amriezukasensei part 1

http://amriezukasensei.blogspot.com/
amriezukasensei part 1

Wednesday 29 June 2011

Rasa Best

Lagu 'rasa best' ini pada asalnya adalah nyanyian Nina Simone. Ramai manusia, mengetahui lagu 'rasa best' ini melalui nyanyian kumpulan Muse. Tapi aku mula asal dengar lagu ini dari Nina. Lagu Nina ini selalu diputarkan disebuah bistro yang selalu aku lepak di Ipoh dulu.


Nina membawa konsep Motown Blues dan sedikit soul.

Bikinan semula dari MUSE, adalah 'not bad' dan menghiburkan. Elemen new wave alt rock di masukkan dengan kemas dan menjadikan lagu ini, pada pendapat aku, lebih hidup dan gambaran emosi yang ada dalam lagu ini berjaya di tonjolkan....

Kalau korang rasa gembira, best , seronok dan sentiasa positif, sila lah layan lagu "FELING GOOD" ini, dari kumpulan MUSE!!!!



http://www.youtube.com/watch?v=KOEZMjuoIEY

Birds flying high you know how I feel
Sun in the sky you know how I feel
Breeze driftin' on by you know how I feel

It's a new dawn
It's a new day
It's a new life
For me
And I'm feeling good

Fish in the sea you know how I feel
River running free you know how I feel
Blossom on the tree you know how I feel

It's a new dawn
It's a new day
It's a new life
For me
And I'm feeling good

Dragonfly out in the sun you know what I mean, don't you know
Butterflies all havin' fun you know what I mean


Sleep in peace when day is done
That's what I mean
And this old world is a new world
And a bold world
For me

Stars when you shine you know how I feel
Scent of the pine you know how I feel
Oh freedom is mine
And I know how I feel

It's a new dawn
It's a new day
It's a new life
For me
And I'm feeling good

I'm feeling good

Tuesday 28 June 2011

Tupai

Zaman aku sekolah dulu, Tupai, dalam bahasa omputeh adalah squirrel. Tapi tidak disebut squirrel (skwɚ:ˈəl), ianya disebut SQUARREL ( as for skweˈr' el  = square rel) .

Bila masuk ke Kolej, belajar English 101, ada satu artikel yang disuruh oleh pensyarah untuk kami baca beramai ramai. Dalam artikel tersebut, terdapat perkataan squirrel. jadi, satu kelas membacanya sebagai Squarrel. Tergelak besar pensyarah itu mendengar sebutan kami. Dan setelah sekian lama, rupanya kami tak reti sebut squirrel.

Squarrel adalah tupai empat segi!!!!!

Tapi, aku tak de lah malu sangat, sebab orang lain yang datang dari berbagai latar belakang dan negeri, juga mempunyai sebutan yg sama macam aku sebut.

Banyak juga perkataan yang salah disebut kita hasil dari ajaran cikgu2 zaman dahulu kala. Mungkin pengaruh dari sebutan English yang datang dari India.  Cth terdekat adalah tortoise yang kita sebut tortis, sepatutnya sebutannya adalah Tortes (tɔ:ˈrtəs). Contoh lain ialah Flour yang kita sebut sebagai FLA... sepatutnya sebutannya adalah seperti FLOWER (flaʊˈɚ).

Berbalik kepada squirrel. Pagi tadi, ketika aku sedang membuat tugasan di dalam bilik khas secret agent, aku dikunjungi oleh encik tupai... terkejut jugak aku apabila tiba tiba tupai ini masuk.

Disebabkan boring, so aku tutup pintu pejabat aku, dan aku main kejar-kejar dengan tupai ini.

Kalau korang nak tahu, tupai adalah antara menatang yang mempunyai metabolisme yang tinggi. ini bermakna, jantung dia berdegup dengan amat kencang, dan pergerakan tupai amat lincah dan hyper.

Setelah berkejar kejaran selama 20 minit, akhirnya tupai tu lompat naik ke atas kotak kawalan elektronik bilik pejabat aku dan terus dia duk rilek disitu kerana sudah habis tenaga. Aku pun pasang zoom lens dan aku shoot gambar2 menarik si tupai ini.

Fakta menarik pasal tupai:

1. Tupai boleh dijumpai diseluruh dunia kecuali di antartika dan Australia.

2. Tupai boleh melompat sejauh 20 m dan jika jatuh, ketinggian seratus kaki ke bawah tidak membahayakan mereka.

3. perkataan squirrel bermaksud 'shadow tail' dalam bahasa Greek.

4. Tupai suka menggigit wayar elektrik untuk menajamkan gigi mereka. Tapi ramai yang dah mati keras kerana renjatan elektrik.

5. Jangka hayat tupai cuma dalam 10 tahun sahaja.

haha, dia tolong bersihkan sawang untuk aku.... bagus juga kehadiran si tupai ni ke bilik aku.

Letih separuh mati katanya.

Abis senget Motion Detector bagi Alarm System pejabat aku.

Mr Ensem

Siap terkencing lagi.... aduhaiiii....

Monday 27 June 2011

Bayam

Selepas Lobak Merah, aku rasa, Bayam adalah sayur yang paling glamer di dalam dunia.

Terdapat berbagai variety bayam. tetapi Bayam di kumpulankan mengikut 3 kategori, Savoy, semi savoy dan flat. Iaitu tahap kerinting lembaran daun nya.

Antara sebab sayur ini glamer, ialah kerana kesalahan Dr. E von Wolf yang telah salah kira kandungan zat besi di dalam sayur ini. Kiraannya betul, tetapi titik perpuluhan yang salah letak menyebabkan sayur ini dikatakan mempunyai zat besi yang sangat tinggi.

Patung Popeye yang didirikan di Crystal City Texas, satu tempat pengeluar Bayam terbesar di USA.

Faktor kedua adalah disebabkan oleh Popeye. Satu dunia sepatutnya berterima kasih kepada Popeye yang tolong mempromosikan sayur bayam ini. Aku antara salah sorang manusia yang terpedaya dengan pujukkan mak aku supaya makan bayam untuk jadi kuat seperti popeye.... haha...
Ni lah rupa Beets

Ini pula adalah Chards

Bayam adalah dari keluarga Goose-foot, jadi Beets dan Chards adalah sedara mara bayam. Apa benda tu? ntah... aku pun tak pernah jumpa sayur-sayur tu semua. Nanti aku suruh boss Tesco import sayur tu semua.


Bayam berasal dari Iran, di komersialkan di China. Orang di China masih mengelar sayur ini sebagai "the persian green" atau sayur dari parsi. 85% dari stok bayam seluruh dunia, datangnya dari China.

Bayam mengandungi Oxalate iaitu salah satu penyebab penyakit batu karang. So kalau korang ni ada batu karang, makan bayam hanya menambahkan kesengsaraan korang.

Bayam bersifat diuretic dan laxative. Iaitu pelawas.

I'm Popeye the sailor man..........
Cecair dari bayam, pernah digunakan oleh org zaman dahulu kala sebagai dakwat dan cat.

Jom makan bayam....

Sunday 26 June 2011

Kamu Tidak Boleh Halang Saya!!!

Dalam scene dan Genre Rock, terdapat banyak juga band-band yang menampilkan vocalist perempuan.

The Cranberries adalah yang paling berpengaruh, diikuti oleh No Doubt, Skunk Anansie, Evanescence dan terkini Paramore. Itu lah antara band-band yang overexposed, sell out dan menjadi ikutan serta inspirasi ramai.

Terdapat juga band band underexposed yang bagus dari segi materials dan attitude band itu sendiri. Yang aku minati adalah Band Kittie dan juga Guano Apes.

Guano Apes yang paling malang. Kebanyakkan poser dan follower Nu Metal dan Alternative rock di negara kita, tidak mengikuti band ini. Ini mungkin kerana pendedahan dari media yang kurang mengambil materials mereka untuk diputar di corong radio.



Band ini berasal dari Germany. Bagi aku, band-band Germany adalah antara band yang bagus. Rammstein dan Scorpions antara contoh band Germany yang meletop satu dunia.

Tapi kebanyakkan poser dalam dunia Metal, lebih mengenali band USA yang bagi aku, lebih kepada  'radio material'.

Aku berpendapat, di mesiaraya ni, Guano Apes tidak mendapat tempat mungkin kerana faktor nama band ini.... Guano bermaksud:

Any excrement from birds, seals, or bats which is used as fertilizer, is called Guano

mudah kata, guano ni ialah najis burung dan kelawar yang digunakan sebagai baja....

kerana nama yang pelik, mungkin kumpulan ini tak lepas main lagu mereka di radio....satu kerugian!!! 


Lagu dibawah ni, selalu aku dengar. Satu lagu yang powerful dalam menaikkan semangat aku bila menemui jalan buntu dalam berbuat sesuatu.

You can't stop me
To love the world with all its lies
You can't stop me
I'm close enough to kiss the sky
    Keep it to myself

Aku cukup suka rangkap ini. Interpretasi aku terhadap rangkap ini adalah ; 

Tiada apa yang dapat menyekat saya untuk menyintai apa yang saya suka ( the world)  dan perkara yang berkaitan dengannya ( its lies). Saya sudah hampir berjaya ( kiss the sky). Usaha saya sendiri. 

Gambaran sinikal pertunjukkan sarkis dalam video klip ini, bukan sesuatu yang tidak sengaja. Ianya adalah sangat dramatis dengan mengatakan bahawa hidup kita ini umpama sarkis. Semuanya bersifat pertunjukkan dan kita sentiasa peduli dengan persepsi orang lain walaupun, kita amat berlawanan dengan apa yang orang anggap.

Hidup umpama sarkis apabila, terdapat ramai penonton yang sentiasa memerhati tingkah laku kita, dan akan terhibur dengan 'mishap' dan malang yang menimpa. Hidup adalah satu sarkis yang sangat besar!

Aku sedang merancang sesuatu yang sangat besar. Faktor untuk ianya tidak akan berjaya juga cukup besar. Tapi jika tidak dirancang, tidak dilihat kebarangkalian yang ada, siapa pun tidak dapat memberi tahu kepada aku samada ianya akan berjaya atau tidak. Biar gagal setalah puas mencuba, dari gagal merancang dan gagal mencuba yang mana akan disesali pada suatu masa kelak kerana tidak langsung menggunakan peluang yang ada.

Aku bukan juga seorang yang positif. Tapi ada 2-3 perkara, bila aku buat, aku akan buat bersungguh sepenuh hati. 

Kalau gagal macam mana?

Itu pasal lah ada istilah "I'm close enough to kiss the sky".... tu bukan pernyataan kecewa org gagal, tapi pernyataan berani untuk mencuba sekali lagi sehingga berjaya.

Aku tidak fikir ianya akan gagal. Kecuali berberapa faktor yang memang akan menjadi punca ianya akan gagal. Dan punca-punca itu bukanlah kehendak dan datang dari diri aku. Tapi, segala ketentuan. Kalau tak berjaya, kena cuba sampai berjaya.

Sementara aku merancang langkah seterusnya.... mari kita dengar lagu ini:

Guano Apes: You can't stop me




http://www.youtube.com/watch?v=xfxlzq2Nfno

Someone whos coming out to see the light of our destination
A maniac neurotic fool who wants to jump off the eye
How can you know that I'm the one who lives no matter of occasion
Another road another try
Where's the difference tell me why?

You cant stop me to love the world with all its lies
Keep it to myself
Keep it to myself

You can't stop me!
I'm close enough to kiss the sky
Keep it to myself again again

Why you coming out to see the road of less destination
I want look back for the shadows that fall off to me
We're trapped in a song so we lead them to hell or our salvation
Another you another me
Where's the difference telling me??

You can't stop me to love the world with all its lies
Keep it to myself
Keep it to myself

You can't stop me
I'm close enough to kiss the sky
Keep it to myself again again

I'm just another
Broken up
Mess them up
Running to the eye (eye)
(Running to myself)
Broken up
Mess them up
Running to the cosmic ways
(Running to myself)
[2x]

You can't stop me to love the world with all its lies
Keep it to myself
Keep it to myself

Won't you stop me
I'm close enough to kiss the sky
Keep it to myself again again again again

I'm just another broken up
Mess them up
Running to the cosmic ways

Saturday 25 June 2011

Made in Malaysia

Aku ada sorang kawan. Dia ni cina. Nama betul dia, rahsia. Dia ni tak de agama. Free Thinker. Nama betul dia, cuma dua patah perkataan sahaja (cina buddha biasanya ada 3 patah nama).  Nama timangannya adalah King Hamsap. Apa benda tu? Haaa... silalah google makna hamsap tu apa.

Dia ni, selain dari suka berlumba haram, dia juga suka makan buah. Mana-mana aku pergi ngan dia, mesti dia ada bawak bekalan buah. Kalau jumpa buah potong, dia beli untuk dia, dan belanja kawan-kawan makan buah potong.... orang lain kalau pergi berjalan bawak rokok... dia pulak bawak buah!!!

Bangun pagi makan buah. Tengah hari, lepas makan, cuci mulut dengan buah, Tea Time, pun makan buah. Nak tido, sempat lagi dia makan buah sebijik dua.

Disebabkan dia ni suka makan buah, tahap expert dia pasal buah, melebihi dari pakar biologi terkemuka Universiti Pertanian Malaysia (sekarang Uni Putra). Sebut je pasal buah, dia boleh goreng pasal buah tu, 2-3 jam. Dan menakjubkan, dengan zaman dulu yang mana, tiada kemudahan google, segala fakta yang diberikan pasal buah tu, betul belaka. Padahal, rumah dia, dari depan sampai belakang, 110% simen. Keluarga dia, tak de sorang pun yang reti tanam pokok bunga, apatah lagi pokok buah.

Tapi satu je yg tak best pasal Encik King Hamsap ni, dia tak makan buah buahan tempatan. Bukan sebab allergi ke hapa ke, tapi sebab, dia kata, buah-buahan tempatan, mahal dan harganya tidak masuk akal.

Ramai yang tidak bersetuju dengan dia. Tapi ada juga yang setuju. Salah sorangnya aku. Memang aku rasa, buah kita mahal harga, dan ada kalanya tidak masuk akal.

Cuba bayangkan, sekilo buah mata kucing, harganya pada petang tadi, di Pasar Malam Sg Isap adalah RM12. Manakala Anggur dari Australia, cuma RM8.

Sekilo mata kucing, ada biji dan tangkai dan kulit yang terpaksa dibuang. Sekilo anggur, tiada biji dan kulitnya pun boleh ditelan..... itu antara ayat yang selalu King Hamsap sebutkan bila dia bandingkan buah tempatan dengan import. Mungkin jenis buah saja yg berbeza beza. Alasannya tetap sama.

Nak kata dia ni kedekut, tak juga. Sekali beli tayar 4 bijik, dekat 3 ribu habis. Pakai 2-3 bulan, campak tepi beli tayar lain.

Mungkin cuma dia ni kiasu?

Apa-apa pun, pendapat dia kenkadang tu aku boleh terima, kenkadang tidak pulak aku amik endah.

Aku makan buah apa?

Tak berapa suka makan buah sebenarnya, tapi aku dulu suka Limau dan Tembikai. Sekarang ni tak boleh makan limau sebab aku ada gastrik. So makan buah-buahan yang kurang kadar asidnya seperti pisang dan Laici.

Buah Laici kegemaran aku.

Berasal dari daerah Chiangmai , Utara Thailand. Ditanam dikawasan yang sejuk. Kalau duk kat luar, pada suhu bilik yang biasa, buah ni akan 'mencair'. sebab tu penjual laici, selalu siram air pada buah ini. Buah ini tidak tahan panas. Eloknya, dibeli, dan disimpan di dalam peti sejuk. Boleh tahan 2-3 hari.

RM10 Sekilo... kat Malaysia, setahu aku, tak de tanam pokok laici ni.

Best!!!!!!!

Friday 24 June 2011

Nasehat

Nasehat

Dah baca apa yg tulis kat tembok tu? 

Haaa, tu aku amik kat area Kg Bunohan di Tumpat. Tapi sebenarnya, ianya adalah Kg Jubakar. 

Gambar ni aku amik di  tembok bagi sebuah Wat siam yang bernama Wat Machimmaran.

Wat ( perkataan asalnya adalah Vattaka, perkataan sanskrit yang bermaksud sekolah buddha atau monastery tample) Machimmaran  ini tidak salah aku bermaksud Seating Buddha kerana disini terdapat sebuah patung buddha duduk setinggi 30 meter dengan kelebaran 18 meter.

On daway nak ke Pengkalan Kubur dan Takbai, mesti tak miss nampak binaan agam ini.

Kg Jubakar dan Bunohan, merupakan antara kampung siam yang agak besar di kelantan. Terdapat banyak wat-wat dibina dan adakalanya berdekatan diantara satu sama lain.

Wat ini dibina pada tahun 90an dan siap pada tahun 2000. Tukang-tukang bina wat ini, didatangkan khas dari Thailand. Keluasan wat ini melebihi 2.4 hektar.

Toleransi orang melayu kelantan dengan siam buddha adalah sangat tinggi. Buktinya, dengan pembinaan wat2 yang bersepah dan kebebasan mereka menganut agama mereka. 
Di Wat ini, acara perayaan Buddha seperti Hari Wesak, Lakathor, tahun baru cina dan Festival Chai disambut didalam Wat ini.

Pintu gerbang.... Wat ini berada di seberang Wat Machimmaran.

Nampaknya kepala buddha ni selalu kena panah dek petir. Sebab tu derang taruk Lightning Conductor Rod dan ventilation fan.

Ada orang kata, dalam kepala menda ni, ada abu mayat ketua sami derang yang dah mati. Entah betul, entah tidak. Kalau betul pun, kenapa? biasak lah puak puak ni simpan abu mayat.

Deity yang pakai kain pelikat. Kat sini, banyak patung derang pakai pakaian tradisional melayu seperti kain batik, semutar dan sebagainya......

Thursday 23 June 2011

B Segera

Kalau korang nak pergi makan kat luar, apa kriteria yang korang ambik kira bila buat pilihan?

Kat bawah ni faktor-faktor yang aku amik kira bila nak pegi makan:


Yang paling penting, menu!!! Tengok mood nak makan apa hari tu. Kalau rasa nak makan satay, pegi la kedai satay, kalau nak makan hot plate, pegi kedai hot plate.

Keduanya, tempat parking. Aku tak suka betul pegi tempat yg susah parking. Terutama jenis yang parking dekat dengan tepi jalan. Maksud aku, bahu jalan tu sempit sangat. Selain dari aku takut menghalang trafik, aku bimbang juga keselamatan Junior yg kadang-kadang tak tentu pasal, dia melompat-lompat seronok. Nanti tak pepasal kena lenyek ngan kenderaan lain.

Ketiganya, Kebersihan. Hoho... ni bukan perkara kompromi. Sedap atau murah atau ada pelayan comel bak Avril Lavigne sekali pun, faktor kebersihan haruslah di berikan perhatian utama. Tak nak lah lepas makan, terus kena masuk wad sebab termengidap demam kepialu atau abis bodo pun diarrhea.

Seterusnya, tahap sedap tak sedap. Sebenarnya, faktor sedap tak sedap ni adalah subjektif. Ada org kata kedai yg satu tu, sedap betul sampai ketagih, tapi bila kita pergi, rasanya cuma biasa-biasa sahaja... dan begitulah sebaliknya.

Faktor keselesaan juga aku amik peduli. Ye lah kan, kalau terlalu hampir dengan jalan raya, atau tempat tu pasang muzik macam tokeynya mengalami kecacatan deria pengdengaran kekal, atau tempat mat mat bola berkumpul layan game, sudah tentu tak sesuai nak bawak anak bini pergi makan. Tak larat lah nak melaung cuma kerana nak mintak hulurkan botol kicap.... kalau tempat tu tempat bebudak muda dating pun, aku tak pergi jugak.... macam  aku bebudak dulu, ada tempat tu namanya 'Grape Farm'... kalau nak dating dengan gaya, kena pegi situ... padahal, ianya cuma kedai roti biasa sahaja....

Harga.... usahlah berkira sangat kalau nak makan tu. Tapi, kenalah logik dan masuk akal. Kalau tempat tu jual nasik lemak telur kerat lapan pada harga RM30 sepinggan, takkan nak pegi situ?

Dan mungkin yang terakhir sekali adalah ventilasi atau pengudaraan. tak mahulah lepas makan, badan lenjun berpeluh peluh dan baju kupam bau asap..... kedai mamak, banyak yang macam tu. Tapi Kat sini ada 2-3 mamak yang ada bilik ekon yang selesa lagi aman damai.


Itu hari, aku ada pegi satu fast food. Restoran jenis ini , memang glamer pada budak-budak. Tujuan aku pun memang aku nak bawak junior pegi makan. So pergi lah situ. 

Kat Kuantan ni, ada 4 restoran makanan itali tu. Jadi aku pilih untuk pergi di KP kerana akses parking yang mudah, dan tak perlu aku nak jalan jauh. Sebab pergi lepas Maghrib, jadi , kat sini, restorannya dekat dengan surau untuk Isyak nanti.

Sebenarnya dah lama aku tak ke restoran di KP ini kerana aku lebih suka bersantai di MM. Tapi hari tu aku pergilah kerana alasan-alasan diatas.

Masuk je kat dalam tu, duduk kat meja, terperasan premis ini digredkan sebagai B iaitu kurang bersih.

WTH kan? Biasanya, fastfood outlet ni, kebersihan dia A. Tapi apsal lak kat sini B? Ok, mungkin ada kesilapan kecil dimana-mana. so aku tak berapa kisah sangat.

Tapi, bila time nak makan tu, aku tengok, dia punya sudu, garpu dan pisaunya, semua berkulat hijau... jenis basuh tak cuci. Lepas basuh terus dia campak dalam bekas. Hasilnya, semua jadi berkerak dan tidak bersih. Aku pernah buat part time di hotel zaman abis SPM dulu, biasanya, sudu dan garpu ni, akan di polish selepas digunakan.

Yang ini, usahkan polish, basuh main celup air saja agaknya...

So aku tak peliklah kenapa kedai ni dapat B. Kalau aku jadi mamat yang bagi markah tu, aku bagi C terus. Sebab? sudu dan garpu ni, menda yang ko sumbat masuk dalam mulut secara langsung. Kalau lantai tak bersapu ok lagi...... Restoran tu memang Failed. Jangan lah korang pegi situ.... bayar caj perkhidmatan konon... tapi dapat sudu tak berbasuh. Haprak!!!
B...?  pandai dia lekatkan di dinding yang berwarna oren jugak... nak sorok lah tu


Sudu, Garpu dan Pisau, semuanya berkerak lagi berkulat. Tu bukan kesan calar, tu kesan basuh tak cuci.


Tengok garpu dan pisau di CR yang bersih dan cantik berkilat. Nak bagi tips pun tak segan kalau tempat yang ikhlas dengan pengunjungnya.... Pizza Hut KP boleh blah!!!!

Wednesday 22 June 2011

Hitam Puteh Tok Bali

Aku ada terbaca kat mana ntah, kamera ni, merupakan alat perantaraan sosial yang sangat power.

Ada satu kisah, mamat photo journalist ni, masuk ke satu kawasan yang amat bahaya di Afrika. Bukan Bahaya seperti dikejar gajah atau babi hutan, tapi bahaya dengan ancaman gerila dan pengganas dikawasan itu.

Macam-macam berlaku kat mamat tu, tapi, beliau menggunakan kamera dia untuk melepaskan diri. Aku tak reti nak cerita balik, sebab menda ni aku dah baca lama dulu. Tapi ada satu kes tu, orang-orang di satu tempat, macam nak tangkap dia lah, sebab dia ni orang puteh, tapi dia gunakan diplomasi dengan mengambil gambar dan tunjukkan gambar yg diambil (melalui skrin LCD) tu kepada orang kampung tu. Sudahnya, jadi macam pertunjukkan lah pulak. Dan, orang kampung tu sejuk hati, dan lepaskan dia.

Perkara macam kat atas tu, tak pernah berlaku kat aku, tapi itu hari, kerana kamera ini, aku dapat bersosial dengan mamat vietnam di pengkalan Tok Bali.

Hajatnya, kesana untuk berhenti solat dan casting siakap, tapi bila dah letih casting, amik DSLR dan shot gambar... baru 2-3 keping aku amik, aku dah kena kurumun dek mamat Vietnam ni.

Mereka-mereka ni, biasanya jenis pemalu dan jarang nak beramas mesrah dengan orang tempatan. Tapi, mungkin dia seronok tengok aku duk petik DSLR, dia pun siap duk mencangkung ramai-ramai tengok gelagat aku.

Bila dah jadi macam tu, apa tindakan yang sepatutnya diambik?

Kawasan tu agak sunyi..... kalau dia rampas DSLR tu, campak aku dalam air... macam mana?

Aku buang fikiran negetif, aku pusing mengadap derang... aku tala DSLR aku, aku fokus, aku petik... 1, 2 dan 3.... mereka bangun menoleh ke arah lain tanda protes tidak mahu dirakam.

Mereka mula berjalan pergi.... dalam hati aku, berasa sedikit lega lah.... tapi tiba tiba... aku melaung..

" Hey... boys, come here... Let's see what i have taken"

Derang berpaling.... tapi haram tak paham apa aku cakap...

Aku pun tekan butang display dan tunjukkan gambar derang yang aku amik tadi. Sebab mereka berdiri agak jauh, mereka cuma terjenguk jenguk dari jauh mengintai apa yang ada di skrin...

Aku lambai, dan memanggil mereka datang hampir dengan aku...

mereka datang dekat aku dan perkara pertama aku tanya adalah..

" You boys from Vietnam?"

" yah... vietnam.... " Jawab mereka dengan mata tak lepas memandang pada skrin DSLR.

" Vietnam is good.... G.I no good.... " aku berseloroh dengan mereka..

Mereka senyum kelat dan menunjuk pada DSLR aku minta ditunjukkan gambar tadi.

Kerana gambar yang aku amik pada mulanya tidak di laras dengan betul, terdapat banyak kekurangan pada gambar tersebut.

Aku undur 5-6 tapak, set ISO pada 800, fokus... dan 2 keping gambar dapat aku amik. Ada diantara mereka yang berpaling kearah lain. Malu kut....

Tanpa aku panggil, mereka datang dekat, dan minta aku tunjukkan gambar itu. Salah sorang dari mamat viet tu, siap lap kan skrin LCD aku dengan ujung baju dia kerana skrin tu agak berminyak tersentuh hidung aku ketika fokus tadi.

" 1, 2 ,3 all handsome.... can get many girls" aku kata sambil menunjukkan jari pada gambar....

Mereka ketawa terbahak bahak dan sibuk bercerita sama sendiri tentang gambar yang diambil... mereka bersalam dengan aku, dan berjalan pergi.... sambil berjalan, mereka mengulang-ulang

" 1, 2,3 all handsome......" dan setiap kali mereka ucapkan itu, mereka ketawa.... dan mengejek sama sendiri yang mana patut jadi 1, 2 dan 3 itu.........

Aku berpaling pada Mek aku, mulut dia melopong....
" stare in disbelief".....

dia kata pada aku " Bukan awak anti sosial ke?"

Aku hanya tersenyum dan berjalan mendaki bukit ke tempat parkir kereta.....

Disengajakan Out of Focus

Kapal Malaysia, tapi awak-awaknya, kalau tak siam, vietnam.... bebudak Malaysia tak minat jadi nelayan, merempit lagi bagus katanya.

sebenarnya ramai lagi dalam gambar ni, tapi aku kasi crop sebab yang lain tak sporting.... hehe semuanya pakai jersi bola. Gila bola kut....

Friday 17 June 2011

Kesabaran



http://www.youtube.com/watch?v=ErvgV4P6Fzc&feature=related

Shed a tear 'cause I'm missing you
(Jantan kalau nanges ok tak?)
I'm still alright to smile
Girl, I think about you every day now
Was a time when I wasn't sure
But you set my mind at ease
There is no doubt you're in my heart now

Said woman take it slow
(kalau laju-laju, nanti kena speedtrap)
It'll work itself out fine
All we need is just a little patience
Said sugar make it slow
And we'll come together fine
All we need is just a little patience
Patience, patience, patience
Ooh, oh, yeah

I sit here on the stairs
(kalau rumah tak de tangga, nak duk kat mana?)
'Cause I'd rather be alone
If I can't have you right now, I'll wait dear
Sometimes, I get so tense
But I can't speed up the time
But you know, love, there's one more thing to consider

Said woman take it slow
Things will be just fine
You and I'll just use just a little patience
Said sugar take the time
(Makan gula banyak, nanti kena diabetes)
'Cause the lights they shine so bright
'Cause you and I've got what it takes to make it
We won't fake it, ooh never break it
'Cause I can't take it

'Cause a little patience, yeah, yeah
'Cause a little patience, yeah, yeah
Just a little patience, yeah, yeah
Just a little patience, yeah, yeah
Just a little patience, yeah, yeah

I've been walkin' these streets at night
Just tryin' to get it right
It's hard to see with so many around
You know I don't like bein' stuck in a crowd
( aku benci crowd, sebab tu tak ske pegi pasar malam hari rabu)
And the streets don't change but maybe the name
I ain't got time for the game
'Cause I need you
Yeah, yeah well I need you
Oh, I need you
Whoa, I need you
Ooh, this time




Hari ni nak dengar lagu lagi.... lagu Best dari GnR.

Macam pernah aku cakap dulu, aku tak brapa suka sama Encik Axl Roses ni sebab dia bergaduh dengan Encik Kurt Cobain.

Tapi ada 2-3 lagu dari GnR yang sungguh sedap. Ni salah satu darinya.

Lagu ni, ditujukan khas pada sorang manusia yang suruh aku ajar dia main gitar petang tadi.

Nanti aku ajar kamu main lagu ni. Mau?
tapi, kamu kena hapal lagu ni dulu.... sebab,main gitar, bukan sekadar main, tapi, bak kata sepal venzo, "main gitar ni kena ada feel". Kena paham akan lagu tu. Kena ada koneksyen diantara manusia dengan melodi.....

tu dia cakap!!!!! wuteverlah kan....



Pastu bila nak start belajar dengan aku? Bulan December boleh?

Thursday 16 June 2011

Fall To Pieces



http://www.youtube.com/watch?v=BlNVNpZA6IM&feature=related

It's been a long year
Since you've been gone
I've been alone here
I've grown old
I fall to pieces, I'm falling
Fell to pieces and I'm still falling

[CHORUS]
Every time I'm falling down
All alone I fall to pieces

I keep a journal of memories
I'm feeling lonely, I can't breathe
I fall to pieces, I'm falling
Fell to pieces and I'm still falling

[CHORUSx3]

All the years I've tried
With more to go
Will the memories die
I'm waiting
Will I find you
Can I find you
We're falling down
I'm falling

[CHORUSx4]


Kenapa? sebab Slash dan Duff... bukanlah yg terbaik. Tapi Duff merupakan salah satu sumber rujukan di dalam dunia 4 tali aku. Hey, aku pernah beli keset projek solo Duff.... best juga...

Ok... layan lah lagu ni...
Khamis, Jumaat dan Sabtu.... sebabnya, tiada siapa yang tahu....

Wednesday 15 June 2011

Chim Chum v/s SteamBoat

Pernah makan steamboat (SB)?

Best kan?

Biasanya, makan SB ni, berkonsepkan buffet. Makan lah sebanyak mana yang anda mahu.
Konsep SB ni telah menapak ditanah melayu since tahun 80an lagi... atau mungkin sebelum itu lagi. Aku bukan professor bidang SB, so aku tak berapa arif sangat.

Kat kuantan ni, bersepah kedai SB. Bayar Rm12-20, korang makan lah sebanyak mana yang termampu. Kalau membazir, korang akan kena denda.

Biasanya SB dikuantan ini menggunakan dapur gas portable (jenis yang bawak gi camping tu) tapi ada juga yang guna dapur janis induction seperti di Sri Afa .

Terdapat sebuah periuk diatasnya, dan di dalamnya diletakkan sup untuk mereneh bahan2 SB tu nanti. Ada sebuah kedai SB ni, sebuah periuk, boleh memuatkan 2 jenis sup, iaitu sup biasa dan sup siam (tom yam) ...ada kompartmen pemisah diantara keduanya.

Tapi aku tak berapa suka makan di kedai. Satu, ianya sangat panas dan tidak begitu selesa. Keduanya, aku tak makan banyak, so orang macam aku, tak best kalau makan buffet. Rugi!!!!

Jadi, aku buat sendiri SB dirumah.... senang saja.

Janji ada dapur nak masak SB tu. Nak pakai dapur gas kat dapur pun tak pe.... tapi... susah sikit la kan...
so aku beli dapur dia... dalam seratus kut harganya. Selain boleh SB, dapur tu bleh juga buat masak menda2 lain seperti deep fry, stir fry.... masak yee mee.... tom yam dsb...

Bahan mentah beli kat Giant je.... muarah-murah... 

Steamboat DIY.... 


Lapisan dalam periuk ni, dilapisi teflon. jadi senang nak kasi bersih selepas digunakan.

Bahan mentah untuk SB ni, beli di Giant je... Pix and Mix... Sekilogram dalam RM15 dan boleh makan 2 kali untuk 2-3 orang. Tengok orang juga macam mana, kalau jenis pelahap macam lanun lapar, sekejap je habis.

Boleh ditambah dengan sayur2 seperti kailan, cendawan, innoki dan apa sahaja yg korang rasa nak makan.
Kemudian bab sos, pakai yg ready made, atau buat sendiri . Aku suka buat sendiri je, mesin cili merah , bawang putih (smoked) sedikit halia dan garam.... senang je... pastu boleh la enjoy perlawanan bolasepak MU kalah ngan Barca.


Chim Chun (CC) ni satu jenis makanan seperti SB, tetapi mempunyai fungsi 'bakar' , BBQ.

CC berasal dari Thai, ada juga kata dari korea.

Tapi yang penting, kat Malaysia ni, tak banyak tempat ada jual makanan ni. Satu tempat yang aku pernah pergi untuk makan menda ni ialah di Food Village di Kota Bharu. Memang best. Dengan bayaran RM15, anda boleh makan sampai pingsan.... tapi kalau amik lebih tak habis, korang kena denda, RM3 untuk 100gm kut... tak ingat. Selain dari CC tu, ada juga side dishes lain seperti mee, nasi goreng, laksa dan pencuci mulut.

Dari Kota Bharu, menghala ke Pengkalan Chepa, selepas gertak (jambatan) sg baung, sebelah kiri jalan.... Kredit pada tuan punya gambar


CC ni serupa sangat macam SB, cuma dia fungsi membakar di tengah-tengah periuk nya. Di dalam sebuah rancangan dokumentari, memanggil periuk ini sebagai 'periuk lembu naik bukit'. Kelakar juga namanya... tapi aku cuma panggil periuk CC.

Menda kecik kat atas periuk tu, adalah lemak ayam. Ianya berguna untuk kasi sedikit 'grease' pada permukaan periuk.

Dikeliling periuk ini, tempat rebus, di bahagian bukit periuk ini pula tempat bakar daging , ayam dan sotong

saya suka mee goreng

Crabstick, cendawan telinga dan apa menda ntah...

letih la nak menyental periuk ni nanti

Ni periuk yang aku beli di siam. Yang sebelah kanan tu tempat masak, dan sebelah kiri tu tempat arangnya. Periuk lembu naik bukit!!!!!!

Aku guna lilin memasak je.... tapi susah nak kontrol api. Kena study dulu cara yang betul. dah jumpa caranya, baru aku pos kat sini pada masa akan datang...


Habis satu malaya aku pusing, belum pernah bertemu dengan periuk ini dijual. Tapi itu ari aku masuk siam, jumpa menda alah ni di sebuah kedai peralatan dapur. terus aku beli. Murah je RM25.

Speselnya CC ni, dia menggunakan dapur tradisional, iaitu dijana haba dari sumber arang.... ye betul, ianya sebuah dapur arang . Setongkol duk atas meja makan dapur arang.... betul2 macam siam bukit punya style.

 kelemahan CC ni, kalau makan dalam rumah, abis berasap satu rumah. kalau makan kat luar, abis baju bau asap. Pastu , bila dah sudah makan, nak basuh dia punya periuk cukup hazab... kena pakai berus dawai...

Tuesday 14 June 2011

Manusia X- Kelas Pertama

Marvel.... pembikin komik nombor satu dunia.

Aku bukanlah penggemar komik, pengumpul figurines dan berminat dengan cosplay. Saya bukan seorang enthusiast komik.

Pernah juga kalau berjalan-jalan disekitar kedai2 buku secondhand, belek2, pegang2 komik ni, tapi tak berapa minat lah. Adik aku yang bongsu, pengumpul komik. Dia obses juga dulu. Aku, kalau beli komik pun, sebab nak tengok gambar atau ilustrasi yang ada didalam tu. Boleh juga cedok idea dan tiru stroke2 derang.

Berbeza dengan cerita Dari Komik Marvel yang telah di wayang panggungkan. Aku biasanya tidak akan miss nonton, tak kira lah melalui wayang, DVD cetak rompak atau streaming di internet. Menonton dirumah lebih bersifat santai dan rilek-rilek sambil kasi bengang sama aku punya jiran dengan bunyi sistem home theater veteran aku ( woofer ada 3 bijik, 8, 10 dan 12 inci... jangan tanya berapa kuat dia boleh kasi gegar).

Diantara banyak-banyak movie Marvel, yang paling aku suka. Paling best. Paling lazattt. Paling segala paling... ialah X- Men.

Tidak pernah miss aku ke panggung kalau keluar siri X - Men ini. Kecuali, X-Men Origin-Wolverine, yang aku beli DVD9.

Baru baru ini, keluar dipanggung cerita sequel ke-5  X-Men yang bertajuk First Class. Pemahaman aku 1st class ini merujuk kepada kumpulan mutant pertama yang berjaya dikumpulkan oleh Magneto dan Prof X.

Dari siri yang pertama, X-Men (2000), aku memang tertanya tanya siapa sebenarnya Prof X dan Magneto . Ianya tidak dirungkaikan cuma terdapat sedikit clue bahawa mereka ini sebenarnya berkawan tetapi menjadi sekutu kerana sebab sebab tertentu. Begitu juga dengan kehadiran Mystique yang bergitu Flirty kepasa Prof X tetapi dalam masa yang sama berada di dalam kelompok Magneto.

Senang kata, kalau korang nak tengok 1st class ni, korang sekurang-kurangnya kena khatam X-Men 1-3 dulu... kalau tak, anda takkan paham. Kecualilah anda memang follower komik X-Men dan juga siri animasinya di TV.

Sedar tak sedar, cerita X -Men sudah masuk tahun ke 11, dan menurut Wiki, terdapat berberapa sequel lain akan dikeluarkan pada bila bila masa. Tetapi trend 3 tahun ( atau apa sahaja laaa) sekali untuk satu movie, mungkin diguna pakai.

Dari Januari itu ari... sampai sekarang, Cerita ini duduk ranking nombor satu aku. Pirate Karikacang duk nombor dua.

Esok lusa, aku nak pegi tengok Super 8 pulak.... siapa mau ikut saya?




http://www.youtube.com/watch?v=o8ccSiH4olo

Monday 13 June 2011

Not That Fast , Not That Furious

530pm
Beransur-ansur derang datang. Ada yang datang dengan kereta yang cantik, ada juga datang dengan kereta compang camping tak siap bikin lagi. Suasana cool je...



600pm
Ikut suka hati mak bapak dia je nak parking kat mana-mana. Tengah jalan, melintang, tak dak disiplin sungguh!!!


615pm
Habis berterabur lari tak cukup tanah. Best juga dengar jeritan v tec dan letupan-letupan dari dari pipe 3 inci hsil dari sistem antilag. Desiran turbine dan hembusan BlowValve, menambah hangat suasana..... tetapi kenapa semua cabut lari?



620pm
Kena hambat ngan hotek (polis peronda) rupanya... haha... lari bang, jangan tak lari. Nanti tak pasal-pasal kereta korang kena sita.


630pm
Kembali ramai.... Tapi hari ini, tiada game yang besar-besar. Hanya showoff dan poser kehulu kehilir bising membingit.


700pm
beransur bersurai, dah habis race... slow slow balik...


Itulah yang berlaku saban minggu kalau tak hujan disini. Bukan apa, bukan lumba haram sangat. Sekadar show off dan menunjuk nunjuk sahaja. Game besar-besar, tak main disini. Walaupun mungkin ada yang main kecik-kecik, tapi semua tu amatur dan personal sahaja.

Aku suka juga kesini. Boleh jumpa kawan-kawan, tengok kemajuan jentera masing2 dan bertukar tukar awek pendapat.

Trek haram ni, sepanjang lebih kurang 500m, dengan mencerun. Asalnya digunakan mat mat tarik belakang main drift. Tapi disebabkan bebudak v tec tak sadar diri dan turbo mengada ramai, geng geng rear wheel drive ni malu alah dan terpaksa pegi cari port lain.... kesian mereka.

Kalau korang ada masa, pada hari ahad, pegi lah sini.... meramaikan umat... tapi, keselamatan kereta mestilah diutamakan... hehe...

Sunday 12 June 2011

The Decemberists - Rox In The Box

Peluang untuk menjadi trend setter.
Peluang untuk menjadi manusia terawal mendengar sebuah karya muzik yang cukup bagus.
Peluang untuk melihat sebuah kumpulan yang kalau tidak sama taraf mungkin kurang sedikit dari kumpulan CAKE.

The Decemberist merupakan sebuah kumpulan yang berasal dari Portland USA. Sebuah band yang membawa konsep Folk Indie Rock. Bereksperimentasi dengan berbagai jenis alat muzik, lagu-lagu yang dihasilkan kumpulan ini cukup menarik dan santai untuk didengari. Bak kata pepatah, kalau ada mak mertua dalam keta, korang boleh je dengar lagu - lagu derang tanpa jelingan sinis mak mertua korang.

Kekuatan band ini terletak kepada gubahan lagu dan muzik yang cukup unik. Seperti kumpulan Cake, lagu mereka amat melancholy dan mempunyai citarasa Folk di dalamnya.

Walaupun ditubuhkan pada tahun 2001 dan mempunyai berberapa album, kumpulan ini tidak begitu mendapat tempat dihati orang malaysia. Di negara mereka sendiri pun, tidak begitu fames kerana kehadiran band2 mainstream lain yang mempunyai konsep sell out lebih berkuasa. Pada pendapat aku, material band mereka cukup bagus, dan sesuai untuk semua peringkat umur.

Tuan puan semua... Rox In The Box






http://www.youtube.com/watch?v=-Waz7PMZHeg&feature=related


Get the rocks in the box
Get the water right down to your socks
This bulkhead's built of fallen brethren bones

We all do what we can
We endure our fellow man
And we sing our songs to the headframes' creaks and moans

CHORUS
And it's one two three
On the wrong side of the LEE
What were you meant for?
What were you meant for?
And it's seven eight nine
You get your shuffle back in line



And if you ever make it to ten you won't make it again

And you won't make a dime
On this gray Granite Mountain Mine
Of dirt you're made and to dirt you will return

So while we're living here
Let's get this little one thing clear
There's plenty of men to die; you don't jump your turn

Chorus

And it's one two three
On the wrong side of the LEE
What were you meant for?
What were you meant for?
And it's seven eight nine
You get your shuffle back in line



And if you ever make it to ten you won't make it again



Best? kalau best, kasi tau kawan kawan, dan cuba cari sendiri lagu-lagu mereka di Utube.... 

Saturday 11 June 2011

Tembikai

Antara buah yang paling glamer kat dunia ini, adalah tembikai. Pegi lah kat mana-mana kedai buah, mesti ada buah tembikai ini. Tak kira musim, bekalan tembikai ni boleh diperolehi sepanjang tahun.

Punyalah glamer tembikai, kalau orang buat majlis makan-makan, peluang  nak jumpa tembikai, memang besar.


Kat dalam bilik darjah, kalau disuruh bebudak tu melukis buah-buahan, peluang untuk melihat mereka melukis tembikai adalah amat tinggi.

Kalau pergi kedai tomyam, peluang untuk minum jus tembikai, amatlah tinggi.

Jika minat bercucuk tanam, antara tumbuhan yang senang di tanam adalah tembikai. Campak bijik pun, dia akan tumbuh.

Terdapat lebih kurang 1200 spesis tembikai diseluruh dunia.

Tembikai berasal dari Afrika.

Tembikai ditanam di hampir 100 buah negara diseluruh dunia.

Tembikai, kalau nak tahu, adalah sejenis sayur seperti timun dan labu air . Sebab tu orang kelantan panggil Timun Cina... haha

96% dari fizikal tembikai (berat) adalah dalam bentuk air. Sebab itu orang zaman dulu, bawak bekal air dalam bentuk tembikai.

Tembikai mula diusahakan pada 5000 tahun yang lalu.

Tembikai tanpa biji, ditemui dengan cara meletakkan sejenis asid kepada bunga yg tidak berjaya dalam proses pendebungaan sebelumnya. Ianya ditemui pada tahun 1939

Setiap bahagian dari buah tembikai, boleh dimakan, isi, biji dan kulitnya.

Richard LeFevre memegang rekod memakan tembikai seberat  11 1/2 pounds dalam masa15 minutes.


Tembikai paling besar direkodkan adalah seberat  262 pounds. Ditanam oleh Bill Carson of Arrington, Tennessee di tahun 1990.

Ni nama dia Timun Betik atau Tembikai Betik.... haha pelik kan? Dah tembikai, tembikai lah, apahal lak jadi betik? sebab rupa isinya seperti betik, berwarna oren kekuningan gitu. Rasanya tawar tak best. Tapi wangi melantun-lantun. Orang biasa makan Timun Betik ni ngan santan dan gula melaka.

3 macam variety ...sub spesis tembikai

Pakcik ni kata: "Demo beli hok ni, gerenti manis. Kalu demo make sebutir soghe, gerenti keno kecing manis... timun ambo jual ni manis... ca'yo lah" ...... Aku balik, test, hampesss... kertas surat khabar lagi manis... kena dah aku ari tu. Bukan kecik2 tembikai tu, 7 kg!!!!!

Friday 10 June 2011

Melaka dan Nikotin

Berita  tidak baik buat perokok  di Negeri Melaka. Melaka akan mengisytiharkan 5 kawasan seluas 338 hektar di sekitar Melaka sebagai Zon Bebas Asap Rokok mulai 16 Jun 2011. Sesiapa yang ditangkap atas kesalahan merokok di kawasan berkenaan boleh dikenakan kompaun sebanyak RM300 minimum atau sehingga kompaun maksima RM5000. Namun, ianya hanya melibatkan kawasan awam manakala premis atau kawasan milik individu adalah dikecualikan daripada larangan berkenaan.



Bagi aku seorang bekas banduan perokok tegar, langkah itu ada baik dan buruknya. Tapi aku cuma nak ulas pasal  objektif derang buat begitu.


Bagi aku, tiada istilah untuk menjaga kepentingan orang ramai. Kerana, asap toksik dari kenderaan lagi merbahaya dari asap rokok. Kalau nak kata, asap tu untuk prevent decay atau pereputan bangunan-bangunan sejarah, lagi tak masuk akal. Jadi, bagi aku, ianya adalah tindakan nak cari kompaun sahaja. 


Umum tahu, perokok, hidup matinya bersama asap dan nikotin. Asap tanpa nikotin, tiada berguna. Nilotin tanpa asap, lagilah tak dak guna. Jadi, dengan menyekat derang ni isap rokok, sebenarnya usaha sia sia. Mesti akan ada yang akan kena kompaun. Ini aku cakap berdasarkan pengalaman aku berkawan dengan penguatkuasa Jabatan Kesihatan yang mana, 85% kes kompaun ke mahkamah, adalah kes merokok ditempat yang tidak dibenarkan seperti di hospital, restoran, perhentian bas dan sebagainya.Setiap bulan, bertimbun kes dia kena rujuk ke mahkamah.



Lepas ni kalau nak merokok, Cik Abang kena duk tengah sungai, baru susah Penguatkuasa nak kompaun.

Elok lah Melakaraya hapuskan budaya kencing merata-rata ni dulu. Siyes. sepanjang aku naik river cruise ni, tak kurang dari 4 kes kencing merata. Apa Melaka tak de tandas ka?


Aku tidak nampak unsur lain. Kalau ikhlas nak buat zon bebas rokok, mula-mula, kerajaan Melaka kena haramkan penjualan rokok di 5 kawasan itu dulu. Tapi, tidak, mereka hanya mengharamkan perbuatan mengisap rokok, jual rokok tak apa. Kan sengal kepala hotak orang politaik ni? Berfikir menggunakan kepala lutut?

Antara kawasan yang diwartakan itu, termasuklah Jonker Street. Kawasan Bar dan Pub yang agak besar di Melaka.
Kenapa tidak di haramkan bar-bar ini? aksi orang mabuk lebih merbahaya dari aksi orang isap rokok.


Geng mabuk todi di siang hari, lagi kronik dari geng nikotina. Elok Melaka kasi settle hal mabuk-mabuk ni.
Sebab dia, macam aku kata tadi lah, Melaka nak peras sebanyak mana duit dari rakyat. Cuma kali ini menggunakan istilah kompaun. Percaya lah cakap aku, lepas ini, beribu-ribu mat nikotin kena kompaun. Dan pastinya akan mendatangkan income kepada pihak yang berkenaan. Tidak lah aku pasti, tukang kompaun tu dari Jabatan Kesihatan atau dari PBT. 


Mengikut Suaram:


Smoke-free zones violation of human rights, says Suaram

KUALA LUMPUR, June 6 — A human rights group denounced today the gazetting of entire districts in Malacca as no-smoking zones, calling it a violation of a person’s “right to smoke”.
Suara Rakyat Malaysia (Suaram) called the ban, which imposes a maximum RM5,000 fine on offenders caught smoking in five areas, including the Alor Gajah and Jasin districts, “ridiculous” and “very unreasonable”.
“People have (the) right to smoke,” Suaram co-ordinator E. Nalini told The Malaysian Insider today.
“We all have health concerns, but it should be done in a proper way... provide alternative places for smokers in all five districts,” she added.
 
Dan aku bersetuju dengan pendapat mereka, bukan secara mendesak dan tergesa gesa serta perlu untuk menyediakan kawasan khusus untuk para perokok melaksanakan rutin mereka.  

Naga ni pun, dah tak boleh lepak di Jonker Street lagi. Sebab naga kan kuar api ikut mulut. Bila ada api, mesti ada asap, nanti tak pepasal kena kompaun naga ni. Mana ada duit nak bayar. Dah lah 'dragon ball' yang berharga tu kena rembat dek Junior

Mungkin manusia seperti  dua orang ini akan gumbira dengan larangan ini.

Hang Tuah happy ke dak? 

 Rumusannya, dengan terlaksananya arahan ini, akan menyebabkan tandas2 disekitar kawasan yang diwartakan ini akan dipenuhi geng penagih nikotina. Sebab itu lah aku tak setuju dengan larangan ini. Bila tandas penuh ngan puak puak ni, aku nak kencing pun tak senang ati dengan bau asap derang. Abis baju aku bau asap. Nak mengorat awek Portugis pun dah tak boleh.......