amriezukasensei part 1

http://amriezukasensei.blogspot.com/
amriezukasensei part 1

Sunday, 31 July 2011

Kuantan Drag Part 2

4G93 untuk Kategori Open NA. Laju tak hingat...

Acara terakhir pada 8pm katanya, tapi kul 3 pagi baru duk ketegori E... aku balik awal. Tido lagi baik.

Tiket recycle pusingan 1. RM5, duk tengah panas.... apada... kasi la khemah, baru nyaman sikit.

1, 2..... Go!!!!!!!!!!!!!!

V Tec

Perjalanan dari Pit ke Starting Point

Siapa laju, dapat menda ni dan PRIDE!!!

Geng masa main superbike dulu pun ada, dia antar kancil turbo open sebijik. Cantik Canon 60D dia... baru beli. Haram tak reti guna.... hahaha

Lagenda Ford Escort MK2. Ni ori punya. 2 Pintu. Laju macam pelesit. Di pacu oleh pakcik tu... tapi kalah semasa semi final kerana masalah teknikal. Kereta ini sama umur dengan aku kut. Hidup Ford!!!!!!

Pochek kat starting point.... dipandu hampir 400km dari KB semata nak join Drag. Nasib baik tak de roadblock... sekutu ni!!!! Oh, khemah di supply oleh geng kospek.... abis 5-6 bijik hancur malam tu kena bantai dek ribut... tapi gambar nya entah dimana... tak bleh nak upload..

Yeeeaaaaa menang!!! Tuan rumah bagi sewa freee!!! hahaha... itulah jeritan derang masa nampak aku. Mintak sewa Guest House free.... 

S2000 ni kena boo ngan penonton sebab kalah ngan satria buruk. sungguh tak sporting crowd kali ini. Sebab itu kereta dasat2 tak join drag, kalau kalah kena boo...

Susah betul amik gambar di malam hari... kena banyak belajar lagi....
Ringkas kata, pihak penganjur cuba membawa sukan yang hebat ini di Kuantan. Tetapi pihak penganjur lupa 2-3 perkara yang amat penting iaitu keselamatan pelumba. Sepanjang program, tiada sebijik ambulan berada di tepi trek bersedia untuk segala kemungkinan. Juga tidak terdapat jentera bomba.

Ini menunjukkan pihak penganjur masih tidak berpengalaman dan tidak mengambil berat keselamatan pelumba dan pengunjung. Kereta yang dipecut, mencecah kelajuan 160km/j. Kalau eksiden, peluang mati tu cerah sangat dengan kereta yang tiada roll cage.

Lumba haram lagi selamat!!!! haha

No comments:

Post a Comment