


Sudah tentu, len kali aku nak bawak masuk kereta pulak. Senang sikit. Memang aku rancang nak bawak keta aku masuk siam, sebab keta aku ni memang dilahirkan di siam dan merupakan model top kegilaan remaja muda belia siam, dan ofkos, kedai mekap keta siam, banyak barang2 rare untuk keta aku ni, tapi disebabkan aku tertinggal pink slip (geran), jadi mungkin lain kali......untuk kali ini, duit aku selamat........

Wednesday, 1 June 2011

Pantai Merang- Secret Agent Mengganas

Dalam menjalani kehidupan sebagai seorang Secret Agent, kadang-kadang, terpaksa berjalan jauh untuk mendapatkan maklumat. Dengan kata lain, melakukan penyiasatan di lapangan.

Pada hari Isnin yang lalu, saya telah diarahkan oleh ketua Secret Agent untuk melakukan penyiasatan di Jeti Merang, tempat super ferry berlepas ke Pulau Perhentian.

Kalau ada filter Polarized, gambar ikan ni pasti lagi terang.  Nanti ada duit aku beli.

Super feri. Merang-Redang dalam 40 minit je.... Rempit atas air!!!!!

Mengikut kata mamat ni, kalau naik feri macam ni, duk kat muncung feri, kira free  je.  Dia dah bertahun naik feri macam ni, jimat katanya.

Patuhi arahan untuk kelestarian alam sekitar

The archers!!!! Ikan sumpit-sumpit (toxotes sp.) cukup banyak disini. Saiz setengah kilo melambak.  Ikan ini, mencari makan dengan menyumpit air ke mangsanya yang terdiri dari serangga. Kalau korang duduk tepi air, tetiba rasa ada titisan air kena badan korang, tu jasa ikan ni lah. Dia sumpit ko. Cara nak tangkap ikan ini adalah dengan menggunakan pancing layang (flyfishing) ultra light. Ikan ini tidak kuat melawan. Umpan jenis Dry Flies dan Nymph adalah sangat efektif. 



Tugas ini saya sambut dengan hati yang terbuka, kerana ianya mudah sahaja. Mendapatkan sedikit maklumat yang mana, sebelum ini, saya sendiri gagal untuk memperolehinya dari suspek utama kes yang sedang disiasat. Agak seronok juga, bila data yang diperolehi ini, di dedahkan. Reaksi yang bagaimana akan diperolehi nanti? Hmmmmm...

Kepit Kain?
DO NOT LITTLE ?   sepatutnya DO NOT LITTER!!!!! Kesalah Besar!!!! Tempat pelancongan seperti ini, yg menerima kadar pelancong asing yg banyak, tapi kesalah serupa ini tidak diperbetulkan sekian lama. MD Setiu miskin sangat ke? Atau tak sorang pun perasan kesalahan ejaan ni? Kasihan....
Selesai tugas , aku pun meronda-ronda kawasan sekitarnya. Pernah sampai ditempat ini bertahun sudah. Tidak semeriah ini pada ketika itu. Sampai pun disebabkan terlajak, salah jalan, sepatutnya belok kiri untuk ke Kg Raja, tapi aku pergi terus.



Tempat Parkir keta org yang pegi berskuba di redang. He he he..

Terasa nak amik gambar ni.... tiada sebab tertentu

Bestnya kalau dapat join. Tapi waktu tu aku ada kelas di  IIUM
Kini deretan kedai menjual cenderahati, kawasan2 simpan kereta dan jeti-jeti untuk feri2 dan bot2 yang menyediakan perkhidmatan ke Pulau Redang, memberi sedikit warna kepada kawasan yang agak suram seketika dahulu. Terdapat kedai makan, tapi masa aku pegi tu, apa menda pun tak de. Cam tak best je.... tapi mungkin, mereka dah dlm proses tutup sebab operasi feri sehingga pukul 12 sahaja. Aku sampai dalam pukul 2.

Habis ronda-ronda, aku pergi ke bahagian pantai, ingin melihat kawasan Benteng Pemecah ombak, yang mana di dalam wikimapia, di sebut sebagai projek yang gagal. Memang betul pun, terdapat runtuhan dan sisa binaan di dalam laut di kawasan itu mereput tanpa sebarang manfaat.
Binaan Failed!!! 

Pelampung untuk apa? mungkin untuk latihan perahu layar?


Persoalan akhir sebelum aku meninggalkan tempat itu, bila agaknya aku boleh pegi Pulau Redang ?