amriezukasensei part 1

http://amriezukasensei.blogspot.com/
amriezukasensei part 1

Friday, 23 December 2011

Singapura 101

Itu ari, aku berkesempatan pegi jalan jalan ke Temasek sana. Aku drive turun dari Kuantan ikut Rompin, mersing, Kota Tinggi dan bermalam di Johor Bahru. Dalam 4-5 jam jugaklah perjalanan aku.

Pagi-pagi buta, aku dah terpacak di Terminal Bas Larkin (TBL). Ini kerana aku bercadang masuk Temasek menggunakan pengangkutan awam. Guna bas, MRT dan Teksi.
Bas untuk ke Temasek tidak silap aku ada 2 jenis. Melalui Tambak dan juga melalui Tuas. Aku pilih melalui Tambak kerana aku nak lihat keadaan Tambak itu sendiri.
Jadi, Bas yang perlu di ambil adalah bas SBS Transit bernombor 170 di platform 13. Platform ini berdekatan dengan pasar besar.


TIPS: Kalau korang nak tinggal kereta, pastu nak naik bas masuk temasek, kereta korang eloknya ditinggalkan di tempat parking Pasar. Kerana cajnya Cuma RM5 untuk satu hari. Berbanding jika korang tinggal kat parking terminal, korang kena caj mengikut jam. So kalau pergi satu hari tak pe lah. Kalau pergi 2-3 hari? Mau demam membayar parking....


Semua pakat beratur...

Nak naik bas 170 ni, kena beratur dulu... tiket di bayar atas bas dalam RM1.80 kut... pastu boleh lah enjoy the journey... Bas akan berhenti di komplek imigresen di sebelah Johor iaitu di woodland. kena turun dan naik ke kompleks imigresen tu untuk urusan passport. Boleh guna mesin automatic atau secara manual beratur kat kaunter. Mana-mana pun sama je... Lepas tu, kena turun dari komplek imigresen, dan beratur lagi sekali untuk naik bas 170 tu. Tak perlu tunggu bas yg dinaiki sebelum tu. Mana-mana bas yg tulis 170, boleh kasi naik dgn syarat, tiket tu tidak dibuang.

Imig Malaysia
So bas akan lalu tambak dan akan berhenti di kompleks imigresen temasek. Kena turun menapak sekali lagi dan berurusan dengan imigresen temasek pula. Disini, kena penuhkan Disembarkation Form (white card IMM27E) terlebih dahulu sebelum membawa kad itu bersama2 dgn passport untuk urusan ‘stamp in’. Tak kira korang naik apa, bas, kereta sendiri, teksi, Ferrari, Starex.. naik motor.. jalan kaki.. tua ka, muda ka.. sweet cute very lovely ka .. semuanya kena isi borang itu juga. Borang itu diberikan percuma sebelum kaunter stamp in tu.

Cara nak isi form tu ada derang tempek kat dinding. Kalau nak lagi best, korang siapkan pen awal2.. bawak pen sendiri sebab kenkadang pen kat situ semua org guna atau tak de dakwat atau tak de pen langsung... Pegawai-pegawai dia kerek gila. Kalau mintak pinjam pen, dia maki je kita. Tak kena kat aku, kena kat orang lain... hehe
Ni la borang tu... aku rembat satu keping mau kasi korang semua tengok. Yang ijau tu Tiket MRT yang aku rembat jugak..

Pastu keratan borang tu hendaklah sentiasa ada dalam passport dan jangan hilangkan. Ini kerana keratan borang tu akan korang serahkan semula semasa stamp out (keluar dari temasek) nanti. Kalau ilang, aku tatau la apa jadi... kena denda kut..

Lepas dah stamp in, korang akan lalu scanner kastam.. kena kasi keluarkan semua menda elektronik dari badan korang letak dalam beg atau bakul yang tersedia. Kalau ada rokok, pastikan rokok itu dibuka dan korang buang 2-3 batang dari kotak tu supaya tidak dikira mengimport masuk rokok dan mengelakkan korang kena denda atau pun kena bayar tax. Kalau nak bawak rokok spare, maksud aku, bawak 2-3 kotak, kesemua 2-3 kotak tu kena kasi bukak dan bagi kawan2 kita pegang. Kalau sorang dah ada 2-3 kotak, derang akan caj juga.... bab rokok, chewing gum... memang derang strict sangat. Berjam jam lah korang duk dalam tu kalau kena tahan kes rokok... ini kena pada member aku. Dia bagi aku pegang rokok, aku bukak buang 2-3 batang, simpan dalam poket. LEPAS!! Dia punya, dia tak bukak... simpan dalam poket. Kena tahan dgn kastam, end up bayar Tax dalam Sing$25 kut.... mahal giler jadi rokok dia... haha



Marina Bay dalam mood Christmas

Tiket Ke Marina Bay Sands Skypark
Lepas dah setel kat situ, turun dari komplek tu, dan beratur utk naik bas 170 tu semula. Dan bas tu akan bawak ke stesen MRT Kranji. Dari situ boleh lah rancang nak pegi kemana dengan MRT.
Dari Kranji, aku naik MRT pegi ke Marina Bay dalam 30 minit punya trip. Aku pegi ke landmark temasek yang terbaru iaitu Marina Bay Sands Hotel... naik derang punya sky park.

Dari stesen MRT tu, aku menapak je dalam 2-3km jugak la. Pergi ke kaunter tiket di LG dan beli tiket dengan harga SGD20. Dan mereka akan bawak kita naik lif ke tingkat paling atas. Pemandangan kat atas tu teramat cantik. Nampak Bandar temasek dan juga pelabuhan derang. Dek kayu kat atas tu memang Nampak classy. Tapi kat atas tu tak de bumbung kecuali kat bahagian tepi tu ada sedikit macam teduhan kecil muat untuk 4-5 orang. So kalau bawak baby, elok lah berpayung. Boleh duduk atas tu selama mana yang engkau mahu. Lagi terdaya. Kat atas tu ada jual cenderahati dan juga drinks (free flow... beli segelas, minum ramai-ramai... pastu refill... pastu minum... pastu refill sampai kembung... hahahaha) gelas (tumbler) tu pun ada kualiti sebagai barang cenderahati.

Dari Marina tu, kalau rasa nak pegi ke Merlion (esplanade) memang tak jauh dah. Tapi letih jugak berjalan. Kali ni aku skip pegi dekat Merlion tu sebab ada orang ‘pencen’ ikut kita orang, so tak nak dera dia jalan jauh jauh.



Eksyen je tu... hehe

Temasek pun ada maybank

Banyak nye kapal

Merlion

Dulu, boleh je pegi tepi pool tu... tapi sekarang ni derang dah tak kasi. Poolside hanya utk hotel guest sahaja

Ada lumba F1 boat depan Merlion

Mesjid kat little india.. sana tak tutup aurat pun boleh bebas masuk.

Kat temasek pun ada burung macam ini....

Mustafa... syurga shopping . Bila pegi sini, terbukak mata aku bahawa betapa mahalnya barangan yang ada kat Mesia. berapa banyak Tax yang perlu kita bayar.

Next Stop- MUSTAFA CENTRE... hahaha
Ni tempat syurga shopping. Siapkan duit dan belilah apa sahaja yang anda mau. Perumpamaannya adalah seperti Mydin kat sini. Cuma bezanya, derang jual barang branded dengan harga yang teramat murah. Sebut nak apa.. Perfume? Emas? Rolex? Adidas? Harganya berganda lebih murah dari harga di Malaysia walaupun setelah di convert kepada duit Malaysia. Aku beli perfume 2-3 botol... perghhhh memang best.


Perfume dimana-mana. Nak jenis apa? semua ada.. yang rare pun bersepah... orang sini boleh beli perfume tiap tiap bulan. Murah Gila.

Kat mesia, perfume derang simpan dalam lemari kaca... macam barang emas. Sini derang main longgok je... tekan dan picit la tester sesuka hati... tak de orang nak marah. Mesia punya tester, kalau picit lebih kurang, bapok jual perfume kat sogo tu jeling lain macam je... kumat kamit mulut bapok tu duk seranah kita...
SGD14 sebotol.... Bersamaan dengan RM35 je.. ORIGINAL... kat Mesia ni, RM35, perfume cap bukan-bukan dapat la... sekali pakai abis merah kulit terbakar...Untung orang singapore yang mempunyai kerajaan yang bukan cekik darah dengan bermacam Tax yang tidak masuk akal.

MRT

Jadi, bagi aku, berdasarkan pada 2 tempat ni, memang aku rasa best pegi Singapore ni. Perkhidmatan MRTnya sangat efisen dan boleh diharap. Sangat mudah nak paham system alirannya. Trainnya juga panjang, laju dan luas. Cuma bosan, kenkadang kena tahan dek sekuriti untuk buat pemeriksaan keselamatan. Abis beg , poket diselongkar. Memang derang ni Phobia...
Jadi, pegilah Singapore, kadar tukarannya walaupun 2.5 dgn duit kita, tapi ianya pasti memberikanpengalaman yang baru kepada kita. Orangnya macam kerek, dan aku rasa sebenarnya mereka ini Kiasu dan sedikit sewel denga lifestyle tah hapa hapa derang yg telah pun kehilangan identity. Mintak beg plastic ekstra pun derang tak mo bagi... perghhhh... dasat!

Beach House yang regenya ntah berapa puluh ratus juta...

Sentosa Island...

Singapore dari tengah laut

Mood hari Natal dimana mana

Friday, 16 December 2011

Konsert Fenomena 30 Tahun Search

Pada asalnya, konsert ini dicadangkan akan berlangsung di padang astaka Petaling Jaya... tapi disebabkan musim ujan, maka derang ubah venue ke Mines Convention Centre (MIECC) .
Tindakan bijak...

sebab, dari aku tak mo pegi, kini aku boleh pergi.

Kebanyakkan peminat Search ini adalah golongan otai yang sebaya aku, atau lebih tua dari aku... otai tak mo dah main ujan... dan dizaman teknologi ni, org tak mo BB, IP4, DSLR mereka basah kena ujan....

Sebenarnya, kalau ikutkan hati, mmg aku tak mo pegi sebab pengurusan konsert ni terlampau lembab dan clueless... mereka ada hunting line dan juga laman FB, tapi bila di ajukan soalan, mereka tidak tahu menjawabnya... aku jadi bosan dan fed up. Konsert diijalankan di KL... aku di kuantan, jadi bermacam maklumat yg perlu derang kasi tahu supaya senang aku nak kesana. Maklumat seperti tempat parking, route, etc sepatutnya menjadi perkara asas dalam mempromosi event derang.

Amik contoh page FB KLIM ( KL International Motorshow2010) mereka ini cukup profesional dengan menjawab segala pertanyaan. Nampak kemas, teratur dan bijak. Setiap soalan di FB dijawab tanpa banyak soal..... Yg Search punya? Hazabbbb... turn down factor

Sebenarnya, ketika aku melayari MUDAH, ada terjumpa iklan orang nak tolak tiket Search ... 2 keping pada  RM120... harga sebenar RM140.

Aku call dan tawar sampai dapat harga RM80... dan kebetulan pula esok dan Ahad memang aku akan berada di KL kerana ada kuliah di IIUM, jadi waddahelllll... aku terus pegi amik tiket tu... save 60 ketui... ok la tu...

Biarpun aku marah sama penganjur yg lembab... tapi itu bukan salah Amy, Yazid dan lain lain... so aku patut pegi... tahun lepas aku pegi konsert derang, memang best.... tahun ni mesti lagi best!!!!!!

Persoalan sekarang ni.... macam mana aku nak pegi ke MIECC ni? aku bukan pernah pergi pun..... aduhaiiiii

Hahahaha.... satu untuk aku... satu untuk kamoooo





Ni gambar konsert tahun lepas... Red on Black

Amy, Awie and Ella....

Dalam stadium darul makmur

Best!!!

Air dalam cup bodo tu, RM2 satu.... perghhhhh

UANTAN

kat belah pantai timur sekarang ini musim ujan.... hari-hari ujan. Ada berberapa tempat, banjir. Air sungai, tali air, paya dan longkang sentiasa besar dan berarus deras...

Kerana itu juga, mercu tanda bandar kuantan, telah kehilangan huruf 'K'...

sebagai seorang warga kuantan yang baik hati, aku tolong 'hidup' kan semula huruf K yang telah hanyut dibawa arus tu.... hehe

UANTAN...... haha

Aku seorang warga Kuantan yang baik hati dan bertanggungjawab....

Friday, 2 December 2011

Junior's Initiation- Circumcision

"Initiation is a rite of passage ceremony marking entrance or acceptance into a group or society. It could also be a formal admission to adulthood in a community or one of its formal components. In an extended sense it can also signify a transformation in which the initiate is 'reborn' into a new role." - Wiki

Diseluruh dunia, proses inisiasi merupakan satu proses yg common digunakan oleh sesuatu kumpulan itu kepada ahlinya supaya ahlinya itu dapat diterima masuk dalam kumpulan tersebut.

Dalam budaya orang melayu, berkhatan merupakan salah satu dari proses inisiasi. Ianya merupakan simbol seorang budak lelaki yang telah bersedia memasuki alam remaja dan seterusnya alam dewasa. Tidak kiralah melayu itu islam atau tidak, proses berkhatan ini dijalankan dengan faktor ianya sebagai satu budaya masyarakat melayu. Hatta, orang asli juga bersunat, walaupun terang terangan mereka ini ada yg bukan islam. Aku tau la.... sebab dulu aku duk ngan orang asli selama 3 tahun!!! Derang dah tua bangka baru nak bersunat.... umur 15-16 tahun tu normal la derang pegi bersunat... haha

Dari sudut Islam pula, berkhatan bagi lelaki, dipukul rata, dikira WAJIB.

Dalil utama berkaitan ‘Khatan’ adalah

خمس من الفطرة : الختان والإستحداد وتقليم الأظافر ونتف الإبط وقص الشارب

“Lima perkara fitrah : berkhatan, mencukur bulu kemaluan, memotong kuku, mencabut bulu ketiak (cukur) dan memendekkan misai.” (Riwayat Muslim)


Kebaikkan berkhatan? banyak!!!! korang google la sendiri. Cuma yang paling nyata ialah dari sudut kebersihan , berkhatan ini memang bagus.

So pada hari ini, Junior telah melalui proses inisiasi ini di Klinik An Nisa'.
Junior dah lama bercadang nak berkhatan tahun ini. Abis segala orang dia kasi canang dia nak potong anu. Dalam FB pun dia tulis perkara yang sama. Berani jugak anak aku sorang ni... Tapi ye lah kan, anak kepada secret agent kena la berani...

Sepatutnya urusan berkhatan ini dilakukan pada 5hb Dec nanti, tapi disebabkan Doktor Nik (Pakar Kanak-kanak) ada free pada pagi ini, maka tak pikir panjang, aku bersetuju sahaja. Proses berkhatan ini dijalankan dengan teknik biasa... tiada laser... tiada clamp segala...

Syukur Alhamdulillah, dalam masa 40 minit... junior selamat dikhatankan.... dan paling penting... DIA TAK NANGES!!!!

So Lepas ni, senang la dia nak ikut aku pegi surau, boleh solat sebelah aku. Dan, boleh lah aku mula menurunkan ilmu ejas awek sama dia.... hahaha...


Breakfast kat White Chicken Kopitiam... Dia risau jugak... asyik duk tanya, berapa jarum nak kena cucuk?

Kat sini ada breakfast roti bakar je.... apa punya koman laaaa.... nyesal masuk kedai ni

Ceria je dia dalam uniform bersunat!!!! Junior yang berani

Sesudah urusan.... bagus juga doktor Nik ni... jarum bius yang pertama tu memang agak sakit... tapi dia tunggu kebas dulu baru dia sambung cucuk. Semua sekali kena dalam 5-6 jarum... zaman aku dulu, doktor cucuk 6 jarum sekaligus... dia punya pedih, sampai sekarang masih terasa!

Sampai rumah tadi, elok je bius tu ilang... merraung jugak la dia dalam sejam-dua... lepas tu ok dah... boleh main game dengan sepupu dia dah...

Wednesday, 23 November 2011

Happy Besday To Me

23 November setiap tahun, aku celebrate Besday

Tiada apa yang special kecuali pegi makan-makan

Tahun ini pergi Little Croc ... makanan kat situ best best... suasana romantis dan aman damai.. pergi la try ...


Monday, 7 November 2011

Rendang Tok

Raya Aidilfitri itu hari, dah buat rendang ayam. Untuk Raya Korban ni, test buat rendang tok pun best jugak. Ada sedikit perbezaan diantara rendang biasa dengan rendang tok... rendang tok ni biasanya, orang buat guna daging... warnanya lebih gelap, dan kenkadang orang akan campur kicap lemak atau rempah kari...

* 1 kg daging - dipotong sebesar 3 inci atau ikut suka
* 2 cawan santan pekat - 1 biji kelapa
* 1/2 cawan kerisik
* 3 sudu besar gula merah
* 1 batang kulit kayu manis
* Garam secukup rasa
* Bahan2 kisar:-
* 2 sudu besar ketumbar
* 1 sudu besar/teh lada hitam
* 1 sudu teh serbuk kunyit
* 1 sudu besar/teh jintan putih
* 1 sudu besar/teh jintan manis
* 3 cm Lengkuas
* 3 kuntum bunga lawang
* 25 biji cili kering
* 5 batang serai
* 5 cm halia
* 20 biji bawang kecil

Maka jadi lah menda kat bawah ni.... hehe..

Ikg daging import

Benda2 yg nak kena kisar

Selepas dikisar... siapa berani minum ni? aku bagi RM5... hehe

Antara bahan PERLU

Dalam Kuali

90% lagi nak masak.... kena kacau sampai kering baru best

Jom makan Lemang dan rendang tok. FYI, Lemang tu jenis lemang rebus... aku sudah kena tifuuuuuu.....

Saturday, 5 November 2011

Korban Di Kemboja

18  - 27 Oktober 2011
Kuantan- KLCC- Phnom Pehn - SiamReap -Aranyaprathet- Bangkok - Sg Kolok- Kota Bahru - Kuantan

Baru-baru ni, En Shukri telah berpeluang mengikuti rombongan menghantar sumbangan ibadah korban kepada masyarakat muslim yang berada di Kemboja (Cambodia).

Misi kecil ini bermula dengan menaiki Bas dari kuantan ke KLCC dan seterusnya, terbang ke Pnom Pehn dimana urusan penyerahan sumbangan dilakukan. Selain dari sumbangan utk ibadah korban, turut di sumbangkan ialah naskah-naskah Al Quran dan Surah Yaasin.

Habis aktiviti tu... maka En Shukri pun berjalan jalan ke merata tempat...  dari Phnom penh menuju ke Siam Reap dan kemudiannya ke Aranyaprathet di sebelah Thailand seterusnya ke Bangkok untuk menaiki keretapi ( jungle line) ke  Sg Kolok dan seterusnya Kota Bahru sebelum pulang semula ke Kuantan.

Enjoy gambar2 yang ayah aku amik... bila la aku nak sampai kat situ eh? Backpacker macam ayah aku... best!!!

Kalau korban kat sana, cuma rm250 untuk satu bahagian. Bukti korban cuma sijil pada penyumbang2 . Kalau nak join, tahun depan sila kasi tau awal2. Boleh kasi ejas.

Peserta Delagasi

Pintu masuk 'The Killing Field'
Killing Fields of Cheung Ek is situated 15 kilometers south-west of Phnom Penh and made famous by the film of the same name "Killing Field". it was a place where more than 17,000 civilians were killed and buried in mass graves; many of them transported here after detention and torture in Toul Sleng. This place is a chilling reminder of the brutalities of the genocidal Khmer Rouge regime. In the center of the area is a 17 story glass stupa which houses 8000 skulls exhumed from mass graves. Open daily.

Sebelum Encik Pol Pot membunuh rakyatnya, En Pol Pot akan amik gambo sebagai kenang kenangan dulu...

Ni gambor rakyat Pol Pot yang telah mati di siksa...

Paham dak dia kata menda?

En Shukri kata, aura seram sejuk dan menggerunkan dirasai sepanjang berada disini.

Bayi-bayi dibunuh dengan cara menghempas mereka ke batang pokok.

Tengkorak siapa yang menjadi bahan pameran?

Dulu katanya, bangunan ini merupakan bangunan sekolah. Tapi En Pol Pot telah bikin kasi jadi pusat tahanan dan siksaan. Yang mati, dia tanam kat situ je...

17 000 rakyat Pol Pot dibunuh disini. 3 juta yang lain entah dimana kuburnya. Genocide!!!

Antara Kubur beramai ramai.... yang ini sentiasa berminyak dan basah...

Kubur untuk wanita dan kanak kanak. Kubur ini sebenarnya pada masa Pol Pot tu, tak pernah dikambus. Mayat akan dicampak bertindih-tindih. Sejenis kimia seperti serbuk klorin akan disembur diatas setiap lapisan mayat untuk menghalang bau busuk.

Kat sini lah derang hempas bayi bayi secara hidup hidup sampai mati.

Tempat gangtung speaker supaya suara org merintih dapat ditutup dengan bunyian dari speaker tersebut.

Pegi tukar tali jam. Kat KL, En Shukri kata, talinya berharga rm300, tapi kat sini cuma USD$20 sahaja. Murah katanya....

Dalam Jungle Train. Mamat ni adalah Pengerusi Belia dan Pesuruhjaya Pengakap bagi sebuah negeri. Kalau jumpa buku buku pengakap tahun 80 dan 90an, kebanyakkannya hasil tulisan beliau. Umur dah 60, tapi scout selagi terdaya. Dia ni pakcik aku. Abang kepada Encik Shukri.

Jungle train akan jadi sesak bila berenti distesen-stesen kecil... ini kelemahan jungle train. Tmabang Bangkok- sg Kolok cuma RM90 sahaja. 20 jam perjalanan, kerana ada tempat banjir, dan penumpang dihantar dengan bas kestesen berdekatan.

Antara kawasan banjir di Thailand yang masih belum surut.

Stesen keretapi Bangkok... kat sini tak banjir, dah jadi macam pulau sebab kawasan sekelilingnya dinaiki air...


Ole ole yang Enche Shukri beli untuk aku...Ingat juga dia kat aku... yelah kan, dah bagi pinjam beg Deuter... takkan tak de apa apa... hahaha

Bijak jugak... boleh pakai untuk potong daging esok.

Imitation Columbia. Boleh lah... nak buat lasak lasak... Columbia ni jenama Outdoor yang sama hebat dengan Coleman. Cuma Columbia ni lagi extensive. Siap ada butik pakaian. Dulu ada butiknya di Parkson, tetapi sekarang sudah tutup.... suka juga pakai barangan Columbia ni... Terima Kasih Bos.... suka pisau ni!!!!