amriezukasensei part 1

http://amriezukasensei.blogspot.com/
amriezukasensei part 1

Sunday, 23 October 2011

RIP Marco Simoncelli - Sepang 2011 MotoGP

January 20 1987 - October 23 2011 R.I.P


Ntah kenapa, urusan aku nak pegi moto gp kali ini banyak halangan. Macam-macam. tak de yang mudah.

Sepatutnya, pukul 11 pagi lagi aku dah sampai kesana. Tapi disebabkan Kuliah yang berlanjutan, pukul 1 tengah hari baru aku berlepas dari IIUM ke Sepang. Singgah solat di stesen minyak BP Tol Sg Besi... masa minum air kopi McD, tumpah pulak atas seluar...
Aduhai...

Sampai di area Sepang, Jam tak ingat... semua gate utk parking ditutup kecuali area C3. Jauh sangat tu nak menapak Ke 'F'. Polis trafik sedang khusyuk menyaman kereta2 yang parking tepi jalan. Beribu kereta disaman tanpa belas kasihan.



Sampai aku kat tempat parking, moto 250 baru saja selesai. Dari tempat parking tu, kalau nak menapak ke F, ada dalam 3KM kut?
So disebabkan dari situ pun bleh nampak berberapa kawasan yang menarik seperti corner 7,8 dan hairpin 15 serta lurus diantara 8 dan 9, aku amik keputusan, duduk kat area C3 je. Malas nak menapak panas2 buta ke F kerana jalannya dah la berbukit, panas terik dan kelihatan awan mendung disebelah barat. Aku tak de payung, kalau ujan, DSLR nak campak mana?


Sebab banyak sangat songehnya, aku duk tepi pagar je.. baru 2-3 pusingan start... tetiba bendera merah dikawasan berhadapan dengan c3, iaitu Grandstand, telah dikibarkan. Berlaku satu kemalangan diantara berberapa penunggang. Keadaan agak kelam kabut dengan personel medic kesana kemari. Malahan, sebuah helikopter juga dihantar untuk tujuan itu.


Malangnya, pelumba yang terlibat dengan kemalangan itu disahkan meninggal dunia pada jam 4.56 petang waktu Malaysia di Pusat Perubatan SIC.

Tiada makluman awal. Lama menunggu, dalam 5.30 ada lah satu pengumuman kata " Perhatian, perlumbaan pada hari ini dibatalkan".... sebabnya tak pulak derang cerita. Cuma sebaris frasa je keluar dari mulut aku... "Mati la tu... "



Riuh rendah dikawasan grand stand dan juga F... habis dibaling botol kosong segala sampah sarap ke dalam trek... Penonton mengamuk!!! Aku tak salahkan derang sebab pengumuman dibuat ala kadar tanpa menjelaskan cerita yang sebenar. Kalau ada pun mungkin lewat. dan ramai yg mendapat berita dengan menghubungi orang yg menonton live di TV kerana dalam TV ada update status pelumba yng terlibat dg kemalangan itu.

Hazabb betul orang malaysia bersikap sebegini. Satu dunia memerhati.

Takziah kepada ayah Mendiang Marco







Aku pun tak tunggu lama, untuk mengelakkan jem, so aku cabut cepat cepat.... kali ni  parking pun tak berbayar sebab orang merusuh, tukang jaga parking tak berani nak kutip parking....

RIP Marco Simoncelli !!!!







Warning: Explicit Image....!!!! sampai tercabut helmet...

http://www.youtube.com/embed/FkInpkx1hFE

http://www.bernama.com/bernama/v5/newssport.php?id=621946





Ni nama dia Helikopter kalau korang nak tau. Tapi yang ini, kalau lalu depan korang, kena kasi lambai... sebab ini barang ada kamera kat tepi dia. Untung2 masuk TV. Glamer satu kampung!!!

Gambar terakhir Marco yang berjaya aku snap.

Jarak kereta ni parking dgn SIC dalam 3-4km. Larat derang berjalan. Habis semua kena saman ngan polis trafik.

Cantik menda alah ni... kat sogo ada jual tak?

Perghhhhhh!!!! masak la ko nak mendaki bukit pakai kasut macam tu... 101 Dalmatian punya design!!!!

Monday, 17 October 2011

Kerat Telinga Mau?

Sedang sedap-sedap aku layan goreng pisang depan TV, tetiba gedegum gedegang bunyi belakang rumah.

Bunyi macam zink yang derang buat pagar kawasan lapang yg konon2 nya nak dibangunkan rumah kedai.
Dah 5 tahun duk semak samun begitu, zink dan dia punya tiang pun dah mereput.

So bila bunyi bising macam tu, aku ingat si kontraktor datang nak repair zink tu. Sebab aku pernah komplen zink tu dah ada bahagian yang tercabut, dan waktu angin kuat, bunyi yang terhasil dari dentuman zink tu memekakkan telinga.

Rupa-rupanya ada 2 ekor mat pet duk tengah cuba mencabut zink tu untuk dijual agaknya. kalau dia rembat zink tu untuk buat bumbung reban ayam nenek dia, takkan la dia lipat zink tu kecik2?

Memang sah dia nak mencuri , jual sama besi buruk untuk beli dadah kenikmatan dunia hanya sementara.

Aku pereati je lah... malas nak tegur (takut jugak skit skit)... lantak ko lah. Sebab kalau tak de zink tu pun, bagus jugak... tak de la bunyi zink belaga tengah tengah malam.....

Anyway... mamat dua ekor tu naik motor modenas kriss kaler biru dgn nombor pendaftaran CBL 9545 ....

Ampesss....

Ni kawasan belakang rumah aku yang sebenarnya adalah muka depan taman perumahan aku duduk. Cadang nak bina kedai... tapi tokey dia takut tak laku kut. Sebab tu dia biar itu macam. Aku ok je dengan pemandangan sebegini dari bukak pintu nampak dapur rumah jiran. Pulak tu yang jenis jemur spender segala atas pagar...

Sunday, 16 October 2011

Bunga

Itu ari, aku pegi jenjalan tempat yang banyak bunga. Jadi, kat bawah ni adalah sedikit hasil aku 'menembak' bunga disana. Tiada apa yang istimewa pun, sekadar mencuba dan boleh lah korang buat modal nak cuci mata....













Sunday, 9 October 2011

Nasi Lemak KangKung

Malam tadi berborak-borak dengan sorang chef dari sebuah diner yang fames juga. Dari cerita hantu, sampailah cerita pasal jenis-jenis nasi yang ada di Malaysia ni.

Antara yang menarik adalah dengan statement beliau menyatakan bahawa Nasi Dagang sebenarnya berasal dari Kelantan, tetapi sudah di 'claim' oleh orang terengganu menjadi Ikon negeri mereka. Tidak kisah sangat pasal itu, cuma ianya memberi perspektif yang berbeza terhadap diversiti masakan yang terdapat di negara kita.

Pengetahuan berkaitan dengan jenis2 masakan ni agak penting juga bagi aku, sebab ianya berkaitan dengan perkerjaan aku sebagai seorang secret agent. Haha...

Kemudian, beliau bercerita berkenaan dengan Nasi Lemak yang merupakan satu masakan yang amat fames dan antara masakan Malaysia yang masih belum dapat di Claim oleh indon caprut tatau malu sebagai masakan mereka.

Apa yang menariknya, menurut beliau, Nasi Lemak ini telah wujud sekain lama di sini dengan hidangan utama nya adalah nasik yang dimasak dengan santan, daun pandan dan halia, telur rebus, sambal ikan bilis dan KANGKUNG!

Secara tradisionalnya, nasi ini dihidangkan dengan kangkung celur (rebus). Penggunaan timun pada hari ini adalah sesuatu yang tidak original dan bersifat sebagai alternatif bagi penyediaan kangkung yang agak rumit. Pada zaman dahulu kala, kangkung ini terdapat dimana-mana dan merupakan sejenis sayur glamer org melayu. Sehinggakan cerita zaman sultan melaka pun ada menyebut pasal sayur kangkung yang di beri makan kepada Pembesar Cina yang datang melawat melaka pada ketika itu.

Menariknya Nasi Lemak kangkung.... bangun tidur tadi, terus aku bikin satu...

Nasi Lemak... Jangan guna santan kotak... tak best!

Ikan bilis saiz xs dan sambal yang mengandungi kisaran bawang besar yang banyak bagi kasi pekat dan kurang sedikit pedas (kids friendly)

Kangkung yang dicelur bersama baking powder dan sedikit garam bagi mengekalkan warna hijau sayur. Kalau tak de baking powder, pakai garam pun dah cukup. Kalau tidak sayur tu jadi kehitaman...

Telur rebus dan Kacang tanah goreng adalah kemestian.

Jom breakfast dengan saya... ada dua ketul tahu goreng belen malam tadi masuk dalam pinggan satu kali.... haha...

Wednesday, 5 October 2011

Sebab



http://www.youtube.com/embed/fV4DiAyExN0


I'm not a perfect person
There's many things I wish I didn't do
But I continue learning
I never meant to do those things to you
And so I have to say before I go
That I just want you to know

I've found a reason for me
To change who I used to be
A reason to start over new
and the reason is you

I'm sorry that I hurt you
It's something I must live with every day
And all the pain I put you through
I wish that I could take it all away
And be the one who catches all your tears
That's why I need you to hear

I've found a reason for me
To change who I used to be
A reason to start over new
and the reason is you [x4]

I'm not a perfect person
I never meant to do those things to you
And so I have to say before I go
That I just want you to know

I've found a reason for me
To change who I used to be
A reason to start over new
and the reason is you

I've found a reason to show
A side of me you didn't know
A reason for all that I do
And the reason is you

Monday, 3 October 2011

Derby dan rupa- rupa nya.......

Merseyside Derby,

adalah gelaran perlawanan diantara Liverpool dan Everton. Ianya dinamakan sedemikian kerana Everton merupakan sebuah kawasan di dalam Liverpool. Jadi perlawanan diantara keduanya adalah dikira seperti adik beradik yang sedang menunjukkan kehabatan masing-masing. Penyokong kedua pasukan ini, seringkali terdiri daripada keluarga yang sama. Dan jarang sekali berlaku pergaduhan diantara kedua penyokong pasukan ini. TETAPI, saingan perlawanan ini adalah sangat hebat daripada perlawanan biasa kerana faktor DERBY tadi.

Mereka ini mungkin adik beradik, sepupu ataupun jiran...








Epic!!!!



Serupa halnya dengan Manchester United dan Manchester City. ianya dikira Derby juga. Kerana kelab ini berada dikawasan yang sama yang mana kadang2 penyokongnya menyokong kedua-dua kelab ini pada satu satu masa.


Pada Sabtu yang lepas Liverpool mencatatkan kemenangan yang ke 216 ke atas EVERTON. Satu game yang amat menarik dengan berbagai aksi drama yang dapat menghangatkan suasana stadium.

Andy Caroll's berjaya menyumbat gol sulung beliau pada perlawanan ini dan Suarez seperti biasa, beraksi cemerlang jauh lebih baik dari Torres yang gila glamer itu.

Jack Rodwell dari Everton yang dilayankan kad merah adalah satu insiden kalut malut pengadil. Bagi aku, ianya tidak sepatutnya kad merah. Cukuplah dengan kad kuning kerana ianya kesalahan pertama dan sebenarnya Rodwell menyentuh bola sebelum 'membaham' kaki Suarez. Memang difahami, tindakan terjahan keras keatas pemain utama (penyerang terutamanya) biasanya pengadil akan bertindak dengan amat 'strict'. Dalam kes ini, Kad Merah.

Dirk Kuyt juga menambah drama dengan gagal menyumbat sepakan penalti yang diperolehi. Tak pe lah. Kira 'Instant Karma' bagi tindakan pengadil kasi kad merah tadi.

Tetapi kegembiraan aku menyambut kemenangan Liverpool ini sedikit terancat apabila aku terlihat sticker ini di beg junior:

Gambar ni amik kat beg ngaji dia... mana dia dapat ntah.. Tapi dia kata, dia tetap Liverpool Fan jugak... ni nak sokong team 'Tok Pa' .....hahaha

Saturday, 1 October 2011

Milky Pine and Apple Acid

Cerita sebenarnya adalah, aku nak masak gulai kuning ikan masin. Pergi pasar dan beli segala keperluannya. masa beli tu, ada sedikit dispute dengan aku punya 'mem'. Dia nak suruh letak nenas dalam gulai tu.

Sebagai seorang yang merasakan nenas tidak sepatutnya diletak di dalam masakan, aku membantah juga mulanya. Walaupun banyak masakan di dunia ini diserikan dengan nenas seperti acar timun, pajeri nenas, dalca , pizza dan sebagai nya... aku biasanya tak makan nenas2 tu, dan begitu juga junior yang tak ske nenas.

Tapi ari ni, aku setuju je lah... lagi pun, dia yang nak masak. Aku tukang habiskan saja. Haha

Bila dah balik rumah, sambil dia masak tu, aku tengok ada lebihan nenas. So aku pun terpikirlah nak buat air jus nenas yang sudah lama aku tidak buat.

Bahan Mentah:

1. Nenas
2. Air bekarbonat perisa AisKrim Soda
3. Pati Vanilla - 5 titis
4. Gula secukup rasa
5. Cordial Limau ( Orange Squash- gives more color)
6. Kalau tak guna orange squash, boleh letak Aiskrim Vanilla

Potong dice nenas tu, masukkan dalam pengisar. Masukkan gula, dan setengah gelas ais krim soda. Kisar. Masukkan pula Pati Vanilla dan kisar lagi sekali. Kalau nak jadikan sorbet, masukkan ais.

Letak jus yang dikisar dalam gelas. Tambah ais krim soda, dan letak jus limau tadi . ianya akan memberi efek 'tropikal punch' pada jus anda.

Kalau untuk bebudak kecik dan kaum kaum hawa, eloklah tidak dicampur dengan jus limau tadi, tapi digantikan dengan ice cream vanilla... rasanya lebih creamy dan tidak 'menggigit' sangat. Rasa jus akan lebih lembut dan memberikan ketenangan yang abadi.... hahaha...

Nama Jus ini ialah : Amriezuka's Milky Pine and Apple Acid Juice

Kalau tak de benda ni, tak boleh buat jus nenas

Pek Riang Ria.... yea right!!!!

Macam mana potong nenas? haha...


Pati Vanilla

Nyaman

Bersama dengan Aiskrim Perisa Vanilla... Kids love it!!!