amriezukasensei part 1

http://amriezukasensei.blogspot.com/
amriezukasensei part 1

Saturday, 27 August 2011

Sunday, 21 August 2011

Penantian 11 Tahun



Mengikut kata, Manchester United merupakan secara tidak rasminya rival paling ketat Liverpool.  Sebenarnya, rival paling ketat Liverpool adalah Everton. Ini kerana mereka ini duduknya sebelah menyebelah. Serupa macam ManUtd dengan ManCt.

Sebagai seorang penyokong Liverpool yang tidak begitu tegar dari tahun 1994, aku sebenarnya tidak peduli sangat siapa rival bagi The Reds ini. Tetapi, bila sebut perlawanan diantara Liverpool dan Arsenal, ianya memberikan sedikit perasaan 'hatred and rage'. Ini mungkin kerana, dikalangan kami sekeluarga (aku adik beradik dan orang tua aku) hanya aku sorang sahaja bukan penyokong The Gunners. Pada zaman kegemilangan Thierry Henry , Liverpool sentiasa kalah dengan Arsenal. Lembik aku kena kutuk...

Akhirnya, selepas sebelas tahun, sejak dari tahun 2000,  malam tadi, Liverpool berjaya mengalahkan Arsenal dengan 'the worst possible ways'. ( Away Fixtures)

Pertamanya, Gol sendiri Aaron Ramsey memang amat memalukan dan tidak sepatutnya terjadi kepada sebuah pasukan yang 'claim' keeper dia hebat bangat!!

Keduanya, dengan pembuangan padang Emmanuel Frimpong kerana kad kuning yang kedua. Memang patut pun, mamat muka cam cicak ni, memang main jenis tuju betis orang.

Ketiganya, Arsenal langsung tidak dapat membalas jaringan yang Liverpool dengan keputusan akhir  0-2.

Walaubagaimanapun, Ianya masih awal untuk menentukan hala tuju Liverpool yang prestasinya amat buruk dalam setahun dua ini. Kelemahan ketara Liverpool adalah apabila bertemu dengan Team cap ayam, Liverpool susah untuk menang dan mengutip mata penuh. Bia lawan team kuat kuat, reti pulak lah dia menang.....

You'll Never Walk Alone!!!!

Hero malam tadi, Enche Suarez.....

Thursday, 18 August 2011

Kimi Ga Iru- You Are

Siapa cakap rock jepun tak best?
Haa... ni salah satu band jepun yang aku suka.

Aku kenal band ini dari cerita Initial D. Aku mula tgk cerita ni di penghujung 90an kut. Bermula dari komik, seterusnya koleksi VCD dan DVD remake. Agak obses juga dengan cerita ini.

Dan setiap kali masuk bulan puasa, aku akan menghabiskan sedikit masa menonton cerita penuh emosi ini sampai habis.

So nak share lagu yg aku amat suka ini..... ada 2 versi, iaitu original dan Initial D ending Version. Aku tempek dua-dua untuk korang digest.

Ni yang Initial D version





Yang ini pula lagu ori tapi di adun dengan parts-parts 'nanges' dari layar perak Initial D...




Lirik Jepun dan English diselang seli kan:

furikaereba itsudatte
kawaranu [kimi] no egao ga atta
arukitsukare tachidomaru hi mo
chiisa na yorokobi no hi mo
Sometimes, if I turn and look back
to where your unchanging smile was,
both on the day when I stood still after walking to exhaustion
and on the day of that small delight,

kono ryoute ni kakaekirenai
ai wo oshiete kureta
when you taught me a love
that couldn't be carried in my two hands alone...

Ah atatakaku sotto yasashiku
yomigaeru kaze wa
mada ano hi no mama no mabushisa de
fukinukete yuku yo
Ah, still that warmly, so tenderly
reawakened breeze
keeps on blowing through
with the same kind of radiance it had on that day.

uragiru koto no tsumibukasa wo
shinjiaeru koto no tsuyosa wo
kazoekirenu hiru to yoru wo
mune ni shimatteyukou...
The depth of guilt of that which betrays,
the strength of belief in each other,
the countless noons and nights--
I take these things into my heart before I go.

wakare to deai no michi wo
[kizu]tsukinagara [boku]ra wa aruiteyuku n' da ne
On the road of meetings and partings,
while we're being hurt, we keep on walking, don't we?

Ah atatakaku sotto yasashiku
yomigaeru kaze wa
ima hitori sora wo mitsumeteru
[boku] ni hohoendeiru
mada ano hi no mama no mabushisa de
te wo futteiru
[kimi] wa everlasting memory
Ah, now that warmly, so tenderly
reawakened breeze
keeps gazing at the lonely sky
and smiling down on me
still with the same radiance it had on that day;
I keep waving my hand
at the everlasting memory of you.

Koleksi peribadi...

Wednesday, 17 August 2011

Tukar Tali

Hari ni aku cuti sempena Nuzul Quran.

Dah penat bertadarus, aku kemas-kemas rumah sikit-sikit termasuklah bahagian tempat aku simpan gadjet2 aku seperti gitar-gitar, Amplifiers dan peralatan elektronik yang lain. Ada diantaranya berdebu tebal dek lama dah tak berusik.


Nak hampir sudah kemas bahagian tu, terjumpa sepeket tali gitar akustik yang aku beli di Bentley Damansara berbulan sudah. Tali ni aku beli untuk gitar akustik aku yang sudah rosak. Balik dari KL just campak tanpa dipedulikan. Langsung tak ingat pasal tali ni. Dan gitar akustik tu pun dah lama aku tak guna kerana duk sibuk guna 4 tali dengan Amplifier custom yang baru aku perolehi 3 minggu sudah.


Sambil duk tercegat depan pintu, sambil garu2 kepala, sambil pikir nak buat ke tidak... nak buat ke tidak... last last , aku amik keputusan, buat la jugak, kalau tak, alamatnya tali ni duk bertapa dalam drawer ni lagi entah berapa bulan.



Tali Nombor 6 (E)  yang sudah merenggang, ini tanda ianya perlu ditukar kerana ianya tidak lagi boleh di tune.

Dari Kiri: Satu paket tali akustik berjenama D'Addario, String winder dan Digital Tuner

Bridge Pegs yang sudah dicabut dan sepeket tali. Tali-tali ini di paketkan sekali gus dan tidak lagi di dalam paket-paket yang berasingan, Nak selamatkan dunia katanya.

Tali tali ini di kodkan mengikut warna. Senang nak tengok!!!

Cara meletak tali di Peg...

Cucuk tali beserta peg kedalam lubang di Bridge, pastu tekan dengan kuat agar peg itu tidak terkeluar ketika melakukan proses tuning nanti.

Proses menggulung tali jadi amat mudah dengan menggunakan String Winder. Cepat je siap, tangan pun tak lenguh,

Tuning standard dengan menggunakan Intelli Digital Tuner... pastu boleh main lagu "Kimi Ga Iru" dari Band Galla


Selamat Berbuka Puasa Kepada Semua........

Sunday, 14 August 2011

Samsung Galaxy Ace S5830

Sony F305 Junior sudah rosak. Phone jenis slide dan flip memang tak tahan lama. Tapi masa tu beli jugak sebab F305 ni adalah phone gaming dari Sony yang mempunyai fungsi motion lebih kurang macam Nintendo Wii tu.

Disebabkan rosak dia punya 'riben' so phone itu terpaksa di rehatkan selama-lamanya... masuk kotak simpan dalam arkib.

Setelah kajian mendalam dibuat, aku amik keputusan, nak cuba sistem andriod dan fungsi touch screen. So usyar sana sini, SGA adalah pilihan yang agak sesuai dari faktor user yang suka main game dan faktor poket si tukang bayar.

Dengan kelajuan processor 800mhz, ianya cukup sesuai untuk running tanpa masalah. Cuma, dalam tempoh yg sekejap ini setelah junior dera dengan sepuas hati, 2-3 kali juga dia sedikit lembab dan wifi memberi signal error...

Setelah google, memang signal wifi untuk model ini selalu terganggu dan mempunyai sedikit masalah. Solusinya, aku off dan on balik phone.

Sistem touch screen nya agak bagus dan ianya adalah dari jenis generasi baru. Jadi ianya tidak memerlukan tapping dan juga stylus untuk beroperasi.

Cuma ianya sangat sangat tidak sesuai untuk jari lebar seorang pemain bass seperti aku ini... lain yg aku nak tekan, lain pula yang ditekan...

Saiz skrin sedap mata memandang 320 x 480 pixels, 3.5 inches

Dari kiri: Jack 3.5 untuk earphone standard , seperti earphone nokia juga. Data Cable jenis CA101 seperti nokia juga. Kepala pengecas Jenis USB.

Back Cover standard Glossy White dan Matte Black yang diberikan standard. Murah hati Encik Samsung bagi sampai dua!!!!

Ni gambar yang aku amik guna kamera 5mp dengan built in flash. Hanya ada kamera di bahagian belakang. Panggilan 3G kena pegi cari cermin dulu. Gambar menang Nokia aku lagi walaupun sama 5mp.

Lubang USB utk data cable dan pengecas berkongsi. Lobang bulat tu untuk jack earphone.

Slot MicroSD yang boleh disumbat masuk sampai 32gb. Enset ni aku cuma guna 8gb sahaja. 


Verdict aku: 3.5/5 bintang.....

Monday, 8 August 2011

PASTI



http://www.youtube.com/watch?v=1uUJV-YSdds


Dari bicara dari suara
Aku kira dapat aku mengenal dirinya
Dari naluri dari keharuman
Aku pasti dialah kekasih yang ku tunggu

Wajah penuh cinta
Berbau asmara
Pasti tiada sangsi lagi
Kerana aku tahu
Sekuat mana harummu

Engkau yang kenal aku mengenal
Sejati di dalam erti cinta sebenar
Bicaralah sayang bersuara sayang
Pasti saja aku akan terus mendengar

Wajah penuh cinta
Berbau asmara
Pasti tiada sangsi lagi
Kerana aku tahu
Sekuat mana harummu

Kaulah mentari aku rembulan
Sedang dalam, dalam percintaan
Senyummu itu adalah rindu
Rinduku ini adalah milikmu

Wajah penuh cinta
Berbau asmara
Pasti tiada sangsi lagi
Kerana aku tahu
Sekuat mana harummu

Kaulah mentari aku rembulan
Sedang dalam, dalam percintaan
Senyummu itu adalah rindu
Rinduku ini adalah milikmu

Kaulah mentari aku rembulan
Sedang dalam, dalam percintaan
Senyummu itu adalah rindu
Rinduku ini adalah milikmu

Band Malaysia paling berpengaruh. Tahun lepas, sempat juga aku pegi konsert DT di kuantan. Tapi nampaknya, tahun ini, tiada konsert tersebut disini. Konsert last DT itu hari dibuat di Melaka. Hampa betul......

"Senyummu itu adalah rindu
Rinduku ini adalah milikmu"

Sambil bawak keta nak pegi supin baju raya ke Jusco sana, apa kata dengar lagu ni? 

Sunday, 7 August 2011

Guitar Tuner - Intelli Metro Tuner-IMT204

Kenapa gitar ada banyak tali?

Haha... susah juga nak jawab kalau ditanya sebegitu.

Tapi bagi aku jawapan yang paling senang ialah, kerana ingin menghasilkan bunyi yang berbeza.

Dan untuk menghasilkan bunyi tersebut, ianya mestilah di tala ( Tune) pada bunyi dan kedudukan (tegangan dan kenduran ) tertentu.

Banyak cara untuk menala gitar. Dan yang paling mudah adalah dengan menggunakan Digital Tuner atau alat Talaan Elektronik.

Pada masa kini terdapat 1001 jenis dan jenama alat Talaan Elektronik di pasaran. Yang membezakannya adalah fungsi , harga dan jenama.

Pada zaman dulu dulu, aku menggunkan Tuner jenis BOSS. Tetapi ianya seperti paddle efect aku yang lain tu, ianya hilang entah kemana.

So disebabkan susah dan hazabnya menala gitar menggunakan teknik 'listen and tune' dari youtube, menggunakan tuner digital adalah yang terbaik, terutamanya jika mempunyai gitar yang mempunyai floating bridge jenis FlyodRose.

Lagi satu kebaikan tuner ini adalah jika kita hendak memainkan lagu yang menggunakan note tidak normal seperti Drop D atau Drop C (seperti lagu Don't Cry dari GnR), menggunkan tuner adalah cara terpantas untuk mendapatkan setting note yang dikehendaki.

DT jenis Intelli ini dibeli di Endah Parade Sri Petaling.
Tuner buatan South Korea ini aku rasa agak tepat kerana semasa membuat pembelian, aku bandingkan hasil talaan denga tuner jenama lain, dan aku dapati ianya agak tepat dan sama. Tetapi tuner lain lebih bersifat 'mono'.

Aku memilih tuner ini kerana buatan 4 dalam 1 nya. Ciri paling penting kerana ianya mempunnyai fungsi Chromatic Tuner dimana aku boleh manala gitar aku pada kedudukan Flat dan Sharp yang mana ianya tidak terdapat pada tuner biasa.

Keselesaan melihat pada scrin LCD 2.5 x 4 dan jarum digital tuner, memberikan sedikit kepuasan dan sedap mata ketika duk tgh tension menala.

Dikuasakan oleh 2 butir beteri saiz AAA dan mempunyai fungsi auto off  pada default 3 minit.

Tuner ini boleh digunakan pada semua jenis gitar, violin , piano dan sebagainya samada menggunakan Jack atau built in mic ....

2 fungsi lain yang aku jarang jarang guna adalah metronome dan pitch generator.

Pada harga menghampiri RM100 , ianya adalah satu gadjet mampu milik dan harus di masukkan dalam 'shopping list' anda!!

Mempunyai 'Tongkat'... kasi senang nak tengok, tapi aku tak pernah guna pun, sebab masa tuning, aku biasanya letak gitar atas 'bench'. Takut calar !!!

Bahagian depan

2 biji bateri AAA

Dalam mode chromatic tuner

Tune Gitar Elektrik dengan FlyodRose, menggunakan Jack

Gitar Bass Ibanez merah kesayangan aku pun tune guna menda ni.

Gitar Akustik di tune menggunakan built in mic