amriezukasensei part 1

http://amriezukasensei.blogspot.com/
amriezukasensei part 1

Thursday, 23 June 2011

B Segera

Kalau korang nak pergi makan kat luar, apa kriteria yang korang ambik kira bila buat pilihan?

Kat bawah ni faktor-faktor yang aku amik kira bila nak pegi makan:


Yang paling penting, menu!!! Tengok mood nak makan apa hari tu. Kalau rasa nak makan satay, pegi la kedai satay, kalau nak makan hot plate, pegi kedai hot plate.

Keduanya, tempat parking. Aku tak suka betul pegi tempat yg susah parking. Terutama jenis yang parking dekat dengan tepi jalan. Maksud aku, bahu jalan tu sempit sangat. Selain dari aku takut menghalang trafik, aku bimbang juga keselamatan Junior yg kadang-kadang tak tentu pasal, dia melompat-lompat seronok. Nanti tak pepasal kena lenyek ngan kenderaan lain.

Ketiganya, Kebersihan. Hoho... ni bukan perkara kompromi. Sedap atau murah atau ada pelayan comel bak Avril Lavigne sekali pun, faktor kebersihan haruslah di berikan perhatian utama. Tak nak lah lepas makan, terus kena masuk wad sebab termengidap demam kepialu atau abis bodo pun diarrhea.

Seterusnya, tahap sedap tak sedap. Sebenarnya, faktor sedap tak sedap ni adalah subjektif. Ada org kata kedai yg satu tu, sedap betul sampai ketagih, tapi bila kita pergi, rasanya cuma biasa-biasa sahaja... dan begitulah sebaliknya.

Faktor keselesaan juga aku amik peduli. Ye lah kan, kalau terlalu hampir dengan jalan raya, atau tempat tu pasang muzik macam tokeynya mengalami kecacatan deria pengdengaran kekal, atau tempat mat mat bola berkumpul layan game, sudah tentu tak sesuai nak bawak anak bini pergi makan. Tak larat lah nak melaung cuma kerana nak mintak hulurkan botol kicap.... kalau tempat tu tempat bebudak muda dating pun, aku tak pergi jugak.... macam  aku bebudak dulu, ada tempat tu namanya 'Grape Farm'... kalau nak dating dengan gaya, kena pegi situ... padahal, ianya cuma kedai roti biasa sahaja....

Harga.... usahlah berkira sangat kalau nak makan tu. Tapi, kenalah logik dan masuk akal. Kalau tempat tu jual nasik lemak telur kerat lapan pada harga RM30 sepinggan, takkan nak pegi situ?

Dan mungkin yang terakhir sekali adalah ventilasi atau pengudaraan. tak mahulah lepas makan, badan lenjun berpeluh peluh dan baju kupam bau asap..... kedai mamak, banyak yang macam tu. Tapi Kat sini ada 2-3 mamak yang ada bilik ekon yang selesa lagi aman damai.


Itu hari, aku ada pegi satu fast food. Restoran jenis ini , memang glamer pada budak-budak. Tujuan aku pun memang aku nak bawak junior pegi makan. So pergi lah situ. 

Kat Kuantan ni, ada 4 restoran makanan itali tu. Jadi aku pilih untuk pergi di KP kerana akses parking yang mudah, dan tak perlu aku nak jalan jauh. Sebab pergi lepas Maghrib, jadi , kat sini, restorannya dekat dengan surau untuk Isyak nanti.

Sebenarnya dah lama aku tak ke restoran di KP ini kerana aku lebih suka bersantai di MM. Tapi hari tu aku pergilah kerana alasan-alasan diatas.

Masuk je kat dalam tu, duduk kat meja, terperasan premis ini digredkan sebagai B iaitu kurang bersih.

WTH kan? Biasanya, fastfood outlet ni, kebersihan dia A. Tapi apsal lak kat sini B? Ok, mungkin ada kesilapan kecil dimana-mana. so aku tak berapa kisah sangat.

Tapi, bila time nak makan tu, aku tengok, dia punya sudu, garpu dan pisaunya, semua berkulat hijau... jenis basuh tak cuci. Lepas basuh terus dia campak dalam bekas. Hasilnya, semua jadi berkerak dan tidak bersih. Aku pernah buat part time di hotel zaman abis SPM dulu, biasanya, sudu dan garpu ni, akan di polish selepas digunakan.

Yang ini, usahkan polish, basuh main celup air saja agaknya...

So aku tak peliklah kenapa kedai ni dapat B. Kalau aku jadi mamat yang bagi markah tu, aku bagi C terus. Sebab? sudu dan garpu ni, menda yang ko sumbat masuk dalam mulut secara langsung. Kalau lantai tak bersapu ok lagi...... Restoran tu memang Failed. Jangan lah korang pegi situ.... bayar caj perkhidmatan konon... tapi dapat sudu tak berbasuh. Haprak!!!
B...?  pandai dia lekatkan di dinding yang berwarna oren jugak... nak sorok lah tu


Sudu, Garpu dan Pisau, semuanya berkerak lagi berkulat. Tu bukan kesan calar, tu kesan basuh tak cuci.


Tengok garpu dan pisau di CR yang bersih dan cantik berkilat. Nak bagi tips pun tak segan kalau tempat yang ikhlas dengan pengunjungnya.... Pizza Hut KP boleh blah!!!!

No comments:

Post a Comment