amriezukasensei part 1

http://amriezukasensei.blogspot.com/
amriezukasensei part 1

Saturday, 1 October 2011

Milky Pine and Apple Acid

Cerita sebenarnya adalah, aku nak masak gulai kuning ikan masin. Pergi pasar dan beli segala keperluannya. masa beli tu, ada sedikit dispute dengan aku punya 'mem'. Dia nak suruh letak nenas dalam gulai tu.

Sebagai seorang yang merasakan nenas tidak sepatutnya diletak di dalam masakan, aku membantah juga mulanya. Walaupun banyak masakan di dunia ini diserikan dengan nenas seperti acar timun, pajeri nenas, dalca , pizza dan sebagai nya... aku biasanya tak makan nenas2 tu, dan begitu juga junior yang tak ske nenas.

Tapi ari ni, aku setuju je lah... lagi pun, dia yang nak masak. Aku tukang habiskan saja. Haha

Bila dah balik rumah, sambil dia masak tu, aku tengok ada lebihan nenas. So aku pun terpikirlah nak buat air jus nenas yang sudah lama aku tidak buat.

Bahan Mentah:

1. Nenas
2. Air bekarbonat perisa AisKrim Soda
3. Pati Vanilla - 5 titis
4. Gula secukup rasa
5. Cordial Limau ( Orange Squash- gives more color)
6. Kalau tak guna orange squash, boleh letak Aiskrim Vanilla

Potong dice nenas tu, masukkan dalam pengisar. Masukkan gula, dan setengah gelas ais krim soda. Kisar. Masukkan pula Pati Vanilla dan kisar lagi sekali. Kalau nak jadikan sorbet, masukkan ais.

Letak jus yang dikisar dalam gelas. Tambah ais krim soda, dan letak jus limau tadi . ianya akan memberi efek 'tropikal punch' pada jus anda.

Kalau untuk bebudak kecik dan kaum kaum hawa, eloklah tidak dicampur dengan jus limau tadi, tapi digantikan dengan ice cream vanilla... rasanya lebih creamy dan tidak 'menggigit' sangat. Rasa jus akan lebih lembut dan memberikan ketenangan yang abadi.... hahaha...

Nama Jus ini ialah : Amriezuka's Milky Pine and Apple Acid Juice

Kalau tak de benda ni, tak boleh buat jus nenas

Pek Riang Ria.... yea right!!!!

Macam mana potong nenas? haha...


Pati Vanilla

Nyaman

Bersama dengan Aiskrim Perisa Vanilla... Kids love it!!!

Wednesday, 28 September 2011

Iris, Nyala, Maggots dan Fathul

Fathul.... A Living Legend scene underground and subpop di Malaysia. Siapa tak kenal dia eh? Mat dan Minah pengikut underground scene pasti akan kenal Brader Fathul.

Hasil dan karya dia, memang tahap ' evergreen'.

Aku follow brader ni sejak sekolah lagi, dengan aku melayan kaset Infectious Maggots dengan album Deep Within Our Grief Factory Milk Runs Red. Sungguh pelik bunyinya... dentum dentam tanpa tujuan dengan bunyi bunyian besi dan kilang.... tapi disebabkan aku mempunyai sekutu underground di Kuantan, aku telah di kasi ajar bahawa ini adalah lagu berbentuk Grindcore atau Industrialcore yang original dari Malaysia. Ketika kemaruk bebudak Kuantan dengan band orang kampung aku, The Pilgrims, aku sudah mengorak langkah layan grindcore dan death metal bersama 2-3 orang budak lagi.

Terdapat 3 album yang aku sempat dengar :
  • Deep Within Our Grief Factory Milk Runs Red (1993)
  • Unknown (1996)
  • Karat Besi Simfoni (2000)
Disamping itu, Fathul serius juga bersama dengan sebuah kumpulan bikin projek lagu alternative yang memang bunyi nya, tidak ada di MALAYSIA pada ketika itu.

Kumpulan Spiral Kinetic Circus merupakan sebuah band yang agak low profile walaupun line up nya terdiri dari manusia yang sangat hebat di muka bumi ini.

fathul (vox/guitars)
ken (guitars)
andy (bass) - of flop poppy

sessionist:-
ajin (drums) -  black rose's frontman?
jijoe (guitars) 
Element efek flanger yang cukup pelik bunyinya di adun hampir pada setiap lagu. Dan kalau di dengar betul betul, aku setuju sangat jika dikatan Ajin Blackrose adalah orang yang bertanggung jawab memainkan percussion dalam rakaman album ini. Style Ajin memang cukup nyata dengan hentakan paddle yg cepat dan jitu. Ajin memang seorang drummer (electronic drum masa tu) yang hebat dan sering mendapat jemputan dari ramai.

Lagu yang paling fames adalah IRIS. Lagu ini sering diputarkan di radio, tapi ramai tidak yang berapa sedar tentang SKC. Kalau didengarkan lagu ini, pasti ramai berkata.."aku pernah dengar la lagu ni, siapa nyanyi ye"?





http://www.youtube.com/embed/GozCQmAb2cc



Tapi faveret aku adalah Dragon Girl dan semua sekali. Tiada satu pun lagu derang yang aku skip...

Fathul juga terlibat dengan projek Fathullistiwa Soundscape dengan tajuk Romantikarat dengan berberapa lagu melayu seperti R.I.N.D.U dan sebagainya.

Tak berhenti disitu, Fathul selain bermuzik, dia juga terlibat dengan aktiviti kesenian yang pelbagai yang mana tidak ramai orang yang mempunyai kesungguhan seperti dia.

Fathul mempunyai sebuah Distro yang menjual barang-barang 'collectors', artworks, buku buku dan  bermacam lagi. Kadang-kadang, kalau bernasib baik, boleh tengok 'play' dan small gig disitu.

UYA! Distro
No. 26, Tingkat 1,
Jalan SS 15/8B,
47500 Subang Jaya,
Selangor, Malaysia
(Above Station One Cafe)

Terkini, projek LUKIS Balai Seni Lukis Negara yang di jalankan oleh Fathul dan berberapa orang kuat lain. Kalau korang mempunyai sesiapa yang berumur 7-12 tahun, boleh lah join. Tak mahal yurannya, dalam RM20 kut... nilai yang sedikit itu tidak boleh dibandingkan  dengan  ilmu yang akan di berikan oleh encik fathul....


10% teori, 90% praktikal


I luv crayons.... dalam kelas seni aku pun, memang aku galakkan murid aku menggunakan crayons dari color pencils...

I wish I was one of them ..... Lucky little creatures

Mamat ni dapat tawaran menerbitkan buku POEM... Details belum jelas, baru tadi dia kasi tau... Tahniah!!!

Sedang Berlangsung di BALAI SENI LUKIS... pegi la cepat


Dan selain dari muzik-muzik belaiu didalam enset dan iPod aku, aku juga memiliki hasil seni beliau dalam bentuk T-Shirt.... ceritanya DISINI




Infectious Maggots dalam Gua Kepura Ipoh



http://www.youtube.com/embed/cWLAB4kFnmo

Wednesday, 21 September 2011

Lelaki v/s Perempuan - Perang Warna

Warna Asas ada 3 sahaja Merah , Biru dan Kuning, serta Hitam dan Putih.

Selain dari warna-warna itu, warna-warna lain yang ada disekitar kita  merupakan campuran/ adunan warna dari warna-warna yg disebut tadi.

Maka terhasil lah warna Hijau, Oren dan Ungu sebagai warna sekunder.

Dengan teknik Hue, tint dan shade, kita memperolehi warna Tertiary seperti hijau muda, hijau gelap, biru laut, coklat dan sebagainya...



Bagi orang lelaki,tidak kira lah dia layan lagu Metal atau lagu Ramlah Ram, memandu Honda Jazz atau Hummer , warna merupakan satu benda yang rumit dan 'susah mau cakap'.

Ramai kenkawan aku yang buta warna dan tidak mengenal warna.

Apa beza?

Buta warna ialah gagal melihat warna tertentu atau tidak nampak warna terus... semuanya Black and white . Atau cuma dia gagal melihat warna2 tertentu seperti hijau...

Tidak mengenal warna adalah apabila dia nampak warna tersebut, tetapi dia tidak tahu nama warna tersebut. Selalunya warna-warna tertiary.

Lelaki mempunyai bilangan buta warna yang lebih ramai dari wanita....

Sebab itu, bila berbicara pasal warna, lelaki suka straight to the point... kalau hijau, akan dibilang hijau... tiada hijau muda, hijau tua sebagainya....

manakala orang pompuan, kalau pada ketika itu aku nampak biru.. dia akan sebut tu bukan biru... tu turquoise...

well.... wutever... it's still blue.... hehe...

Kalau tak nak pasangan anda masam muka ketika bershopping langsir atau memilih warna dinding rumah baru korang, aku nasihatkan, print ini gambar, simpan dalam beg duit korang. Senang nak buat rujukan.

Monday, 19 September 2011

Sampul Duit Raya Paling Cool!!!

Sejak zaman budak-budak dulu, memang dah ada budaya bagi duit raya ni. Tapi nilainya tak banyaklah macam hari ini. Dapat seringgit tu, kira macam kena loteri la.

Cara persembahan duit raya tu pun, sama je dengan sekarang ini, dibubuh dalam sampul duit yg kita panggil angpau... ikut budaya orang cina kut.

Pada zaman itu, kebanyakkan sampul duit ini bewarna hijau. Orang cina warna merah, dipanggil red packet.... kita punya ijau, dipanggil green packet....

Tataulah pulak orang India ada bagi bagi duit macam org kita dan cina. Orang Kristian pun, lagilah aku tatau.

Budaya bagi duit raya ni, adalah datang dari  budaya islam itu sendiri iaitu dengan perbuatan 'sedekah'. Sebagai satu cara ekspresi orang gembira yang memberi kan sedekah dalam bentuk duit untuk menggembirakan orang lain yg menerima sedekah itu.

Tak salah budaya ini. Cuma konsep dan tujuannya haruslah betul dan tidak memberi beban kepada semua pihak.

Cara persembahan bagi duit raya melalui sampul duit ini , pada zaman ini agak sedikit berubah. Dengan zaman kehebatan Art and Design, sampul duit raya menjadi seperti barang seni yang bewarna warni dan pelabagai bentuk.

Warna hijau tidak lagi menjadi warna pilihan utama... gambar-gambar masjid dan ketupat tidak lagi menjadi pilihan, malahan ada yang bergambar seksi vogue pada sampul duit raya tu.

Apa-apa pun, Junior dapat banyak juga duit raya.... brapa nilainya, tidaklah aku peduli sangat... cuma aku amik kutip sampul sampul duit raya tu untuk aku simpan dalam kotak kecil sebagai kenangan dan sedikit keseronokkan pada diri sendiri.

Dalam banyak banyak tu, yg kat bawah ini yang paling bagus.... sepatutnya, sampul duit raya haruslah berbentuk sebegini dengan menyampaikan mesej2 yang positif dan bagus untuk  penerimanya...


Bawak-bawak lah berenti merokok... Zaman Post 2000, orang sudah melihat merokok ini sebagai outdated. Masa zaman aku dulu, isap rokok di katakan sebagai kool and trendy... Aku mula isap rokok pada umur 12 tahun, dan berenti pada 2009 itu ari... berenti sebab penyakit... aku tak pernah cuba berenti, tapi , aku just berenti dan terus berenti tanpa ada perasaan ingin merokok lagi.

Super cool!!!!! Ingat, duit ini bukan untuk beli rokok!!!! Sampul duit dari kakak aku, seorang pengamal perubatan yang anti rokok.... hehe

Saturday, 17 September 2011

Happy Birthday Madam!!!

17 September 

Some feelings cannot be converted into words, they just can be felt. I can’t express my happiness on your birthday but I wish you could see it through my eyes. 

May you live thousands of years with good health and wisdom.

For a great woman, great mother and excellent wife, I wish you a happy birthday with all my love. 



Sincerely from both of us, amriezuka and super junior.....

Friday, 16 September 2011

Sarung Kunci

Aku ada masalah........

Setiap hari, mesti aku gatal gatal tangan masuk website jualan online..
Antaranya Mudah, Ebay, di wall-wall FB dan juga blog-blog yang ada jual barang.

Niat tengok-tengok kenkadang tu terbabas jadi membeli.

Bahaya... pembelian yang tidak terancang sudah tentunya membuatkan poket makin cepat 'bocor'.

Tapi, nak buat macam mana. Dari aku layan porn... baik aku tengok gambar barang2 yang orang nak jual.

Ari semalam, satu bungkusan telah tiba.... satu barang yang aku beli dari penjual di Kuala Lumpur.

Barang ni tak de jual kat kedai... kerana faktor 'rare' itulah aku akhirnya, membuat urusan pembelian ini.

Ianya hanyalah bekas atau sarung bagi kunci kereta. Di perbuat dari silikon yang mana ianya akan menyerap daya hentakan jika kunci ini terjatuh selain mengelakkan kunci ini cepat lusuh.

Kunci aku ni, masa beli keta ni, dia bagi satu je yang ada remote. Satu lagi jenis manual tetapi mempunyai cip immobilizer di dalamnya. Kunci remote jenis flip ini berharga hampir seribu ringgit jika ingin di buat pendua atau memerlukan salinan jika hilang. rosak dan sebagainya...

Olah sebab harganya yang tak masuk akal bagi sebatang kunci... aku pejam mata, beli sarung kunci ni...

Kerana guna pos laju, kena tambah RM5 .... huhu

Made in Malaysia je... tapi kenapa susah mau cari?

Macam apa ye? hmmmmm

ngam ngam.... sedap pegang. Silicon jenis lembut dan ada feeling velvet skit skit..

Cantikkk

Memberi sedikit warna dan susana ceria pada ruang kokpit yang suram..