Trip ni dah lama sebenarnya, tapi aku tak de mood nak upload. So hari sambil nak tunggu waktu berbuka, aku rasa elok juga aku upload gambar2 trip kesana.
Sungai Kolok Atau Sungai Golok (SG) terletak diseberang Sungai kecil yg dipanggil Sungai Golok yang mana ianya mengalir keluar ke Laut China Selatan melalui Pengkalan Kubur dan Takbai.
Secara stereotype, Bila sebut SG, pasti terlintas tempat maksiat tanpa batasan dengan harga super murah. Bagi aku, kalau nak buat maksiat, pegi Jalan Wong Ah Jang atau kat Haji Taib sana pun bersepah.
SG ni adalah sebuah pekan sempadan yang agak besar juga, macam Bandar Mentakab. Ianya juga merupakan perhentian keretapi paling selatan di Negara Siam itu. Ianya merupakan jajaran Jungle Train yang keadaannya amat daif dan berenti dengan kerap di setiap stesen stesen kecil. Perjalanan dari sini ke Bangkok memakan masa hampir satu hari.
Kalau nak selesa, naik train disebelah georgtown sana lebih selesa dengan kemudahan tempat tidur dan juga pilihan koc express.
SG terletak di wilayah Naratiwat. Wilayah bergolak dengan puak militia islam. Sebenarnya, amat gerun sekali bila masuk kesini dengan melihat askar dengan senjata automatik dan juga hand grenade. Setiap lorong, denai dan jalan, terdapat askar-askar mereka dengan berbagai jenis uniform yang tidak aku ketahui fungsi nya. Mereka ini amat amat cemas dan 'trigger happy'. Kebanyakkan askar ini datang dari tengah atau utara siam . Jadi mereka memang tidak faham bahasa melayu. 2 kali aku berurusan dengan mereka, dan kesulitan bahasa menyebabkan mereka macam nak marah je. Tapi mujur ada siam lain yang membantu.
Tujuan utama aku masuk kesini adalah kerana si Puteh di atas. Kereta ini dilahir di sini, di kawasan industri automotif Rayong. Disebabkan kereta ini amat baru di Malaysia, untuk mendapatkan barangan after market berprestasi tinggi amat lah susah. Jadi aku 'gamble' masuk siam cari barang. Tapi, kat sini pun tak sampai lagi. Kena order dari bangkok.
Di SG ni, walaupun bandarnya agak besar tapi 2 perkara yang aku rasa SG ini kalah dengan Mentakab, iaitu ketiadaan Fast Food outlet seperti KFC dan sebagainya serta Supermarket. Mereka memang tiada supermarket kerana ingin memelihara rangkaian kedai2 tradisional mereka. Butik Gucci ori pun dah bungkus... tinggal butik2 yang kat mesia ni bersepah tak larat nak layan seperti Guy Creative ( sini kira baju cap ayam dah tu) dan John Master.
Kalau nak membeli belah, di kedai2 biasa, boleh sahaja guna duit mesia, tapi kalau kat kedai standard seperti 7 eleven, derang caj 20-50 sen satu transaksi. Untung berganda.
Barangan yang dijual, tidak lah semurah mana, tapi murah lagi berbanding rantau panjang. Dan pilihan barangan yang dijual ada tu, amat berlainan sekali kualitinya berbanding dengan di rantau panjang. Beg beg tangan imitation bersepah dengan kelas B+ sehingga A... dan harganya agak mahal juga. Walaubagaimanapun, terdapat juga beg yang original....Aku pusing2 cari kedai perfume, tapi tak jumpa. Mungkin lain kali aku akan cari sampai dapat...
Pemandangan biasa disini. Tapi aku tak pelik, sebab aku dibesarkan di Triang. Pemandangan sebegini memang lumrah. Dan polis di Triang tu pun, dah tak peduli sangat cina cina triang tu naik motor dengan cara pelik derang. Buang masa je nak pi perambat cina cina tak makan saman tu.
Papan tanda ada ditulis dengan tulisan rumi. So senang nak baca.
Harga minyak disini sentiasa berubah ubah mengikut pasaran.. 30.68 tu adalah ikut duit siam. Ikut duit kita lebih kurang 3.68 sen seliter. Dan harga minyak di stesen A, tidak sama dengan harga minyak di stesen B. Tapi tak pelah, kereta mereka murah2 dengan tiada duti import menggila harganya, sebab itu org siam bleh pakai keta import dengan harga yg murah dan berbagai jenis yang pelik2 yg tiada di mesia ini... jalan super cantik tanpa tol. Kerajaan derang memang perihatin dengan kebajikan rakyatnya. Ini baru dikatakan Rakyat di dahulukan, Pencapaian di utamakan.....
Ini maksudnya berenti.... aku kena pau ngan polis siam rm20 sebab tak berenti kat simpang.... memang derang tak de rasa malu langsung pau duit... siap duit tu derang leh buat kipas kipas lak... menunjuk-nunjuk... haru betul.
Sidecar yang cantik!!! |
Massage sir ? ping pong sir? errr..... no thanks, aku jawab |
Satria Neo siam mari...... keta ni tak de harga disiam sana. Mat mat siam sibuk pakai Prius dan Pick up. |
Pemandangan standard di lorong-lorong SG. |
saja saja je nak amik |
Jalan utama 3 lorong turapan terbaik tanpa tol.... kalau SG ni dapat kat negara kita, malam ni dapat, pagi esok mesti derang dah pacak rumah tol.... |
Calon bertanding, namanya hamdan husin. Mukanya sama dengan muka best friend aku si epul.... hahaha |
Ni patung raja derang kut? |
Cara nak bawak masuk Kenderaan Sendiri Ke Siam:
Dokumen yang diperlukan:
2 salinan bagi Geran ( geran ori tidak perlu dan geran photostat tu tak perlu chop dari bank pun), Lesen memandu dan Mykad
Urusan akan jadi mudah jika tuan kereta ada bersama sama ikut masuk siam. Selepas stamp out di border Malaysia, berenti di pejabat JPJ dan serahkan dokumen tu.
Selepas tu pergi ke tempat siam chop pasport, beli insuran untuk 1 minggu lebih kurang rm28 kut... tak ingat. selepas stamp in kat siam, drive keta pi pejabat kastam derang, isi borang kastam untuk bawak masuk keta. borang ni, bila nak balik, mesti hantar semula, kalau tidak lain kali kalau derang dapat, derang akan saman kita berjuta juta.... kos buat ni dalam rm10 je... pastu kita bebas memandu di mana mana bahagian siam selama sebulan. Lesen memandu kita valid kat sana. tapi kalau polis tahan, dia bukan nak tgk lesen pun, dia pau selagi daya. silalah tawar menawar.... hehe... aku memula derang mintak rm100, tapi aku tawar sampai rm20....
Borang kastam ini mesti hantar balik, kalau tak derang akan denda tak ingat sama kita... |
Ni insuran selama seminggu |
No comments:
Post a Comment