Dia ni, selain dari suka berlumba haram, dia juga suka makan buah. Mana-mana aku pergi ngan dia, mesti dia ada bawak bekalan buah. Kalau jumpa buah potong, dia beli untuk dia, dan belanja kawan-kawan makan buah potong.... orang lain kalau pergi berjalan bawak rokok... dia pulak bawak buah!!!
Bangun pagi makan buah. Tengah hari, lepas makan, cuci mulut dengan buah, Tea Time, pun makan buah. Nak tido, sempat lagi dia makan buah sebijik dua.
Disebabkan dia ni suka makan buah, tahap expert dia pasal buah, melebihi dari pakar biologi terkemuka Universiti Pertanian Malaysia (sekarang Uni Putra). Sebut je pasal buah, dia boleh goreng pasal buah tu, 2-3 jam. Dan menakjubkan, dengan zaman dulu yang mana, tiada kemudahan google, segala fakta yang diberikan pasal buah tu, betul belaka. Padahal, rumah dia, dari depan sampai belakang, 110% simen. Keluarga dia, tak de sorang pun yang reti tanam pokok bunga, apatah lagi pokok buah.
Tapi satu je yg tak best pasal Encik King Hamsap ni, dia tak makan buah buahan tempatan. Bukan sebab allergi ke hapa ke, tapi sebab, dia kata, buah-buahan tempatan, mahal dan harganya tidak masuk akal.
Ramai yang tidak bersetuju dengan dia. Tapi ada juga yang setuju. Salah sorangnya aku. Memang aku rasa, buah kita mahal harga, dan ada kalanya tidak masuk akal.
Cuba bayangkan, sekilo buah mata kucing, harganya pada petang tadi, di Pasar Malam Sg Isap adalah RM12. Manakala Anggur dari Australia, cuma RM8.
Sekilo mata kucing, ada biji dan tangkai dan kulit yang terpaksa dibuang. Sekilo anggur, tiada biji dan kulitnya pun boleh ditelan..... itu antara ayat yang selalu King Hamsap sebutkan bila dia bandingkan buah tempatan dengan import. Mungkin jenis buah saja yg berbeza beza. Alasannya tetap sama.
Nak kata dia ni kedekut, tak juga. Sekali beli tayar 4 bijik, dekat 3 ribu habis. Pakai 2-3 bulan, campak tepi beli tayar lain.
Mungkin cuma dia ni kiasu?
Apa-apa pun, pendapat dia kenkadang tu aku boleh terima, kenkadang tidak pulak aku amik endah.
Aku makan buah apa?
Tak berapa suka makan buah sebenarnya, tapi aku dulu suka Limau dan Tembikai. Sekarang ni tak boleh makan limau sebab aku ada gastrik. So makan buah-buahan yang kurang kadar asidnya seperti pisang dan Laici.
Buah Laici kegemaran aku. |
RM10 Sekilo... kat Malaysia, setahu aku, tak de tanam pokok laici ni. |
Best!!!!!!! |
No comments:
Post a Comment