Sedang sedap-sedap aku layan goreng pisang depan TV, tetiba gedegum gedegang bunyi belakang rumah.
Bunyi macam zink yang derang buat pagar kawasan lapang yg konon2 nya nak dibangunkan rumah kedai.
Dah 5 tahun duk semak samun begitu, zink dan dia punya tiang pun dah mereput.
So bila bunyi bising macam tu, aku ingat si kontraktor datang nak repair zink tu. Sebab aku pernah komplen zink tu dah ada bahagian yang tercabut, dan waktu angin kuat, bunyi yang terhasil dari dentuman zink tu memekakkan telinga.
Rupa-rupanya ada 2 ekor mat pet duk tengah cuba mencabut zink tu untuk dijual agaknya. kalau dia rembat zink tu untuk buat bumbung reban ayam nenek dia, takkan la dia lipat zink tu kecik2?
Memang sah dia nak mencuri , jual sama besi buruk untuk beli dadah kenikmatan dunia hanya sementara.
Aku pereati je lah... malas nak tegur (takut jugak skit skit)... lantak ko lah. Sebab kalau tak de zink tu pun, bagus jugak... tak de la bunyi zink belaga tengah tengah malam.....
Anyway... mamat dua ekor tu naik motor modenas kriss kaler biru dgn nombor pendaftaran CBL 9545 ....
Ampesss....
Showing posts with label I'm Pissed. Show all posts

Monday, 17 October 2011
Thursday, 23 June 2011
B Segera
Kalau korang nak pergi makan kat luar, apa kriteria yang korang ambik kira bila buat pilihan?
Kat bawah ni faktor-faktor yang aku amik kira bila nak pegi makan:

Yang paling penting, menu!!! Tengok mood nak makan apa hari tu. Kalau rasa nak makan satay, pegi la kedai satay, kalau nak makan hot plate, pegi kedai hot plate.
Keduanya, tempat parking. Aku tak suka betul pegi tempat yg susah parking. Terutama jenis yang parking dekat dengan tepi jalan. Maksud aku, bahu jalan tu sempit sangat. Selain dari aku takut menghalang trafik, aku bimbang juga keselamatan Junior yg kadang-kadang tak tentu pasal, dia melompat-lompat seronok. Nanti tak pepasal kena lenyek ngan kenderaan lain.
Ketiganya, Kebersihan. Hoho... ni bukan perkara kompromi. Sedap atau murah atau ada pelayan comel bak Avril Lavigne sekali pun, faktor kebersihan haruslah di berikan perhatian utama. Tak nak lah lepas makan, terus kena masuk wad sebab termengidap demam kepialu atau abis bodo pun diarrhea.
Seterusnya, tahap sedap tak sedap. Sebenarnya, faktor sedap tak sedap ni adalah subjektif. Ada org kata kedai yg satu tu, sedap betul sampai ketagih, tapi bila kita pergi, rasanya cuma biasa-biasa sahaja... dan begitulah sebaliknya.
Faktor keselesaan juga aku amik peduli. Ye lah kan, kalau terlalu hampir dengan jalan raya, atau tempat tu pasang muzik macam tokeynya mengalami kecacatan deria pengdengaran kekal, atau tempat mat mat bola berkumpul layan game, sudah tentu tak sesuai nak bawak anak bini pergi makan. Tak larat lah nak melaung cuma kerana nak mintak hulurkan botol kicap.... kalau tempat tu tempat bebudak muda dating pun, aku tak pergi jugak.... macam aku bebudak dulu, ada tempat tu namanya 'Grape Farm'... kalau nak dating dengan gaya, kena pegi situ... padahal, ianya cuma kedai roti biasa sahaja....
Harga.... usahlah berkira sangat kalau nak makan tu. Tapi, kenalah logik dan masuk akal. Kalau tempat tu jual nasik lemak telur kerat lapan pada harga RM30 sepinggan, takkan nak pegi situ?
Dan mungkin yang terakhir sekali adalah ventilasi atau pengudaraan. tak mahulah lepas makan, badan lenjun berpeluh peluh dan baju kupam bau asap..... kedai mamak, banyak yang macam tu. Tapi Kat sini ada 2-3 mamak yang ada bilik ekon yang selesa lagi aman damai.
Itu hari, aku ada pegi satu fast food. Restoran jenis ini , memang glamer pada budak-budak. Tujuan aku pun memang aku nak bawak junior pegi makan. So pergi lah situ.
Kat Kuantan ni, ada 4 restoran makanan itali tu. Jadi aku pilih untuk pergi di KP kerana akses parking yang mudah, dan tak perlu aku nak jalan jauh. Sebab pergi lepas Maghrib, jadi , kat sini, restorannya dekat dengan surau untuk Isyak nanti.
Sebenarnya dah lama aku tak ke restoran di KP ini kerana aku lebih suka bersantai di MM. Tapi hari tu aku pergilah kerana alasan-alasan diatas.
Masuk je kat dalam tu, duduk kat meja, terperasan premis ini digredkan sebagai B iaitu kurang bersih.
WTH kan? Biasanya, fastfood outlet ni, kebersihan dia A. Tapi apsal lak kat sini B? Ok, mungkin ada kesilapan kecil dimana-mana. so aku tak berapa kisah sangat.
Tapi, bila time nak makan tu, aku tengok, dia punya sudu, garpu dan pisaunya, semua berkulat hijau... jenis basuh tak cuci. Lepas basuh terus dia campak dalam bekas. Hasilnya, semua jadi berkerak dan tidak bersih. Aku pernah buat part time di hotel zaman abis SPM dulu, biasanya, sudu dan garpu ni, akan di polish selepas digunakan.
Yang ini, usahkan polish, basuh main celup air saja agaknya...
So aku tak peliklah kenapa kedai ni dapat B. Kalau aku jadi mamat yang bagi markah tu, aku bagi C terus. Sebab? sudu dan garpu ni, menda yang ko sumbat masuk dalam mulut secara langsung. Kalau lantai tak bersapu ok lagi...... Restoran tu memang Failed. Jangan lah korang pegi situ.... bayar caj perkhidmatan konon... tapi dapat sudu tak berbasuh. Haprak!!!
Friday, 10 June 2011
Melaka dan Nikotin
Berita tidak baik buat perokok di Negeri Melaka. Melaka akan mengisytiharkan 5 kawasan seluas 338 hektar di sekitar Melaka sebagai Zon Bebas Asap Rokok mulai 16 Jun 2011. Sesiapa yang ditangkap atas kesalahan merokok di kawasan berkenaan boleh dikenakan kompaun sebanyak RM300 minimum atau sehingga kompaun maksima RM5000. Namun, ianya hanya melibatkan kawasan awam manakala premis atau kawasan milik individu adalah dikecualikan daripada larangan berkenaan.
Bagi aku seorang bekasbanduan perokok tegar, langkah itu ada baik dan buruknya. Tapi aku cuma nak ulas pasal objektif derang buat begitu.
Bagi aku, tiada istilah untuk menjaga kepentingan orang ramai. Kerana, asap toksik dari kenderaan lagi merbahaya dari asap rokok. Kalau nak kata, asap tu untuk prevent decay atau pereputan bangunan-bangunan sejarah, lagi tak masuk akal. Jadi, bagi aku, ianya adalah tindakan nak cari kompaun sahaja.
Umum tahu, perokok, hidup matinya bersama asap dan nikotin. Asap tanpa nikotin, tiada berguna. Nilotin tanpa asap, lagilah tak dak guna. Jadi, dengan menyekat derang ni isap rokok, sebenarnya usaha sia sia. Mesti akan ada yang akan kena kompaun. Ini aku cakap berdasarkan pengalaman aku berkawan dengan penguatkuasa Jabatan Kesihatan yang mana, 85% kes kompaun ke mahkamah, adalah kes merokok ditempat yang tidak dibenarkan seperti di hospital, restoran, perhentian bas dan sebagainya.Setiap bulan, bertimbun kes dia kena rujuk ke mahkamah.
Smoke-free zones violation of human rights, says Suaram
KUALA LUMPUR, June 6 — A human rights group denounced today the gazetting of entire districts in Malacca as no-smoking zones, calling it a violation of a person’s “right to smoke”.
Suara Rakyat Malaysia (Suaram) called the ban, which imposes a maximum RM5,000 fine on offenders caught smoking in five areas, including the Alor Gajah and Jasin districts, “ridiculous” and “very unreasonable”.
“People have (the) right to smoke,” Suaram co-ordinator E. Nalini told The Malaysian Insider today.
“We all have health concerns, but it should be done in a proper way... provide alternative places for smokers in all five districts,” she added. Dan aku bersetuju dengan pendapat mereka, bukan secara mendesak dan tergesa gesa serta perlu untuk menyediakan kawasan khusus untuk para perokok melaksanakan rutin mereka.
Rumusannya, dengan terlaksananya arahan ini, akan menyebabkan tandas2 disekitar kawasan yang diwartakan ini akan dipenuhi geng penagih nikotina. Sebab itu lah aku tak setuju dengan larangan ini. Bila tandas penuh ngan puak puak ni, aku nak kencing pun tak senang ati dengan bau asap derang. Abis baju aku bau asap. Nak mengorat awek Portugis pun dah tak boleh.......
Bagi aku seorang bekas
Bagi aku, tiada istilah untuk menjaga kepentingan orang ramai. Kerana, asap toksik dari kenderaan lagi merbahaya dari asap rokok. Kalau nak kata, asap tu untuk prevent decay atau pereputan bangunan-bangunan sejarah, lagi tak masuk akal. Jadi, bagi aku, ianya adalah tindakan nak cari kompaun sahaja.
Umum tahu, perokok, hidup matinya bersama asap dan nikotin. Asap tanpa nikotin, tiada berguna. Nilotin tanpa asap, lagilah tak dak guna. Jadi, dengan menyekat derang ni isap rokok, sebenarnya usaha sia sia. Mesti akan ada yang akan kena kompaun. Ini aku cakap berdasarkan pengalaman aku berkawan dengan penguatkuasa Jabatan Kesihatan yang mana, 85% kes kompaun ke mahkamah, adalah kes merokok ditempat yang tidak dibenarkan seperti di hospital, restoran, perhentian bas dan sebagainya.Setiap bulan, bertimbun kes dia kena rujuk ke mahkamah.
| Lepas ni kalau nak merokok, Cik Abang kena duk tengah sungai, baru susah Penguatkuasa nak kompaun. |
| Elok lah Melakaraya hapuskan budaya kencing merata-rata ni dulu. Siyes. sepanjang aku naik river cruise ni, tak kurang dari 4 kes kencing merata. Apa Melaka tak de tandas ka? |
Aku tidak nampak unsur lain. Kalau ikhlas nak buat zon bebas rokok, mula-mula, kerajaan Melaka kena haramkan penjualan rokok di 5 kawasan itu dulu. Tapi, tidak, mereka hanya mengharamkan perbuatan mengisap rokok, jual rokok tak apa. Kan sengal kepala hotak orang politaik ni? Berfikir menggunakan kepala lutut?
Antara kawasan yang diwartakan itu, termasuklah Jonker Street. Kawasan Bar dan Pub yang agak besar di Melaka.
Kenapa tidak di haramkan bar-bar ini? aksi orang mabuk lebih merbahaya dari aksi orang isap rokok.
| Geng mabuk todi di siang hari, lagi kronik dari geng nikotina. Elok Melaka kasi settle hal mabuk-mabuk ni. |
Sebab dia, macam aku kata tadi lah, Melaka nak peras sebanyak mana duit dari rakyat. Cuma kali ini menggunakan istilah kompaun. Percaya lah cakap aku, lepas ini, beribu-ribu mat nikotin kena kompaun. Dan pastinya akan mendatangkan income kepada pihak yang berkenaan. Tidak lah aku pasti, tukang kompaun tu dari Jabatan Kesihatan atau dari PBT.
Mengikut Suaram:
Smoke-free zones violation of human rights, says Suaram
KUALA LUMPUR, June 6 — A human rights group denounced today the gazetting of entire districts in Malacca as no-smoking zones, calling it a violation of a person’s “right to smoke”.
Suara Rakyat Malaysia (Suaram) called the ban, which imposes a maximum RM5,000 fine on offenders caught smoking in five areas, including the Alor Gajah and Jasin districts, “ridiculous” and “very unreasonable”.
“People have (the) right to smoke,” Suaram co-ordinator E. Nalini told The Malaysian Insider today.
“We all have health concerns, but it should be done in a proper way... provide alternative places for smokers in all five districts,” she added.
| Mungkin manusia seperti dua orang ini akan gumbira dengan larangan ini. |
| Hang Tuah happy ke dak? |
Sunday, 22 May 2011
K4 Menindas Orang Lelaki
Malam semalam, aku pegi K4.
Adalah sedikit barang yang perlu di beli di Hypermarket tu.
Aku pegi ngan kawan aku. Dia pun nak beli barang.
Disebabkan semalam hari Sabtu, so aku kena bawak shopping bag sendiri. Dan biasanya, memang aku bawak sendiri sebab kat rumah aku memang bersepah-sepah shopping bag yang datangnya entah dari mana.
Dalam banyak2 shopping bag, aku suka bawak yang berwarna biru tu. Jenis kanvas tahan lasak , dan cukup besar untuk dimuatkan segala jenis benda yang aku beli. Saiznya lebih kurang besar troli yang ada di K4 tu. Bag ni, sangat kukuh, setakat barang dapur 10-20 kg tu, memang tak koyak lah. Shopping bag ni, aku beli di sebuah kedai perabot di Damansara sana.
Jadi untuk memudahkan aku bawak shopping bag ni, aku bubuh lah kat dalam Deuter aku. Lagi pun, biasanya, dalam Deuter tu, aku letak DSLR. Aku tak tinggal DSLR dalam kereta. Dan, nosebag untuk DSLR memang tak selesa nak bawak kesana kemari.
Jadi apabila sampai di pintu masuk K4 ni, aku kena tahan di Mak Guard tu. Dia suh letak Cable Tie kat zipper Deuter aku.
Sebab dan alasan dia mudah sahaja, Takut aku ni pencuri keturunan penyamun. Takut aku curi barang dalam kedai dia, buh dalam bag tu.
Ok lah, itu peraturan mereka. Bagus juga mereka buat cam tu, dari Giant yang terus tak bagi bawak masuk. Satu kerja gila jika aku tinggalkan Deuter aku yang ada DSLR di dalamnya, di kaunter bag.
Cuma aku tak puas hati, kalau orang pompuan yang bawak bag, samada jenis macam Deuter ini atau handbag gedabak, tidak lah pulak mereka ikat tali kat situ.
Ini namanya diskriminasi gender!!!
K4 Menindas Kaum Lelaki!!
K4 Melabel Org Lelaki Sebagai Penyamun!!!
Hoi K4!!! Orang Pompuan pun mencuri dan menyamun jugak tau....
Tapi tak pe lah..... aku suka jugak pegi K4. Kena ikat pun, ikat lah....

| Cable Tie |

![]() |
| Macam la aku ni penyangak . |
![]() |
| Jangan masa dia kerat Cable tie tu, terkerat aku punya zip sudah!!!! |
Ok lah, itu peraturan mereka. Bagus juga mereka buat cam tu, dari Giant yang terus tak bagi bawak masuk. Satu kerja gila jika aku tinggalkan Deuter aku yang ada DSLR di dalamnya, di kaunter bag.
Cuma aku tak puas hati, kalau orang pompuan yang bawak bag, samada jenis macam Deuter ini atau handbag gedabak, tidak lah pulak mereka ikat tali kat situ.
Ini namanya diskriminasi gender!!!
K4 Menindas Kaum Lelaki!!
K4 Melabel Org Lelaki Sebagai Penyamun!!!
Hoi K4!!! Orang Pompuan pun mencuri dan menyamun jugak tau....
Tapi tak pe lah..... aku suka jugak pegi K4. Kena ikat pun, ikat lah....
Wednesday, 18 May 2011
Roti Bakar, Kopi Jantan dan Tisu
Hari ni pegi sarapan disebuah kedai makan kat tengah-tengah town. Aku makan roti bakar 2 keping ngan Kopi Jantan susu satu gelas.
Roti bakar tu, derang sapu kaya. Kira best jugak la... tak de la hangus, tak pulak lembik... sedang-sedang elok.
Kopi Jantan ni, memang namanya cam haremmm je. Tapi rasa dia best. Antara kopi paket murahan yang aku suka. Sebenarnya kopi ni aku tercuba ketika bersarapan dengan member aku tahun lepas. Dia racun aku suh test kopi ni.
Tiada side effect rasa seperti makan viagra atau rasa seperti lepas bersunat ke hapa. Yang itu cuma gimmick nya sahaja. Minum lah 600 peket pun, ianya tetap kopi dan bukan alat bantu untuk korang jadi superman ke hapa ke...... Rasanya juga tidaklah sesedap mana Cuma ianya rasa seperti Mild Cappuccino. Kira kena lah dengan taste aku. Dari aku duk hadap minum Nescafe Tiruan dan Kopi lemau yang cukup banyak di praktikkan di kedai2 makan.... baik aku minum kopi paket ni. Dah tentu, kurang pencemaran terhadap kandungannya.
Cuma jenis kopi paket ni, aku takut dia buh steroid je dalam tu. ramai jantan2 yang mengalami masalah tidak yakin pada diri sendiri, beli kopi bersteroid ni.... bahaya jang oiii...hehe
Tengah-tengah makan, tergigit roti pada bahagian yang kayanya tebal. Jadi aku pun otomatik terasa mulut macam comot sikit. Ye lah, pagi tadi, ramai jugak awek-awek beli kuih kat situ, so aku kena kontrol ayu lah kiranya.
Aku pun kabir* sama minah pelayan tu mintak tisu sehelai dua sebab kat atas meja, memang tak nampak pun kotak tisu. Minah tu dengan selamba je kasi tau sama aku, kedai tu tak de tisu. Dah habis 2-3 hari, tokey tak beli lagi.
WTH? Tisu ni kiranya, barang mesti ada dalam sesebuah kedai makan. Habis bodo pun, pakai je lah toilet roll tu... atau serviette klasik kaler pink tu.
Aku rasa macam failed je kedai tu.
Memang selalu aku jumpa ketika ini, kedai yang tidak menyediakan tisu. Kalau ada pun, disorok di tempat yang hanya tokey kedai je tahu. Kena mintak ngan pekerja, baru lah dapat sehelai dua.
Pada pendapat aku, kedai seumpama ini, tidak layak dikunjungi kali kedua dan seterusnya. Setakat tisu 2-3 helai, dia nak kemut sama dia punya customer, baik kita tak payah pergi langsung.
Aku kalau makan, memang perlukan tisu, terutama kalau makan di kedai bersama anak.
Pertamanya, tisu aku guna untuk kasi lap sudu dan garpu betul2. Derang tu bukan basuh pun. Cuma main lalu bawah air je....
Kedua, nak buat kesat mulut, idung, telinga dan bahagian2 lain yang comot dek kerana makanan. Terutama kalau bebudak tu dah start 'playing with their food'.
Ketiga, nak buat lap meja, terutama kalau minum ais. Gelas yg berisi ais, akan berpeluh. dan lama2 akan jadi banyak bertakung atas meja. Air peluh gelas tu akan mengalir dan kemungkinan kena pada baju/ seluar kita. Tisu, akan aku guna untuk serap air tersebut.
Keempat, buat tulis nombor telipun bagi kat awek yang tengah beli kuih tu..... hehe
Kesimpulannya, kalau kedai tu tak mampu nak bagi kat pelanggannya tisu 2-3 keping, baik korang toksah meniaga sebab korang ni jenis hampuras*.
Dan kita sebagai pelanggan, eloklah kita boikot kedai serupa itu.
* Kabir- Melambai
* Hampuras - Tidak berguna

Thursday, 7 April 2011
Miss Malaysia Pahang???
http://www.youtube.com/watch?v=n3MCeamGShE
Apa menda ni?
Apsal guna nama Pahang?
Kat mana ni?
Aduhaiii....
Tapi layan je lah sebagai jenaka.....
Friday, 1 April 2011
RIP Green Fipper
Ingat lagi pada selipar hijau ini?
Hari ini, Jumaat 1st April, aku pegi Jemaat di Masjid. Pakai selipar ni.
Aku port selipar ni di tempat biasa aku port alas kaki aku, disebelah sayap kanan masjid.
Abis solat, tengok selipar dah hilang. Terkeluar juga 2-3 perkataan yang tak best dari mulut aku...
Selipar tak de harga macam tu pun ada makhluk nak kebas?
Selipar tu memang baru sangat lagi. Aku jarang-jarang pakai.
Kalau dapat mamat mencuri tu, aku cuma nak gi rumah dia, jumpa mak bapak dia. Nak tanya sikit la sama mak bapak dia, masa tengah bikin dulu, ada baca bismillah tak? Ke main celup je? Tu yang dapat anak lebih dasat dari antu. Pegi masjid bukan nak solat, buat bising bercakap, main kejar-kejar, ngisap rokok belakang tandas. Lepas tu mencuri. Orang Pahang kata Hempurasss....
Orang macam tu, memang tak de perasaan takut langsung pada tuhan. Ntah2 dia tak percaya pun tuhan ni wujud. Islam sebab nenek moyang dia islam. Pegi masjid sebab orang lain pun pegi.
Orang macam tu, memang patut lah dikerat tangannya. Jahat sangat.
Aku bukan nak berkira sangat dengan selipar aku tu, tapi geram sebab berjumpa dengan makhluk yang tak reti takut dan hormat pada orang lain dan juga pada Allah.
Aku halalkan selipar tu. Amik lah.... orang lain tuhan uji lebih berat lagi. Minggu depan aku beli lain.... atau ada diantara kamu nak bagi hadiah sama saya? He he
| RIP |

Subscribe to:
Posts (Atom)