amriezukasensei part 1

http://amriezukasensei.blogspot.com/
amriezukasensei part 1

Friday, 16 December 2011

UANTAN

kat belah pantai timur sekarang ini musim ujan.... hari-hari ujan. Ada berberapa tempat, banjir. Air sungai, tali air, paya dan longkang sentiasa besar dan berarus deras...

Kerana itu juga, mercu tanda bandar kuantan, telah kehilangan huruf 'K'...

sebagai seorang warga kuantan yang baik hati, aku tolong 'hidup' kan semula huruf K yang telah hanyut dibawa arus tu.... hehe

UANTAN...... haha

Aku seorang warga Kuantan yang baik hati dan bertanggungjawab....

Friday, 2 December 2011

Junior's Initiation- Circumcision

"Initiation is a rite of passage ceremony marking entrance or acceptance into a group or society. It could also be a formal admission to adulthood in a community or one of its formal components. In an extended sense it can also signify a transformation in which the initiate is 'reborn' into a new role." - Wiki

Diseluruh dunia, proses inisiasi merupakan satu proses yg common digunakan oleh sesuatu kumpulan itu kepada ahlinya supaya ahlinya itu dapat diterima masuk dalam kumpulan tersebut.

Dalam budaya orang melayu, berkhatan merupakan salah satu dari proses inisiasi. Ianya merupakan simbol seorang budak lelaki yang telah bersedia memasuki alam remaja dan seterusnya alam dewasa. Tidak kiralah melayu itu islam atau tidak, proses berkhatan ini dijalankan dengan faktor ianya sebagai satu budaya masyarakat melayu. Hatta, orang asli juga bersunat, walaupun terang terangan mereka ini ada yg bukan islam. Aku tau la.... sebab dulu aku duk ngan orang asli selama 3 tahun!!! Derang dah tua bangka baru nak bersunat.... umur 15-16 tahun tu normal la derang pegi bersunat... haha

Dari sudut Islam pula, berkhatan bagi lelaki, dipukul rata, dikira WAJIB.

Dalil utama berkaitan ‘Khatan’ adalah

خمس من الفطرة : الختان والإستحداد وتقليم الأظافر ونتف الإبط وقص الشارب

“Lima perkara fitrah : berkhatan, mencukur bulu kemaluan, memotong kuku, mencabut bulu ketiak (cukur) dan memendekkan misai.” (Riwayat Muslim)


Kebaikkan berkhatan? banyak!!!! korang google la sendiri. Cuma yang paling nyata ialah dari sudut kebersihan , berkhatan ini memang bagus.

So pada hari ini, Junior telah melalui proses inisiasi ini di Klinik An Nisa'.
Junior dah lama bercadang nak berkhatan tahun ini. Abis segala orang dia kasi canang dia nak potong anu. Dalam FB pun dia tulis perkara yang sama. Berani jugak anak aku sorang ni... Tapi ye lah kan, anak kepada secret agent kena la berani...

Sepatutnya urusan berkhatan ini dilakukan pada 5hb Dec nanti, tapi disebabkan Doktor Nik (Pakar Kanak-kanak) ada free pada pagi ini, maka tak pikir panjang, aku bersetuju sahaja. Proses berkhatan ini dijalankan dengan teknik biasa... tiada laser... tiada clamp segala...

Syukur Alhamdulillah, dalam masa 40 minit... junior selamat dikhatankan.... dan paling penting... DIA TAK NANGES!!!!

So Lepas ni, senang la dia nak ikut aku pegi surau, boleh solat sebelah aku. Dan, boleh lah aku mula menurunkan ilmu ejas awek sama dia.... hahaha...


Breakfast kat White Chicken Kopitiam... Dia risau jugak... asyik duk tanya, berapa jarum nak kena cucuk?

Kat sini ada breakfast roti bakar je.... apa punya koman laaaa.... nyesal masuk kedai ni

Ceria je dia dalam uniform bersunat!!!! Junior yang berani

Sesudah urusan.... bagus juga doktor Nik ni... jarum bius yang pertama tu memang agak sakit... tapi dia tunggu kebas dulu baru dia sambung cucuk. Semua sekali kena dalam 5-6 jarum... zaman aku dulu, doktor cucuk 6 jarum sekaligus... dia punya pedih, sampai sekarang masih terasa!

Sampai rumah tadi, elok je bius tu ilang... merraung jugak la dia dalam sejam-dua... lepas tu ok dah... boleh main game dengan sepupu dia dah...

Wednesday, 23 November 2011

Happy Besday To Me

23 November setiap tahun, aku celebrate Besday

Tiada apa yang special kecuali pegi makan-makan

Tahun ini pergi Little Croc ... makanan kat situ best best... suasana romantis dan aman damai.. pergi la try ...


Monday, 7 November 2011

Rendang Tok

Raya Aidilfitri itu hari, dah buat rendang ayam. Untuk Raya Korban ni, test buat rendang tok pun best jugak. Ada sedikit perbezaan diantara rendang biasa dengan rendang tok... rendang tok ni biasanya, orang buat guna daging... warnanya lebih gelap, dan kenkadang orang akan campur kicap lemak atau rempah kari...

* 1 kg daging - dipotong sebesar 3 inci atau ikut suka
* 2 cawan santan pekat - 1 biji kelapa
* 1/2 cawan kerisik
* 3 sudu besar gula merah
* 1 batang kulit kayu manis
* Garam secukup rasa
* Bahan2 kisar:-
* 2 sudu besar ketumbar
* 1 sudu besar/teh lada hitam
* 1 sudu teh serbuk kunyit
* 1 sudu besar/teh jintan putih
* 1 sudu besar/teh jintan manis
* 3 cm Lengkuas
* 3 kuntum bunga lawang
* 25 biji cili kering
* 5 batang serai
* 5 cm halia
* 20 biji bawang kecil

Maka jadi lah menda kat bawah ni.... hehe..

Ikg daging import

Benda2 yg nak kena kisar

Selepas dikisar... siapa berani minum ni? aku bagi RM5... hehe

Antara bahan PERLU

Dalam Kuali

90% lagi nak masak.... kena kacau sampai kering baru best

Jom makan Lemang dan rendang tok. FYI, Lemang tu jenis lemang rebus... aku sudah kena tifuuuuuu.....

Saturday, 5 November 2011

Korban Di Kemboja

18  - 27 Oktober 2011
Kuantan- KLCC- Phnom Pehn - SiamReap -Aranyaprathet- Bangkok - Sg Kolok- Kota Bahru - Kuantan

Baru-baru ni, En Shukri telah berpeluang mengikuti rombongan menghantar sumbangan ibadah korban kepada masyarakat muslim yang berada di Kemboja (Cambodia).

Misi kecil ini bermula dengan menaiki Bas dari kuantan ke KLCC dan seterusnya, terbang ke Pnom Pehn dimana urusan penyerahan sumbangan dilakukan. Selain dari sumbangan utk ibadah korban, turut di sumbangkan ialah naskah-naskah Al Quran dan Surah Yaasin.

Habis aktiviti tu... maka En Shukri pun berjalan jalan ke merata tempat...  dari Phnom penh menuju ke Siam Reap dan kemudiannya ke Aranyaprathet di sebelah Thailand seterusnya ke Bangkok untuk menaiki keretapi ( jungle line) ke  Sg Kolok dan seterusnya Kota Bahru sebelum pulang semula ke Kuantan.

Enjoy gambar2 yang ayah aku amik... bila la aku nak sampai kat situ eh? Backpacker macam ayah aku... best!!!

Kalau korban kat sana, cuma rm250 untuk satu bahagian. Bukti korban cuma sijil pada penyumbang2 . Kalau nak join, tahun depan sila kasi tau awal2. Boleh kasi ejas.

Peserta Delagasi

Pintu masuk 'The Killing Field'
Killing Fields of Cheung Ek is situated 15 kilometers south-west of Phnom Penh and made famous by the film of the same name "Killing Field". it was a place where more than 17,000 civilians were killed and buried in mass graves; many of them transported here after detention and torture in Toul Sleng. This place is a chilling reminder of the brutalities of the genocidal Khmer Rouge regime. In the center of the area is a 17 story glass stupa which houses 8000 skulls exhumed from mass graves. Open daily.

Sebelum Encik Pol Pot membunuh rakyatnya, En Pol Pot akan amik gambo sebagai kenang kenangan dulu...

Ni gambor rakyat Pol Pot yang telah mati di siksa...

Paham dak dia kata menda?

En Shukri kata, aura seram sejuk dan menggerunkan dirasai sepanjang berada disini.

Bayi-bayi dibunuh dengan cara menghempas mereka ke batang pokok.

Tengkorak siapa yang menjadi bahan pameran?

Dulu katanya, bangunan ini merupakan bangunan sekolah. Tapi En Pol Pot telah bikin kasi jadi pusat tahanan dan siksaan. Yang mati, dia tanam kat situ je...

17 000 rakyat Pol Pot dibunuh disini. 3 juta yang lain entah dimana kuburnya. Genocide!!!

Antara Kubur beramai ramai.... yang ini sentiasa berminyak dan basah...

Kubur untuk wanita dan kanak kanak. Kubur ini sebenarnya pada masa Pol Pot tu, tak pernah dikambus. Mayat akan dicampak bertindih-tindih. Sejenis kimia seperti serbuk klorin akan disembur diatas setiap lapisan mayat untuk menghalang bau busuk.

Kat sini lah derang hempas bayi bayi secara hidup hidup sampai mati.

Tempat gangtung speaker supaya suara org merintih dapat ditutup dengan bunyian dari speaker tersebut.

Pegi tukar tali jam. Kat KL, En Shukri kata, talinya berharga rm300, tapi kat sini cuma USD$20 sahaja. Murah katanya....

Dalam Jungle Train. Mamat ni adalah Pengerusi Belia dan Pesuruhjaya Pengakap bagi sebuah negeri. Kalau jumpa buku buku pengakap tahun 80 dan 90an, kebanyakkannya hasil tulisan beliau. Umur dah 60, tapi scout selagi terdaya. Dia ni pakcik aku. Abang kepada Encik Shukri.

Jungle train akan jadi sesak bila berenti distesen-stesen kecil... ini kelemahan jungle train. Tmabang Bangkok- sg Kolok cuma RM90 sahaja. 20 jam perjalanan, kerana ada tempat banjir, dan penumpang dihantar dengan bas kestesen berdekatan.

Antara kawasan banjir di Thailand yang masih belum surut.

Stesen keretapi Bangkok... kat sini tak banjir, dah jadi macam pulau sebab kawasan sekelilingnya dinaiki air...


Ole ole yang Enche Shukri beli untuk aku...Ingat juga dia kat aku... yelah kan, dah bagi pinjam beg Deuter... takkan tak de apa apa... hahaha

Bijak jugak... boleh pakai untuk potong daging esok.

Imitation Columbia. Boleh lah... nak buat lasak lasak... Columbia ni jenama Outdoor yang sama hebat dengan Coleman. Cuma Columbia ni lagi extensive. Siap ada butik pakaian. Dulu ada butiknya di Parkson, tetapi sekarang sudah tutup.... suka juga pakai barangan Columbia ni... Terima Kasih Bos.... suka pisau ni!!!!

Sunday, 30 October 2011

Memburu Rindu di Istana Kellie

Sumber: Google Image
Bangunan Istana Kellie atau Rumah Kellas telah dibina pada tahun 1910 oleh seorang peladang getah terkemuka British bernama William Kellie Smith. Bangunan tiga tingkat dibina mengikut reka bentuk sebuah istana Moghul di bandar Agra, India. Tukang-tukang binaan bangunan tersebut dibawa khas dari Madras.

William Kellie Smith adalah dari sebuah desa di Skotlandia yang dikenali sebagai Kellas. Pada tahun 1890, ketika berusia 20 tahun, Smith tiba sebelum Tanah Melayu membangun. Di Tanah Melayu, beliau bertemu dengan seorang pemilik tanah bernama Alma Baker, yang telah memenangi konsesi dari pemerintah negara untuk menghapus 360 hektar hutan di Perak.

Dengan keuntungan besar yang dibuat dari perniagaan bersama ("bisnes venture") dengan Alma Baker, Smith mula menanam pohon getah dan menceburi dalam industri perlombongan timah. Sewaktu dengan itu, ia menjadi pemilik Perumahan Kinta Kellas dan Kinta Kellas Tin Dredging Company.

Kemudiannya beliau kembali ke rumah beliau untuk berkahwin dengan orang Skotland tercinta, Agnes, dan isterinya dibawa ke Malaysia pada tahun 1903. Tahun berikutnya, pasangan ini diberkati dengan anak perempuan mereka yang bernama Helen. Selama bertahun-tahun selepas itu, Agnes berusaha untuk hamil, tapi gagal. William Smith terlalu mengharapkan seorang anak lelaki sebagai waris untuk mengambil alih kerajaan itu di Kepulauan Melayu.

Setelah bertahun-tahun selepas itu, akhirnya Agnes telah melahirkan seorang anak lelaki bernama Anthony, pada tahun 1915. Kelahiran anaknya adalah peringkat awal bagi keuntungan yang lebih besar untuk William Smith.

Bagi merayakan kelahiran Anthony, William Smith telah memutuskan untuk memperluaskan rumahnya. Smith memulai perancangan untuk cadangan istana besar yang dirancangkan untuk digelar sebagai Rumah Kellas (Kellas House), sempena rumahnya di Scotland.

Bangunan ini mempunyai 14 buah bilik, sebuah bilik bawah tanah dan terowong rahsia itu juga dilengkapkan dengan lif yang pertama di dibina Tanah Melayu. Di tingkat kedua pula akan dibina sebuah padang tenis berlantaikan simen.

Berita mengenai bangunan ini pernah disiarkan dalam akhbar London Financer pada 15 September 1911. Akhbar itu mengatakan Kellas House itu merupakan bangunan yang paling unik di seluruh Timur Jauh, sama ada dari segi bentuk ataupun besarnya.

Bangunan ini tidak sempat disiapkan setelah Kellie Smith meninggal dunia di Pelabuhan Lisbon, Portugal pada 11 Disember 1926. Bangunan yang kekal dalam keadaan 'sedang dibina' telah menjadi tarikan pengunjung ke Batu Gajah kerana keunikannya.

SUMBER: Wikipedia


Ada orang shooting drama. Sekor pun aku tak kenal. Suam suam kuku punya production.

Shhhhhhh!!!!!!




Kalau korang pegi perak, pegi la sini kejap... tak rugi. Senibinanya indah, suasananya aman... 
kalau nak best, amik lah guide. Dia boleh bawak pusing keliling sambil menyampaikan cerita dan fakta. Soalan-soalan dijawab dengan profesionalnya... cuma RM20 untuk lawatan sejam...


Istana Kellie bagi aku satu tempat yang aku tidak pernah jemu pergi. Waktu menetap di ipoh dulu, memang kerap aku kesana. Tambahan pula ada ketikanya aku kena berulang alik ke Batu Gajah, jadi memang aku melintas didepan Kellie's ini.

Aku mula kenal istana ini melalui klip video Hattan yang bertajuk Memburu rindu. Sejak dari aku melihat klip video itu didalam rancangan muzik-muzik, aku menyimpan angan2 utk kesitu. Masa tu aku masih sekolah lagi kut?

Tak sangka, lepas abis sekolah, aku further study di ipoh, dan sememangnya kellie's ini menjadi tempat aku bersantai apabila ada masa.

Kenapa aku suka pegi kellie's?

Disitu terdapat satu atmosfera yg unik dan sukar untuk aku gambarkan dengan kata-kata. Ianya gloomy, mendung , suram dan sedih. Agung dan tegap, tetapi mempunyai dendam... dan ianya sesuai dengan perasaan aku pada kebanyakkan masa...

Bila pegi situ, selain dari layan lagu hattan, lagu-lagu dari Burzum dan Suffercation  amat lah sesuai.

Tapi suffercation tak de buat video klip kat sini. So korang layanlah Hattan...




http://www.youtube.com/embed/enF5IxTjvbc

Kemanakah hatimu kala aku
Menanti kata cinta Mengalir air mata
Kala sepi tiba

Terasakan langkahmu makin laju
Melangkah batas rindu
Dan aku pun memburu
Mentari yang jauh

Berikanlah masa untukku
Mendendangkan kasih dalam syahdu
Tidak terhenti pilu di dadaku
Terlepas bayangmu

Kugenggam angin semalam
Kusimpan jadi nyanyian
Kupeluk bayang hitamku
Menjadi kamus mimpiku

Saturday, 29 October 2011

Gila




http://www.youtube.com/embed/lAIvDj0PW94

I remember when
I remember I remember when I lost my mind
There was something so pleasant about that place
Even your emotions had an echo
In so much space

And when you're out there
Without care
Yeah, I was out of touch
But it wasn't because I didn't know enough
I just knew too much

Mmm
Does that make me crazy?
Does that make me crazy?
Does that make me crazy?
Possibly probably
And I hope that you are having the time of your life
But think twice, that's my only advice

Mmm
Come on now, who do you
Who do you, who do you, who do you think you are?
Ha ha ha, bless your soul
You really think you're in control?

Well,
I think you're crazy
I think you're crazy
I think you're crazy
Just like me

My heroes had the heart to lose their lives out on a limb
And all I remember is thinking, I wanna be like them

Mmhmm
Ever since I was little, ever since I was little it looked like fun
And it's no coincidence I've come
And I can die when I'm done

But maybe I'm crazy
Maybe you're crazy
Maybe we're crazy
Probably

Ooh ooh mmm



Lagu ni dinyanyikan oleh Gnars Barkley.

Danger Mouse and Cee Lo Green adalah dua artis hip hop yang menubuhkan Duo ini. Lagu -lagu dalam album ini hebat2 juga, tapi aku bukanlah penggemar hip hop, jadi cuma lagu ini lah yang aku rasa syok untuk dilayan .

Persoalannya? Adakah kita semua Sewel? hehe