amriezukasensei part 1

http://amriezukasensei.blogspot.com/
amriezukasensei part 1

Sunday, 8 May 2011

Happy Mummy's Day

Mummy aku ni, sorang manusia yang paling sporting pernah aku kenal. Bagi dia tak de benda dalam dunia ini, yang 'finite' , semuanya boleh nego. Semuanya boleh dibawa bincang sampai semua orang gembira.

Mummy aku ni, suka membaca. Ulat Buku. Dia suka baca surat khabar dan Reader's Digest. Dia suka buat buku-buku skrap berkenaan sesuatu perkara yang dia suka. Anak-anak masa belajar di Universiti, banyak dia yang tolong siapkan assignment. Dia akan mencari bahan-bahan dan kasi pos sama kita orang. Sudahnya, kenkadang, dia lebih pandai dari kita orang.

Mummy aku ni juga suka akan berkebun. Habis kawasan setengah ekar di bikin kebun bunga, tiap-tiap pagi dan petang, kalau nak cari mummy aku ni, kena cari celah-celah pokok. Nak pergi berjalan lama-lama 2-3 hari pun dia tak mahu, takut pokoknya mati tak bersiram.  Malah, ketika aku habis sekolah, dia memberi galakkan pada aku utk mengambil jurusan Seni Rupa Bumi ( Landscape). Dan dia lagi pandai hafal nama pokok dari aku. Ha ha


Mummy aku, mummy paling best!!!!!

Kamariah@Norizah bt Mohamed

Selamat hari Ibu ......

Saturday, 7 May 2011

45 Darjah

Ketika pegi jalan-jalan ke Melaka itu ari, aku amik keputusan untuk mengambil gambar pada sudut 45 darjah (lebih kurang) ke atas.

Disebabkan melaka mempunyai banyak bangunan2 yang tahap  retro klasik, jadi ianya amat bersesuaian untuk aku mencari shot2 menarik.








Friday, 6 May 2011

Loudness

Ahad, berminggu yang lalu.... dapat peluang lepak -lepak di kawasan One Cafe KL. Kebetulan hari itu ada Gig Rock Kapak. Maka ramai lah mat-mat rock kangkang dan kapak memenuhi area sekitarnya.

Aku tak berkesempatan pegi layan gig tu. Ada hal lain. Mungkin akan datang aku akan pergi sama.

Apa yang menariknya, dressing derang ni, memang best gilesss. Semua dressing back to ancient time of Glam Rock. Seluar fit, kasut Aliph, baju rock, topi rock.... rambut rock. Belt buckle rock.... semua rock!!! Walaupun, yang dressing tu bebudak muda belia lagi, yang mana, masa kegemilangan rock dulu, silap2, derang tak lahir lagi, tapi sekurang-kurangnya, hati aku terhibur menyaksikan suasana rock yang mereka hidupkan kembali .

Gambar kat Kuantan yang pernah keluar dalam satu Sokaba arus perdana satu ketika dulu. Kejadian berlaku di Air Putih. Antara kandungan isi berita yg keluar adalah, "penduduk setempat risau dengan kehadiran pemuda2 berpakaian rock berkeliaran dikejiranan mereka". WTF sangat lah kan? Mamat 3 dari kiri tu, pakai baju Loudness versi tak de lengan dengan pilihan warna merah itam. Kat pertama derang ada jual yang macam ni... tapi aku tak ske tunjuk armpit aku yang indah ini pada orang ramai.


Berbalik pada tajuk LOUDNESS. Bagi aku, seorang yang memiliki hanya satu album dari Loudness iaitu 'Soldier Of Fortune', Loudness diminati disebabkan design insignia atau lambang kumpulan itu. Lagu-lagunya, kurang diminati anak muda. Tidak seperti Black Sabbath, Deep Purple dan Iron Maiden.

Lambang kumpulan ini , yang menunjukkan symbol matahari , menjadi sinonim dengan dress code mat rock. Sorang mat rock tegar, mesti ada menyimpan satu barang yang mempunyai lambang Loudness. Habis bodo pun, dia lukis lambang Loudness ni kat mana-mana.

Sebab masa duk kat area One Cafe tu, terpandang geng baju Loudness ( tak de gambar sebab DSLR duk dalam boot) , aku pun panjat tangga Pertama Kompleks, cari satu helai T-shirt Loudness..... Lepas beli, terus aku rasa macam mat rock sejati.

Layan lah lagu Loudness yang aku agak suka juga solonya :


Lost Without Your Love

Run from the night, blind love's
Burnin'
Through your eyes, my empty
World is turning
Without you now, tell me how to
Just let you go
I'm a victim of your touch, your
Fire
You burn me deep inside

Wild wind carries you away
Out on my own, cryin' in the rain

(Chorus)
Gave me no warning, cold winds
Are blowing
I'm so lost without your love
Gave me no warning, cool fire,
Lost emotion
I'm so lost without your love

Lost in a dream, the wild wind
Calling
I can't get free, my soul forever
Falling
Alone in your love, wounded
Dove, crying in the rain
Now I'm dancing in the shadow of
Love, oh yea

Voices screaming in the dark
I'm all alone, stranger on the run

Bahagian Depan. Klasik Loudness!!!

T-shirt untuk WT2006. Pandangan Belakang

Tuesday, 3 May 2011

Kemahiran Tali Aras Tinggi

Sebagai secret agent yang diberi tauliah oleh Yang Dipertuan Agong, Mulai esok sampai Jumaat ni, Aku akan pergi bertugas di perbatasan melatih Rekrut-rekrut baru supaya mereka boleh dipersiapkan untuk menjadi secret agent seperti aku.

Pada kali ini, skop latihan lebih kepada survival peserta. Kemahiran Tali Temali Aras tinggi juga akan di dedahkan pada budak-budak berhingus ini supaya mereka jadi berani seperti aku.

Ye lah kan, Secret Agent, macam dalam cerita James Bond tu, mereka selalu turun bangunan tinggi guna tali je... Rekod peribadi aku, pernah turun dengan tali dari tingkat 11 sebuah bangunan di Bandar Anggerik sana. Tu cerita lama.... kali ini latihan dalam 3 tingkat je... atau mungkin rendah lagi sebab perut besar aku, belum tentu muat nak pakai Harness ( melayu panggil abah-abah, pasai pa? aku pun tatau)  segala.

Kalau kasi campak dalam Triton ke, kereta lembu ke, kan senang?

Peraduan mengira khemah.... sila hantar jawapan anda kepada markas secret agent sebelum 23 Nov 2011. Keputusan hakim adalah muktamad

Harga menda alah ni, lagi mahal dari semua benda yang ada dalam gambar nombor 2 ( minus the car laaaa.... )

Barangan PETZL.... memang lazat. Ringan dan Kukuh. Diguna diseluruh dunia, termasuk dalam misi memanjat Everest .

Kerana aku jadi bos kepada bebudak ingusan tu semua, kali ni, aku tido atas tilam angin... haha... jangan korang semua jeles sama aku. Eh, apsal dia kata " This airbed is green" tapi tilam kaler biru? buta warna ke hapa?      haha... sila baca betul2

Monday, 2 May 2011

Osama Mati? Osama v/s Obama



Gambar mayat Osama, bersepah kat Internet. Korang google je lah. Malas nak tempek sini. Tapi 9 dari 10 manusia yang tengok gambar tu, semua mengatakan, ianya shopped. Maksudnya, gambar yg diubahsuai dan bukan imej sebenar.

Macam ni lah, tak de mayat, tak payah percaya. Campak dalam laut lah... itu lah ini lah... 2-3 minggu depan, rilek je pakcik Osama ni buat press conf kata dia idup lagi. Kes macam ni dah 2-3 kali berlaku kut....

Tapi kalau betul, kita tunggu je serangan balas dari puak2 ektremis ni.... cerita yang tidak berkesudahan. 

Thursday, 28 April 2011

Takut Gelap- Pompuan Besi

Kalau ada satu manusia yang mengaku dengar metal, rock atau apa sahaja yang yang seangkatan dengannya, tapi tak pernah dengar lagu  dari Iron Maiden, memang dia belum cukup sifat nak jadi rocker atau metalian.



Aku bukan lah peminat tegar Iron Maiden. Tapi...... aku ulang, Tapi, lagu rock/ metal orang putih pertama yang aku banging adalah dari Iron Maiden ini yang bertajuk Alexander The Great dari Album Somewhere in Time. Ketika itu aku darjah tiga. Aku lebih suka Iron Maiden dari Lefthanded atau Search pada ketika itu, hasil dari berkawan dengan bebudak muda depan rumah. Racun dari dentuman Album ini membuatkan aku terpukau dan terus melekat jadi mat rock sampai tua. Walaupun mak aku berusaha untuk aku jadi minat sama Micheal Jackson dan Cyndi Lauper serta Cliff Richard, tapi usaha murni dia gagal. He He....Masa zaman tu, mak aku kurang sporting lagi... banyak juga inlay2 kaset yg kena bakar dek dia. Beg skolah aku pun abis dia kasi klorox sebab kat beg tu, ada aku buat tulisan IRON MAIDEN ni. Kalau korang nak tau, beg tu rupanya lebih kurang macam kat bawah, tapi tak de poket tu semua. Cara bebudak zaman dulu bawak beg skolah ni, ialah dengan menyangkutkannya di dahi. Brutal kan? hahaha...



CD original pertama aku juga adalah dari Album ini yang aku beli pada tahun 90an ketika aku mula2 dapat set HIFI yang mempunyai pemain CD dan LD. CD itu, diimpot dari UK, Di beli dengan mengirim pada sepupu aku yang blajar di sana. Sekarang ni, CD tu entah kelaut mana dah... nanti jumpa, aku kasi tempek gambarnya disini.

 Pos 2000, Iron Maiden masih lagi mengeluarkan album2 mereka. Tapi aku seakan hilang minat dan lebih melayan Megadeth . Tapi telinga aku masih dapat menangkap intro mula Iron Maiden di dalam corong radio. Lagu Iron Maiden memang unik, dan mempunyai signature yang tersendiri.

Antara sebab lain, aku suka Iron Maiden yang mempunyai pemain Bass jenis 'fingers' dari jenis 'pick'. Tidak seperti Lemmy dari motorhead yang memilih menggunakan pick, Steve Harris memang hebat bermain 4 tali.

Iron Maiden ni, kalau nak cerita, 10 pages pun tak abis... kita sambung lain kali laaaa....


Terimalah lagu ' Fear of The Dark dari IRON MAIDEN'




http://www.youtube.com/watch?v=PieS0zG228A


I am a man who walks alone
And when I'm walking a dark road
At night or strolling through the park

When the light begins to change
I sometimes feel a little strange
A little anxious when it's dark.

Fear of the dark,fear of the dark
I have constant fear that something's always near
Fear of the dark,fear of the dark
I have a phobia that someone's always there

Have you run your fingers down the wall
And have you felt your neck skin crawl
When you're searching for the light ?
Sometimes when you're scared to take a look
At the corner of the room
You've sensed that something's watching you.

Have you ever been alone at night
Thought you heard footsteps behind
And turned around and no-one's there ?
And as you quicken up your pace
You find it hard to look again
Because you're sure there's someone there

Watching horror films the night before
Debating witches and folklore
The unknown troubles on your mind
Maybe your mind is playing tricks
You sense,and suddenly eyes fix
On dancing shadows from behind.

Fear of the dark, fear of the dark
I have a constant fear, thought you heard
Fear of the dark, fear of the dark
I have a phobia that someone's always there.

When I'm walking a dark road
I am a man who walks alone



Bruce Dickinson - Vocals
Dave Murray - Guitar
Janick Gers - Guitar
Steve Harris - Bass Guitar
Nicko McBrain - Drums

Wednesday, 27 April 2011

Taklimat S.O.P Teknikal Paintball

Tarikh: Hari ini, petang tadi, haribulan aku betul2 tak ingat. Korang
            cek kalender sendiri ye?

Masa: Lewat Petang tadi...

Tempat: Markas Secret Agent

Hari ini, secara tiba-tiba aku dipanggil ke markas Secret Agent untuk menghadiri taklimat berkaitan dengan Standard Operating Procedure berkaitan dengan Sukan Paintball.

Memang berat hati nak pegi tadi, sebab aku tengah melayan cerita sponge bob dalam tv, tapi sebabkan taklimat ini sungguh penting bagi aku jadi 'Marshall' untuk acara Paintball ini, so aku gagah jugak pegi petang tadi.

Walaupun aku dah biasa dengan Paintball ni, tapi taklimat ini membuka mata aku juga berkaitan dengan berberapa perkara teknikal yang aku tidak ketahui sebelum ini, antaranya SOP Keselamatan peserta dan cara untuk servis Marker ( Senapang paintball itu).

Akhirnya, taklimat yg dijangkakan bosannnnn gile tu, memberikan aku sedikit maklumat untuk aku terus maju dalam sukan paintball ini.

Semua gambar ini aku amik secara curi curi guna enset. Kat markas secret agent, mana bleh amik gambar. Nanti kena hukum basuh jamban.

Rak marker buat sendiri? Ish Ish Ish.....

Sepanjang taklimat, mata aku tertumpu pada pantry kat belakang sana. Macam best je biskut dalam tin tu.. Tunggu jugaklah derang pelawa sekeping dua, tapi harammm!!!

Penolong Ketua secret agent !!!!

Marker jenis Azodin Kaos... Entry level yang tak sampai seribu ringgit. Bercadang nak beli satu buat koleksi.