Cara persembahan duit raya tu pun, sama je dengan sekarang ini, dibubuh dalam sampul duit yg kita panggil angpau... ikut budaya orang cina kut.
Pada zaman itu, kebanyakkan sampul duit ini bewarna hijau. Orang cina warna merah, dipanggil red packet.... kita punya ijau, dipanggil green packet....
Tataulah pulak orang India ada bagi bagi duit macam org kita dan cina. Orang Kristian pun, lagilah aku tatau.
Budaya bagi duit raya ni, adalah datang dari budaya islam itu sendiri iaitu dengan perbuatan 'sedekah'. Sebagai satu cara ekspresi orang gembira yang memberi kan sedekah dalam bentuk duit untuk menggembirakan orang lain yg menerima sedekah itu.
Tak salah budaya ini. Cuma konsep dan tujuannya haruslah betul dan tidak memberi beban kepada semua pihak.
Cara persembahan bagi duit raya melalui sampul duit ini , pada zaman ini agak sedikit berubah. Dengan zaman kehebatan Art and Design, sampul duit raya menjadi seperti barang seni yang bewarna warni dan pelabagai bentuk.
Warna hijau tidak lagi menjadi warna pilihan utama... gambar-gambar masjid dan ketupat tidak lagi menjadi pilihan, malahan ada yang bergambar seksi vogue pada sampul duit raya tu.
Apa-apa pun, Junior dapat banyak juga duit raya.... brapa nilainya, tidaklah aku peduli sangat... cuma aku amik kutip sampul sampul duit raya tu untuk aku simpan dalam kotak kecil sebagai kenangan dan sedikit keseronokkan pada diri sendiri.
Dalam banyak banyak tu, yg kat bawah ini yang paling bagus.... sepatutnya, sampul duit raya haruslah berbentuk sebegini dengan menyampaikan mesej2 yang positif dan bagus untuk penerimanya...
Super cool!!!!! Ingat, duit ini bukan untuk beli rokok!!!! Sampul duit dari kakak aku, seorang pengamal perubatan yang anti rokok.... hehe |
No comments:
Post a Comment