amriezukasensei part 1

http://amriezukasensei.blogspot.com/
amriezukasensei part 1

Tuesday 31 January 2012

Musang King Karak Highway

Apabila keluar dari tol karak menghala ke Kuantan, pemandangan akan dihiasi dengan gerai-gerai buah-buahan dikiri dan kanan jalan. Tetapi tumpuan utama adalah gerai menjual durian.

Istimewa gerai disini adalah mereka menjual buah durian gred tinggi yang dikenali sebagai Musang King. Kadang-kadang, ada juga mereka jual durian Kunyit. Tapi kebanyakkan pelanggan berhenti kerana Musang King ini.

Satu hari tu, aku balik dari kuliah di UIA, hari dah petang, mata dah ngantuk, so amik keputusan berhenti di gerai durian untuk recharge semula disamping aku nak test apa yg sedap sangat Musang King ini.

Aku berenti kat gerai Uncle Kai Kai Lee. Memang dah jangka, ada durian Musang King (MK) kat tempat dia dengan harga RM18 sekilo... Ye  betul... RM18. Tu time buah tengah banyak, kalau time buah sikit, RM25-RM30 pun tak mustahil.

Ikut kata uncle tu, sebelum makan MK, elok lah makan durian lemak biasa  dahulu. Sebabnya, kalau makan MK dan kemudian baru nak makan durian biasa, nanti durian biasa tu tak de rasa apa-apa dah. Durian biasa, harganya dalam RM4-6 sekilo.

Alasan orang makan durian biasa dahulu adalah sebab derang nak makan banyak. Aku bukan hantu durian, so aku terus hadap MK. Amik satu bijik, timbang... dalam RM50. Makan sebijik... best pulak. Mintak tambah sebijik lagi... dalam sekilo lebih... amik yang kecik je...

Ramai la pulak yang berenti lepas aku berenti.... Mat Pakistan, Mat Temerloh... macam-macam
Rasanya memang agak 'keras'. Bukan keras kayu... tapi keras dari segi 'taste'. Agak pahit dengan after taste yg mendayu dayu di dalam tekak. Makin lama, makin kuat rasa tu ... last last aku jadi pening tak tentu haluan... tapi dari mula makan tu, sampai jadi pening tu, lama jugaklah... sempat aku sampai kuantan dulu...

Bagi aku, rasa MK ni tak de hal sedap mana sebab dia mempunyai after taste yg pahit, seperti petai gitu. Tapi untuk pengalaman makan durian yang agak berbeza, boleh la berenti kat mana-mana gerai tepi jalan tu.... boleh mintak kurang dan tawar menawar harga...
Durian 1st.... 3Kg ++

Durian 1kg ...
Akan aku berenti lagi next time?
Ye.... next time nak test Kunyit pulak.........

Isi dia kuning dan tebal jugak. Tapi kulit dia amat-amat liat. Aku nengok uncle tu, masa nak kopek durian tu, timbul segala urat urat kat tangan, leher dan dahi. Kalau tgk dalam gambar tu, pangsanya tidak terbuka dengan elok, ada kesan koyakan. Betapa liatnya kulit musang king ini... haha... kalau korang nak beli bawak balik, elok suruh dia bukak dan bubuh dalam bekas lutsinar. Tak silap aku, bekas tu dia kira free je...


Petua uncle Lee, lepas makan durian, elok basuh tangan dengan cara ini, gerenti bau durian di tangan akan hilang... Soklan aku, kalau nak kasi bau durian kat mulut ilang macam mana? tadah mulut  kat bawah tu ke? Uncle tu jenggil mata kat aku.... hahahaha