amriezukasensei part 1

http://amriezukasensei.blogspot.com/
amriezukasensei part 1

Wednesday, 21 September 2011

Lelaki v/s Perempuan - Perang Warna

Warna Asas ada 3 sahaja Merah , Biru dan Kuning, serta Hitam dan Putih.

Selain dari warna-warna itu, warna-warna lain yang ada disekitar kita  merupakan campuran/ adunan warna dari warna-warna yg disebut tadi.

Maka terhasil lah warna Hijau, Oren dan Ungu sebagai warna sekunder.

Dengan teknik Hue, tint dan shade, kita memperolehi warna Tertiary seperti hijau muda, hijau gelap, biru laut, coklat dan sebagainya...



Bagi orang lelaki,tidak kira lah dia layan lagu Metal atau lagu Ramlah Ram, memandu Honda Jazz atau Hummer , warna merupakan satu benda yang rumit dan 'susah mau cakap'.

Ramai kenkawan aku yang buta warna dan tidak mengenal warna.

Apa beza?

Buta warna ialah gagal melihat warna tertentu atau tidak nampak warna terus... semuanya Black and white . Atau cuma dia gagal melihat warna2 tertentu seperti hijau...

Tidak mengenal warna adalah apabila dia nampak warna tersebut, tetapi dia tidak tahu nama warna tersebut. Selalunya warna-warna tertiary.

Lelaki mempunyai bilangan buta warna yang lebih ramai dari wanita....

Sebab itu, bila berbicara pasal warna, lelaki suka straight to the point... kalau hijau, akan dibilang hijau... tiada hijau muda, hijau tua sebagainya....

manakala orang pompuan, kalau pada ketika itu aku nampak biru.. dia akan sebut tu bukan biru... tu turquoise...

well.... wutever... it's still blue.... hehe...

Kalau tak nak pasangan anda masam muka ketika bershopping langsir atau memilih warna dinding rumah baru korang, aku nasihatkan, print ini gambar, simpan dalam beg duit korang. Senang nak buat rujukan.

No comments:

Post a Comment