amriezukasensei part 1

http://amriezukasensei.blogspot.com/
amriezukasensei part 1

Wednesday, 22 June 2011

Hitam Puteh Tok Bali

Aku ada terbaca kat mana ntah, kamera ni, merupakan alat perantaraan sosial yang sangat power.

Ada satu kisah, mamat photo journalist ni, masuk ke satu kawasan yang amat bahaya di Afrika. Bukan Bahaya seperti dikejar gajah atau babi hutan, tapi bahaya dengan ancaman gerila dan pengganas dikawasan itu.

Macam-macam berlaku kat mamat tu, tapi, beliau menggunakan kamera dia untuk melepaskan diri. Aku tak reti nak cerita balik, sebab menda ni aku dah baca lama dulu. Tapi ada satu kes tu, orang-orang di satu tempat, macam nak tangkap dia lah, sebab dia ni orang puteh, tapi dia gunakan diplomasi dengan mengambil gambar dan tunjukkan gambar yg diambil (melalui skrin LCD) tu kepada orang kampung tu. Sudahnya, jadi macam pertunjukkan lah pulak. Dan, orang kampung tu sejuk hati, dan lepaskan dia.

Perkara macam kat atas tu, tak pernah berlaku kat aku, tapi itu hari, kerana kamera ini, aku dapat bersosial dengan mamat vietnam di pengkalan Tok Bali.

Hajatnya, kesana untuk berhenti solat dan casting siakap, tapi bila dah letih casting, amik DSLR dan shot gambar... baru 2-3 keping aku amik, aku dah kena kurumun dek mamat Vietnam ni.

Mereka-mereka ni, biasanya jenis pemalu dan jarang nak beramas mesrah dengan orang tempatan. Tapi, mungkin dia seronok tengok aku duk petik DSLR, dia pun siap duk mencangkung ramai-ramai tengok gelagat aku.

Bila dah jadi macam tu, apa tindakan yang sepatutnya diambik?

Kawasan tu agak sunyi..... kalau dia rampas DSLR tu, campak aku dalam air... macam mana?

Aku buang fikiran negetif, aku pusing mengadap derang... aku tala DSLR aku, aku fokus, aku petik... 1, 2 dan 3.... mereka bangun menoleh ke arah lain tanda protes tidak mahu dirakam.

Mereka mula berjalan pergi.... dalam hati aku, berasa sedikit lega lah.... tapi tiba tiba... aku melaung..

" Hey... boys, come here... Let's see what i have taken"

Derang berpaling.... tapi haram tak paham apa aku cakap...

Aku pun tekan butang display dan tunjukkan gambar derang yang aku amik tadi. Sebab mereka berdiri agak jauh, mereka cuma terjenguk jenguk dari jauh mengintai apa yang ada di skrin...

Aku lambai, dan memanggil mereka datang hampir dengan aku...

mereka datang dekat aku dan perkara pertama aku tanya adalah..

" You boys from Vietnam?"

" yah... vietnam.... " Jawab mereka dengan mata tak lepas memandang pada skrin DSLR.

" Vietnam is good.... G.I no good.... " aku berseloroh dengan mereka..

Mereka senyum kelat dan menunjuk pada DSLR aku minta ditunjukkan gambar tadi.

Kerana gambar yang aku amik pada mulanya tidak di laras dengan betul, terdapat banyak kekurangan pada gambar tersebut.

Aku undur 5-6 tapak, set ISO pada 800, fokus... dan 2 keping gambar dapat aku amik. Ada diantara mereka yang berpaling kearah lain. Malu kut....

Tanpa aku panggil, mereka datang dekat, dan minta aku tunjukkan gambar itu. Salah sorang dari mamat viet tu, siap lap kan skrin LCD aku dengan ujung baju dia kerana skrin tu agak berminyak tersentuh hidung aku ketika fokus tadi.

" 1, 2 ,3 all handsome.... can get many girls" aku kata sambil menunjukkan jari pada gambar....

Mereka ketawa terbahak bahak dan sibuk bercerita sama sendiri tentang gambar yang diambil... mereka bersalam dengan aku, dan berjalan pergi.... sambil berjalan, mereka mengulang-ulang

" 1, 2,3 all handsome......" dan setiap kali mereka ucapkan itu, mereka ketawa.... dan mengejek sama sendiri yang mana patut jadi 1, 2 dan 3 itu.........

Aku berpaling pada Mek aku, mulut dia melopong....
" stare in disbelief".....

dia kata pada aku " Bukan awak anti sosial ke?"

Aku hanya tersenyum dan berjalan mendaki bukit ke tempat parkir kereta.....

Disengajakan Out of Focus

Kapal Malaysia, tapi awak-awaknya, kalau tak siam, vietnam.... bebudak Malaysia tak minat jadi nelayan, merempit lagi bagus katanya.

sebenarnya ramai lagi dalam gambar ni, tapi aku kasi crop sebab yang lain tak sporting.... hehe semuanya pakai jersi bola. Gila bola kut....

No comments:

Post a Comment