amriezukasensei part 1

http://amriezukasensei.blogspot.com/
amriezukasensei part 1

Showing posts with label Panggung Khayalan. Show all posts
Showing posts with label Panggung Khayalan. Show all posts

Thursday, 8 September 2011

Kereta

Berberapa tahun sudah... mungkin dalam tahun 2006 kut, aku pegi nonton wayang cerita The Cars ini.

Sebelum cerita ini di tayangkan, Teaser dan trailer berkaitan dengannya telah lama ada di web-web streaming video seperti Youtube , Metacafe dan sebagainya.

Agak teruja menunggu cerita ini ditayangkan. Dan pada hari pertama di tayangkan, seingat aku, ketika itu hari bekerja, tetapi panggung penuh dengan ibu bapa yang membawa anak2 mereka termasuk lah aku.

Harus di puji berkaitan dengan jalan cerita yang menarik dan graphic yang cukup mempersonakan.

Kini tiba sequel yang kedua The Cars yang akan ditayangkan dalam minggu ini. Tempahan tiket sudah mula dibuka, dan aku telah berjaya mendapatkan 3 tiket untuk sabtu ini.

Apa kata hujung minggu ini kita bawak ahli keluarga kita menonton the cars ini?



http://www.youtube.com/watch?v=x0WCbDim-Ek&feature=fvst


P/S: Apa watak kegemaran anda dalam cerita ini?  Aku?Sheriff!!!

Tuesday, 14 June 2011

Manusia X- Kelas Pertama

Marvel.... pembikin komik nombor satu dunia.

Aku bukanlah penggemar komik, pengumpul figurines dan berminat dengan cosplay. Saya bukan seorang enthusiast komik.

Pernah juga kalau berjalan-jalan disekitar kedai2 buku secondhand, belek2, pegang2 komik ni, tapi tak berapa minat lah. Adik aku yang bongsu, pengumpul komik. Dia obses juga dulu. Aku, kalau beli komik pun, sebab nak tengok gambar atau ilustrasi yang ada didalam tu. Boleh juga cedok idea dan tiru stroke2 derang.

Berbeza dengan cerita Dari Komik Marvel yang telah di wayang panggungkan. Aku biasanya tidak akan miss nonton, tak kira lah melalui wayang, DVD cetak rompak atau streaming di internet. Menonton dirumah lebih bersifat santai dan rilek-rilek sambil kasi bengang sama aku punya jiran dengan bunyi sistem home theater veteran aku ( woofer ada 3 bijik, 8, 10 dan 12 inci... jangan tanya berapa kuat dia boleh kasi gegar).

Diantara banyak-banyak movie Marvel, yang paling aku suka. Paling best. Paling lazattt. Paling segala paling... ialah X- Men.

Tidak pernah miss aku ke panggung kalau keluar siri X - Men ini. Kecuali, X-Men Origin-Wolverine, yang aku beli DVD9.

Baru baru ini, keluar dipanggung cerita sequel ke-5  X-Men yang bertajuk First Class. Pemahaman aku 1st class ini merujuk kepada kumpulan mutant pertama yang berjaya dikumpulkan oleh Magneto dan Prof X.

Dari siri yang pertama, X-Men (2000), aku memang tertanya tanya siapa sebenarnya Prof X dan Magneto . Ianya tidak dirungkaikan cuma terdapat sedikit clue bahawa mereka ini sebenarnya berkawan tetapi menjadi sekutu kerana sebab sebab tertentu. Begitu juga dengan kehadiran Mystique yang bergitu Flirty kepasa Prof X tetapi dalam masa yang sama berada di dalam kelompok Magneto.

Senang kata, kalau korang nak tengok 1st class ni, korang sekurang-kurangnya kena khatam X-Men 1-3 dulu... kalau tak, anda takkan paham. Kecualilah anda memang follower komik X-Men dan juga siri animasinya di TV.

Sedar tak sedar, cerita X -Men sudah masuk tahun ke 11, dan menurut Wiki, terdapat berberapa sequel lain akan dikeluarkan pada bila bila masa. Tetapi trend 3 tahun ( atau apa sahaja laaa) sekali untuk satu movie, mungkin diguna pakai.

Dari Januari itu ari... sampai sekarang, Cerita ini duduk ranking nombor satu aku. Pirate Karikacang duk nombor dua.

Esok lusa, aku nak pegi tengok Super 8 pulak.... siapa mau ikut saya?




http://www.youtube.com/watch?v=o8ccSiH4olo

Tuesday, 24 May 2011

Lanun KariKacang- The Mishap

Itu ari aku pergi tengok cerita Jack Sparrow. Korang pun tau kan?

Bagi aku, cerita ni best jugak laaa... dari part 3, aku lagi suka yang ini.

Ianya berkisarkan kegilaan manusia dari kumpulan-kumpulan yang berbeza mencari Fountain of Youth. Semua nak jadi muda kekdahnya. Semua tak mo mati.

Akhirnya, mereka jumpa juga FOY tu... so, salah sorang dari mereka tu, dapat lah merasa jadi muda tak mati-mati...


Tapi, dalam banyak2 babak dalam cerita ni, aku paling suka babak mermaid.

Ya tuan puan semua, Ikan Duyung.
Bukan Sebarang Duyung, tetapi Duyung puaka pemakan manusia.

Cantik-cantik duyung tu semua. Cantik dari heroin lagi. Tapi mereka ini ganas, memakan kelasi-kelasi kapal yang terleka akan kecantikan mereka.

Sungguh, aku pernah dengar sebelum ini, mermaid adalah sejenis makhluk yg ganas lagi berbahaya. Cuma the little mermaid je yg kata mermaid ni baik.
Mermaid ganas pembunuh

Apa-apa pun, korang pergi tengok sendiri lah cerita ni. Dari Fast 5, cerita ni berganda lagi baik, dan kelakarnya, memang harus diberi pujian.


Tengah sedap2 layan cerita, tetiba skrin menjadi putih.

Rupa-rupanya, Junior melaporkan, filem tu melekat bergulung gulung bersimpul habis... dalam 10 minit juga SIARAN TERGENDALA...

Friday, 20 May 2011

Jack Sparrow- Lanun KariKacang

Pirates of The Carribean 4

Quote by Jack Sparrow: "Not all treasure is silver and gold...                                  

Secara rasmi, sudah ditayangkan di Tanah Melayu mulai malam tadi. Seperti cerita-cerita lain yang fames. Krew penerbitan POTC4 berpendapat, elok buat cerita ni, kesinambungan dari Part 1-3, sebab untung banyak dan mempunyai pengikut. Mungkin mereka nak kejar Fast 5 yang dah ada 5 sekuen?

Tidak dinafikan, part 1-3, memang best. Elemen merapu hantu super power, memang ada, dan ianya dimanipulasikan menjadi bahan lawak dengan cukup elok dan berkesan.

Tiada alam nyata dalam cerita fantasi sebegini. Dan ianya memudahkan otak untuk digest perkara itu dari mula lagi. Sebuah kapal kayu, boleh menyelam? Tidak sukar untuk mempercayainya kerana cerita ini memang cerita khayalan.

Selain dari Johnny Depp yang dinobatkan sebagai lelaki paling glamer di rantau ini, aku ske cerita ini kerana slanga Queen English yang cukup tebal.

So malam ini, kalau ada tiket, nak cari aku, sila lah cari di kerusi bernombor C1 hingga C4 di GSC Megamall.

Adios Pirates!!!!!





http://www.youtube.com/watch?v=QQ_1ZZSNFuQ


Jom naik kapal Jack Sparrow

Monday, 9 May 2011

Laju Lima

Cerita Wayang Fast and Furious 5 sudah keluar di panggung. Kalau rajin, pergi lah nonton. Kalau malas, donlod lah saja di blog2 yang ada memberikan khidmat donlod haram ni.

Masa mula-mula keluar FAF ni, teruja juga tengok Import2 Jepun (kereta jepun) yang di muatkan dalam filem itu, siap ada Mirage cyborg lagi... Mat USA, bila bikin cerita, tak berapa suka menonjolkan kereta2 dari bahagian asia. Tapi untuk FAF ni, mereka seakan mengiktiraf, kehebatan jentera2 dari asia. Tapi, mereka juga tidak lupa memasukkan Muscle Car derang. Mana bleh kalah. Gelaran bagi kereta import jepun/ asia yg diubahsuai adalah 'RICER'... Rice Boy...

Kira aku hadap jugalah cerita FAF1 ni...

Pastu keluar Part 2.... Oh Very Lame!!!

Part 3 .... What The hell?

Part 4.... U gotta be kidding...

Part 5.... are u dead serious?

Terlampau banyak sangat. Ianya sudah jadi tidak xclusif lagi.



Pergi je lah tengok.... cerita ni nak kasi tau, Mat lumba haram, payah nak tobat. Esok-esok, mungkin ada FAF part 6.... siapa tahu?



Dari 1 hingga 5 ni, aku suka lagu "deep enough".... memang best.... korang layan lah lagu ni... soundtrack dari FAF1



http://www.youtube.com/watch?v=R7YHALiVX4c&feature=related

we hit the room, me and my crew and it was cool,
until we bumped into you now it's been years,
but there you were like a mustang,
redlinin' every single gear with a man that danced like he was born in '49,
but lost his groove back when jesus died i wanna know,
are those replacement hips? is that a swatch watch?
do you know what time it is?

does he run it deep enough
to take you there?
does he run it deep enough
oh tell me baby
does he run it deep enough?
tell me, tell me
does he run it deep enough?
does he run it deep enough for you?

we hit a couch, the place was packed with sweaty palms,
sweaty thongs, and sweaty backs my mouth was dry,
my brain cold high, the groove was right,
so i decided to ignite your eyes met mine,
you skirt began to rise,
and so did i now you know that i took that prize in the middle of the club,
in the middle of the club, in the middle of club now tell me!

does he run it deep enough
to take you there?
does he run it deep enough
oh tell me baby
does he run it deep enough?
tell me baby

what did i do? what did i say?
that gave you away tell me what didn't i do,
what didn't i say that sent you away from me

i wait for you to take my i wait for you to take my hand

does he run it deep enough
to take you there?
does he run it deep enough
oh tell me baby
does he run it deep enough
oh tell me, tell me
i'm just a jealous guy, i'm just a jealous guy, come on!

Wednesday, 20 April 2011

Monyet lagi!!!

Mak aku, Pn Kamariah, memang suka sangat sama cerita Planet of The Apes. Bukan cerita yang baru main panggung 3-4 tahun lepas tu. Tapi cerita original lakonan Roddy McDowall.

Roddy McDowall (tengah), (17 September 1928 – 3 October 1998)




Selalu, dia ajak aku nonton cerita POTA ni sama2 ngan dia. Adik beradik aku yang lain kurang sedikit menonton movie cerita begini. Aku tidaklah berapa suka cerita sains fiksyen melampau seperti ini, tapi layan mak aku punya pasal, ikut kan saja......

Ketika melayari internet 2-3 hari lepas, terjumpa link trailer POTA versi baru. Memanglah ketika itu aku rasa WTF, not again!!! yang cerita lama dulu punya lah tak best, tapi bila tengok trailer tu, rasa macam tak sabar nak nonton pula.

Monyet jahat yang cerdik? Atau Monyet cerdik yang jahat?
Meh kita nonton bulan Ogos ni...






http://www.youtube.com/watch?v=4VYND6tK5ho