amriezukasensei part 1

http://amriezukasensei.blogspot.com/
amriezukasensei part 1

Friday, 23 December 2011

Hartke A100 Limited Edition Silver Combo Bass Amp

Apa Wattage yang sesuai untuk sesebuah amplifier yang digunakan dirumah?
Terpulang... Amp datang dengan saiz yang berbagai. Sekecil 4 watt.

Pada ketika ini aku menggunakan sebuah amplifer bass dengan kekuatan 25watt. Cukup lah untuk main dalam bilik kecil.

Masalah pada amp kecil adalah bunyi yang dihasilkan akan pecah bila volume dikuatkan. Kecuali amp itu bersifat 'tiny' pada zahirnya tetapi mempunyai komponen yang berkualiti ianya akan berjaya menghasilkan bunyi yg mengagumkan. Amp seperti Lunchbox atau Micro Cube adalah contoh terbaik amp ber watt kecil tetapi menghasilkan bunyi yg bersih dan cantik.

Ketika ini aku sering bermain bass dengan track iringan dari songsterr ataupun youtube. Bila keadaan bunyi track dikuatkan bagi mendengar dan mencari note yang dimainkan, maka amp kecil aku terpaksa dikuatkan juga. Disinilah terjadi nya bunyi 'branggg brangggg branggggg' bunyi speaker amp nak pecah...

Kemudian, budak Sepal beli drum set. Aku pun pikul lah amp aku jamming kecil kecilan dekat rumah dia... tenggelam terus bunyi bass lawan dengan bunyi drum.. apa pun tak dengar ...

dengan itu aku pun mula lah membuat kajian dan pencarian terhadap amp yang sesuai dan mampu untuk aku miliki.

Paling penting, mempunyai sekurang kurangnya 50 watt untuk berjaya digandingkan dengan bunyi drum . Kemudian harga dibawah RM1500. Dan juga brand.

Ringkas kata, dibawah ini adalah jenis2 amp yang berjaya short list kan

1. Hartke A70 bass amp - 70wt / RM900 - merupakan pilihan utama aku disebabkan
Hartke memang sebuah brand yang pakar dengan Amp untuk Bass. Binaan yang
menarik dan gedabak merupakan bonus tambahan.

2. Orange Crush BXT50 - 50wt/ RM800 - Amp bewarna oren ini merupakan sebuah amp
yang sangat cantik dimata semua orang.... WARNA OREN!!!! Tapi harganya agak
mahal dan mempunyai wattage yg kecil berbanding harga. Amp ini bagus untuk high
note tetapi agak sembab pada Low note..

3. Line 6 Low down 110 - 75wt/ RM900 - Amp ini tidak besar mana dan adalah amp
yang termoden dari segi binaannya dari dua model diatas. Saiznya juga agak
kecil dan tidak menampakkan ianya menyimpan 75 watt.

So masa gi KL itu ari... aku pun pegi la berjalan ke CK Music di jalan Imbi sana. Hajat hati nak beli string utk gitar ijau aku tu. Atau mungkin saja saja tgk2... tapi rupanya derang tengah sale sampai rebah...

Mamat kerja situ, Nama dia Fizi, kasi aku test Amp Hartke A70 tu... pergh memang lazat la... banding dengan amp 25 watt aku, macam langit dengan bumi.

Disebut sebagai Haa ki. Bukannya HakKer (silent r)
Tapi bila tanya harga, dia kata RM940++ ... aku cakap mahal. Sebab ada sorang mamat kat Taman Medan nak tolak sama aku dengan Harga RM900 je.. Jadi Fizi tu rekemen kan aku A100 yang harganya lebih menarik. Pada asalnya, Amp ini berharga RM1500, tapi untuk promosi kali ini harga diturunkan kepada RM1100++ dan didiskaun lagi kepada RM980++ ...

Aku sudah mula pening... Test punya test... memang syiok abis la... so cakap banyak pun tak guna.. sedar2 AMP seberat 22kg tu dah ada kat seat belakang keta aku... Sian Junior tak bleh tidur seluas luas kerusi... hehe...


Testing 123 .... 123.... 123...

CK MUSIC Jalan Imbi ~ Imbi tu apa ye? Thamby? bambi?

Tuner Korg pada harga menjilat jari

Hartke A100  Limited Edition Silver Combo Bass Amp. Aku ulang suara ye... LIMITED EDITION... susah mau jumpa. Budak Taman Medan tu nak tolak yang jenis Black (biasa) sama aku pada harga RM1100. Dia pun sebenarnya amik kat sini. Dia boleh jual murah kerana bila ada org nak beli baru dia pegi amik. So kira dia makan atas angin tanpa kos overhead dan segala...

Tulis apa ini?

Hartke adalah Amplifier yang dicipta untuk gitar bass. Derang ada juga Amp untuk gitar, tapi ianya tidak sepopular Amp Bass. Ianya berasal dari USA dengan ciri utamanya adalah diaphragm yg diperbuat dari gabungan aluminium dan juga 'kertas' yang berkualiti. Aluminium untuk bunyi pada note tinggi yang akan melantun lantun ... dan kertas untuk note rendah dengan nada bass yang garang.  Dave Ellefson dari Megadeth diantara duta produk Hartke ini. My idol...

Input passive untuk guitar biasa, Active untuk guitar bass dengan pick up active dan Line in sebagai AUX. Terdapat tombol volume, Bass dan Treble. kemudian 7 Band EQ yang akan memberikan lengkok bunyi yang lebih pelbagai seperti twangy atau Boxiness atau apa sahaja bunyi yang anda mahu. Kemudian tombol limiter yang berfungsi untuk menyekat atau untuk memampatkan bunyi itu supaya ianya menjadi sekata dan ini memberikan bunyi yg terkawal serta mengelakkan Amp mudah meletop... Ini antara ciri terbaik untuk amp bass... dan yang paling aku suka

Gambaran belakang... lubang nafas speaker... Amp ini mempunyai saiz diameter speaker sebesar 15 inci... Besar tu!!!!!

Bahagian belakang Amp... macam biasa laaaa... Made in China.. mana ada barang made in USA senang senang nak jumpa ketika ini... semuanya kasi cina buat

Mempunyai fungsi kickback dimana ianya boleh dicondongkan supaya masa tengah main, bunyi akan didengari dengan lebih optimum... Setiap sudut amp ini diletakkan besi pelindungan sesuai dengan tujuan utamanya sebagai Amp lasak dan Road Worthy

Cable power jenis European AC PC Y... susah la gini, kena cari adapter la pulak.. tapi nasib baik aku ada banyak cable power desktop dan PC terpakai. So aku cari yang terbaik dan paling panjang untuk kasi ganti ini cable... no problem


Aluminium tuuuu bro!!.... bunyi teramat best... ni aku buang cover penutup depan speaker ini. FYI, cover Limited edition adalah bewarna silver dan yang biasa bewarna hitam. Salah satu sebab aku pilih amp ini kerana pelindung speaker diperbuat dari besi. Kebanyakkan amp, ianya cuma ditutup dengan gabungan plastik keras sebagai bingkai dan juga kain berjaring seperti speaker2 biasa.... senang rosak la speaker itu macam, tersepak, tercucuk, dan segala macam ter yang lain... so, yang pakai besi macam A100 ni, adalah terbaik buat aku yang lasak dan akan selalu pindah randah ini amp kesana dan kemari

Korg tuner tu aku beli pada harga RM41 je... Koleksi peribadi... hehe... Cable vox dan cable Soundking tu dapat free. Cable vox tu tak panjang mana dan masih duk dalam plastik... cable soundking tu aku dah lenjan... hehe

Ruang tamu aku ada 'focal point' baru... Hartke!!!!

Testing Line in dengan menggunakan enset... bergegar rumah!!!!!





Soalan Cepu Emas.... Aku suka atau tidak?

Mestilah suka,. Ha ha... Dah berbulan aku buat research, target cuma A70 tapi dapat pula A100 versi Keluaran Khas pula tu...Suka banyak la aku...

Ianya mungkin bukan sebuah amp yang terbaik diseluruh dunia, dan aku masih mencari cari bunyi yang aku suka pada amp ini. Cucuk dengan Paddle Effect pun, aku masih belum dapat apa yang aku mahu... mungkin kena biasakan diri dengan kon aluminium itu... Tapi berbanding dengan amp Laney dan Beta Aivin atau pun Behringer... Amp ini amat amat bagus dan mempunyai character yang tersendiri.

No comments:

Post a Comment