amriezukasensei part 1

http://amriezukasensei.blogspot.com/
amriezukasensei part 1

Sunday 14 August 2011

Samsung Galaxy Ace S5830

Sony F305 Junior sudah rosak. Phone jenis slide dan flip memang tak tahan lama. Tapi masa tu beli jugak sebab F305 ni adalah phone gaming dari Sony yang mempunyai fungsi motion lebih kurang macam Nintendo Wii tu.

Disebabkan rosak dia punya 'riben' so phone itu terpaksa di rehatkan selama-lamanya... masuk kotak simpan dalam arkib.

Setelah kajian mendalam dibuat, aku amik keputusan, nak cuba sistem andriod dan fungsi touch screen. So usyar sana sini, SGA adalah pilihan yang agak sesuai dari faktor user yang suka main game dan faktor poket si tukang bayar.

Dengan kelajuan processor 800mhz, ianya cukup sesuai untuk running tanpa masalah. Cuma, dalam tempoh yg sekejap ini setelah junior dera dengan sepuas hati, 2-3 kali juga dia sedikit lembab dan wifi memberi signal error...

Setelah google, memang signal wifi untuk model ini selalu terganggu dan mempunyai sedikit masalah. Solusinya, aku off dan on balik phone.

Sistem touch screen nya agak bagus dan ianya adalah dari jenis generasi baru. Jadi ianya tidak memerlukan tapping dan juga stylus untuk beroperasi.

Cuma ianya sangat sangat tidak sesuai untuk jari lebar seorang pemain bass seperti aku ini... lain yg aku nak tekan, lain pula yang ditekan...

Saiz skrin sedap mata memandang 320 x 480 pixels, 3.5 inches

Dari kiri: Jack 3.5 untuk earphone standard , seperti earphone nokia juga. Data Cable jenis CA101 seperti nokia juga. Kepala pengecas Jenis USB.

Back Cover standard Glossy White dan Matte Black yang diberikan standard. Murah hati Encik Samsung bagi sampai dua!!!!

Ni gambar yang aku amik guna kamera 5mp dengan built in flash. Hanya ada kamera di bahagian belakang. Panggilan 3G kena pegi cari cermin dulu. Gambar menang Nokia aku lagi walaupun sama 5mp.

Lubang USB utk data cable dan pengecas berkongsi. Lobang bulat tu untuk jack earphone.

Slot MicroSD yang boleh disumbat masuk sampai 32gb. Enset ni aku cuma guna 8gb sahaja. 


Verdict aku: 3.5/5 bintang.....

No comments:

Post a Comment