amriezukasensei part 1

http://amriezukasensei.blogspot.com/
amriezukasensei part 1

Monday, 3 October 2011

Derby dan rupa- rupa nya.......

Merseyside Derby,

adalah gelaran perlawanan diantara Liverpool dan Everton. Ianya dinamakan sedemikian kerana Everton merupakan sebuah kawasan di dalam Liverpool. Jadi perlawanan diantara keduanya adalah dikira seperti adik beradik yang sedang menunjukkan kehabatan masing-masing. Penyokong kedua pasukan ini, seringkali terdiri daripada keluarga yang sama. Dan jarang sekali berlaku pergaduhan diantara kedua penyokong pasukan ini. TETAPI, saingan perlawanan ini adalah sangat hebat daripada perlawanan biasa kerana faktor DERBY tadi.

Mereka ini mungkin adik beradik, sepupu ataupun jiran...








Epic!!!!



Serupa halnya dengan Manchester United dan Manchester City. ianya dikira Derby juga. Kerana kelab ini berada dikawasan yang sama yang mana kadang2 penyokongnya menyokong kedua-dua kelab ini pada satu satu masa.


Pada Sabtu yang lepas Liverpool mencatatkan kemenangan yang ke 216 ke atas EVERTON. Satu game yang amat menarik dengan berbagai aksi drama yang dapat menghangatkan suasana stadium.

Andy Caroll's berjaya menyumbat gol sulung beliau pada perlawanan ini dan Suarez seperti biasa, beraksi cemerlang jauh lebih baik dari Torres yang gila glamer itu.

Jack Rodwell dari Everton yang dilayankan kad merah adalah satu insiden kalut malut pengadil. Bagi aku, ianya tidak sepatutnya kad merah. Cukuplah dengan kad kuning kerana ianya kesalahan pertama dan sebenarnya Rodwell menyentuh bola sebelum 'membaham' kaki Suarez. Memang difahami, tindakan terjahan keras keatas pemain utama (penyerang terutamanya) biasanya pengadil akan bertindak dengan amat 'strict'. Dalam kes ini, Kad Merah.

Dirk Kuyt juga menambah drama dengan gagal menyumbat sepakan penalti yang diperolehi. Tak pe lah. Kira 'Instant Karma' bagi tindakan pengadil kasi kad merah tadi.

Tetapi kegembiraan aku menyambut kemenangan Liverpool ini sedikit terancat apabila aku terlihat sticker ini di beg junior:

Gambar ni amik kat beg ngaji dia... mana dia dapat ntah.. Tapi dia kata, dia tetap Liverpool Fan jugak... ni nak sokong team 'Tok Pa' .....hahaha

No comments:

Post a Comment