Aku memang selalu tengok india mabuk. Zaman bebudak dulu aku dibesarkan disebuah pekan yang terkenal dengan acara mabuk mabuk terbungkam sana sini.
Di KL pun, aku tak pelik kalau terjumpa orang mabuk pengsan merata rata...
Tapi Di Kuantuan ni, agak pelik jika aku jumpa orang mabuk... tambahan punla kalau dah terbaring dalam ujan begitu rupa... manalah tau, dia bukan mabuk tapi mendapat serangan epilepsi.. atau dilanggar kenderaan... atau apa sahaja...
Cara terbaik, dengan mendail 999... pertama kali dalam ibdup aku dail nombor ni.... huhu...
999 : Talian Kecemasan 999, apa yang saya boleh En. Amriezuka?
Aku : What? ... oh. Ni saya nak laporkan, ada manusia duk
terbungkam atas jalan hujan hujan ari...
999 : Orang apa tu Encik? Keadaan dia macam mana? masih
hidup?
Aku : Ntah la, macam India mabuk je. Saya rasa dia idup lagi,
sebab tadi saya tengok dia seronok je duk minum air dalam
lopak tu.
999 : Encik berada dimana sekarang ini? Lokasi sebenar?
Aku : Saya kat Kuantan, sebelah Bank Rakyat, depan Masjid
Negeri.
999 : Macam ni, saya sambungkan Encik kepada perkhidmatan
ambulan... Encik Amriezuka jangan letak talipon ye...
Tapi malangnya..... talian terputus... so, aku pun drive semula nak balik rumah.... tak sampai 2 minit selepas itu...
999 : Kenapa En Amriezuka letak talipon? (kali ni jantan pulak,
tadi pompuan)
Aku : Mana ada letak tlipon.... terputus kut..
999 : OK tak pe lah, saya sambungkan Encik dengan Balai Polis
terdekat... Encik berada di kuantan sekarang ini kan?
Aku : A ah ye....
Pulis : Ye Encik Amriezuka, Lokasi sebenar encik dimana?
Aku : Tepi Bank Rakyat Kuantan
Pulis : Jalan besar? atau diantara Tabung Haji dan Bank Rakyat?
Orang tu berada ditengah jalan?
Aku : Tepi jalan... saya diantara Tabung Haji dan Bank Rakyat
Kemudian, polis tu amik details aku, dan berjanji akan uruskan masalah ni.
Aku letak tlipon dan keluar amik 2-3 keping gambar...
Dalam 15 minit kemudian, sebuah petrol car dihantar untuk menyelesaikan kes ini. Masa tu, aku sudah pun mula bergerak untuk balik kerana ada urusan lain. Ketika ini juga terdapat 2-3 orang yg duk suruh mamat india tu bangun dan duduk di tempat teduh...
Aku snap 2-3 keping lagi dan terus balik rumah...
Apa yang aku nak rumuskan sini, sistem 999 ni memang gempak... angkat saja telipon, mereka sudah tahu aku ni siapa... ini bermakna mereka mempunyai data lengkap tentang setiap nombor yang ada. Dan ini satu cara yang amat bagus utk mengelakkan panggilan palsu... cuma masa respon 15 minit tu... aku rasa amat slow kerana balai polis cuma terletak 200-300 meter dari tempat kejadian....
Polis dan good samaritan... apa jadi selepas ini, saya tatau. Terpaksa balik, ada urusan penting untuk kasi selesai. |
No comments:
Post a Comment