January 20 1987 - October 23 2011 R.I.P |
Ntah kenapa, urusan aku nak pegi moto gp kali ini banyak halangan. Macam-macam. tak de yang mudah.
Sepatutnya, pukul 11 pagi lagi aku dah sampai kesana. Tapi disebabkan Kuliah yang berlanjutan, pukul 1 tengah hari baru aku berlepas dari IIUM ke Sepang. Singgah solat di stesen minyak BP Tol Sg Besi... masa minum air kopi McD, tumpah pulak atas seluar...
Aduhai...
Sampai di area Sepang, Jam tak ingat... semua gate utk parking ditutup kecuali area C3. Jauh sangat tu nak menapak Ke 'F'. Polis trafik sedang khusyuk menyaman kereta2 yang parking tepi jalan. Beribu kereta disaman tanpa belas kasihan.
Sampai aku kat tempat parking, moto 250 baru saja selesai. Dari tempat parking tu, kalau nak menapak ke F, ada dalam 3KM kut?
So disebabkan dari situ pun bleh nampak berberapa kawasan yang menarik seperti corner 7,8 dan hairpin 15 serta lurus diantara 8 dan 9, aku amik keputusan, duduk kat area C3 je. Malas nak menapak panas2 buta ke F kerana jalannya dah la berbukit, panas terik dan kelihatan awan mendung disebelah barat. Aku tak de payung, kalau ujan, DSLR nak campak mana?
Sebab banyak sangat songehnya, aku duk tepi pagar je.. baru 2-3 pusingan start... tetiba bendera merah dikawasan berhadapan dengan c3, iaitu Grandstand, telah dikibarkan. Berlaku satu kemalangan diantara berberapa penunggang. Keadaan agak kelam kabut dengan personel medic kesana kemari. Malahan, sebuah helikopter juga dihantar untuk tujuan itu.
Malangnya, pelumba yang terlibat dengan kemalangan itu disahkan meninggal dunia pada jam 4.56 petang waktu Malaysia di Pusat Perubatan SIC.
Tiada makluman awal. Lama menunggu, dalam 5.30 ada lah satu pengumuman kata " Perhatian, perlumbaan pada hari ini dibatalkan".... sebabnya tak pulak derang cerita. Cuma sebaris frasa je keluar dari mulut aku... "Mati la tu... "
Riuh rendah dikawasan grand stand dan juga F... habis dibaling botol kosong segala sampah sarap ke dalam trek... Penonton mengamuk!!! Aku tak salahkan derang sebab pengumuman dibuat ala kadar tanpa menjelaskan cerita yang sebenar. Kalau ada pun mungkin lewat. dan ramai yg mendapat berita dengan menghubungi orang yg menonton live di TV kerana dalam TV ada update status pelumba yng terlibat dg kemalangan itu.
Hazabb betul orang malaysia bersikap sebegini. Satu dunia memerhati. |
Takziah kepada ayah Mendiang Marco |
Aku pun tak tunggu lama, untuk mengelakkan jem, so aku cabut cepat cepat.... kali ni parking pun tak berbayar sebab orang merusuh, tukang jaga parking tak berani nak kutip parking....
RIP Marco Simoncelli !!!!
Warning: Explicit Image....!!!! sampai tercabut helmet...
http://www.youtube.com/embed/FkInpkx1hFE
http://www.bernama.com/bernama/v5/newssport.php?id=621946
Ni nama dia Helikopter kalau korang nak tau. Tapi yang ini, kalau lalu depan korang, kena kasi lambai... sebab ini barang ada kamera kat tepi dia. Untung2 masuk TV. Glamer satu kampung!!! |
Gambar terakhir Marco yang berjaya aku snap. |
Jarak kereta ni parking dgn SIC dalam 3-4km. Larat derang berjalan. Habis semua kena saman ngan polis trafik. |
Cantik menda alah ni... kat sogo ada jual tak? |
Perghhhhhh!!!! masak la ko nak mendaki bukit pakai kasut macam tu... 101 Dalmatian punya design!!!! |
No comments:
Post a Comment