Layang-layang atau wau, menda yang serupa sahaja. Tapi ramai di antara kita yg buat silap. Bila sebut wau, terbayang binaan layang2 tradisional yang besar , bewarna warni dengan motif flora dan fauna dan lagu ‘Wau Bulan’. Manakala bila sebut layang2, teringat pada layang-layang plastik+ buluh yang ada imprint gambar ultraman atau doremon. Masa aku budak2 dulu, itu lah perspektif aku, wau dan layang2 adalah berbeza...... naif nya aku masa tu.
Layang2, di main kan pada musim berangin dalam bulan 6-7 setiap tahun. Menda alah ni dijual 50sen sebuah pada ketika itu . Benangnya, kena beli asing dan harganya lebih mahal dari layang2 itu sendiri.
Di Malaysia, layang2 sangat popular. Tipulah kata, kalau seorang budak itu tidak pernah main layang2. Tatau lah budak zaman sekarang, tapi zaman aku dulu, laki, pompuan atau pondan siam sekali pun, semua main layang2. Subjek seni disekolah, tidak pernah miss untuk buat satu sesi membina layang2 sendiri. Dalam karangan BM dan BI yang berkaitan dengan proses, memang terdapat soalan yang meminta murid2 menulis proses membuat layang2. Dalam buku teks, terdapat cerita pasal layang2.....
Sejarah layang2 ada orang kata tercipta 3000 tahun dahulu dicina. Tapi ada pula kata, kat indonesia sana, di Muna Island Sulawesi, terdapat lukisan di dinding gua menunjukkan org main layang-layang. Dan tarikh nya lagi lama lebih kurang di zaman kurun ke 5 BC.
Tapi yang famesnya tetap orang cina lah, menggunakan bahan2 seperti buluh yang melambak kat negara derang, sutera dan selepas itu kertas sebagai bahan utama.
|
Pengunjung pun join sekaki main wau. |
Ianya kemudian berkembang biak di India dan sub-Asia lain seperti Malaysia, Thai dan sekitarnya. Haaaaa..... orang kita merupakan antara pelopor main wau ni. Infact, permainan layang-layang di sebelah europe sana, dikaitkan dengan para pedagang yang datang ke asia ( terutama di sebelah cina, Jepun dan Malaysia!!!!) untuk berniaga, kembali ke negara mereka, dengan membawa balik permainan layang-layang!!!!!
|
Antara peserta yang mengambil bahagian |
Layang2, dalam sejarahnya, bukan hanya digunakan sebagai alat permainan, ianya digunakan untuk bermacam menda lain yang kita sendiri tak terpikir sebelum ini, tapi yang paling fames ialah dengan Encik Benjamin Franklin menggunakan layang2 sebagai alat uji kaji dalam mencari cas elektrik di dalam kilat dan petir. Dan sebab cerita ini juga, ramai yang percaya layang2 berasal dari America.....adeh..!!
|
Indon Mari. Peserta acara Synchro Kite . |
Di korea, layang2 digunakan juga pada masa perangnya, untuk mengatur serangan-serangan terhadap musuh. Macam mana derang buat, aku tidak lah tau pulak. Zaman tu, aku belum lahir lagi.
Di British, pihak Navy menggunakan layang2 untuk mengangkat naik askarnya keudara untuk memerhatikan kapal musuh sejauh mata memandang. Askar yang nak naik layang2 tu, mesti gila sawan punya berani.....
Ada berberapa kisah klasik, mengaitkan layang2 dengan kisah cinta. Menggunakan layang2 untuk menghantar surat cinta kepada kekasihnya yg terpisah oleh sungai, tembok, kubu dan sebagainya. Haaa... zaman sekarang ni, korang boleh apply teknik ni kalau top up enset korang dah habis, pastu nak ajak awek korang nuntun wayang ke, men bowling ke , dia pulak duk kat tingkat 11 , cara paling senang, pakai layang2 je... tulis besar2 kat layang2 tu “ Moh tengok wayang, saya tunggu kat bawah sebab tak de parking”
Terdapat juga cerita orang Micronesia memancing ikan Gar (Gar-Fish) dengan menggunakan layang2 sebab ikan ini susah untuk didekati. Kalau nak tau macam mana, kena pergi ke kawasan derang lah. Sebab aku pernah dengar cerita, teknik ini masih diguna pakai di sekitar Maldives dan pulau2 lain.
George Pocock, menggunakan layang2 untuk menggerakkan keretanya. Bukan kereta biasa macam kita ni, tapi kereta kuda zaman dulu. Kereta kuda, akan dikenakan cukai mengikut bilangan kuda. Tapi encik George ni guna layang2, jadi dia tidak dikenakan cukai.
Dan pada hari ini, layang2 digunakan sebagai alat untuk bersukan dan berpesta rama.
Itu lah yang terjadi pada minggu lepas di Pantai Geting Tumpat Kelantan.
|
Antara Negara-Negara yang mengambil bahagian |
|
Steady pakcik ni. Orang lain tak tau kemana, dia dah sedia nak Launch... |
|
Acara Menaikkan Wau. Siapa paling tinggi dalam masa 10 saat, dia menang. |
|
Ni tukang kontrol benang. Laju derang gulung naik tali... |
Kebetulan, aku berada disana atas urusan rasmi Sri Paduka Baginda , maka waktu terluang nya, aku amik kesempatan untuk pergi menghanguskan kulit aku yang sedia hangus ini dengan menyaksikan Kelantan International Kite Festival 2011. Ini merupakan pengalaman aku yang pertama dalam menyaksikan festival seumpama ini. Memang selalu dengar ada di buat acara begini di Pasir Gudang Johor pada setiap tahun, tapi tak pernah berkesempatan.
|
Acara Wau Cantik. Penyertaan dari negeri aku, Pahang. Orang pekan ni!!!! |
|
Wau bulan gergasi untuk acara menaikkan wau. Last minit adjustment... |
|
Marshall melakukan pemeriksaan teknikal bagi setiap wau yang mengambil bahagian. Derang tengah ukur wing span wau tu bagi memastikan ianya bertepatan dengan undang2 pertandingan. |
|
Ripstop nylon kite. Layang-layang persembahan moden. yang ini Bentuk ikan pari. Hebat mamat ni, dia sorang je yg assemble layang2 bagak ni. |
Terdapat berbagai acara yang dipertandingankan. Tapi aku tak berapa paham konsep pertandingan yang mereka jalan kan, Cuma bolah kata, ada pertandingan buat Wau hiasan, pertandingan menaikkan wau, pertandingan Wau Kreatif, pertandingan melukis dan segala jenis pertandingan lain yang aku sendiri tidak sempat menyaksikannya kerana kesuntukan masa dan kulit aku makin pedih dimamah cahaya matahari.
|
Siapa punya lah sangkut ni.... |
|
Buaya nak kekah tractor..... huhu |
|
cantik? |
|
Disebabkan Man United kalah ngan Barca baru2 ni, derang punya maskot pun, segan2 je nak terbang, main 2-3 kaki dari tanah je. Kasihan..... |
|
Nylon dan Carbon Fibre. Mahal gila menda alah ni. Ingat nak beli satu. Tapi, kensel la. Mahal sangat. |
|
Black Octopus mengejar clown fish.... nemo dah mati kena telan!!! |
|
MayBank? |
|
Ikan Koi.... ramai peminatnya.... |
|
Hoho... dah lama tak makan menda ni... sekali jumpa kat sini. Best betul.... teringat zaman bebudak dulu... |
|
Wau yang paling aku suka.... Made in Japan... |
No comments:
Post a Comment