Dalam menjalani kehidupan sebagai seorang Secret Agent, kadang-kadang, terpaksa berjalan jauh untuk mendapatkan maklumat. Dengan kata lain, melakukan penyiasatan di lapangan.
Pada hari Isnin yang lalu, saya telah diarahkan oleh ketua Secret Agent untuk melakukan penyiasatan di Jeti Merang, tempat super ferry berlepas ke Pulau Perhentian.
|
Kalau ada filter Polarized, gambar ikan ni pasti lagi terang. Nanti ada duit aku beli. |
|
Super feri. Merang-Redang dalam 40 minit je.... Rempit atas air!!!!! |
|
Mengikut kata mamat ni, kalau naik feri macam ni, duk kat muncung feri, kira free je. Dia dah bertahun naik feri macam ni, jimat katanya. |
|
Patuhi arahan untuk kelestarian alam sekitar |
|
The archers!!!! Ikan sumpit-sumpit (toxotes sp.) cukup banyak disini. Saiz setengah kilo melambak. Ikan ini, mencari makan dengan menyumpit air ke mangsanya yang terdiri dari serangga. Kalau korang duduk tepi air, tetiba rasa ada titisan air kena badan korang, tu jasa ikan ni lah. Dia sumpit ko. Cara nak tangkap ikan ini adalah dengan menggunakan pancing layang (flyfishing) ultra light. Ikan ini tidak kuat melawan. Umpan jenis Dry Flies dan Nymph adalah sangat efektif. |
Tugas ini saya sambut dengan hati yang terbuka, kerana ianya mudah sahaja. Mendapatkan sedikit maklumat yang mana, sebelum ini, saya sendiri gagal untuk memperolehinya dari suspek utama kes yang sedang disiasat. Agak seronok juga, bila data yang diperolehi ini, di dedahkan. Reaksi yang bagaimana akan diperolehi nanti? Hmmmmm...
|
Kepit Kain? |
|
DO NOT LITTLE ? sepatutnya DO NOT LITTER!!!!! Kesalah Besar!!!! Tempat pelancongan seperti ini, yg menerima kadar pelancong asing yg banyak, tapi kesalah serupa ini tidak diperbetulkan sekian lama. MD Setiu miskin sangat ke? Atau tak sorang pun perasan kesalahan ejaan ni? Kasihan.... |
Selesai tugas , aku pun meronda-ronda kawasan sekitarnya. Pernah sampai ditempat ini bertahun sudah. Tidak semeriah ini pada ketika itu. Sampai pun disebabkan terlajak, salah jalan, sepatutnya belok kiri untuk ke Kg Raja, tapi aku pergi terus.
|
Tempat Parkir keta org yang pegi berskuba di redang. He he he.. |
|
Terasa nak amik gambar ni.... tiada sebab tertentu |
|
Bestnya kalau dapat join. Tapi waktu tu aku ada kelas di IIUM |
Kini deretan kedai menjual cenderahati, kawasan2 simpan kereta dan jeti-jeti untuk feri2 dan bot2 yang menyediakan perkhidmatan ke Pulau Redang, memberi sedikit warna kepada kawasan yang agak suram seketika dahulu. Terdapat kedai makan, tapi masa aku pegi tu, apa menda pun tak de. Cam tak best je.... tapi mungkin, mereka dah dlm proses tutup sebab operasi feri sehingga pukul 12 sahaja. Aku sampai dalam pukul 2.
Habis ronda-ronda, aku pergi ke bahagian pantai, ingin melihat kawasan Benteng Pemecah ombak, yang mana di dalam wikimapia, di sebut sebagai projek yang gagal. Memang betul pun, terdapat runtuhan dan sisa binaan di dalam laut di kawasan itu mereput tanpa sebarang manfaat.
|
Binaan Failed!!! |
|
Pelampung untuk apa? mungkin untuk latihan perahu layar? |
Persoalan akhir sebelum aku meninggalkan tempat itu, bila agaknya aku boleh pegi Pulau Redang ?
No comments:
Post a Comment