Narathiwat Province merupakan sebuah wilayah selatang thai yang besempadan dengan utara Pantai timur Malaysia, Kelantan. Pekan Sg Golok (Kolok) dan Takbai merupakan dua destinasi yang timbul di kepala otak bila memikirkan tentang kawasan sempadan ni. Manakala Pekan Bukit Bunga di Daerah Jeli, kurang glamer dan jarang disebut orang.
Sebenarnya, Takbai ini pun, tidak lah glamer mana, kecuali selepas berlakunya peristiwa pembunuhan beramai-ramai etnik muslim yang di dalangi oleh polis Thai.
Bertahun dulu, aku selalu juga masuk ke Takbai untuk mendapatkan mesin-mesin khas dan alat gantinya bagi perniagaan yang dijalankan oleh keluarga aku, Kadang-kadang, masuk sekadar membeli ikan bilis yang segar2 , gemuk2 dan tersangat murah itu.
The Murky Sg Golok |
Berapa murah?
50-70% murah dari harga di Malaysia!!!!
Kalau sebuah Mesin Pemampat angin di Malaysia, beharga Rm 500, disana boleh diperolehi dengan harga Bath2500- Bath3000 bersamaan dengan RM250-300 sahaja.. Ikan bilis dan sos ikan bilis (budu) memang harganya tidak masuk akal. Aku dah lupa harga sebenar, tetapi nak senang kata, kos pergi ke Takbai, kos beli dan kos bawak masuk ikan bilis ke sebelah Malaysia, jika dijual semula di Kota Bahru, Kuantan mahupun di Kuala Lumpur atau dimana sahaja, untungnya masih besar hampir sekali ganda dari harga kos.
Narathiwat merupakan dahulunya sebuah jajahan kita. Milik Kelantan. Tetapi, dalam mengejar kemerdekaan, ianya tergadai kepada Thailand. Ianya tiada diceritakan di dalam buku2 teks sekolah. Menda yang memalukan mana bleh cerita. Alasan yang mudah digunakan, adalah untuk senang bagi nak tentukan sempadan melalui Sg. Golok.... kelakar alasan tu... tapi, yg dah lepas tu, kita anggap putih mata je lah.... haha
Rekod peristiwa itu, kalau dicari di Malaysia, mungkin ada, tapi payah nak jumpa. Standet geng melayu keris, sejarah2 penting sebegini, akan di sorok mereput di dalam arkib. Anak muda tidak perlu tahu kekhilafan orang terdahulu. Tetapi jika ingin membacanya juga, pergi lah kesebuah Wat disebelah Takbai sana, berhampiran dengan balai polis Takbai. Ada sebuah muzium kecil yang tidak dibuka seperti muzium biasa, tetapi dibuka on demand bila ada pengunjung. Aku dah pegi situ. Dah Baca. Wat itu juga, dibina demi memperingati peristiwa penyerahan wilayah Nara ini kepada Siam.
Belah Malaysia dapat apa? Tak de...... Keretapi pun derang tak boleh nak allign betul2 supaya perkhidmatan di belah timur ini boleh terus langsung ke bangkok. Kita terpaksa masuk ikut Bukit kayu Hitam jika ingin menggunakan Tren Trans Asia ini. Kalau nak ikutkan, stesen keretapi di Golok antara stesen yang besar juga. Tapi pengakhiran stesen kita adalah di sebelah Tumpat, berdekatan dengan Takbai yang tidak mempunyai jaringan trek keretapi. Sengal sunggoh cara kepala hotak orang politaik malaysia berfikir........
Pekan Takbai ini, pengaruhnya lebih kepada etnik muslim. Sebuah pekan pelabuhan tradisional dagangan. Jadi tiada apa yang moden disini. Kawasan hiburannya terdapat jauh ke pendalaman mengahala ke Nara, tidak besar dan tidak glamer di kalangan orang malaysia. Sini terdapat banyak pondok2 pengajian agama dan ada di antara pondok2 tersebut agak tersohor juga. Banyak ustaz2 di tanah melayu mendapat pendidikan mereka disana.
Selepas kejadian pembunuhan beramai-ramai etnik muslim disini, dan siri keganasan pengeboman, aku tidak lagi masuk ke Takbai dan kawasan sekitarnya. Baru-baru ini, setelah mendapati keadaan agak damai dan tenang, aku mula merancang kembali trip kesana. Jadi pada 2 Jun yang lalu, aku masuk ke Takbai menggunakan Pass Sempadan dengan tujuan ingin langsung ke utara ke bandar narathiwat.Perancangan, ingin ke Nara, ambik2 gambar, dan balik semula ke Takbai dan seterusnya ke Pengkalan Kubor. Sebelum ini aku masuk secara haram je. Tak de siapa pun nak peduli ko nak pegi mana. Kalau kena tangkap, ulur sepuluh dua, gerenti lepas. Janji ko tak bawak dadah, pistol dan minyak petrol seludup... hehe...
Aku masuk guna pass sempadan kerana ianya mudah, murah dan disposable. Untuk seorang Secret Agent seperti aku, melintasi sempadan, mesti mendapat keizinan bertulis secara rasmi dari ketua secret agent. Tak bleh main redah je. So aku nak pegi tanpa kelulusan,seeloknya masuk secara haram atau guna border pass, kalau guna passport, ianya rekod kekal. Leceh!!!!!
Kenapa tak masuk secara haram je? Hmmmm sebab aku bawak orang kali ni. Aku masuk berdua. So aspek keselamatan dititik beratkan dan dilipat kali gandakan. Ada border pass ini, rasa selamat sikit.
Tapi hajat aku nak ke Narathiwat tergendala disebabkan, ketika mencari pengangkutan kesana, mereka menasihati supaya tidak teruskan niat aku disebabkan tragedi pengeboman dan serang hendap yang berlaku dikawasan Nara dan Yala pada hari sebelumnya. Roadblock dan kehadiran polis dan tentera, akan menyukarkan pergerakan aku yang Cuma berbekalkan border pass. Menda alah ni limitnya Cuma dalam lingkungan 25km dari sempadan sahaja, tak boleh lebih. Nara, dari Takbai, Cuma 30km plus-minus, so jarak tu dah lebih. Biasa, naik motor tak berhelmet kalau nak kesana.
Ada banyak cara untuk ke Takbai dari Pengkalan kubor. Tapi semuanya mesti melintasi Kuala Sg Golok yang murky dan deras tu. Samada naik penambang halal. Feri halal. Atau naik penambang haram. Harganya pun lebih kurang je. Penambang kayu halal rm1.00, Feri JKR halal rm0.60 dan penambang haram dalam rm1.00 tetapi boleh berenti dimana-mana bahagian tebing dan terus jalan berbanding dengan 2 perkhidmatan halal yang mempunyai pengkalan tetap dan hanya bergerak bila 60% atau lebih penumpang telah sedia. Kalau nak berenang pun, boleh juga. Tapi kalau kena gilis ngan bot marin siam, aku tak jamin..... habis bodo, masa tengah berenang tu, terpeluk mayat siam kena bunuh di bahagian hulu.... haha..
Naik bot kayu biru RM1.00. Feri Besi Kuning JKR RM0.60, tapi kena hidu asap diesel lori dan pikap yang naik feri tu. Derang ni tak tutup enjin masa atas feri. Sengal tul... |
Berhenti sahaja di disebelah siam, lanskap berubah sama sekali, kotor, hapak dan tidak terurus. Manusia nya ramai, ada yang sibuk memunggah barang, berniaga dan berbuat apa sahaja. Tapi yang paling ramai, duduk tanpa berbuat apa-apa. Mereka ini akan merenung, memerhati pada setiap manusia yang melintasi mereka. Seram juga bila tiba2 bertentang mata dengan mereka ini.
Jalan Utama di Takbai. Kira-kanan orang jual buah. |
Papan tanda moden LED !!!! Waktu derang lambat sejam dari kita. |
Kat sini dulu heaven membeli barang-barang rare. Sekarang cuma ada kedai2 biasa. Kedai Lingerie tu, ada cheap sale kata nya.... haaaa, pegi beli cepat |
Aura disana, memang agak kelam, sedih dan sengsara. Tiada Istilah gembira, kecuali di bar bar beer dan wiski. Semuanya miskin dan 10 tahun tertinggal berbanding pengkalan kubor disebelah malaysia. Suatu suasana kontras. Orang dipengkalan kubor, dengan manusia kaya dari Metropolis bershopping berhabis duit, disini, mereka tiada apa yang dapat mereka habiskan, kerana mereka tidak mempunyai apa satu.
Mereka, orang Takbai, cekap. Nampak saja aku, terus panggil.... Malay! Malay!.... nok pegi mano? Nok cari gapo? Dengan loghat siam pekat mereka. Mujur aku paham juga skeping kelantan, so boleh agak jugalah apa yg diperkatakan. Aku Cuma senyum dan menolak dengan baik. Mereka tahu aku orang malaysia, dan orang malaysia kaya. Orang malaysia boleh bayar. Orang Malaysia pemurah. Itu persepsi derang.
Aku habiskan masa mencari gerai2 yang pernah aku pergi. Mencari barang2 yang tidak dijual dimalaysia seperti gerai menjual senjata api, senjata buatan sendiri, gerai barangan elektronik murah gilerrrrrrr dan juga gerai majalah dan bahan pornografi (sekadar untuk melihat..... hehe, silalah percaya cakap aku).
Tapi, puas juga aku pusing2 kawasan bazaar tu, tak jumpa. Kemana menghilangnya mereka, aku tidak tahu, dan tak mo amik tahu.
Kehadiran orang siam juga tidak ramai. Dapat aku perhatikan, hanya etnik muslim mendominasikan kawasan sekitar. Ada siam, tapi tidak ramai dan banyak jenis tua tua yang mata aku tak berapa lalu nak jamah. Awek muda2 , jantan sasa2, tidak ada. Mungkin kesan serangan militia membuatkan mereka tidak kesini seperti dahulu? Ringkas kata, Takbai semakin sepi dan lesu berbanding ketika lawatan aku yang terdahulu...
Aku sungguh rasa diperhatikan. Ada sahaja yang menegur, yang merenung . Tambahan pula dengan aku mengusung DSLR kesana kemari. Untuk mengurangkan perhatian mereka pada kami, aku menukar lensa zoom gedabak aku kepada kitlens supaya senang aku sorok dalam deuter. Orang disini memang agak jakun sedikit. Mereka tidak brapa biasa dengan tourist. Mereka tidak biasa dengan orang berpakaian kemas ( tak de la kemas mana.... kira klasik rock kotemporari gitu hehe) dengan DSLR hitam gedabak.
Biasanya aku kesini berseluar jeans dengan tshirt lusuh. Tidak ada siapa yang peduli jika penampilan anda sebegitu. Kerana anda sudah jadi salah sorang dari mereka.
Puas aku ronda-ronda jalan kaki tengah panas membahang 36 darjah celcius, aku ambik keputusan untuk menggunakan khidmat teksi motor siamese style!!!
Brader teksi tu, sebenarnya, sejak dari aku turun feri lagi dia duk gamit aku untuk ambik perkhidmatan dia. Tapi masa tu aku lebih nak cari teksi dalam bentuk kereta atau jip.
Disebabkan tak de teksi, aku amik jugak teksi motor tu sebab aku nak naik ke kawasan perkelahan berhadapan dengan Taman Tengku Anis di sebelah Malaysianya. Ingat nak perkena ketam bakar (aku tak makan ketam, mek aku makan....) tapi malangnya, hari tu, tutup. Sebab ketam-ketam semua berhijrah ke bangkok untuk tengok final bola kelab2 siam. He he...
Brader dua orang ni, memang pro!!! Tak da langsung perkara2 yang tak senonoh derang buat masa bawak kita orang. Masa nak jalan, derang makan gula2 dulu. Kasi hapak mulut ilang . Bawak motor beralus je... tak de ganas2 lumba haram brek tak tentu hala. Amik konar pun, sopan santun je. Dan sepanjang jalan, becok dia bercerita pasal tempat2 yang kita orang lalu. Kalau ada tempat yang dia rasa cun ( aku rasa tak pun.... hehe) dia akan tanya “ demo nok pukul gamba ko”? ... kalau perlu, aku suruh dia stop, pukui 2-3 keping, pastu chow...
Drebar teksi dan teksi -teksi kita orang.... posing atas jambatan. |
Dari sini ke Bangkok, 1 128 kilometer je...... |
Banyak jugak tempat dia bawak aku pusing2, dan aku dapati, kat Thailand ni, lebih kurang sama je macam kita. Rumah derang, semua ada bumbung! Derang juga ada bela kambing dan lembu.... Bebudak kecik, makan eskrim, kereta2 derang semua ada tayar dan bilah wiper.... ringkas kata, sama je macam kat mesia... mereka ni manusia juga rupanya..... haha
Kos derang bawak pusing2 tu, Cuma Bath120 (RM12) je untuk dua bijik motor teksi tu.... kira ok lah untuk tour selama 3 jam. Mana nak dapat.
Bot paling kiri tu, milik penyokong tegar Manchester United. Sebab kalah ngan Barca baru ni, drebar bot demam tak kebah. ti yang cuti dari pegi kelaut menangkap ikan. |
Takbai..... |
Welcome To Malaysia... |
Mamat siam ni, masa kat sebelah takbai sana, usyar aku tak berkelip. Dah masuk Mesia, aku panggil mamat tu, dia jalan tunduk tak toleh langsung kat aku.... jaguh kampung je rupanya.... |
Beratur nak chop passpost |
Sebelum balik, aku pusing-pusing sekali lagi cari menda nak beli, tapi siyes, tak de menda yang aku rasa nak beli bawak balik. Ada satu kedai jual baju Takbai, tapi orangnya tak de lah pulak... last last aku beli buah celagi atau buah asam jawa (?) setengah kilo. Tukaran duit Malaysia Thailand agak stabil dengan perbezaan tak sampai RM3 bagi setiap RM10. Aku pun tak reti nak cakap macam mana. Tapi, macam ni, Kalau RM10, orang siam kira Bath100. Walaupun katalah, RM10 dan Siam sepatutnya Bath130 kerana duit kita lebih mahal, derang tak ambil peduli sangat. Derang kira serupa je. Tiada siapa amik peduli pasal kadaran tukaran wang ni. Kecuali pada satu ketika dahulu, duit siam tiba-tiba mahal dari duit kita, derang ada sedikit mengada-ngada dan cuba mengikut kadaran itu.
Ayam kaler oren? Only in Siam!!!! |
RM50 sebulan, ada 500 lebih channel. Bayar advan untuk 12 bulan,. Boleh pakai dekoder dan dish standet astro. Ada berani? |
Kiri Takbai... Kanan Tumpat, |
Duit baki bercampur duit siam |
Kiri takbai- Kanan Taman Tengku Anis Kelantan |
Kalau berbeli di siam, boleh je guna duit kita kat situ. Dan kalau dia tahu kita orang Malay, kita guna duit dia, derang macam tak berapa suka, sebab derang tak boleh untung lebih..... dan, jika mereka bagi duit baki, bercampur aduk dengan duit derang pun, adalah normal dan biasa je.... kita tak boleh marah.... ringkas kata, kadaran tukaran tu, memberi sedikit impak kepada keuntungan mereka. Kita orang Mesia, jangan lah kedekut sangat...sebab berbelanja di Takbai hampir 40% murah dari pengkalan kubor.
Ketika sampai di Pengkalan Kubor, aku amik Pass dari mek aku untuk dichop keluar. Terperasan..... hampurassss betul, masa aku masuk siam, aku tak pegi stamp pun kat imigresen derang. Keluar pun sama. Adeh lah....... Tiba giliran aku, mamat inigresen tu sound lah aku, apasal tak stamp masa kat siam tu. Aku Cuma sengih je.... tahu akan kebodohan sendiri. Nasib baik tak kena tangkap ngan soldadu (polis) siam. Last2, mamat tu sign void je pada pass aku. Kononnya aku selepas stamp di imig malaysia, aku tak jadi pergi dan patah balik ke malaysia. Tu lah, dulu masuk keluar secara haram, sekarang sudah terkena..... hehe...
So adakah aku akan repeat semula ke Takbai dan Narathiwat....?
Sudah tentu, len kali aku nak bawak masuk kereta pulak. Senang sikit. Memang aku rancang nak bawak keta aku masuk siam, sebab keta aku ni memang dilahirkan di siam dan merupakan model top kegilaan remaja muda belia siam, dan ofkos, kedai mekap keta siam, banyak barang2 rare untuk keta aku ni, tapi disebabkan aku tertinggal pink slip (geran), jadi mungkin lain kali......untuk kali ini, duit aku selamat........
etnik Muslim????
ReplyDeleteSetahun saya orang Muslim, berugama Islam
Mereka yang di Takbai tu orang Melayu laah...
Percakapan mereka pun lbahasa Melayu oghat Patani, yang sama dengan loghat Kelantan
Wakakakakakka...
Saudara tak tahu sejarah, main cakap jee.
ReplyDeletemain sembur je.
ReplyDeleteOre luar meme gtu..
ReplyDelete