amriezukasensei part 1

http://amriezukasensei.blogspot.com/
amriezukasensei part 1

Thursday, 14 July 2011

Bukit Tinggi Part 2

Dengan tiket yang korang beli untuk masuk ke Colmar, ianya juga boleh digunakan untuk masuk ke Japanese Tea House (chashitsu) dan juga Rabbit Farm.

Chashitsu yang terdapat disini dikelilingi oleh taman yang agak besar. Terdapat berbagai-bagai elemen taman jepun yang disusun atur dengan gaya yang agak menarik.



Cuma, ianya kekurangan dari segi pokok pokok buluh dan juga        ' raked sand'. Kalau ada 'raked sand' memang best lah.


Ye ke?  Ye lah kut....

Nyaman je rasa


Slow shutter, tapi tak pakai tripod. Kalau tak, mesti lagi sharp.

Japs Carps sungguh banyak.... tapi air kolam ni busuk berbau tengik dan masam.

Unsur batu kelikir dah ada, tapi kalau ada Raked Sand, pasti taman ini lengkap!!!

Elemen standard taman jepun

Apa bunga ntah....

Geisha? huhu

Terpaksa bergendong, bukit disini tinggi amat

Carps!!!!  Fish Air Socks. Kat kedai cenderahati ada jual. Nyesal pulak tak beli itu hari. Sapa nak pegi sini, kasi tau sama aku, aku nak kirim menda alah ni.

Hampir 1km menapak turun naik bukit. Rasa nak pengsan.

                                                    
Raked Sand!!!!!!!
                                                     

Wednesday, 13 July 2011

Aduhai

Dah enam hari internet terputus gara gara pencuri kabel yang bongoks lagi tak cerdik itu.

Yang aku tak paham, kenapa sampai 6 hari TM amik masa untuk memulihkan talian.

Kalau Elektrik terputus, TNB amik masa dalam 2-3 jam je untuk baiki kerosakan.

Begitu juga dengan bekalan air, kalau terputus, JBA amik masa sekejap je.

Tapi apasal TM kena amik masa yang lama? adakah pekerjanya IQ lembam dan tidak tahu skop kerja mereka?

Selama 6 hari jugak lah aku tak dapatupdate blog ini. Bukan salah TM 100%, aku sebenarnya sibuk dgn Ujian diakhir semester. Alhamdulillah, dapat juga jawab. Tak de yang jawapannya aku tinggal kosong.

Blog ni tertangguh banyak posting2 . Akan saya usaha dalam masa terdekat ini.... sabar ye?

Antara entry blog yang akan datang... Tunggu ye!!!!

Tuesday, 5 July 2011

Bukit Tinggi Part 1

Selamat Datang




2700 kaki dari aras laut, siapa yang tatau pasal Colmar? Mungkin ramai lagi yang tidak pernah sampai kesini, tetapi, cerita-ceriti pasal tempat ini, pasti telah diketahui samada dari kenkawan atau dari media.

Tempat ini, sebenarnya adalah alternatif bagi Genting yang sibuk, Fraser Hill yang jauh dan Cameron yang tersangat jauh. Cuma setengah jam dari KL, Bukit Tinggi adalah tempat ideal untuk bersantai bersama sesiapa sahaja dalam suasana yang tenang dan relax.


Sebenarnya, aku dah selalu kesini. Dulu, tempat ni sesuai untuk buat gathering kelab kereta. Jalan yang sunyi dan berliku, sesuai untuk menguji setup sistem suspensi dan kuasa tambahan enjin.

Tetapi selepas berberapa lama, rasa bosan, pastu terus aku tak pergi dah.

Hari Ahad baru ini, balik dari KL, terus aku bagi signal, panjat naik Bukit Tinggi. Saja nak test jentera puteh aku ini. ringkas kata, kerana ini bukan review kereta, tak berapa best berbanding jentera lama aku dahulu.

Jalan yang biasa dilalui untuk panjat naik ke BT ni, telah ditutup kerana masalah tanah runtuh. jadi kena guna jalan alternatif yang agak beralun, sempit, ada speedbump dan langsung tidak mencabar. Kawasan ini agak membangun dengan wujudnya kawasan penempatan pekerja resort, institut latihan perumahan, masjid yang baru siap dan Horse ranch... sekejap sahaja anda boleh bukak pendikit, lepas tu, berjuta-juta speedbump. Patutlah tiada kelihatan kelibat bikers mengasah ujung riding boot.

Sampai sahaja, disambut dengan padang golf agak cantik dan seterusnya rabbit farm. Rabbit farm ini telah berubah wajah, makin banyak bumbung, dan makin sikit arnab nya. Tempat parking kereta yang maha luas yang sesuai untuk gath kelab kereta juga telah tiada dan digantikan dengan bangunan yang aku nampak seperti hostel/ dorm/hotel?....

Meneruskan perjalanan ke atas, akan jumpa pondok tiket. Bayar, dan pandu masuk ke kawasan parking bertingkat Colmar. Tiket berharga RM12 untuk dewasa, dan peliknya, kanak2 free. Dulu kena bayar. Bini aku cakap, kes tak laku.... hehe... mungkin betul kut.

Masuk ke Colmar, kita akan disajikan dengan pemandangan bina semula colmar village yang terdapat di French sana. Kelihatan agak lusuh tetapi masih mengekalkan kecantikkan tempat itu. Cuma najis burung bersepah sepah di bahagian tertentu bangunan yang perlu sentiasa dicuci. Geli nak amik gambar papan tanda dengan menda tu tertempek bangga...


Pada hari aku pergi tu, tak ramai manusia. Padahal itu hari Ahad. Tapi tak pe lah. Kalau ramai, nanti serabut pula. Aku panjat naik menara tinjau, lepak2 kat atas tu sambil skodeng manusia guna zoomlens.

Jom Main Golf

Love Shack!!!!

Kiddy rides

Love Birds

Ingat nak pergi lunch, tapi kedai2 disitu tidak begitu menyenangkan kerana isu persijilan dan ada yang menjual alkohol. So aku masuk ke dalam kedai cenderahati, membeli T-shirt yang mana, surprisingly aku rasa murah berbanding dengan menda2 lain yang dijual disitu.

Antara menda yang menarik disitu ialah bangunan, itek kuning, angsa putih dan angsa hitam dan pokok-pokoknya... kalau minat amik gambar, kat sini, 8gb punya memori kad, sekejap je abis.

Tiket


Pine Cone

Apa yang tidak kena dengan gambar ini?



Jom tangkap itek untuk beruang.


Monday, 4 July 2011

Warna Warni Santapan "I Can Feel It"

Satu ketika dulu, hobi aku adalah memasak. Lame!!!!
Mana rock bro itu macam....

Tapi, realitinya begitulah. Rock tak rock, makan tetap makan. Cara terbaik untuk menikmati makanan adalah dengan memasak sendiri. Itu pendapat aku.

Aku banyak belajar memasak secara langsung. Maksud aku, tidak melalui buku, internet, utube segala.... semuanya terus dengan orang2 yang sudi mengajar atau aku mencuba sendiri sehingga jadi.

Hari ni, aku masuk dapur lagi. Sebenarnya, letih 'berdating' di Kuala Lumpur tak hilang lagi, tapi, kerana faktor ingin makan malam dengan ' decent meal' , maka aku gagahkan juga mencari bahan mentah dan seterusnya memasak.

Antara keseronokkan memasak ini, adalah WARNA. Banyak bahan bahan mentah yang kita gunakan seharian mengandungi warna warna yang cukup menarik bila diadun bersama.

Kemudian terkstur. Cili yang licin berkilat, tempe yang kasar, serai yang kesat dan bermacam tekstur lain.

Semuanya ini, bila disusun dan di adun bersama, boleh wujud sebagai hasil seni.

Yang lazatnya, hasil seni ini boleh dimakan!!!!!!!

Putih di atas Puteh

Merah dan puteh di dalam hijau

Bukan Secantik Pelangi

Sotong!!!!!    
Goreng Kunyit yang cukup simple!!!


saya berambut pacak....

Tom Yam putih lagi sedap dari tom yam cili boh... hehe

Jom makan dengan saya.......

Kenapa aku tidak lagi berhobi memasak? 
I don't really have an answer for that...... sorry :)

Sunday, 3 July 2011

2234 , Kala Jenking dan Sawai

Semalam, Hari Sabtu, aku pi duduk disatu tempat. No tempat tu adalah 2234. Jauh diatas langit. 22 tingkat dari tanah. Duduk disitu atas Urusan Secret Agent yang sangat-sangat penting.

I'm in a trance


Perasaan syok aku, cuma dapat aku gambarkan dengan lagu ini:

In Trance dari Scorpions...





http://www.youtube.com/embed/hdofgSFWzjw

I wake up in the morning
and the sun begins to shine
the day did sneak up on the night
I see your face and I see myself
and I get a little taste of life
I try to stand it for a while

But I'm in a trance
Hey baby tell me can't you hear me calling
I'm in a trance
I take too much in the Saturday night
Hey... Hey
Hey baby tell me can't you hear me calling
I'm in a trance
I wanna try to stop this life

I feel so sad I'm feeling down
On the radio the music plays
I'm in love with her and I feel fine
I close my eyes
I think today is getting better with a sip of wine
and I can stand it for a while

When I'm in a trance
Hey baby tell me can't you hear me calling
I'm in a trance
I take too much in the Saturday night
Hey... Hey
Hey baby tell me can't you hear me calling
I'm in a trance
I wanna try to stop this life

I'm in a trance
Hey baby tell me can't you hear me caling
I'm in a trance
I take too much in the Saturday night
Hey...Hey
Hey baby tell me can't you hear me calling
I'm in a trance
I wanna try to stop this life

Apa maksud Trance?

Trance adalah khayal, minda separa sedar atau dalam keadaan sawai.

Apa maksud sawai?

Sawai juga bermaksud separa sedar... atau dalam keadaan khayal yang teramat sangat. Ada yg kata, perkataan khayal tidak sesuai untuk Trance kerana sawai membawa maksud yang lebih tepat. Sawai adalah keadaan tidak sedarkan diri, tapi masih boleh melakukan sesuatu (tanpa kawalan dan tidak sedar) seperti kerasukan hantu .



I'm in Trance!!!!!!!

Wednesday, 29 June 2011

Rasa Best

Lagu 'rasa best' ini pada asalnya adalah nyanyian Nina Simone. Ramai manusia, mengetahui lagu 'rasa best' ini melalui nyanyian kumpulan Muse. Tapi aku mula asal dengar lagu ini dari Nina. Lagu Nina ini selalu diputarkan disebuah bistro yang selalu aku lepak di Ipoh dulu.


Nina membawa konsep Motown Blues dan sedikit soul.

Bikinan semula dari MUSE, adalah 'not bad' dan menghiburkan. Elemen new wave alt rock di masukkan dengan kemas dan menjadikan lagu ini, pada pendapat aku, lebih hidup dan gambaran emosi yang ada dalam lagu ini berjaya di tonjolkan....

Kalau korang rasa gembira, best , seronok dan sentiasa positif, sila lah layan lagu "FELING GOOD" ini, dari kumpulan MUSE!!!!



http://www.youtube.com/watch?v=KOEZMjuoIEY

Birds flying high you know how I feel
Sun in the sky you know how I feel
Breeze driftin' on by you know how I feel

It's a new dawn
It's a new day
It's a new life
For me
And I'm feeling good

Fish in the sea you know how I feel
River running free you know how I feel
Blossom on the tree you know how I feel

It's a new dawn
It's a new day
It's a new life
For me
And I'm feeling good

Dragonfly out in the sun you know what I mean, don't you know
Butterflies all havin' fun you know what I mean


Sleep in peace when day is done
That's what I mean
And this old world is a new world
And a bold world
For me

Stars when you shine you know how I feel
Scent of the pine you know how I feel
Oh freedom is mine
And I know how I feel

It's a new dawn
It's a new day
It's a new life
For me
And I'm feeling good

I'm feeling good

Tuesday, 28 June 2011

Tupai

Zaman aku sekolah dulu, Tupai, dalam bahasa omputeh adalah squirrel. Tapi tidak disebut squirrel (skwɚ:ˈəl), ianya disebut SQUARREL ( as for skweˈr' el  = square rel) .

Bila masuk ke Kolej, belajar English 101, ada satu artikel yang disuruh oleh pensyarah untuk kami baca beramai ramai. Dalam artikel tersebut, terdapat perkataan squirrel. jadi, satu kelas membacanya sebagai Squarrel. Tergelak besar pensyarah itu mendengar sebutan kami. Dan setelah sekian lama, rupanya kami tak reti sebut squirrel.

Squarrel adalah tupai empat segi!!!!!

Tapi, aku tak de lah malu sangat, sebab orang lain yang datang dari berbagai latar belakang dan negeri, juga mempunyai sebutan yg sama macam aku sebut.

Banyak juga perkataan yang salah disebut kita hasil dari ajaran cikgu2 zaman dahulu kala. Mungkin pengaruh dari sebutan English yang datang dari India.  Cth terdekat adalah tortoise yang kita sebut tortis, sepatutnya sebutannya adalah Tortes (tɔ:ˈrtəs). Contoh lain ialah Flour yang kita sebut sebagai FLA... sepatutnya sebutannya adalah seperti FLOWER (flaʊˈɚ).

Berbalik kepada squirrel. Pagi tadi, ketika aku sedang membuat tugasan di dalam bilik khas secret agent, aku dikunjungi oleh encik tupai... terkejut jugak aku apabila tiba tiba tupai ini masuk.

Disebabkan boring, so aku tutup pintu pejabat aku, dan aku main kejar-kejar dengan tupai ini.

Kalau korang nak tahu, tupai adalah antara menatang yang mempunyai metabolisme yang tinggi. ini bermakna, jantung dia berdegup dengan amat kencang, dan pergerakan tupai amat lincah dan hyper.

Setelah berkejar kejaran selama 20 minit, akhirnya tupai tu lompat naik ke atas kotak kawalan elektronik bilik pejabat aku dan terus dia duk rilek disitu kerana sudah habis tenaga. Aku pun pasang zoom lens dan aku shoot gambar2 menarik si tupai ini.

Fakta menarik pasal tupai:

1. Tupai boleh dijumpai diseluruh dunia kecuali di antartika dan Australia.

2. Tupai boleh melompat sejauh 20 m dan jika jatuh, ketinggian seratus kaki ke bawah tidak membahayakan mereka.

3. perkataan squirrel bermaksud 'shadow tail' dalam bahasa Greek.

4. Tupai suka menggigit wayar elektrik untuk menajamkan gigi mereka. Tapi ramai yang dah mati keras kerana renjatan elektrik.

5. Jangka hayat tupai cuma dalam 10 tahun sahaja.

haha, dia tolong bersihkan sawang untuk aku.... bagus juga kehadiran si tupai ni ke bilik aku.

Letih separuh mati katanya.

Abis senget Motion Detector bagi Alarm System pejabat aku.

Mr Ensem

Siap terkencing lagi.... aduhaiiii....