Istimewa gerai disini adalah mereka menjual buah durian gred tinggi yang dikenali sebagai Musang King. Kadang-kadang, ada juga mereka jual durian Kunyit. Tapi kebanyakkan pelanggan berhenti kerana Musang King ini.
Satu hari tu, aku balik dari kuliah di UIA, hari dah petang, mata dah ngantuk, so amik keputusan berhenti di gerai durian untuk recharge semula disamping aku nak test apa yg sedap sangat Musang King ini.
Aku berenti kat gerai Uncle Kai Kai Lee. Memang dah jangka, ada durian Musang King (MK) kat tempat dia dengan harga RM18 sekilo... Ye betul... RM18. Tu time buah tengah banyak, kalau time buah sikit, RM25-RM30 pun tak mustahil.
Ikut kata uncle tu, sebelum makan MK, elok lah makan durian lemak biasa dahulu. Sebabnya, kalau makan MK dan kemudian baru nak makan durian biasa, nanti durian biasa tu tak de rasa apa-apa dah. Durian biasa, harganya dalam RM4-6 sekilo.
Alasan orang makan durian biasa dahulu adalah sebab derang nak makan banyak. Aku bukan hantu durian, so aku terus hadap MK. Amik satu bijik, timbang... dalam RM50. Makan sebijik... best pulak. Mintak tambah sebijik lagi... dalam sekilo lebih... amik yang kecik je...
Ramai la pulak yang berenti lepas aku berenti.... Mat Pakistan, Mat Temerloh... macam-macam |
Bagi aku, rasa MK ni tak de hal sedap mana sebab dia mempunyai after taste yg pahit, seperti petai gitu. Tapi untuk pengalaman makan durian yang agak berbeza, boleh la berenti kat mana-mana gerai tepi jalan tu.... boleh mintak kurang dan tawar menawar harga...
Durian 1st.... 3Kg ++ |
Durian 1kg ... |
Ye.... next time nak test Kunyit pulak.........
Letak location lg cantik boss
ReplyDelete