amriezukasensei part 1

http://amriezukasensei.blogspot.com/
amriezukasensei part 1

Showing posts with label Oh OK. Show all posts
Showing posts with label Oh OK. Show all posts

Friday, 16 December 2011

UANTAN

kat belah pantai timur sekarang ini musim ujan.... hari-hari ujan. Ada berberapa tempat, banjir. Air sungai, tali air, paya dan longkang sentiasa besar dan berarus deras...

Kerana itu juga, mercu tanda bandar kuantan, telah kehilangan huruf 'K'...

sebagai seorang warga kuantan yang baik hati, aku tolong 'hidup' kan semula huruf K yang telah hanyut dibawa arus tu.... hehe

UANTAN...... haha

Aku seorang warga Kuantan yang baik hati dan bertanggungjawab....

Sunday, 16 October 2011

Bunga

Itu ari, aku pegi jenjalan tempat yang banyak bunga. Jadi, kat bawah ni adalah sedikit hasil aku 'menembak' bunga disana. Tiada apa yang istimewa pun, sekadar mencuba dan boleh lah korang buat modal nak cuci mata....













Wednesday, 21 September 2011

Lelaki v/s Perempuan - Perang Warna

Warna Asas ada 3 sahaja Merah , Biru dan Kuning, serta Hitam dan Putih.

Selain dari warna-warna itu, warna-warna lain yang ada disekitar kita  merupakan campuran/ adunan warna dari warna-warna yg disebut tadi.

Maka terhasil lah warna Hijau, Oren dan Ungu sebagai warna sekunder.

Dengan teknik Hue, tint dan shade, kita memperolehi warna Tertiary seperti hijau muda, hijau gelap, biru laut, coklat dan sebagainya...



Bagi orang lelaki,tidak kira lah dia layan lagu Metal atau lagu Ramlah Ram, memandu Honda Jazz atau Hummer , warna merupakan satu benda yang rumit dan 'susah mau cakap'.

Ramai kenkawan aku yang buta warna dan tidak mengenal warna.

Apa beza?

Buta warna ialah gagal melihat warna tertentu atau tidak nampak warna terus... semuanya Black and white . Atau cuma dia gagal melihat warna2 tertentu seperti hijau...

Tidak mengenal warna adalah apabila dia nampak warna tersebut, tetapi dia tidak tahu nama warna tersebut. Selalunya warna-warna tertiary.

Lelaki mempunyai bilangan buta warna yang lebih ramai dari wanita....

Sebab itu, bila berbicara pasal warna, lelaki suka straight to the point... kalau hijau, akan dibilang hijau... tiada hijau muda, hijau tua sebagainya....

manakala orang pompuan, kalau pada ketika itu aku nampak biru.. dia akan sebut tu bukan biru... tu turquoise...

well.... wutever... it's still blue.... hehe...

Kalau tak nak pasangan anda masam muka ketika bershopping langsir atau memilih warna dinding rumah baru korang, aku nasihatkan, print ini gambar, simpan dalam beg duit korang. Senang nak buat rujukan.

Friday, 16 September 2011

Sarung Kunci

Aku ada masalah........

Setiap hari, mesti aku gatal gatal tangan masuk website jualan online..
Antaranya Mudah, Ebay, di wall-wall FB dan juga blog-blog yang ada jual barang.

Niat tengok-tengok kenkadang tu terbabas jadi membeli.

Bahaya... pembelian yang tidak terancang sudah tentunya membuatkan poket makin cepat 'bocor'.

Tapi, nak buat macam mana. Dari aku layan porn... baik aku tengok gambar barang2 yang orang nak jual.

Ari semalam, satu bungkusan telah tiba.... satu barang yang aku beli dari penjual di Kuala Lumpur.

Barang ni tak de jual kat kedai... kerana faktor 'rare' itulah aku akhirnya, membuat urusan pembelian ini.

Ianya hanyalah bekas atau sarung bagi kunci kereta. Di perbuat dari silikon yang mana ianya akan menyerap daya hentakan jika kunci ini terjatuh selain mengelakkan kunci ini cepat lusuh.

Kunci aku ni, masa beli keta ni, dia bagi satu je yang ada remote. Satu lagi jenis manual tetapi mempunyai cip immobilizer di dalamnya. Kunci remote jenis flip ini berharga hampir seribu ringgit jika ingin di buat pendua atau memerlukan salinan jika hilang. rosak dan sebagainya...

Olah sebab harganya yang tak masuk akal bagi sebatang kunci... aku pejam mata, beli sarung kunci ni...

Kerana guna pos laju, kena tambah RM5 .... huhu

Made in Malaysia je... tapi kenapa susah mau cari?

Macam apa ye? hmmmmm

ngam ngam.... sedap pegang. Silicon jenis lembut dan ada feeling velvet skit skit..

Cantikkk

Memberi sedikit warna dan susana ceria pada ruang kokpit yang suram..

Wednesday, 14 September 2011

Sembilan Ratus Sembilan Puluh Sembilan

 Ahad itu ari, aku keluar pegi farmasi ... so masa lalu satu jalan kat bandar ni, aku terperasan india ni duk terbaring dalam lopak air... nampak dia cuba bangun, tapi macam tak berdaya... mulut dia duk main hembus hembus air lopak .... aku parking keta, pergi dekat india tu, suruh dia bangun. Tapi aku tak pegang dia lah...sebab aku tak tahu mental state dia macam mana....

Aku memang selalu tengok india mabuk. Zaman bebudak dulu aku dibesarkan disebuah pekan yang terkenal dengan acara mabuk mabuk terbungkam sana sini.

Di KL pun, aku tak pelik kalau terjumpa orang mabuk pengsan merata rata...

Tapi Di Kuantuan ni, agak pelik jika aku jumpa orang mabuk... tambahan punla kalau dah terbaring dalam ujan begitu rupa... manalah tau, dia bukan mabuk tapi mendapat serangan epilepsi.. atau dilanggar kenderaan... atau apa sahaja...

Cara terbaik, dengan mendail 999... pertama kali dalam ibdup aku dail nombor ni.... huhu...

999  : Talian Kecemasan 999, apa yang saya boleh En. Amriezuka?
Aku : What? ... oh. Ni saya nak laporkan, ada manusia duk
          terbungkam atas jalan hujan hujan ari...
999  : Orang apa tu Encik? Keadaan dia macam mana? masih
          hidup?
Aku : Ntah la, macam India mabuk je. Saya rasa dia idup lagi, 
          sebab  tadi saya tengok dia seronok je duk minum air dalam 
          lopak tu.
999  : Encik berada dimana sekarang ini? Lokasi sebenar?
Aku : Saya kat Kuantan, sebelah Bank Rakyat, depan Masjid
          Negeri.
999  : Macam ni, saya sambungkan Encik kepada perkhidmatan
          ambulan... Encik Amriezuka jangan letak talipon ye...

Tapi malangnya..... talian terputus... so, aku pun drive semula nak balik rumah.... tak sampai 2 minit selepas itu...

999  : Kenapa En Amriezuka letak talipon? (kali ni jantan pulak,  
          tadi pompuan)
Aku : Mana ada letak tlipon.... terputus kut..

999  : OK tak pe lah, saya sambungkan Encik dengan Balai Polis
          terdekat... Encik berada di kuantan sekarang ini kan?

Aku  : A ah ye....

Pulis : Ye Encik Amriezuka, Lokasi sebenar encik dimana?
Aku  : Tepi Bank Rakyat Kuantan
Pulis : Jalan besar? atau diantara Tabung Haji dan Bank Rakyat?
           Orang tu berada ditengah jalan?
Aku  : Tepi jalan... saya diantara Tabung Haji dan Bank Rakyat

Kemudian, polis tu amik details aku, dan berjanji akan uruskan masalah ni.

Aku letak tlipon dan keluar amik 2-3 keping gambar...
Dalam 15 minit kemudian, sebuah petrol car dihantar untuk menyelesaikan kes ini. Masa tu, aku sudah pun mula bergerak untuk balik kerana ada urusan lain. Ketika ini juga terdapat 2-3 orang yg duk suruh mamat india tu bangun dan duduk di tempat teduh...

Aku snap 2-3 keping lagi dan terus balik rumah...

Apa yang aku nak rumuskan sini, sistem 999 ni memang gempak... angkat saja telipon, mereka sudah tahu aku ni siapa... ini bermakna mereka mempunyai data lengkap tentang setiap nombor yang ada. Dan ini satu cara yang amat bagus utk mengelakkan panggilan palsu... cuma masa respon 15 minit tu... aku rasa amat slow kerana balai polis cuma terletak 200-300 meter dari tempat kejadian....

Dah brapa lama dia duk situ? Jari jari dia sudah kecut memutih terendam air...Kat latar belakang , korang nampak bangunan kaler putih /cream ... tu kompleks teruntum, sebelah nya adalah ibu pejabat polis kuantan.... dekat je

Polis dan good samaritan... apa jadi selepas ini, saya tatau. Terpaksa balik, ada urusan penting untuk kasi selesai.

Saturday, 10 September 2011

Kembali Dalam Hitam

AC/DC... bukanlah band yang aku minati. Sama macam band Halloween dan Anthrax , aku cuma dengar dengar mcm itu sahaja tanpa ada lagu fav. Kecuali apabila kumpulan FTG mengeluarkan album Made In Malaysia, mereka telah cover lagu Back In Black yang pada hemat aku amat kemas dan kena dengan citarasa aku.

Walaubagaimanapun, AC/DC adalah satu band otai yang aku kenali semenjak kecil lagi. Di pekan sehari tempat aku, pada tahun awal 80an, memang ada gerai menjual barangan rock kapak. Dari spike, belt, t-shirt, poster dan seribu macam jenis item rock kapak yang boleh diperolehi.

Selain dari Iron Maiden, Loudness, Dio dan Metallica, ACDC merupakan satu JENAMA yang glamer dari sudut grafiknya. Maksud aku, terdapat berbagai barangan dengan Tag ACDC seperti t-shirt, pendant dan patch. ACDC merupakan sebuah band yang hebat dari Down Under  (Australia) sana....

Grafik AC/DC yang cool dan simple... senang nak lukih

Bentuk tulisan yang simple, membuatkan aku pada zaman bebudak dulu, suka juga melukis grafik perkataan ACDC di merata tempat.



Sebelum raya itu ari, aku pegi cari kasut junior di butik Converse. Sambil tunggu salesgirl tu ukur kasut... aku pusing2 dalam kedai dan mata aku tertarik pada sepasang kasut Hi-cut hitam converse...

Oh My God.... Converse AC/DC Back in Black !!!!!!

Kasut ni dah lama... aku pernah tgk org pakai kasut ni..
dan pada hari tu, aku  jumpa kasut ni atas rak 'longgok' dijual murah murah....

Tapi malangnya, tiada saiz aku.

Tapi aku peduli hapa, aku beli jugak... simpan buat kenangan. Bukan mahal pun, kasut longgok!!! Mana tau esok-esok bila ACDC ni dah berpecah dan ada ahli dia dah mati, kasut ni jadi mahal....

hahaha... selain dari melabur dalam emas... aku percaya, melabur dengan kasut juga akan menghasilkan untung satu ketika nanti...

Kotak masih ada walaupun sedikit kusam. Sudah pasti menambah 'nilai' pada kasut ini.

Smart gilerrr.... apsal la tak de saiz aku... @$%##@@#*&

AC/DC - selain bermaksud Alternate Current/ Direct Current... bahasa pasarnya bermaksud golongan GAY dan Biseksual...ada orang kata pula, Anti Christ Devil's Child.... haha, macam macam.

Under License tu!!!!

Produk ini diilhamkan dari mereka yang ROCK... (macam aku)

Ada kulapuk dan kulat ... menda lama terperap dalam stor. Org mesia tak ramai yg rock... semua habis rosak layan indie, rap , hip hop dan shuffle... 


Layan lagu Back in Black !!!!



http://www.youtube.com/watch?v=h44LIiaZhHE

Back in black
I hit the sack
I've been too long I'm glad to be back
Yes I'm, let loose
From the noose
That's kept me hanging about
I keep looking at the sky
'Cause it's gettin' me high
Forget the herse 'cause I'll never die
I got nine lives
Cat's eyes
Usin' every one of them and running wild

'Cause I'm back
Yes, I'm back
Well, I'm back
Yes, I'm back
Well, I'm back, back
(Well) I'm back in black
Yes, I'm back in black

Back in the back
Of a Cadillac
Number one with a bullet, I'm a power pack
Yes, I'm in a bang
With a gang
They've got to catch me if they want me to hang
Cause I'm back on the track
And I'm leadin' the pack
Nobody's gonna get me on another rap
So look at me now
I'm just makin' my play
Don't try to push your luck, just get out of my way

'Cause I'm back
Yes, I'm back
Well, I'm back
Yes, I'm back
Well, I'm back, back
(Well) I'm back in black
Yes, I'm back in black

Well, I'm back, Yes I'm back
Well, I'm back, Yes I'm back
Well, I'm back, back
Well I'm back in black
Yes I'm back in black

Hooo yeah
Ohh yeah
Yes I am
Oooh yeah, yeah Oh yeah
Back in now
Well I'm back, I'm back
Back, I'm back
Back, I'm back
Back, I'm back
Back, I'm back
Back
Back in black
Yes I'm back in black

Outta sight

Sunday, 4 September 2011

IPM Satellite TV

Negara siam, walaupun pada hemat org kita, derang ni miskin dan low klass, tetapi dari berberapa segi, mereka ini lebih maju dari kita.

Mereka ini lebih terbuka pemikiran dan bersifat Liberal. Tiada kongkongan dan sekatan dalam menjalani kehidupan dan mereka mempunyai kebebasan mendapatkan maklumat secara lebih telus dan adil dari masyarakat kita. Walaubagaimanapun, tidak dinafikan kualiti hidup kita di Malaysia ini adalah jauh lebih baik dari mereka.

Orang siam, dan mungkin juga semua orang dalam dunia ini suka menonton TV. Walaupun era internet telah lama bertapak di dunia ini, dan kelajuan internet pada ketika ini amat lah laju ( di tempat lain dan bukan di malaysia. Kita punya internet taraf taraf somalia jer) , tetapi manusia masih bergantung harap pada TV.

Kalau kita lihat, era internet telah membunuh banyak benda. Sebagai contoh, kita tidak lagi membeli CD dan DVD, kita hanya donwload dari internet samada secara legal atau tidak. Penggunaan kad raya dan sms raya juga berkurangan dengan tercetusnya budaya FB... dan seribu satu macam lagi...

10 tahun akan datang, aku rasa, TV masih menjadi satu alat yang penting. tidak seperti radio yg kini telah digantikan dengan peranti-peranti lain seperti talipon bimbit dgn menu radio, mp3 player dan sebagainya. Ada rumah itu, langsung kini tidak mempunyai radio.

TV will stay!!

Di Malaysia ini, kita masih menggunakan teknologi kuno zaman Badul baru lepas bersunat. Masih banyak rumah-rumah yg menggunakan antena lama yg mana siarannya sudah tentu diterima secara analog.

Kita mempunyai berberapa syarikat yg masih berfungsi dan ada yg telah berkubur yg mana mereka menyediakan saluran TV berbentuk kabel atau pun digital. Yang masih kekal adalah ASTRO.

Dan ianya sebuah syarikat profit based yg amat samseng. Sistem kapitalis yg ada pada syrikat ini, tidak memungkinkan kita mendapat faedah lebih dari apa yg kita bayar. Semua nya di cas, dan kalau berlaku kesilapan dimana mana, ianya adalah silap pelanggan dan ASTRO tidak pernah salah. ITU SISTEM KAPITALIS mengikut pemahaman aku .

Tapi nak tak nak, kena ada jugak ASTRo kat rumah. Bukan lah wajib, tapi kenkadang ada masa, nak mengadap juga TV. Walaupun aku bukanlah hantu TV. Aku boleh hidup 1 tahun tanpa TV... tapi satu hari tak de internet, aku jadi sewel.... hehe

Orang siam, dapat satu perkhidmatan yg dipanggil IPM. iaitu sebuah sebuah sistem TV satelit percuma 365 hari setahun. Pelanggan cuma beli set penerima siaran sahaja dalam kos RM200 lebih... ianya merangkumi Set Piring penerima (dish) dan DMT...
WOW!


Hebat kan?

kalau ASTRO punya korang agak2 brapa kena bayar kalau mahu beli asing? dapat tak RM200? sebab tu aku kata ASTRO ni kapitalis.


Terdapat hampir 200 channel yg kebanyakkannya adalah cerita siam .... ada juga channel omputih dan macam macam lagi.

Hari ini, aku dimantak tolong oleh big boss aku untuk pasang set IPM ini di rumahnya.

Nak pasang tu senang je, tapi nak cari degree kedudukan satelit tu mmg susah lah... berejam duk pusing piring kiri kanan atas bawah...

IPM receiver yg tidak menggunakan smart card seperti ASTRO

Lebih kurang 200 channel... percuma!!! Mesia bila nak ada?


Kedudukan dish nya bearing pada 200 degree.

Pasang sendiri. Mamat siam tu jual je... tak larat dia nak turun dari puncak bangkok tu datang pasang kat umah big boss.

Dah ada 2 ASTRO, tak cukup!!! Tambah IPM lak satu lagi.... aduhaiii. IPM kena sorok sikit. Letak belakang rumah. Ikut Law Mesia, tak silap aku, tak boleh pakai menda alah ni...

Bearing dia hampir sama dengan dengan ASTRO.

Mendapatkan kedudukan Bearing dengan kompas kiblat... hehe.. pakai GPS aku, dia pening, tak boleh nak baca.... apasal ntah.

Manual book tulis siam. Pening aku nak memahamkannya...

Antara Channel yang ada... tengok sampai muntah!!!



Hampir 2-3 jam juga proses memasang benda alah ni... dan hasilnya, dapat lah tengok TV siam dan mendengar radio digital. Ada berberapa channel yang menggunakan bahasa omputih, terdapat juga channel ESPN, dan motorsport!!! . Slebihnya, cerita Titanic pun, Kate winslet cakap siam.... parah!

Husna tak suka... katun cakap siam!!!


Mengikut pemahaman aku, menggunakan parabola seperti ini tidak dibenarkan.... so kalau nak pakai juga pandai pandai lah sorok... hehe

Thursday, 18 August 2011

Kimi Ga Iru- You Are

Siapa cakap rock jepun tak best?
Haa... ni salah satu band jepun yang aku suka.

Aku kenal band ini dari cerita Initial D. Aku mula tgk cerita ni di penghujung 90an kut. Bermula dari komik, seterusnya koleksi VCD dan DVD remake. Agak obses juga dengan cerita ini.

Dan setiap kali masuk bulan puasa, aku akan menghabiskan sedikit masa menonton cerita penuh emosi ini sampai habis.

So nak share lagu yg aku amat suka ini..... ada 2 versi, iaitu original dan Initial D ending Version. Aku tempek dua-dua untuk korang digest.

Ni yang Initial D version





Yang ini pula lagu ori tapi di adun dengan parts-parts 'nanges' dari layar perak Initial D...




Lirik Jepun dan English diselang seli kan:

furikaereba itsudatte
kawaranu [kimi] no egao ga atta
arukitsukare tachidomaru hi mo
chiisa na yorokobi no hi mo
Sometimes, if I turn and look back
to where your unchanging smile was,
both on the day when I stood still after walking to exhaustion
and on the day of that small delight,

kono ryoute ni kakaekirenai
ai wo oshiete kureta
when you taught me a love
that couldn't be carried in my two hands alone...

Ah atatakaku sotto yasashiku
yomigaeru kaze wa
mada ano hi no mama no mabushisa de
fukinukete yuku yo
Ah, still that warmly, so tenderly
reawakened breeze
keeps on blowing through
with the same kind of radiance it had on that day.

uragiru koto no tsumibukasa wo
shinjiaeru koto no tsuyosa wo
kazoekirenu hiru to yoru wo
mune ni shimatteyukou...
The depth of guilt of that which betrays,
the strength of belief in each other,
the countless noons and nights--
I take these things into my heart before I go.

wakare to deai no michi wo
[kizu]tsukinagara [boku]ra wa aruiteyuku n' da ne
On the road of meetings and partings,
while we're being hurt, we keep on walking, don't we?

Ah atatakaku sotto yasashiku
yomigaeru kaze wa
ima hitori sora wo mitsumeteru
[boku] ni hohoendeiru
mada ano hi no mama no mabushisa de
te wo futteiru
[kimi] wa everlasting memory
Ah, now that warmly, so tenderly
reawakened breeze
keeps gazing at the lonely sky
and smiling down on me
still with the same radiance it had on that day;
I keep waving my hand
at the everlasting memory of you.

Koleksi peribadi...

Wednesday, 17 August 2011

Tukar Tali

Hari ni aku cuti sempena Nuzul Quran.

Dah penat bertadarus, aku kemas-kemas rumah sikit-sikit termasuklah bahagian tempat aku simpan gadjet2 aku seperti gitar-gitar, Amplifiers dan peralatan elektronik yang lain. Ada diantaranya berdebu tebal dek lama dah tak berusik.


Nak hampir sudah kemas bahagian tu, terjumpa sepeket tali gitar akustik yang aku beli di Bentley Damansara berbulan sudah. Tali ni aku beli untuk gitar akustik aku yang sudah rosak. Balik dari KL just campak tanpa dipedulikan. Langsung tak ingat pasal tali ni. Dan gitar akustik tu pun dah lama aku tak guna kerana duk sibuk guna 4 tali dengan Amplifier custom yang baru aku perolehi 3 minggu sudah.


Sambil duk tercegat depan pintu, sambil garu2 kepala, sambil pikir nak buat ke tidak... nak buat ke tidak... last last , aku amik keputusan, buat la jugak, kalau tak, alamatnya tali ni duk bertapa dalam drawer ni lagi entah berapa bulan.



Tali Nombor 6 (E)  yang sudah merenggang, ini tanda ianya perlu ditukar kerana ianya tidak lagi boleh di tune.

Dari Kiri: Satu paket tali akustik berjenama D'Addario, String winder dan Digital Tuner

Bridge Pegs yang sudah dicabut dan sepeket tali. Tali-tali ini di paketkan sekali gus dan tidak lagi di dalam paket-paket yang berasingan, Nak selamatkan dunia katanya.

Tali tali ini di kodkan mengikut warna. Senang nak tengok!!!

Cara meletak tali di Peg...

Cucuk tali beserta peg kedalam lubang di Bridge, pastu tekan dengan kuat agar peg itu tidak terkeluar ketika melakukan proses tuning nanti.

Proses menggulung tali jadi amat mudah dengan menggunakan String Winder. Cepat je siap, tangan pun tak lenguh,

Tuning standard dengan menggunakan Intelli Digital Tuner... pastu boleh main lagu "Kimi Ga Iru" dari Band Galla


Selamat Berbuka Puasa Kepada Semua........