amriezukasensei part 1

http://amriezukasensei.blogspot.com/
amriezukasensei part 1

Sunday 21 August 2011

Penantian 11 Tahun



Mengikut kata, Manchester United merupakan secara tidak rasminya rival paling ketat Liverpool.  Sebenarnya, rival paling ketat Liverpool adalah Everton. Ini kerana mereka ini duduknya sebelah menyebelah. Serupa macam ManUtd dengan ManCt.

Sebagai seorang penyokong Liverpool yang tidak begitu tegar dari tahun 1994, aku sebenarnya tidak peduli sangat siapa rival bagi The Reds ini. Tetapi, bila sebut perlawanan diantara Liverpool dan Arsenal, ianya memberikan sedikit perasaan 'hatred and rage'. Ini mungkin kerana, dikalangan kami sekeluarga (aku adik beradik dan orang tua aku) hanya aku sorang sahaja bukan penyokong The Gunners. Pada zaman kegemilangan Thierry Henry , Liverpool sentiasa kalah dengan Arsenal. Lembik aku kena kutuk...

Akhirnya, selepas sebelas tahun, sejak dari tahun 2000,  malam tadi, Liverpool berjaya mengalahkan Arsenal dengan 'the worst possible ways'. ( Away Fixtures)

Pertamanya, Gol sendiri Aaron Ramsey memang amat memalukan dan tidak sepatutnya terjadi kepada sebuah pasukan yang 'claim' keeper dia hebat bangat!!

Keduanya, dengan pembuangan padang Emmanuel Frimpong kerana kad kuning yang kedua. Memang patut pun, mamat muka cam cicak ni, memang main jenis tuju betis orang.

Ketiganya, Arsenal langsung tidak dapat membalas jaringan yang Liverpool dengan keputusan akhir  0-2.

Walaubagaimanapun, Ianya masih awal untuk menentukan hala tuju Liverpool yang prestasinya amat buruk dalam setahun dua ini. Kelemahan ketara Liverpool adalah apabila bertemu dengan Team cap ayam, Liverpool susah untuk menang dan mengutip mata penuh. Bia lawan team kuat kuat, reti pulak lah dia menang.....

You'll Never Walk Alone!!!!

Hero malam tadi, Enche Suarez.....

No comments:

Post a Comment