Hari ni aku cuti sempena Nuzul Quran.
Dah penat bertadarus, aku kemas-kemas rumah sikit-sikit termasuklah bahagian tempat aku simpan gadjet2 aku seperti gitar-gitar, Amplifiers dan peralatan elektronik yang lain. Ada diantaranya berdebu tebal dek lama dah tak berusik.
Nak hampir sudah kemas bahagian tu, terjumpa sepeket tali gitar akustik yang aku beli di Bentley Damansara berbulan sudah. Tali ni aku beli untuk gitar akustik aku yang sudah rosak. Balik dari KL just campak tanpa dipedulikan. Langsung tak ingat pasal tali ni. Dan gitar akustik tu pun dah lama aku tak guna kerana duk sibuk guna 4 tali dengan Amplifier custom yang baru aku perolehi 3 minggu sudah.
Sambil duk tercegat depan pintu, sambil garu2 kepala, sambil pikir nak buat ke tidak... nak buat ke tidak... last last , aku amik keputusan, buat la jugak, kalau tak, alamatnya tali ni duk bertapa dalam drawer ni lagi entah berapa bulan.
|
Tali Nombor 6 (E) yang sudah merenggang, ini tanda ianya perlu ditukar kerana ianya tidak lagi boleh di tune. |
|
Dari Kiri: Satu paket tali akustik berjenama D'Addario, String winder dan Digital Tuner |
|
Bridge Pegs yang sudah dicabut dan sepeket tali. Tali-tali ini di paketkan sekali gus dan tidak lagi di dalam paket-paket yang berasingan, Nak selamatkan dunia katanya. |
|
Tali tali ini di kodkan mengikut warna. Senang nak tengok!!! |
|
Cara meletak tali di Peg... |
|
Cucuk tali beserta peg kedalam lubang di Bridge, pastu tekan dengan kuat agar peg itu tidak terkeluar ketika melakukan proses tuning nanti. |
|
Proses menggulung tali jadi amat mudah dengan menggunakan String Winder. Cepat je siap, tangan pun tak lenguh, |
|
Tuning standard dengan menggunakan Intelli Digital Tuner... pastu boleh main lagu "Kimi Ga Iru" dari Band Galla |
Selamat Berbuka Puasa Kepada Semua........
No comments:
Post a Comment