Haha... susah juga nak jawab kalau ditanya sebegitu.
Tapi bagi aku jawapan yang paling senang ialah, kerana ingin menghasilkan bunyi yang berbeza.
Dan untuk menghasilkan bunyi tersebut, ianya mestilah di tala ( Tune) pada bunyi dan kedudukan (tegangan dan kenduran ) tertentu.
Banyak cara untuk menala gitar. Dan yang paling mudah adalah dengan menggunakan Digital Tuner atau alat Talaan Elektronik.
Pada masa kini terdapat 1001 jenis dan jenama alat Talaan Elektronik di pasaran. Yang membezakannya adalah fungsi , harga dan jenama.
Pada zaman dulu dulu, aku menggunkan Tuner jenis BOSS. Tetapi ianya seperti paddle efect aku yang lain tu, ianya hilang entah kemana.
So disebabkan susah dan hazabnya menala gitar menggunakan teknik 'listen and tune' dari youtube, menggunakan tuner digital adalah yang terbaik, terutamanya jika mempunyai gitar yang mempunyai floating bridge jenis FlyodRose.
Lagi satu kebaikan tuner ini adalah jika kita hendak memainkan lagu yang menggunakan note tidak normal seperti Drop D atau Drop C (seperti lagu Don't Cry dari GnR), menggunkan tuner adalah cara terpantas untuk mendapatkan setting note yang dikehendaki.
DT jenis Intelli ini dibeli di Endah Parade Sri Petaling.
Tuner buatan South Korea ini aku rasa agak tepat kerana semasa membuat pembelian, aku bandingkan hasil talaan denga tuner jenama lain, dan aku dapati ianya agak tepat dan sama. Tetapi tuner lain lebih bersifat 'mono'.
Aku memilih tuner ini kerana buatan 4 dalam 1 nya. Ciri paling penting kerana ianya mempunnyai fungsi Chromatic Tuner dimana aku boleh manala gitar aku pada kedudukan Flat dan Sharp yang mana ianya tidak terdapat pada tuner biasa.
Keselesaan melihat pada scrin LCD 2.5 x 4 dan jarum digital tuner, memberikan sedikit kepuasan dan sedap mata ketika duk tgh tension menala.
Dikuasakan oleh 2 butir beteri saiz AAA dan mempunyai fungsi auto off pada default 3 minit.
Tuner ini boleh digunakan pada semua jenis gitar, violin , piano dan sebagainya samada menggunakan Jack atau built in mic ....
2 fungsi lain yang aku jarang jarang guna adalah metronome dan pitch generator.
Pada harga menghampiri RM100 , ianya adalah satu gadjet mampu milik dan harus di masukkan dalam 'shopping list' anda!!
Mempunyai 'Tongkat'... kasi senang nak tengok, tapi aku tak pernah guna pun, sebab masa tuning, aku biasanya letak gitar atas 'bench'. Takut calar !!! |
Bahagian depan |
2 biji bateri AAA |
Dalam mode chromatic tuner |
Tune Gitar Elektrik dengan FlyodRose, menggunakan Jack |
Gitar Bass Ibanez merah kesayangan aku pun tune guna menda ni. |
Gitar Akustik di tune menggunakan built in mic |
No comments:
Post a Comment