amriezukasensei part 1

http://amriezukasensei.blogspot.com/
amriezukasensei part 1

Sunday, 9 October 2011

Nasi Lemak KangKung

Malam tadi berborak-borak dengan sorang chef dari sebuah diner yang fames juga. Dari cerita hantu, sampailah cerita pasal jenis-jenis nasi yang ada di Malaysia ni.

Antara yang menarik adalah dengan statement beliau menyatakan bahawa Nasi Dagang sebenarnya berasal dari Kelantan, tetapi sudah di 'claim' oleh orang terengganu menjadi Ikon negeri mereka. Tidak kisah sangat pasal itu, cuma ianya memberi perspektif yang berbeza terhadap diversiti masakan yang terdapat di negara kita.

Pengetahuan berkaitan dengan jenis2 masakan ni agak penting juga bagi aku, sebab ianya berkaitan dengan perkerjaan aku sebagai seorang secret agent. Haha...

Kemudian, beliau bercerita berkenaan dengan Nasi Lemak yang merupakan satu masakan yang amat fames dan antara masakan Malaysia yang masih belum dapat di Claim oleh indon caprut tatau malu sebagai masakan mereka.

Apa yang menariknya, menurut beliau, Nasi Lemak ini telah wujud sekain lama di sini dengan hidangan utama nya adalah nasik yang dimasak dengan santan, daun pandan dan halia, telur rebus, sambal ikan bilis dan KANGKUNG!

Secara tradisionalnya, nasi ini dihidangkan dengan kangkung celur (rebus). Penggunaan timun pada hari ini adalah sesuatu yang tidak original dan bersifat sebagai alternatif bagi penyediaan kangkung yang agak rumit. Pada zaman dahulu kala, kangkung ini terdapat dimana-mana dan merupakan sejenis sayur glamer org melayu. Sehinggakan cerita zaman sultan melaka pun ada menyebut pasal sayur kangkung yang di beri makan kepada Pembesar Cina yang datang melawat melaka pada ketika itu.

Menariknya Nasi Lemak kangkung.... bangun tidur tadi, terus aku bikin satu...

Nasi Lemak... Jangan guna santan kotak... tak best!

Ikan bilis saiz xs dan sambal yang mengandungi kisaran bawang besar yang banyak bagi kasi pekat dan kurang sedikit pedas (kids friendly)

Kangkung yang dicelur bersama baking powder dan sedikit garam bagi mengekalkan warna hijau sayur. Kalau tak de baking powder, pakai garam pun dah cukup. Kalau tidak sayur tu jadi kehitaman...

Telur rebus dan Kacang tanah goreng adalah kemestian.

Jom breakfast dengan saya... ada dua ketul tahu goreng belen malam tadi masuk dalam pinggan satu kali.... haha...

No comments:

Post a Comment