amriezukasensei part 1

http://amriezukasensei.blogspot.com/
amriezukasensei part 1

Wednesday, 28 September 2011

Iris, Nyala, Maggots dan Fathul

Fathul.... A Living Legend scene underground and subpop di Malaysia. Siapa tak kenal dia eh? Mat dan Minah pengikut underground scene pasti akan kenal Brader Fathul.

Hasil dan karya dia, memang tahap ' evergreen'.

Aku follow brader ni sejak sekolah lagi, dengan aku melayan kaset Infectious Maggots dengan album Deep Within Our Grief Factory Milk Runs Red. Sungguh pelik bunyinya... dentum dentam tanpa tujuan dengan bunyi bunyian besi dan kilang.... tapi disebabkan aku mempunyai sekutu underground di Kuantan, aku telah di kasi ajar bahawa ini adalah lagu berbentuk Grindcore atau Industrialcore yang original dari Malaysia. Ketika kemaruk bebudak Kuantan dengan band orang kampung aku, The Pilgrims, aku sudah mengorak langkah layan grindcore dan death metal bersama 2-3 orang budak lagi.

Terdapat 3 album yang aku sempat dengar :
  • Deep Within Our Grief Factory Milk Runs Red (1993)
  • Unknown (1996)
  • Karat Besi Simfoni (2000)
Disamping itu, Fathul serius juga bersama dengan sebuah kumpulan bikin projek lagu alternative yang memang bunyi nya, tidak ada di MALAYSIA pada ketika itu.

Kumpulan Spiral Kinetic Circus merupakan sebuah band yang agak low profile walaupun line up nya terdiri dari manusia yang sangat hebat di muka bumi ini.

fathul (vox/guitars)
ken (guitars)
andy (bass) - of flop poppy

sessionist:-
ajin (drums) -  black rose's frontman?
jijoe (guitars) 
Element efek flanger yang cukup pelik bunyinya di adun hampir pada setiap lagu. Dan kalau di dengar betul betul, aku setuju sangat jika dikatan Ajin Blackrose adalah orang yang bertanggung jawab memainkan percussion dalam rakaman album ini. Style Ajin memang cukup nyata dengan hentakan paddle yg cepat dan jitu. Ajin memang seorang drummer (electronic drum masa tu) yang hebat dan sering mendapat jemputan dari ramai.

Lagu yang paling fames adalah IRIS. Lagu ini sering diputarkan di radio, tapi ramai tidak yang berapa sedar tentang SKC. Kalau didengarkan lagu ini, pasti ramai berkata.."aku pernah dengar la lagu ni, siapa nyanyi ye"?





http://www.youtube.com/embed/GozCQmAb2cc



Tapi faveret aku adalah Dragon Girl dan semua sekali. Tiada satu pun lagu derang yang aku skip...

Fathul juga terlibat dengan projek Fathullistiwa Soundscape dengan tajuk Romantikarat dengan berberapa lagu melayu seperti R.I.N.D.U dan sebagainya.

Tak berhenti disitu, Fathul selain bermuzik, dia juga terlibat dengan aktiviti kesenian yang pelbagai yang mana tidak ramai orang yang mempunyai kesungguhan seperti dia.

Fathul mempunyai sebuah Distro yang menjual barang-barang 'collectors', artworks, buku buku dan  bermacam lagi. Kadang-kadang, kalau bernasib baik, boleh tengok 'play' dan small gig disitu.

UYA! Distro
No. 26, Tingkat 1,
Jalan SS 15/8B,
47500 Subang Jaya,
Selangor, Malaysia
(Above Station One Cafe)

Terkini, projek LUKIS Balai Seni Lukis Negara yang di jalankan oleh Fathul dan berberapa orang kuat lain. Kalau korang mempunyai sesiapa yang berumur 7-12 tahun, boleh lah join. Tak mahal yurannya, dalam RM20 kut... nilai yang sedikit itu tidak boleh dibandingkan  dengan  ilmu yang akan di berikan oleh encik fathul....


10% teori, 90% praktikal


I luv crayons.... dalam kelas seni aku pun, memang aku galakkan murid aku menggunakan crayons dari color pencils...

I wish I was one of them ..... Lucky little creatures

Mamat ni dapat tawaran menerbitkan buku POEM... Details belum jelas, baru tadi dia kasi tau... Tahniah!!!

Sedang Berlangsung di BALAI SENI LUKIS... pegi la cepat


Dan selain dari muzik-muzik belaiu didalam enset dan iPod aku, aku juga memiliki hasil seni beliau dalam bentuk T-Shirt.... ceritanya DISINI




Infectious Maggots dalam Gua Kepura Ipoh



http://www.youtube.com/embed/cWLAB4kFnmo

No comments:

Post a Comment