amriezukasensei part 1

http://amriezukasensei.blogspot.com/
amriezukasensei part 1

Sunday 29 May 2011

Today- Smashing Pumpkins

Akhirnya....... sampai juga peluang SP memainkan lagu ini di blog aku.

Sebenarnya, setiap hari, aku mendengar lagu mengikut mood aku. Dan, lagu, muzik rhyme dan rhythm merupakan cara ekspresi diri aku.

Hari ini, hari yang menggembirakan!!!!!!! Jadi kita dengar lagu gembira........



http://www.youtube.com/watch?v=jDYTBoJkQSY


"Today"

Today is the greatest
Day I've ever known
Can't live for tomorrow,
Tomorrow's much too long
I'll burn my eyes out
Before I get out

I wanted more
Than life could ever grant me
Bored by the chore
Of saving face

Today is the greatest
Day I've never known
Can't wait for tomorrow
I might not have that long
I'll tear my heart out
Before I get out

Pink ribbon scars
That never forget
I tried so hard
To cleanse these regrets
My angel wings
Were bruised and restrained
My belly stings

Today is
Today is
Today is
The greatest day

I want to turn you on
I want to turn you on
I want to turn you on
I want to turn you

Today is the greatest
Today is the greatest day
Today is the greatest day
That I have ever really known

Friday 27 May 2011

Happy Holiday



Sekolah tutup selama 2 minggu. Cuti Pertengahan tahun.

So bagi yang ada anak2 bersekolah, selamat pening kepala melayan kerenah mereka semula.

Bagi yang nak kawin, hu hu, selamat pengantin baru....

Bagi yang nak bersunat, selamat berkhatan, sakit sikit je, pastu korang bleh jadi hero!!!

Bagi yang bercadang untuk pergi kenduri sana sini, silalah ke Mydin beli hadiah gelas 2-3 troli.

Bagi yang nak pergi bercuti ke pulau-pulau dan pantai-pantai yang indah, selamat bercuti, seronok, seronok juga, keselamatan diri mestilah menjadi agenda nombor satu.

Dan bagi yang tak de buat apa macam aku ni, selamat do nothing !!!!!! Oleh sebab aku nak do nothing, maka blog ini pun akan bercuti juga. Kalau tempat aku bercuti dan do nothing tu ada wifi free, aku update lah... kalau tak, korang sabor banyak-banyak dan silalah main game Angry Bird (AB) !!!!


AB mengucapkan selamat bercuti kepada semua. Drive carefully, Dive  safely.... hehe

Halal

Sejak akhir2 ini, isu halal sesuatu produk, amat sedap dan garing diperkatakan diruang ruang siber.
Macam-macam emel diperolehi. Macam-macam komen dalam forum dapat dibaca.

Bermacam produk dikaitkan dengan isu-isu yang menyebabkan terjadi nya efek ' butterfly in my stomach'.


Kalau mengikut cakap cakap org melayu zaman dahulu, " kalau tiada angin masakan pokok bergoyang", memang kita sebagai pengguna muslim kena amik pot juga apa yang berlaku.

Pada zaman revolusi internet ini, cukup mudah untuk kita dapatkan maklumat berkaitan status halal sesuatu produk itu. Dengan merujuk pada web jakim sebagai contohnya.


Satu isu yang lama diperkatakan adalah berkaitan dengan Kedai Nando's Chicken.
Mengikut ceritanya, kedai ini dikaitkan dengan penggunaan berus makanan dari bulu babi.

tapi cerita sebenarnya:

Salam, Pihak JAKIM telah melakukan siasatan ke atas premis Nandos berikutan aduan yang telah dilakukan. Daripada pemeriksaan, gambar/poster/banner yang menggunakan imej berus Pure Bristle telah dirakam di Afrika (HQ Nandos) untuk tujuan promosi produk mereka. Berus tersebut tidak digunakan di Malaysia dan pihak Nandos Malaysia hanya menggunakan berus nylon untuk tujuan yang sama. Pihak JAKIM telah melakukan siasatan pemeriksaan teliti dari aspek ramuan, peralatan,premis, proses dan tenaga pekerja keseluruhannya sebelum memberi pengesahan halal terhadap sesuatu permohonan.Rangkaian premis Nandos di Malaysia telah mendapat pengesahan halal dari JAKIM. Pemegang sijil pengesahan halal JAKIM juga dimestikan mempamerkan sijil halal JAKIM di premis mereka. Harap maklum.








Oleh sebab itu, pada malam esok (sabtu) aku akan berada di Nando's Bangsar Village. Aku nak makan ayam. Siapa nak belanja aku?


http://www.nandos.com.my/index1.html       <===== website nando's yang cute dan cantek

Thursday 26 May 2011

Sikit Punya Gila

Semenjak dua menjak ni, aku duk layan drama klasik di Utube.
Bukan apa, cuma nak recall balik kenangan zaman budak2 dulu.
Lagi pun, ianya menjadi satu topik panas dibincangkan di pantry ofis aku.

Antara cerita yang top, adalah cerita Sikit Punya Gila lakonan Dharma Harun dan Hamid Gurkha.

Ianya adalah satira kepada kehidupan masyarakat pada ketika itu. Realiti dan berpijak pada bumi yang nyata tanpa ada selindung-selindung lagi. Tidak seperti drama hari ini yang membosankan lagi bikin tekak mual semacam bila nontonnya.

Wow factor dalam cerita era sekarang, hampir tiada, dan sungguh kata, aku dan bertahun tak menonton cerita melayu.

Cara pembikinan cerita zaman dulu memang simple habis. Skrip tangkap muat dengan elemen spontan. Tapi bila direnung kembali, ini adalah penyeri kepada cerita itu sendiri. Kesederhanaan.

kat bawah ni, klip utube berkenaan aktiviti masa lapang orang zaman dulu. Ianya mungkin fantasi, tetapi aku percaya, diluar sana, ini merupakan satu aktiviti yang real dan pernah berlaku.



http://www.youtube.com/watch?v=lamDStgdiSQ&feature=share




Tengok klip ini, teringat aku dulu masa muda-muda dulu, pernah ditawarkan menjadi Jockey Lumba Kuda di Kelab Lumba Kuda Ipoh. Tak silap aku, kuda tu namanya Marshmallow. Dan orang yang menawarkan kerja tu pada aku bernama Abd Rashid dari Penang Turf  dengan kuda bernama Chestnut. Tapi aku kabur juga, ingatan aku tidak begitu baik dalam hal ini.

Tapi aku tolak lah, walaupun pada masa tu, gaji yang ditawarkan kepada aku, amatlah tinggi. $5k pada tahun 90an serupa 10k sekarang ini. Dan itu gaji dalam training. Kalau dah masuk race, boleh mencecah belasan ribu.

Lama juga duk pikir, tapi last sekali aku amik keputusan untuk teruskan cita cita aku menjadi secret agent. lagi pun, bekerja dengan aktiviti perjudian, memang konpom duit tu tak berkat. Masa depan yang tak menentu, dan risiko untuk cedera sangat tinggi.

Wednesday 25 May 2011

Junior @ Muzium Tentera Darat PD

Itu hari, aku pegi jalan jalan ke PD. Tujuan utama aku kesana, sebab nak pegi Muzium Tentera Darat.

So dengan izin yang Maha Kuasa, akhirnya dapat juga aku kesana bawak Junior.

Senang je nak pegi situ, Keluar hiway PD, jumpa Lampu Isyarat, korang belok kanan. Jalan dalam 3-4 KM, akan jumpa lah MTD ini disebelah kiri jalan.
Selain dari kafeteria, kat sini juga ada ekon. Kat luar sana panas membahang. Masuk tempat ekon, nyaman hidup ini...

Sepanjang-panjang jalan tu, memang tempat tentera lah. Macam-macam markas, batalion ada kat situ. Rasa kagum juga melihat Fasiliti Tentera kita, walaupun cuma sepintas lalu dari tepi jalan.

Tempat parkir kenderaan dimuzium tu agak sempit, cuma ditepi tepi jalan, jadi pandai-pandai lah cari tempat yang sesuai. Masuk, pada hari tu, FOC je. Ada Kuanter di luar, tapi tutup tak berjaga.

Masuk pintu je, disambut dengan artileri-artileri kuno zaman Majapahit dan Kublai Khan. Kemudian, tersergam gagah Enjin Stim bewarna hijau. Kat situ saja, dah makan setengah jam. Junior suka betul dengan kepala keretapi. Die Hard Fan Thomas and Friends.
Stim Engine dan apa menda ntah...  warna putih cam tu, biasanya menda ni di bawak untuk misi UN ( PBB)





Meriam ntah berapa MM...

Meriam moden


Terdapat beratus-ratus relik kepunyaan ATM. Kebanyakkan darinya adalah yang telah Decommission dan tidak digunakan lagi kerana faktor usia ataupun telah mempunyai model gantian. Nama lagi muzium, mesti lah benda antik menjadi tarikan utama.


Kembalik perisai ini masih digunakan lagi, minggu lepas aku jumpa kat area tempat aku kerja. derang ada buat eksesais kat situ.

Kalau dalam soklan Bahasa Melayu, ada soklan tanya pasal kereta kebal, Junior boleh lulus dengan cemerlang.

Gambar yang Junior amik.

Apa yang best kat sini ialah, semuanya bersifat Hands On Experience. Segala yang ada disitu, hampir semuanya, boleh dipegang, dipanjat, digigit, di tepuk , asalkan tidak mendatangkan kerosakkan kepada barang pameran. Gigi korang nak serpih kerana gigit tayar kereta kebal, derang tak peduli langsung. Gigit lah lagi terdaya.

Gigih membaca. Enjin kat belakang tu, adalah dari kapal jepun jenis mitsubishi yang jatuh di tembak berdekatan rumah aku di kuantan. Bangga juga bila nama kampung aku masuk dalam muzium tu. Tapi memang zaman bebudak dulu, selalu kita org main kat bangkai pesawat. sekarang ni tak de tinggal kesan.

Terdapat underground tunnel yang menempatkan ruamg pameran zaman darurat dengan PKM. Deorama yang menarik untuk dilihat, walaupun tunnel itu sedikit panas. Ada juga gambar geng geng komunis hancur muka kena bedil ngan M16 kita. Ngeri, tapi best!!!

Disudut terakhir, terdapat sebuah kapal terbang cargo ntah jenis apa aku tatau, Kalau tanya junior, dia tahu. memang dia ada mengomel pasal nama dan spesifikasi benda alah tu. Tapi aku duk sibuk tengok Awek askar duk berkawad depan pintu pagar. Tuff gila awek tu. Kalau lumba lari ngan aku, mesti aku kalah tiga tiang letrik. Kasut dia saja sama besar dengan beg Deuter aku..... betullllll.... tak tipu!!
Kargo

Ada juga bangkai Tebuan yang berjaya dipulihkan dan menjadi bahan pameran. Tapi aku tak paham, apa kena mengena menda tu dengan ATM? Bukankah lebih relevan dengan TUDM ke?


Ramai diantara pengunjung ke muzium itu, adalah dari kalangan warga ATM sendiri. Ada yang datang rombongan satu bas semua rambut papas. Ada yang datang bawak anak bini. Ada juga yang datang bawak tunang. Pegang-pegang tangan atas meriam, celah-celah keta kebal, macam best je nampak derang merenyam time damai ni.....

Yang tak best pegi situ, tidak terdapat papan info bagi setiap bahan pameran yang ada. Memang nganga la, seperti 'Beruk tengok steering'. Ada banyak juga yang Junior tahu ( TQ Medal of Honor PS2 dan History channel) , boleh lah dia goreng sama aku. Sampaikan ada pengunjung lain tersenyum tengok dia becok mulut menceritakan spesifikasi setiap model yang dia tahu.

Apa-apa pun, pegi sini, satu pengalaman yang best dan berharga buat Junior dan aku sendiri. Tahun depan, masa besday dia, Junior kata nak repeat pegi situ....... ah sudah kerja!!!!


Sempat aku menyaksikan keadaan ini. Satu batalion dikerah utk angkut katil dan tilam, kasi jemur atas padang kejat. Masa derang duk memindah tu, aku tak berani amik gambar. kalau derang nampak, tak pepasal aku pulak kena angkat sama. Dasyat jugak cara hidup mat terap (askar) ni.

Tuesday 24 May 2011

Lanun KariKacang- The Mishap

Itu ari aku pergi tengok cerita Jack Sparrow. Korang pun tau kan?

Bagi aku, cerita ni best jugak laaa... dari part 3, aku lagi suka yang ini.

Ianya berkisarkan kegilaan manusia dari kumpulan-kumpulan yang berbeza mencari Fountain of Youth. Semua nak jadi muda kekdahnya. Semua tak mo mati.

Akhirnya, mereka jumpa juga FOY tu... so, salah sorang dari mereka tu, dapat lah merasa jadi muda tak mati-mati...


Tapi, dalam banyak2 babak dalam cerita ni, aku paling suka babak mermaid.

Ya tuan puan semua, Ikan Duyung.
Bukan Sebarang Duyung, tetapi Duyung puaka pemakan manusia.

Cantik-cantik duyung tu semua. Cantik dari heroin lagi. Tapi mereka ini ganas, memakan kelasi-kelasi kapal yang terleka akan kecantikan mereka.

Sungguh, aku pernah dengar sebelum ini, mermaid adalah sejenis makhluk yg ganas lagi berbahaya. Cuma the little mermaid je yg kata mermaid ni baik.
Mermaid ganas pembunuh

Apa-apa pun, korang pergi tengok sendiri lah cerita ni. Dari Fast 5, cerita ni berganda lagi baik, dan kelakarnya, memang harus diberi pujian.


Tengah sedap2 layan cerita, tetiba skrin menjadi putih.

Rupa-rupanya, Junior melaporkan, filem tu melekat bergulung gulung bersimpul habis... dalam 10 minit juga SIARAN TERGENDALA...

Monday 23 May 2011

Creep- Kepala Radio

Lagu Creep ini dirilis  pada tahun 1992 sebagai single yang kemudiannya di muatkan dalam Album Pablo Honey pada tahun 1993 oleh kumpulan Radiohead (Oxfordshire, England) .


Ianya pada asalnya tidak bermaksud untuk menjadi single kumpulan itu. tetapi disebabkan materials di dalam album Pablo Honey tidak begitu kuat, producer mengambil keputusan untuk mempopularkan lagu ini.

Bunyi 'crunch' sebelum korus, adalah tidak disengajakan. Ianya lebih kepada sabotaj terhadap lagu yang mereka sifatkan sebagai terlalu perlahan dan membosankan.

Tapi siapa sangka, lagu ini menjadi hit seluruh dunia, dan membuka lembaran baru dalam dunia Alternatif Rock made in England( indiepop).


Tetapi di hati band members, lagu ini tetap sebagai bukan lagu faveret mereka. Sehinggakan, pada tahun 1998, lagu Creep tidak lagi mereka mainkan di gigs dan konsert mereka. Tidak lama selepas itu, atas desakan, mereka memainkan semula lagu ini pada tahun 2001.

Terdapat sekurang-kurangnya 3 versi asal lagu ini, yang dinamakan Creep, Creep radio version dan Creep Acoustic. Bezanya cuma pada Creep, ianya menggunakan perkatan vulgar (fucking special), dan acoustic di mainkan tanpa gitar elektrik dan effect.


Lagu ini cukup bermakna bagi aku. Lagu ini adalah aku!!!
Kalau jamming, lagu ini aku simpan akhir sekali, supaya boleh dimainkan dengan cukup berhati-hati dan betul serba serbi.

cukup celoteh, jom dengar lagu....

Lagu ini, aku tujukan kepada orang yang aku paling sayangi...... Creep!!!




http://www.youtube.com/watch?v=XFkzRNyygfk

When you were here before
Couldn't look you in the eye
You're just like an angel
Your skin makes me cry
You float like a feather
In a beautiful world
I wish I was special
You're so fucking special

But I'm a creep
I'm a weirdo
What the hell am I doing here?
I don't belong here

I don't care if it hurts
I want to have control
I want a perfect body
I want a perfect soul
I want you to notice when I'm not around
You're so fucking special
I wish I was special

But I'm a creep
I'm a weirdo
What the hell I'm doing here?
I don't belong here

She's running out the door
She's running out
She runs runs runs

Whatever makes you happy
Whatever you want
You're so fucking special
I wish I was special

But I'm a creep
I'm a weirdo
What the hell am I doing here?
I don't belong here
I don't belong here




Happy Birthday pada  Encik Philip James Selway ( 23 May 1967) Drummer Radiohead.....

Sunday 22 May 2011

K4 Menindas Orang Lelaki

Malam semalam, aku pegi K4.
Adalah sedikit barang yang perlu di beli di Hypermarket tu.

Aku pegi ngan kawan aku. Dia pun nak beli barang.
Disebabkan semalam hari Sabtu, so aku kena bawak shopping bag sendiri. Dan biasanya, memang aku bawak sendiri sebab kat rumah aku memang bersepah-sepah shopping bag yang datangnya entah dari mana.

Dalam banyak2 shopping bag, aku suka bawak yang berwarna  biru tu. Jenis kanvas tahan lasak , dan cukup besar untuk dimuatkan segala jenis benda yang aku beli. Saiznya lebih kurang besar troli yang ada di K4 tu. Bag ni, sangat kukuh, setakat barang dapur 10-20 kg tu, memang tak koyak lah. Shopping bag ni, aku beli di sebuah kedai perabot di Damansara sana.

Jadi untuk memudahkan aku bawak shopping bag ni, aku bubuh lah  kat dalam Deuter aku. Lagi pun, biasanya, dalam Deuter tu, aku letak DSLR. Aku tak tinggal DSLR dalam kereta. Dan, nosebag untuk DSLR memang tak selesa nak bawak kesana kemari.

Jadi apabila sampai di pintu masuk K4 ni, aku kena tahan di Mak Guard tu. Dia suh letak Cable Tie kat zipper Deuter aku.

Cable Tie

Sebab dan alasan dia mudah sahaja, Takut aku ni pencuri keturunan penyamun. Takut aku curi barang dalam kedai dia, buh dalam bag tu.

Macam la aku ni penyangak .

Jangan masa dia kerat Cable tie tu, terkerat aku punya zip sudah!!!!

Ok lah, itu peraturan mereka. Bagus juga mereka buat cam tu, dari Giant yang terus tak bagi bawak masuk. Satu kerja gila jika aku tinggalkan Deuter aku yang ada DSLR di dalamnya, di kaunter bag.

Cuma aku tak puas hati, kalau orang pompuan yang bawak bag, samada jenis macam Deuter ini atau handbag gedabak, tidak lah pulak mereka ikat tali kat situ.

Ini namanya diskriminasi gender!!!

K4 Menindas Kaum Lelaki!!
K4 Melabel Org Lelaki Sebagai Penyamun!!!

Hoi K4!!! Orang Pompuan pun mencuri dan menyamun jugak tau....

Tapi tak pe lah..... aku suka jugak pegi K4. Kena ikat pun, ikat lah....

Saturday 21 May 2011

Lemah- Skunk Anansie

Britrock ngan Britpop ni sama ke?

Ada sorang tanya aku melalui PM FB.

Jawapannya, tidak.
Walaupun keduanya membawa lebel Brit yakni, berasal dari Britain. Yang mana, musicnya agak rich dan psychedelic. Britrock lebih kepada rock dengan elemen Grunge dan alternative Queen's style manakala Britpop lebih kepada Indie, sub-alternative yang mellow seperti Blur dan Radiohead.

Bercerita pasal Britrock, hanya satu band yang muncul dalam otak aku. SKUNK ANANSIE.

Diterajui oleh Skin, seorang black chix yang mempunyai power vocal yang mana, lebih elok dia nyanyi lagu Diana Ross. Tapi, dia memilih platform Britrock, dan, well, satu dunia dapat melihat hasil nyanyiannya.

Nama band, Anansie, adalah sempena nama labah-labah dalam cerita karut marut Afrika yang fames tu. Skunk, sekadar menambah perisa pada nama tersebut.

Tuan-tuan dan Puan-Puan, Terima lah, Weak dari Skunk Anansie





http://www.youtube.com/watch?v=nPglNjxVHiM

Lost in time I can't count the words
I said when I thought they went unheard
All of those harsh thoughts so unkind
'cos I wanted you

And now I sit here I'm all alone
So here sits a bloody mess, tears fly home
A circle of angels, deep in war
'cos I wanted you

Weak as I am, no tears for you
Weak as I am, no tears for you
Deep as I am, I'm no ones fool
Weak as I am

So what am I now I'm love last home
I'm all of the soft words I once owned
If I opened my he heart, there'd be no space for air
'cos I wanted you

Weak as I am, no tears for you
Weak as I am, no tears for you
Deep as I am, I'm no ones fool
Weak as I am

In this tainted soul
In this weak young heart
Am I too much for you

In this tainted soul
In this weak young heart
Am I too much for you

In this tainted soul
In this weak young heart
Am I too much for you

Weak as I am
Weak as I am
Weak as I am
Weak as I am, am, am

Weak as I am
Am I to much for you
Weak as I am
Am I to much for you
Weak as I am
Am I to much for you
Weak as I am
Am I to much for you
Weak as I am

Friday 20 May 2011

Jack Sparrow- Lanun KariKacang

Pirates of The Carribean 4

Quote by Jack Sparrow: "Not all treasure is silver and gold...                                  

Secara rasmi, sudah ditayangkan di Tanah Melayu mulai malam tadi. Seperti cerita-cerita lain yang fames. Krew penerbitan POTC4 berpendapat, elok buat cerita ni, kesinambungan dari Part 1-3, sebab untung banyak dan mempunyai pengikut. Mungkin mereka nak kejar Fast 5 yang dah ada 5 sekuen?

Tidak dinafikan, part 1-3, memang best. Elemen merapu hantu super power, memang ada, dan ianya dimanipulasikan menjadi bahan lawak dengan cukup elok dan berkesan.

Tiada alam nyata dalam cerita fantasi sebegini. Dan ianya memudahkan otak untuk digest perkara itu dari mula lagi. Sebuah kapal kayu, boleh menyelam? Tidak sukar untuk mempercayainya kerana cerita ini memang cerita khayalan.

Selain dari Johnny Depp yang dinobatkan sebagai lelaki paling glamer di rantau ini, aku ske cerita ini kerana slanga Queen English yang cukup tebal.

So malam ini, kalau ada tiket, nak cari aku, sila lah cari di kerusi bernombor C1 hingga C4 di GSC Megamall.

Adios Pirates!!!!!





http://www.youtube.com/watch?v=QQ_1ZZSNFuQ


Jom naik kapal Jack Sparrow

Thursday 19 May 2011

Sunrise Boulevard

Ada satu jalan yang aku pada hari-hari bekerja, akan lalu jalan tu. Dari jalan besar/utama, aku akan membelok masuk ke jalan ini. di permulaan jalan ini, ianya mencerun kebawah. sebatang jalan yang lurus, sepanjang 1 km, memang 'Heaven' lah.

Masuk sahaja ke jalan ini, dengan gear 2 atau 1 ( Tgk jenis kereta yg dibawa pada hari itu), dari 5 km/j akan di pecut dalam masa 7 saat untuk mencecah 1ookmj. Ini terjadi oleh kerana bantuan cerun itu .

Tiada perkara lain yang harus diperhatikan pada ketika ini kerana dipenghujung lurus ini, terdapat sebuah "3 o'clock right hand corner" dan penunjuk kelajuan menghampiri 160kmj dengan Jarum RPM di kedudukan merah.

Jika memandu kereta yang tidak didatangi Traction Control dan ABS, membrek awal adalah pilihan terbaik dengan membiarkan sedikit oversteer pada permulaannya dan disudahi dengan power slide ketika keluar dari corner tersebut.

Jika memandu kereta yang satu lagi, sangaja ditekan berat pendikit untuk melihat lampu traction control di papan pemuka menyala dan tayar menjerit tanda protes kerana melebihi had yang dibenarkan.

Orang di sebelah, mata nya terbeliak dan mukanya pucat. Orang yang memandu, tersenyum puas kerana masih hidup dan tidak duduk senyap di celah celah rumpun sawit.


Tapi segala berubah, apabila pada suatu pagi, di radio, memutarkan lagu kegemaran aku . Aku memandu perlahan mendengar petikan gitar dari lagu tersebut. Pada satu detik, entah kenapa, aku melihat pada cermin pandang belakang, dan SubhanAllah, cantiknya......

Dan setiap pagi, aku tidak lagi laju dijalan itu kerana ingin melihat pemandangan yang cukup indah itu. Dengan jalan yang lurus dan mencerun dan dibarisi pokok sawit dikiri kanannya, Sang Matahari berada betul-betul ditengah-tengah jalan dengan apitan dari pepohon sawit.

Setiap pagi , ketika lalu, aku langsung tidak berkesempatan untuk amik sekeping dua gambar disebabkan jalan itu agak sibuk.

tapi pagi ini, kerana keluar terlebih awal, aku sampai ditempat kejadian ketika sekeliling masih gelap lagi. Aku keluar, memasang Lensa 55mm 250mm aku dan menetapkan ISO pada 1600.
1, 2, 3 ,4 dan ntah berapa banyak kali aku petik picunya untuk merakamkan kejadian matahari naik tersebut.

Malangnya, aku tidak berani berdiri ditengah jalan kerana lori-lori tanker Pahang Simen dengan enjin Scania, cukup laju dijalan ini, Kalau tidak, pasti aku boleh kasi tunjuk sama korang, matahari duk tengah-tengah jalan...



6.50 am.... Berkabus . gambar ni, nampak matahari tu macam senget ke kiri. Tapi kalau duk tengah-tengah jalan, Memang akan nampak matahari tu center diantara pohon sawit kiri kanan.

7 00 am.... Terpaksa blah. Nanti orang cakap aku ni gila. Hehe... lagipun, dah lambat untuk punch card di pejabat secret agent.

Wednesday 18 May 2011

Roti Bakar, Kopi Jantan dan Tisu

Hari ni pegi sarapan disebuah kedai makan kat tengah-tengah town. Aku makan roti bakar 2 keping ngan Kopi Jantan susu satu gelas.


Roti bakar tu, derang sapu kaya. Kira best jugak la... tak de la hangus, tak pulak lembik... sedang-sedang elok.

Kopi Jantan ni, memang namanya cam haremmm je. Tapi rasa dia best. Antara kopi paket murahan yang aku suka. Sebenarnya kopi ni aku tercuba ketika bersarapan dengan member aku tahun lepas. Dia racun aku suh test kopi ni.


Tiada side effect rasa seperti makan viagra atau rasa seperti lepas bersunat ke hapa. Yang itu cuma gimmick nya sahaja. Minum lah 600 peket pun, ianya tetap kopi dan bukan alat bantu untuk korang jadi superman ke hapa ke...... Rasanya juga tidaklah sesedap mana Cuma ianya rasa seperti Mild Cappuccino. Kira kena lah dengan taste aku. Dari aku duk hadap minum Nescafe Tiruan dan Kopi lemau yang cukup banyak di praktikkan di kedai2 makan.... baik aku minum kopi paket ni. Dah tentu, kurang pencemaran terhadap kandungannya.

Cuma jenis kopi paket ni, aku takut dia buh steroid je dalam tu. ramai jantan2 yang mengalami masalah tidak yakin pada diri sendiri, beli kopi bersteroid ni.... bahaya jang oiii...hehe

Tengah-tengah makan, tergigit roti pada bahagian yang kayanya tebal. Jadi aku pun otomatik terasa mulut macam comot sikit. Ye lah, pagi tadi, ramai jugak awek-awek beli kuih kat situ, so aku kena kontrol ayu lah kiranya.

Aku pun kabir* sama minah pelayan tu mintak tisu sehelai dua sebab kat atas meja, memang tak nampak pun kotak tisu. Minah tu dengan selamba je kasi tau sama aku, kedai tu tak de tisu. Dah habis 2-3 hari, tokey tak beli lagi.



WTH? Tisu ni kiranya, barang mesti ada dalam sesebuah kedai makan. Habis bodo pun, pakai je lah toilet roll tu... atau serviette klasik kaler pink tu.

Aku rasa macam failed je kedai tu.

Memang selalu aku jumpa ketika ini, kedai yang tidak menyediakan tisu. Kalau ada pun, disorok di tempat yang hanya tokey kedai je tahu. Kena mintak ngan pekerja, baru lah dapat sehelai dua.

Pada pendapat aku, kedai seumpama ini, tidak layak dikunjungi kali kedua dan seterusnya. Setakat tisu 2-3 helai, dia nak kemut sama dia punya customer, baik kita tak payah pergi langsung.

Aku kalau makan, memang perlukan tisu, terutama kalau makan di kedai bersama anak.

Pertamanya, tisu aku guna untuk kasi lap sudu dan garpu betul2. Derang tu bukan basuh pun. Cuma main lalu bawah air je....

Kedua, nak buat kesat mulut, idung, telinga dan bahagian2 lain yang comot dek kerana makanan. Terutama kalau bebudak tu dah start 'playing with their food'.

Ketiga, nak buat lap meja, terutama kalau minum ais. Gelas yg berisi ais, akan berpeluh. dan lama2 akan jadi banyak bertakung atas meja. Air peluh gelas tu akan mengalir dan kemungkinan kena pada baju/ seluar kita. Tisu, akan aku guna untuk serap air tersebut.

Keempat, buat tulis nombor telipun bagi kat awek yang tengah beli kuih tu..... hehe

Kesimpulannya, kalau kedai tu tak mampu nak bagi kat pelanggannya tisu 2-3 keping, baik korang toksah meniaga sebab korang ni jenis hampuras*.

Dan kita sebagai pelanggan, eloklah kita boikot kedai serupa itu.




* Kabir- Melambai
* Hampuras - Tidak berguna

Tuesday 17 May 2011

Hoffenberg- Halal Beer

Sebuah syarikat dari Iran, Danjeh Co, telah berjaya memecah masuk pasaran Malaysia , dengan Beer Halal mereka.

Beer Halal ini, atau Non- Alcoholic Beer ini, dijual di pasaraya Carrefour di seluruh Malaysia.

Didatangi dengan 13 perisa seperti mangga, peach, apple, klasik dan sebagainya. Malangnya perisa Durian dan Rambutan tidak dihasilkan oleh syarikat mereka.

Penghasilan Beer ini, menggunakan teknologi dari German iaitu Esau & Hueber.

Pok Jib Pekan dan Hoffenberg

Apa maksud klasik? Hmmmmm....

Perisa mana yang anda mahu?


Halal....

0% Alkohol

Bubble sama hebat dengan yang beralkohol.

Monday 16 May 2011

Selamat Hari Guru 2011

16 Mei setiap tahun, merupakan hari yang dipilih istimewa untuk meraikan guru-guru yang ada di bumi Malaysia ini.

Pada hari ini, macam-macam aktiviti yang ada. Boleh dikatakan, ianya menjurus kepada guru itu sendiri dengan murid2 sebagai penonton. Masa ni lah cikgu2 nak tunjuk bakat. Yang reti main bola, dia main bola sampai tercabut tapak kasut. Yang reti menyanyi, sampai pecah speaker di kerjakannya... ringkas kata, murid-murid seronok tengok cikgu, dan seronok kerana tak payah bawak beg, tak payah belajar dan dapat makan free.

Cikgu2 , masa ni, seronok terima hadiah. Siap berbadi, siapa paling banyak dapat hadiah, dia cikgu glamer yg disukai murid. Cikgu Disiplin yang usung rotan ke hulu ke hilir... dapat habuk je lah.

Masa ni, mak bapak pening kepala sebab anak mintak duit nak beli hadiah. Lain pula cerita Tokey kedai cenderahati, senyum sampai telinga.
Ada sorang guru tahap otai cerita, satu bilik kat rumah dia, khas buat simpan menda-menda yang dia dapat dari muridnya..... 25 tahun punya koleksi. Dah boleh jadi muzium.....


Itu lah resam Hari Guru di Malaysia ini.

Tetapi, kalau kita ajukan satu soklan pada mereka ini, belum tentu mereka ini tahu jawapannya....
soklannya adalah:

"Kenapa sambutan di buat pada 16 Mei"?

Haaaa?
kenapa?
kenapa tidak tarikh lain?

Sebab pada tahun 1956, dalam Malaysia sedang bersiap sedia untuk mendapatkan kemerdekaan dari omputeh, salah satu usaha untuk menyiapkan negara, adalah dengan menyiapkan proposal atau Laporan yang berkaitan dengan hala tuju sistem pendidikan di negara ini. Dan Laporan itu, dikenali sebagai "PENYATA RAZAK".

Penyata ini telah diserahkan dan diterima pakai pada tarikh 16 Mei 1956. Oleh sebab itu, hari guru, dipilih pada tarikh tersebut.

Diserata dunia, tarikh sambutan hari guru ini berbeza-beza. Tetapi, Bagi peringkat dunia, ianya di sambut pada 5 Oktober setiap tahun .

Di bawah ini adalah tarikh2 sambutan seluruh dunia:



15 Jan.   Venezuela. 

16 Jan.   Thailand. 
28 Mar . Czech Republic
13 Apr.  International Librarian’s Day. Ecuador
30 Apr.  Paraguay.
15 May. South Korea, Mexico and Columbia
16 May  Malaysia
6   June. Bolivia
22 June. El Salvador. 
25 June. Guatemala. 
29 June. Nicaragua. 
30 June. Dominican Republic. 
5   Sept. India.
17 Sept. Honduras
23 Sept. Brunei.
5   Oct.  World Teachers Day 
15 Oct.  Brazil.
3   Nov. Japan.
23 Nov. Costa Rica.
22 Dec. Cuba.

Kebanyakkan Negara di UK, tidak menyambut Teacher's Day.

Selamat Hari Guru kepada semua Guru-Guru.....

Sunday 15 May 2011

Zakk Wylde Bullseye LP Custom


Kalau ada satu gitar dalam dunia ini yang aku paling-paling kehendaki adalah gitar ini; Zakk Wylde Bullseye ( Epiphone) Les Paul Custom.


Sebenarnya, aku bukan lah cerewet sangat bab gitar ni. bagi apa pun, aku main je. Resam orang tak pandai, memang macam tu.

Tapi bila bercerita pasal gitar impian, gitar ini duduk nombor satu dalam wanted list aku. Dulu-dulu, aku menggemari gitar Jackson. Tetapi selepas aku bertemu dengan gitar ini, cinta aku kepadanya tidak pernah luntur. Gitar ni tidak lah semahal mana pun. Dalam RM3 ribu je. Tapi, kumpul-kumpul, tak pernah cukup. Ada je menda lain nak buat.

Tapi itulah cinta sejati namanya. Mana ada mudah. Kena berusaha, dan kena mempunyai kepercayaan terhadapnya.

Sakit rindu, memang kena kasi harung dulu.... dan, apabila sampai masa bersatu nanti, memang kena dakap tak lepas.

Bila aku dah beli gitar ni nanti, aku akan amik cuti 3 hari sebab aku nak main 3 hari 3 malam, berenti untuk solat dan makan je.... tidur pun aku tak mau.... kena kasi settle hutang rindu dulu.

Gitar ni, tiada  yang spesel melampau pun, kecuali pada graphic dan hardware nya. Penggunaan dua pikap humbucker memberikan tone berat yang sesuai dipadankan dengan gitar berbadan 'Fat n Heavy' ini. Struktur badan hampir bulat Les Paul, memberikan penghasilan bunyi optimum yang paling jelas di antara kebanyakkan gitar yang ada.

Ringkas kata, kalau aku memerlukan sebuah gitar yang boleh menghasilkan bunyi seketul seketul, aku pilih gitar ini.

SPEC SHEET:
Pickups: EMG 81/85 

Hardware: Gold

Scale: 24.75"


Nut Width: 1.68"


Neck: Glued In / Set / Hard Mapel


FB-Inlay: Ebony-Block


Body Material: Mahogany


Tailpiece: Locktone Stopbar


Finish: Antique Ivory (Bukan Yellow seperti kebanyakkan orang pikir)





Lagu ni dah jadi ringtone enset bukan Iphone aku.....


http://www.youtube.com/watch?v=rYMupc564zE&feature=related

Thursday 12 May 2011

Makanan Berbahaya

Manusia merupakan antara 2-3 jenis makhluk yang berupaya untuk menafikan 'basic survival instinct'. Dengan kata lain, berani mencabar maut. Manusia berupaya terjun dari kapal terbang berpuluh ribu kaki di udara semata kerana keseronokan.

Manusia membuat perkara2 yang sangat-sangat mustahil dan meninggalkan keselesaan di atas empuk sofa juga kerana kepuasan diri. Manusia sanggup meredah padang pasir, padang salji , merentas laut hanya kerana.......... ?

Begitu juga perihalnya dengan pemilihan makanan. Manusia meninggalkan logik akal dengan memilih makanan yang berbahaya sedangkan, di serata alam ini, masih banyak makanan yang selamat dan sedap di makan. Yang bahaya jugak dipilihnya....

Berikut adalah jenis makanan yang berbahaya mengikut pandangan aku:

1. Fugu, Pufferfish, Si Buntal

Ikan ini mempunyai racun jenis tetrodotoxin yang mana ianya setakat aku google 10 minit yang lalu, masih belum mempunyai penawar. Racun ini duduknya di kawasan hati ,limpa dan organ dalaman ikan ini. Setiap tahun, masih terdapat kes2 kematian di jepun kerana ikan ini.

Tapi puak puak jepun ni, selamba makan ikan ini. Ianya satu hidangan yang mewah dan hanya boleh di sediakan pada seseorang yang mempunyai tauliah/ lesen dalam hal ini.Mereka ini dikehendaki menjalani kursus 3 tahun, macam nak amik diploma la pulak....
Tengok pun tak selera. Baik makan ikan patin masak tempoyak... tak pernah lagi aku dengar ada org kojol makan ikan patin....



2. Buah Ackee

Personally, aku tak pernah jumpa buah ni. Cuma bertahun sudah terbaca satu catatan berkaitan dengan buah ini. Terdapat seorang lelaki dari Kedah, yang pergi sambung study di Jamaica, isterinya mati kerana memakan buah ini. Menurut kata, buah ini berbahaya di bahagian bijinya. Tapi kajian lanjut, menunjukkan buah ini mesti di makan ketika betul betul masak. Kerana jika tidak, ia menyebabkan glukos tidak dapat dihasilkan dan menyebabkan kandungan gula didalam darah menjadi rendah, dan menyebabkan seseorang itu sakit dan akhirnya mati. sebab itu lah, elok makan buah jambu golok je....



3. Ubi Kayu

Apa? Ubi Kayu?
Awak biar betul...... Wan saya makan ok je...

Haha... Tapi itu lah dia. Fakta!!!

Ubi kayu atau cassava merupakan satu tumbuhan yang berasal dari Amerika Selatan.

Ubi kayu ini mengandungi Cyanide yang cukup tinggi. Dan Cyanide ini merupakan antara menda yang cukup beracun pada manusia.

Sebab itu, ubi kayu ini tidak dimakan mentah. Proses memasaknya, menyebabkan kandungan Cyanide itu berjaya dikurangkan.

Aku pun, sebenarnya, tatau pun ubi kayu ni bahaya.... cuma terbaca dalam satu website tu.....
hehe... tobat dah tak makan ubi kayu lepas ni. (Bleh caya ke?)

Mengikut satu artikel, Org Puteh pelik pada kita orang malaysia yang siap bikin kerepek, bikin pengat.... kasi goreng, kasi rebus sama ini ubi... mereka cakap kita ni semuanya gila tak sayang nyawa....

Makanan kegemaran aku. Arwah tok aku memang suka tanam ubi kayu ni di sekeliling rumah... elok je orang tua tu tak mati keracunan ubi.... org putih gila dengki sama aku punya ubi kayu.




4. McDonald's

Ye tepat sekali !!!! Pembunuh nombor satu di Amerika bukan 'drive by shooting' atau 'drink and drive' atau kes-kes bunuh CSI....tapi ianya adalah makanan segera!!!! Ketuanya adalah Mekdonal...
Amerika dikenali sebagai The Capital of Fat People atau The Fast Food Nation.

Perasaan craving kepada kentang goreng, burger tinggi lemak dan air berkarbonat 3 kali sehari merupakan sama bahaya dengan racun tetrodotoxin cuma ianya bertindak dengan sangat perlahan dan memakan masa......
Org puteh lagi bodo makan menda ni 3-4 kali satu hari pastu ada hati kutuk ubi kayu kesayangan aku.....
p/s: Dah lama tak makan cheese burger. Esok abis kerja mesti pergi..... hehehe

Tuesday 10 May 2011

Kibod

Acis...... penyebab utama aku tak suka kumpulan gersang. Sebab? dia main Kibod. Bagi aku, kumpulan rock itu, tidak rock bila main kibod. Kibod hanya sesuai untuk debbie Gibson dan Cyndi Lauper.

Itu pandangan peribadi aku ketika aku masih berhingus baru lepas bersunat.

Perjalanan meneroka alam rock, menemukan aku dengan Jon Lord dan juga Don Airey dari Deep Purple dan Geoff Nicholls dari Black Sabbath, merubah persepsi aku pada Keyboardist di dalam satu satu band.

Melalui pemerhatian aku, dengan kehadiran kibod, ianya memberikan tone dan tekstur bunyi yang berbeza didalam muzik itu sendiri. Elemen Blues dan Jazz, dapat digabungkan dengan cukup harmonis. Selain itu,dengan kibod, penghasilan efek2 gothic dan ' kiamat sudah hampir' dapat di dengari di dalam lagu-lagu Death Metal .

Cuma agak kelakar bila lihat mat kibod banging ikut lagu.... cam hapa ntah... part tu, aku tak bleh nak digest lagi. Masih nampak kelakar ....

Secara teorinya, Keyboard ini adalah gitar yang telah di pasang efek. Serba serbi berkaitan dua instrumen ini, adalah , well, lebih kurang sama dari sudut fundamental nya.

Seorang gitaris yang baik, boleh bermain dengan kibod, dan pemain kibod, boleh bermain gitar. Itu kata Mokhtar gitaris The Chosen Reject. Tapi aku, haram tak bleh main kibod. Nanti aku suruh Mr Abdul Basith ajar aku main lagu O' macDonald versi metal guna kibod. He he...

Kibod boleh bertindak sebagai synthesizer , tetapi, lazimnya, kibod adalah sampler. Synthesizer adalah pemproses bunyi yang bekerja mengikut formula mathematics, manakala sampler adalah bunyi yang telah dirakam.

Apa benda tu? haha, korang google je dua perkataan tu. baca sendiri. Aku pun blur juga. Cuma masa bekerja di studio dulu. Kibod yang berfungsi sebagai synthesizer ni, berfungsi juga di dalam menentukan pitch di dalam proses recording.

Arghhhhhhhh tambah pening kan?

What the hell..... apa apa lah, he he, ... jom kita layan Don Airey punya solo... siap main intro lagu black sabbath ( Lagu Mr Crowley) kegemaran aku tu...



http://www.youtube.com/watch?v=3dkd0ej5zwg


Kibod Lagenda Entry Level Yamaha PSR 100. Successor dari model PSR75. Secara peribadinya, aku suka jenis ini dari jenis Casio. Yamaha, selain dari buat motor, dia juga buat alat bunyi-bunyian yang hebat. Pernah aku duk melepak kat Kilang Yamaha electronik Ipoh, beli barang reject sambil usyar minah karan.

So bagi kibodis2 muda kat luar sana, silalah praktis bagai nak rak. Besar nanti, boleh join Aku jamming lagu Space Trucking dari Deep Purple..... Rock Jalan Terussss!!!!!

Monday 9 May 2011

Laju Lima

Cerita Wayang Fast and Furious 5 sudah keluar di panggung. Kalau rajin, pergi lah nonton. Kalau malas, donlod lah saja di blog2 yang ada memberikan khidmat donlod haram ni.

Masa mula-mula keluar FAF ni, teruja juga tengok Import2 Jepun (kereta jepun) yang di muatkan dalam filem itu, siap ada Mirage cyborg lagi... Mat USA, bila bikin cerita, tak berapa suka menonjolkan kereta2 dari bahagian asia. Tapi untuk FAF ni, mereka seakan mengiktiraf, kehebatan jentera2 dari asia. Tapi, mereka juga tidak lupa memasukkan Muscle Car derang. Mana bleh kalah. Gelaran bagi kereta import jepun/ asia yg diubahsuai adalah 'RICER'... Rice Boy...

Kira aku hadap jugalah cerita FAF1 ni...

Pastu keluar Part 2.... Oh Very Lame!!!

Part 3 .... What The hell?

Part 4.... U gotta be kidding...

Part 5.... are u dead serious?

Terlampau banyak sangat. Ianya sudah jadi tidak xclusif lagi.



Pergi je lah tengok.... cerita ni nak kasi tau, Mat lumba haram, payah nak tobat. Esok-esok, mungkin ada FAF part 6.... siapa tahu?



Dari 1 hingga 5 ni, aku suka lagu "deep enough".... memang best.... korang layan lah lagu ni... soundtrack dari FAF1



http://www.youtube.com/watch?v=R7YHALiVX4c&feature=related

we hit the room, me and my crew and it was cool,
until we bumped into you now it's been years,
but there you were like a mustang,
redlinin' every single gear with a man that danced like he was born in '49,
but lost his groove back when jesus died i wanna know,
are those replacement hips? is that a swatch watch?
do you know what time it is?

does he run it deep enough
to take you there?
does he run it deep enough
oh tell me baby
does he run it deep enough?
tell me, tell me
does he run it deep enough?
does he run it deep enough for you?

we hit a couch, the place was packed with sweaty palms,
sweaty thongs, and sweaty backs my mouth was dry,
my brain cold high, the groove was right,
so i decided to ignite your eyes met mine,
you skirt began to rise,
and so did i now you know that i took that prize in the middle of the club,
in the middle of the club, in the middle of club now tell me!

does he run it deep enough
to take you there?
does he run it deep enough
oh tell me baby
does he run it deep enough?
tell me baby

what did i do? what did i say?
that gave you away tell me what didn't i do,
what didn't i say that sent you away from me

i wait for you to take my i wait for you to take my hand

does he run it deep enough
to take you there?
does he run it deep enough
oh tell me baby
does he run it deep enough
oh tell me, tell me
i'm just a jealous guy, i'm just a jealous guy, come on!

Sunday 8 May 2011

Fettuccine Carbonara and Sicilian Salad

Hoho.... Hari Ibu, jadi kaum bapak kena masak. Mak-mak dan ibu-ibu duk rilek dalam spa.
Jadi hari ni aku mencemar duli, masuk dapur untuk masak Fettuccine Carbonara dan Sicilian Salad , Amriezuka style.

Fettuccine Carbonara:
Bahan mentah yang boleh dibeli di Giant. Dried Oregano Leaves, Black Paper Chicken Ham, Fettuccine, Parmesan Cheese dan lain-lain seperti garam dsb.

Chicken Ham Diced!!!

Fettuccine lebih kasar dari spaggeti, so lagi sedap jika makan dengan carbonara yang pekat dan creamy tu. Ni aku rebus untuk 5 -7 orang makan dalam 250gm.

Untuk 250gm Fettuccine, aku gunakan satu senduk parmesan. Tapi terpulanglah pada korang nak letak banyak mana. Lagi banyak, lagi pekat, lagi melekat , lagi terangkat. Selepas letak Parmesan, baru lah masukkan sos carbonara cendawan tu. Satu tin, sesuai untuk 250gm Fetuccine. Aku pilih yang segera dalam tin, sebab cepat dan cukup dengan spice serta mushroom di dalamnya. Kalau guna double cream, kena cari spice dan mushroom pulak. Leceh!

Oregano Leaves, dalam 2 sudu besar.

Sedikit kering, salah satu sebab, gambar ni aku amik selepas 15 minit masak, ada hal yang menghalang aku terus amik gambar. Carbonara sesuai untuk dimakan panas-panas kerana ianya tidak begitu pekat. Makin sejuk, makin pekat melekat.

Sicilian Salad:

Coral Salad, Zucchini, Capsicum, Cherry Tomato, Olive oil, Lemon Juice and Dried Tau Foo

Tauhu kering ini berguna untuk menyerap jus lemon dan olive oil, jadi, Juicy sensation dapat diwujudkan ketika sedang 'hadap' salad ni. Ianya juga berguna untuk memberikan tekstur yang berbeza . Bawang Holland digunakan kerana faktor warna, dan tekstur. After taste dari bawang ini juga lebih lasting dari bawang besar biasa. Tauhu kering ni lah yang menyebabkan Salad ini dipanggil Amriezuka style.... org lain mana ada guna.... haha

Capsicum kuning lagi mahal dari merah dan hijau. Sebab ? Kuning tu cantik. Warna LOS kata sorang tu.....Aku simply pilih kuning sebab memberikan warna yang kontras dari benda2 lain. Cantik je nampak....Zucchini dipotong panjang bagi penampilan yang pelbagai.

Minyak zaitun biasa, bukan virgin atau extra virgin. Aku guna 2 setengah senduk.

Lemon Jus... ikut sedap picit. Lemon Jus ini datang dari Itali. Tapi aku beli sebab kalau beli lemon betul, kena main perah2 pulak. Buang masa de. Dan sebab itu juga salad ini dipanggil Sicilian Salad, penggunaan Lemon jus dan Olive oil. Cuma aku tak gunakan spice lain seperti parsley , coriander dan oregano sebab kat dalam Fettuccine dah ada. Lagi pun, lagi simple, lagi sedap rasanya. tak perlu terlampau rich.

Jom makan dengan saya..... terutama Ibu-ibu diluar sana.... Selamat Hari Ibu!!!!!
 P/S: Aktiviti masak memasak diatas dijalankan dengan iringan lagu dari kumpulan Burzum.... Black Metal ....hell yeah!!!!!