amriezukasensei part 1

http://amriezukasensei.blogspot.com/
amriezukasensei part 1

Friday 16 September 2011

Sarung Kunci

Aku ada masalah........

Setiap hari, mesti aku gatal gatal tangan masuk website jualan online..
Antaranya Mudah, Ebay, di wall-wall FB dan juga blog-blog yang ada jual barang.

Niat tengok-tengok kenkadang tu terbabas jadi membeli.

Bahaya... pembelian yang tidak terancang sudah tentunya membuatkan poket makin cepat 'bocor'.

Tapi, nak buat macam mana. Dari aku layan porn... baik aku tengok gambar barang2 yang orang nak jual.

Ari semalam, satu bungkusan telah tiba.... satu barang yang aku beli dari penjual di Kuala Lumpur.

Barang ni tak de jual kat kedai... kerana faktor 'rare' itulah aku akhirnya, membuat urusan pembelian ini.

Ianya hanyalah bekas atau sarung bagi kunci kereta. Di perbuat dari silikon yang mana ianya akan menyerap daya hentakan jika kunci ini terjatuh selain mengelakkan kunci ini cepat lusuh.

Kunci aku ni, masa beli keta ni, dia bagi satu je yang ada remote. Satu lagi jenis manual tetapi mempunyai cip immobilizer di dalamnya. Kunci remote jenis flip ini berharga hampir seribu ringgit jika ingin di buat pendua atau memerlukan salinan jika hilang. rosak dan sebagainya...

Olah sebab harganya yang tak masuk akal bagi sebatang kunci... aku pejam mata, beli sarung kunci ni...

Kerana guna pos laju, kena tambah RM5 .... huhu

Made in Malaysia je... tapi kenapa susah mau cari?

Macam apa ye? hmmmmm

ngam ngam.... sedap pegang. Silicon jenis lembut dan ada feeling velvet skit skit..

Cantikkk

Memberi sedikit warna dan susana ceria pada ruang kokpit yang suram..

1 comment: