Best kan?
Biasanya, makan SB ni, berkonsepkan buffet. Makan lah sebanyak mana yang anda mahu.
Konsep SB ni telah menapak ditanah melayu since tahun 80an lagi... atau mungkin sebelum itu lagi. Aku bukan professor bidang SB, so aku tak berapa arif sangat.
Kat kuantan ni, bersepah kedai SB. Bayar Rm12-20, korang makan lah sebanyak mana yang termampu. Kalau membazir, korang akan kena denda.
Biasanya SB dikuantan ini menggunakan dapur gas portable (jenis yang bawak gi camping tu) tapi ada juga yang guna dapur janis induction seperti di Sri Afa .
Terdapat sebuah periuk diatasnya, dan di dalamnya diletakkan sup untuk mereneh bahan2 SB tu nanti. Ada sebuah kedai SB ni, sebuah periuk, boleh memuatkan 2 jenis sup, iaitu sup biasa dan sup siam (tom yam) ...ada kompartmen pemisah diantara keduanya.
Tapi aku tak berapa suka makan di kedai. Satu, ianya sangat panas dan tidak begitu selesa. Keduanya, aku tak makan banyak, so orang macam aku, tak best kalau makan buffet. Rugi!!!!
Jadi, aku buat sendiri SB dirumah.... senang saja.
Janji ada dapur nak masak SB tu. Nak pakai dapur gas kat dapur pun tak pe.... tapi... susah sikit la kan...
so aku beli dapur dia... dalam seratus kut harganya. Selain boleh SB, dapur tu bleh juga buat masak menda2 lain seperti deep fry, stir fry.... masak yee mee.... tom yam dsb...
Bahan mentah beli kat Giant je.... muarah-murah... |
Steamboat DIY.... |
Lapisan dalam periuk ni, dilapisi teflon. jadi senang nak kasi bersih selepas digunakan.
Bahan mentah untuk SB ni, beli di Giant je... Pix and Mix... Sekilogram dalam RM15 dan boleh makan 2 kali untuk 2-3 orang. Tengok orang juga macam mana, kalau jenis pelahap macam lanun lapar, sekejap je habis.
Boleh ditambah dengan sayur2 seperti kailan, cendawan, innoki dan apa sahaja yg korang rasa nak makan.
Kemudian bab sos, pakai yg ready made, atau buat sendiri . Aku suka buat sendiri je, mesin cili merah , bawang putih (smoked) sedikit halia dan garam.... senang je... pastu boleh la enjoy perlawanan bolasepak MU kalah ngan Barca.
Chim Chun (CC) ni satu jenis makanan seperti SB, tetapi mempunyai fungsi 'bakar' , BBQ.
CC berasal dari Thai, ada juga kata dari korea.
Tapi yang penting, kat Malaysia ni, tak banyak tempat ada jual makanan ni. Satu tempat yang aku pernah pergi untuk makan menda ni ialah di Food Village di Kota Bharu. Memang best. Dengan bayaran RM15, anda boleh makan sampai pingsan.... tapi kalau amik lebih tak habis, korang kena denda, RM3 untuk 100gm kut... tak ingat. Selain dari CC tu, ada juga side dishes lain seperti mee, nasi goreng, laksa dan pencuci mulut.
Dari Kota Bharu, menghala ke Pengkalan Chepa, selepas gertak (jambatan) sg baung, sebelah kiri jalan.... Kredit pada tuan punya gambar |
CC ni serupa sangat macam SB, cuma dia fungsi membakar di tengah-tengah periuk nya. Di dalam sebuah rancangan dokumentari, memanggil periuk ini sebagai 'periuk lembu naik bukit'. Kelakar juga namanya... tapi aku cuma panggil periuk CC.
Menda kecik kat atas periuk tu, adalah lemak ayam. Ianya berguna untuk kasi sedikit 'grease' pada permukaan periuk. |
Dikeliling periuk ini, tempat rebus, di bahagian bukit periuk ini pula tempat bakar daging , ayam dan sotong |
saya suka mee goreng |
Crabstick, cendawan telinga dan apa menda ntah... |
letih la nak menyental periuk ni nanti |
Ni periuk yang aku beli di siam. Yang sebelah kanan tu tempat masak, dan sebelah kiri tu tempat arangnya. Periuk lembu naik bukit!!!!!! |
Aku guna lilin memasak je.... tapi susah nak kontrol api. Kena study dulu cara yang betul. dah jumpa caranya, baru aku pos kat sini pada masa akan datang... |
Habis satu malaya aku pusing, belum pernah bertemu dengan periuk ini dijual. Tapi itu ari aku masuk siam, jumpa menda alah ni di sebuah kedai peralatan dapur. terus aku beli. Murah je RM25.
Speselnya CC ni, dia menggunakan dapur tradisional, iaitu dijana haba dari sumber arang.... ye betul, ianya sebuah dapur arang . Setongkol duk atas meja makan dapur arang.... betul2 macam siam bukit punya style.
kelemahan CC ni, kalau makan dalam rumah, abis berasap satu rumah. kalau makan kat luar, abis baju bau asap. Pastu , bila dah sudah makan, nak basuh dia punya periuk cukup hazab... kena pakai berus dawai...
mahalnyer yang promosi nie..
ReplyDeleteSalam tuan punya blog.. nak tanya kat siam tue beli periuk CC nie di kedai area sempadan ker..?
ReplyDeletenak tnya, lilin cm tu kt mana jual erk lau area2 lrt yg 1 jln ngn kelana jaya?
ReplyDelete