amriezukasensei part 1

http://amriezukasensei.blogspot.com/
amriezukasensei part 1

Sunday, 31 July 2011

Kuantan Drag Part 2

4G93 untuk Kategori Open NA. Laju tak hingat...

Acara terakhir pada 8pm katanya, tapi kul 3 pagi baru duk ketegori E... aku balik awal. Tido lagi baik.

Tiket recycle pusingan 1. RM5, duk tengah panas.... apada... kasi la khemah, baru nyaman sikit.

1, 2..... Go!!!!!!!!!!!!!!

V Tec

Perjalanan dari Pit ke Starting Point

Siapa laju, dapat menda ni dan PRIDE!!!

Geng masa main superbike dulu pun ada, dia antar kancil turbo open sebijik. Cantik Canon 60D dia... baru beli. Haram tak reti guna.... hahaha

Lagenda Ford Escort MK2. Ni ori punya. 2 Pintu. Laju macam pelesit. Di pacu oleh pakcik tu... tapi kalah semasa semi final kerana masalah teknikal. Kereta ini sama umur dengan aku kut. Hidup Ford!!!!!!

Pochek kat starting point.... dipandu hampir 400km dari KB semata nak join Drag. Nasib baik tak de roadblock... sekutu ni!!!! Oh, khemah di supply oleh geng kospek.... abis 5-6 bijik hancur malam tu kena bantai dek ribut... tapi gambar nya entah dimana... tak bleh nak upload..

Yeeeaaaaa menang!!! Tuan rumah bagi sewa freee!!! hahaha... itulah jeritan derang masa nampak aku. Mintak sewa Guest House free.... 

S2000 ni kena boo ngan penonton sebab kalah ngan satria buruk. sungguh tak sporting crowd kali ini. Sebab itu kereta dasat2 tak join drag, kalau kalah kena boo...

Susah betul amik gambar di malam hari... kena banyak belajar lagi....
Ringkas kata, pihak penganjur cuba membawa sukan yang hebat ini di Kuantan. Tetapi pihak penganjur lupa 2-3 perkara yang amat penting iaitu keselamatan pelumba. Sepanjang program, tiada sebijik ambulan berada di tepi trek bersedia untuk segala kemungkinan. Juga tidak terdapat jentera bomba.

Ini menunjukkan pihak penganjur masih tidak berpengalaman dan tidak mengambil berat keselamatan pelumba dan pengunjung. Kereta yang dipecut, mencecah kelajuan 160km/j. Kalau eksiden, peluang mati tu cerah sangat dengan kereta yang tiada roll cage.

Lumba haram lagi selamat!!!! haha

Saturday, 30 July 2011

GREEN DAY Coming Clean Live

Tiba-tiba, ketika mendengar radio online sebentar tadi, keluar lagu ni.... Oh My!!!
Ni antara lagu Green Day yang aku paling suka. Dan, aku suka Green Day lebih dari Offspring!!!



http://www.youtube.com/watch?v=95O7BzED19M&feature=related

Seventeen and strung out on confusion
Trapped inside a roll of disillusion
I found out what it takes to be a man
Well,Mom and Dad will never understand

Secrets collecting dust but never forget
SKELETONS come to LIFE in my closet


I found out what it takes to be a man
Well,Mom and Dad will never understand
WHAT'S HAPPENING TO ME

Seventeen and COMING CLEAN for the first time
I finally figured out myself for the first time
I found out what it takes to be a man
Mom and Dad will never understand
WHAT'S HAPPENING TO ME

Monday, 25 July 2011

Amy Winehouse RIP

 Antara artis soul yang aku minati adalah mendiang Whinehouse. Cuma minat kosong yang mana kalau ada lagu nya diradio, aku akan jadi seronok. Tidaklah pula aku minat pada si Whinehouse ni macam aku minat Joss Stone yang aku beli CD orinya. 
Apa-apa pun, Whinehouse ini merupakan manusia yang savant dan berbakat. Cuma otak genius dia kalah dengan dadah, dan, dia mati kerana dadah.

RIP, Whinehouse.....


 
Birth name Amy Jade Winehouse
Born 14 September 1983(1983-09-14)
Southgate, London, England
Died 23 July 2011(2011-07-23) (aged 27)
Camden, London, England
Genres Soul, R&B, jazz
Occupations Singer, songwriter
Instruments Vocals, guitar
Years active 1993, 2003–2011

Sunday, 24 July 2011

8-string dan WTF?

Gitar bass, pada asasnya ada 4 tali. Kemudian dengan kewujudan 7-string Guitar pada zaman NuMetal, kewujudan 5-string bass menjadi begitu diminati dengan active pickup (powered by 9v battery)  menjadi pilihan utama.

Gitar bass, ada berbagai jenis, dan pada kali ini, mari kita lihat bass dengan setup 8 tali dengan susunan octave. Terdapat juga 8 tali yang disusun dengan susunan note biasa.

Gitar bass dengan susunan octave ada serupa dengan konsep guitar 12 tali. Ianya disusun 2 tali serapat yang mungkin dan menjadikan ianya sebagai 6 sahaja. Pada gitar bass 8 tali, ianya seperti itu juga tetapi menjadikan ianya sebagai 4.

Ianya dimainkan dengan memetik 2 tali sekali gus dan menghasilkan bunyi yang octave. Manakala 8 string biasa, ianya dimainkan seperti gitar bass biasa dengan susunan note yang tertentu.

8-string octave susunan tali yang rapat.

normal 8 string
Untuk mencari sebuah 8-string, di Malaysia, rasanya amat-amatlah susah. tambahan pula jika mencari jenis Octave. Dan aku tak pernah jumpa mamat yang main 8-string. 6 dan 5 string, bersepah.

Korang kena ingat, bass merupakan instrumen penting dalam lagu. Ianya memberikan rentak dan penentuan bagi note. Ianya sebagai latar belakang bagi sebuah lagu. Sebab itu, pemain bass, suka ' stand out' dengan cara yang pelik kerana manusia suka bercerita mengenai populariti pemain Lead berbanding Bass.

Apa kata kita lihat mamat korea yg seksi/seksa main 8-string octave dibawah.... enjoy!!!!




http://www.youtube.com/watch?v=QMWUYMWlEyo&feature=related



p/s: mamat ni super ultra amazingly sangat sangat sangat sangat hebat.... jika ada masa korang tengok lah video dia yang lain. May be agak pervert, tapi cara dia main merupakan yang terhebat setakat ini.

Friday, 22 July 2011

Kuantan Drag

Hari ini adalah permulaan bagi penentuan di esok hari....

Kuantan Drag Julai 2011... Jumpa Disana

Ready to roll......

Enjin siri 4G63 Turbo... 350HP Onwheel

Ngan siputeh kat luar sana, memang tak terkejar lah si puteh tu...

Engine 4G93 1.8 Normal Aspirated hampir 200hp onwheel.

Thursday, 21 July 2011

Rindu Bagai Nak Gila

Mulai hari ini, aku add satu ruangan baru, iaitu BEAUTIFULLY COVERED.

Aku suka dengan lagu lagu cover yang dinyanyikan oleh pihak ketiga. Lagi aku suka kalau lagu asal itu, dimain semula dengan rentak dan tempo yang berbeza dengan asalnya.Memang dari dulu aku duk layan covered dan tribute.... sempoi dan kreatif

So, untuk hari ini, lagu Miss U Like Crazy yang dinyanyikan oleh kumpulan OverMe (band siam)  ini membuka tirai ruangan BEAUTIFULLY COVERED.

Lagu asal dinyanyikan oleh band jambu The Moffatts





http://www.youtube.com/watch?v=O7VSjrCdlO0

I used to call you my girl
I used to call you my friend
I used to call you the love
The love that I never had

When I think of you
I dont know what to do
When will I see you again?

Chorus:
I miss you like crazy
Even more than words can say
I miss you like crazy
Every minute of everyday
Girl, I'm so down when you're love's not around
I miss you
Miss you
Miss you
I miss you like crazy

You're all that I want
You're all that I need
(You're all that I need)
Can't you see how I feel?
Can't you see that my pain's so real?

When I think of you
I dont know what to do
When will I see you again?

Repeat Chorus x2

I miss you like crazy
(Repeat until fade)

Wednesday, 20 July 2011

JawPaw

Nama yang pelik. Nak sebut pun susah. Bunyi sebutan tu pun amatlah tak best.

Tapi itulah kasut dari Adidas yang dicipta untuk digunakan dalam sukan yang berkaitan dengan air seperti berkayak, perahu layar, hiking dan sebagainya.

Ciri utama kasut ini adalah pada bahagian tapaknya yang mempunyai lubang-lubang untuk air mengalir keluar. Kasut ini juga mempunyai sistem jerutan pada pergelangan kaki supaya ianya tidak mudah tertanggal ketika berada di dalam air. Kasut biasa, pasti senang tertanggal kerana tekanan air itu menarik kasut dari kaki kita.

Perasaan memakai kasut ini didalam air adalah seperti anda tidak memakai apa apa alas kaki. Kerana pada kebiasaanya, kita akan rasa keapungan kasut itu mengganggu daya imbangan kita. Tetapi dengan binaan permukaan luar dari fabrik berjaring, ianya memberi daya rintangan yang amat minima di dalam air.

Selain dari cepat kering, ianya juga amat ringan dan mempunyai daya cengkaman yang jitu dibahagian tapak kasut bagi mengelakkan pemakainya jatuh tersembam kerana licin. Jika terlibat dengan aktiviti air seperti berkayak, berakit atau memancing di dalam bot seharian, anda boleh pakai kasut ini tanpa perlu mencabutnya kerana pengudaraan yang mencukupi menyebabkan kaki anda cepat kering dan tidak akan berbau kupam serta hapak...

...... harga nya tidak mahal mana, bawah dua ratus sahaja dan di datangi berbagai warna seperti hitam, hijau, kuning, koko dan biru....

Verdict aku, kasut ini 5/5



Tapak getah yang kalau berwarna kuning, pasti jadi macam sotong aku goreng itu ari.

Adidas Drainage System memang berkesan utk pengudaraan dan untuk mengalirkan air keluar dengan cepat dan berkesan.

Kasut yang amat hensem.

Dicipta untuk cengkaman padu.

Padding dalaman yang lembut dan cincin pergelangan kaki yang amat efektif. Nak pakai kasut ni, susah sikit. Tapi bila dah pakai, tak perlu cabut selagi tak habis aktiviti tu.... sangat menyenangkan.