amriezukasensei part 1

http://amriezukasensei.blogspot.com/
amriezukasensei part 1

Thursday, 7 April 2011

Awek Disney versi Death Metal \m/

 Zaman bebudak dulu, umur dalam 10-11 tahun gitu, dalam TV, ada main cerita -cerita Fairy Tales barat. Aku memang suka nonton cerita-cerita tersebut.

Kalau tak nonton, setiap 2 minggu sekali, Perpustakaan Bergerak (bas yg sudah Pimped jadi Library) akan datang dan parking di tepi Jalan Besar, Maran. Aku memang tak miss pegi pinjam buku cerita Fairy Tales dan juga Noddy.

Tapi sadly, zaman sekarang ni, tak ramai yang kenal siapa Rapunzel, Lil Red Riding hood dan 100 macam watak yang lain. Snow White dan Cinderella, mungkin ramai yang tahu.

Jadi macam ni, disebabkan oleh banyak faktor. Salah satunya, sebab dah banyak watak lain yang menggantikan watak klasik ini seperti Kim Possible, Ben sepuloh dan lain lain lagi. Lagi pun, bebudak sekarang mana ada masa nak baca buku cerita? Ada 1000 jenis hiburan lain yang mereka lebih suka buat dari membaca buku cerita tak masuk akal yang di gelar sebagai Fairy Tales itu.

Apa kata, kita start beli buku2 Fairy Tales ini, dan kasi bedtime story pada anak2 kita tu? Cerita-cerita dongeng melayu pun harus diberitahu juga. Antara cerita yg terlintas di pikiran aku adalah cerita Hikayat sang Kancil, Lebai Malang dan Mat Jenin. Ramai bebudak sekarang tak tahu apa itu Mat Jenin...


Jalan jalan di alam maya, menemukan aku dengan ilustrasi dibawah. memang Cool habis. Kalau lah boleh di print saiz A1 dan di tempek di dalam bilik aku, mesti best.

Korang ingat lagi cerita2 yang ada kat bawah ni? Silalah test diri sendiri dengan menceritakan semula pada diri sendiri pasal watak2 dibawah ini.....

Selamat Mencuba.... kalau fail, silalah beli buku Fairy Tales di kedai buku sana.... Enjoy..


































Wednesday, 6 April 2011

Jom Berpesta Bah 2




Adakah, mamat sweater merah tu gay?

Hmmmmm......

http://www.youtube.com/watch?v=TdXzqwaUSho

Deserted

Puas aku memikirkan, bila dan dimana aku mendapat pengaruh dari Blind Melon ini.

Yang pasti, selepas habis sekolah, aku kesuatu tempat, menyaksikan pertunjukan live band. Kumpulan itu, yang aku juga gagal mengingat kembali namanya, memain kan sebuah lagu dari Blind Melon ini. Lagunya masih aku ingat, No Rain.

Selepas dari itu, aku menjadi seorang "melonhead" , iaitu gelaran bagi peminat kumpulan blind melon ini.

Memang agak sukar untuk aku digest lagu-lagu mereka. Tetapi setelah beribu kali duk pusing diantara side a dan side b, akhirnya, aku menyenangi rentak 70's rock atau lebih dikenali sebagai neo-psychedelia yang dibawa oleh Melon ini.

Sayangnya, penyanyi kumpulan ini, Enche Shannon Hoon telah meninggal dunia kerana overdose dadah.

Jika dilihat pada hampir setiap lagu blind melon ini, elemen stim dadah memang ada pada liriknya. Bunyi gitar ala- ala hippi, menguatkan lagi aroma stomek ( stone, khayal) di dalam lagu2 kumpulan ini.

Pada hari ini, tiba-tiba aku teringat kembali kepada melon, dan lagu deserted ini merupakan lagu pertama yang melintas dalam otak aku. Ianya lagu yang aku paling suka selain dari lagu No Rain dan I wonder.

Jom dengar Blind Melon





Grab my knee and look at me

And try to tell me I'll be home soon

Asleep in my bed and unstoned

I'm tired of me this way

I don't know what I've gotten into

But I'm glad it's now instead of sooner

This desert heat has crowded me strong

With a wish I had for winter

It's not as gentle as it sounds

As though it sounded yesterday

When I heard a leaf of my life hit the ground

And as a bottle cap flew from my fingers

I don't know what I've gotten in to

But I'm glad it's now instead of sooner

This desert heat has crowded me strong

With a wish I had for winter

..And the sands blew in my eyes

I stood on the edge and looked down to see

The light of a new life, shinning up on me

...With a wish that I had

Tuesday, 5 April 2011

Nenas

2-3 Hari ni, otak aku asyik duk terpikir pasal nenas. Pusing kanan, nenas. Pusing kiri, nenas. Tengok atas, nampak nenas jugak. Pegi stesen minyak tadi pun, jumpa nenas. Nak amik air dalam chiller pun, ternampak jus nenas. Pegi bahagian biskut2, jumpa tat nenas.... aduhai...

So ari ni nak bercerita pasal nenas. Apa yang aku tahu, pada hari semalam, terbaca satu artikel didalam sebuah buku, pasal nenas di Malaysia. Rupa-rupanya, Nenas merupakan satu industri berasaskan tani yang terawal di Malaysia yang mana ianya di lakukan dengan tujuan ekspot. Seawal tahun 1888, seorang Pelaut pencen membuka industri ini di Johor. Nenas yang ditanam, akan di Tin kan, dan dieksport keserata dunia. Itu adalah produk eksport pertama Malaysia (??), mengikut kata penulis artikel tersebut.



Lain-lain fakta yang berkaitan, adalah sangat membosankan, dan boleh membuatkan anda terus tertidur dengan lena jika membacanya, atau terus mati dek kerana kebosanan yang melampau.

Oleh sebab itu, saya telah menggunakan Pakcik Gugel, untuk memberikan sedikit info yang sangat menarik dan tidak membosankan anda. Sila lah baca:

1. Apabila kita mengerat/ memproses buah nenas dirumah, bahagian atas, bawah dan empulurnya kita akan buang di dalam tong sampah. Tapi bagi industri nenas, ianya berguna untuk menghasilkan cuka, alkohol dan makanan sampingan bagi ternakan.

2. Sepohon nenas, hanya menghasilkan sebiji nenas setahun ( ni semua orang sudah
tau)


3. Memakan buah nenas yang belum masak, bukan sahaja mempunyai rasa yang tidak sedap, tetapi ianya juga agak beracun sehingga boleh menyebabkan radang pada tekak dan sakit perut yang amat sangat dalam tempoh yang lama.

4.Nenas merupakan satu tumbuhan yang lambat membesar. Jika dibiarkan pada pokoknya, nenas mengambil masa 2 tahun untuk masak dan boleh membesar sehingga 9kg. Nenas yang kita makan pada hari ini, di petik muda, dan diperam sehingga masak.

5. Jika dalam masa memeram buah nenas tu tadi, ada rasa lama sangat, sedangkan anda menggelupur nak makan nenas tersebut, anda boleh percepatkan proses itu dengan memeram nenas secara 'upside down'. Iaitu, mahkotanya disebelah bawah.

6. Nenas bersifat diuretik dimana ianya berfungsi untuk menggalakkan perkumuhan air kencing.

7. Enzim Bromelain yang terdapat di dalam nenas, boleh digunakan untuk melembutkan daging. (tenderiser)

Perkara nombor 8 ni, aku just copy dan paste dalam bahasa omputeh... ko cari la kamus sendiri untuk memahaminya.... aku malu nak tolong translatekan untuk korang...

8. There are a lot of foods that affect the taste of your seminal or vaginal fluids, but pineapple is one of the strongest. Eating a lot of pineapple makes you taste sweeter, and less ‘fishy’. (???? siyes meh ????)


9. Kebanyakkan bahasa dalam dunia ini, memanggil nenas dengan nama Ananas.


10. Membeli sekilo nenas di pasar, tidak akan membuatkan anda jatuh miskin. Silalah beli nenas bila korang rasa nak jadi " sweeter and less fishy" ...haha

RUJUKAN SAYA

Monday, 4 April 2011

2-1-3?

The Reds kalah lagi......
2 gol yang kena tu, adalah hasil dari sepakan penati oleh Chris Brunt. Gol tunggal The Reds di jaringkan oleh Skrtel.

Kalah menang tu adat lah kan, tapi azab sangatlah kalau asyik kalah, terutamanya selepas berjanji untuk mengekalkan prestasi bagus. Nampak gayanya, sindrom kalah dengan pasukan underdog cap ayam, belum dapat dipulihkan oleh Daglish. Berapa ramai agaknya penyokong The Reds terbungkang mabuk kuciwa melanda malam tu? Ha ha...

Untuk menambahkan azab yang sedia ada, The Reds kehilangan 3 pemain utamanya kerana kecederaan.
Glen Johnson and Daniel Agger masing-masing cedera semasa perlawanan bertemu WBA dan Steven Gerrad cedera ketika latihan.

Daglish kata: "To lose three players in April would be a blow for anybody"


Aku kata: "They suck big time!! but it would be better if they could suck Daglish's pole for once. At least, they'll give him a good favour"

Friday, 1 April 2011

T-Shirt from hell Part1

Pernah tak rasa bosan bila korang berada di Supermarket?

Korang ikut macam aku. Pegi cari baju-baju yang ntah hapa-hapa, amik gambar, tempek kat FB korang.

Gambar2 kat bawah ni, aku amik di The Store . Cam hampess je derang ni. Apa la baju yang macam ni pun derang jual.

Sepatutnya, ada la sorang yang kerjanya menapis dulu barangan yang hendak dijual mengikut kesesuaian dan menjaga sensetiviti orang lain.

Aku ok je baju-baju macam ni, tapi rasa sangat kelakar bila terjumpa orang yang pakai baju yang maksudnya, tuan punya badan haram tidak mengerti.

Gambar ni semua aku amik dengan kamera enset je. Memang aku ada usung DSLR dalam Deuter aku, tapi nanti apa kata salesgirl tu pula. Aku amik gambar guna enset ni pun, dia dah usyar aku lain macam. Sian dia..... hehe...

Maksudnya: Oh Tahi... Jenama Bagus.  Hahahaha.. siapalah yang malang akan pakai baju ni.

Ni apa benda sebenarnya tukang design T-Shirt ni nak kasi tau? Con Na tu apa menda? We're Gonna Fall kut? Biliver? hahaha....

Ni terus jadi tak reti mengeja.... pandai lagi Budak Smart Reader umur 4 tahun mengeja dari tukang Design T-Shirt ni.

Baby Party... oh ok... tapi apsal kuali dan telur masuk sekali?

Sekali tengok, baju ni stylo abis. Perkataan FLY dengan gambar tu, macam ala-ala pemilik baju ni pernah melancong ke luar negara. Tapi maksud sebenarnya adalah Ikan Trout yang berjaya di pancing dengan menggunakan teknik pancingan layang ( Fly Fishing)

So, lain kali, sebelum nak beli T-Shirt, silalah peratikan elok elok apa yang dicetak di atas T-Shirt tu. Kalau tak tahu makna, eloknya tak payah beli. Cari T-Shirt kosong yang tiada tulis apa-apa....

RIP Green Fipper

Ingat lagi pada selipar hijau ini?

RIP


Hari ini, Jumaat 1st April, aku pegi Jemaat di Masjid. Pakai selipar ni.
Aku port selipar ni di tempat biasa aku port alas kaki aku, disebelah sayap kanan masjid.

Abis solat, tengok selipar dah hilang. Terkeluar juga 2-3 perkataan yang tak best dari mulut aku...
Selipar tak de harga macam tu pun ada makhluk nak kebas?
Selipar tu memang baru sangat lagi. Aku jarang-jarang pakai.

Kalau dapat mamat mencuri tu, aku cuma nak gi rumah dia, jumpa mak bapak dia. Nak tanya sikit la sama mak bapak dia, masa tengah bikin dulu, ada baca bismillah tak? Ke main celup je? Tu yang dapat anak lebih dasat dari antu. Pegi masjid bukan nak solat, buat bising bercakap, main kejar-kejar, ngisap rokok belakang tandas. Lepas tu mencuri. Orang Pahang kata Hempurasss....

Orang macam tu, memang tak de perasaan takut langsung pada tuhan. Ntah2 dia tak percaya pun tuhan ni wujud. Islam sebab nenek moyang dia islam. Pegi masjid sebab orang lain pun pegi.

Orang macam tu, memang patut lah dikerat tangannya. Jahat sangat.
Aku bukan nak berkira sangat dengan selipar aku tu, tapi geram sebab berjumpa dengan makhluk yang tak reti takut dan hormat pada orang lain dan juga pada Allah.

Aku halalkan selipar tu. Amik lah.... orang lain tuhan uji lebih berat lagi. Minggu depan aku beli lain.... atau ada diantara kamu nak bagi hadiah sama saya? He he