Raya Aidilfitri itu hari, dah buat rendang ayam. Untuk Raya Korban ni, test buat rendang tok pun best jugak. Ada sedikit perbezaan diantara rendang biasa dengan rendang tok... rendang tok ni biasanya, orang buat guna daging... warnanya lebih gelap, dan kenkadang orang akan campur kicap lemak atau rempah kari...
* 1 kg daging - dipotong sebesar 3 inci atau ikut suka
* 2 cawan santan pekat - 1 biji kelapa
* 1/2 cawan kerisik
* 3 sudu besar gula merah
* 1 batang kulit kayu manis
* Garam secukup rasa
* Bahan2 kisar:-
* 2 sudu besar ketumbar
* 1 sudu besar/teh lada hitam
* 1 sudu teh serbuk kunyit
* 1 sudu besar/teh jintan putih
* 1 sudu besar/teh jintan manis
* 3 cm Lengkuas
* 3 kuntum bunga lawang
* 25 biji cili kering
* 5 batang serai
* 5 cm halia
* 20 biji bawang kecil
Maka jadi lah menda kat bawah ni.... hehe..
|
Ikg daging import |
|
Benda2 yg nak kena kisar |
|
Selepas dikisar... siapa berani minum ni? aku bagi RM5... hehe |
|
Antara bahan PERLU |
|
Dalam Kuali |
|
90% lagi nak masak.... kena kacau sampai kering baru best |
|
Jom makan Lemang dan rendang tok. FYI, Lemang tu jenis lemang rebus... aku sudah kena tifuuuuuu..... |