amriezukasensei part 1

http://amriezukasensei.blogspot.com/
amriezukasensei part 1

Thursday 31 March 2011

Bahagian 2- Ini Ialah House Warming Party

Dasyat betul blogspot.... baru 87 entry, sudah habis bandwith saya di rumah lama.

Tak pe lah, jadikan pengajaran, bila nak pos gambar , saya pastikan ianya di edit dan saiznya sekecil yang boleh.

Boleh sahaja nak beli bandwith dari google, tapi urusan pembeliannya agak leceh. Dengan RM50, saya akan diberikan lebih kurang 20gb. Tapi tak pe lah, blog saya ini bukan untuk menjana duit. Jadi tak perlulah saya berhabis buat beli bandwith. Baik belanja korang makan ais kacang.

 Selamat datang saya ucapkan kepada kamu semua.