amriezukasensei part 1

http://amriezukasensei.blogspot.com/
amriezukasensei part 1

Sunday 24 July 2011

8-string dan WTF?

Gitar bass, pada asasnya ada 4 tali. Kemudian dengan kewujudan 7-string Guitar pada zaman NuMetal, kewujudan 5-string bass menjadi begitu diminati dengan active pickup (powered by 9v battery)  menjadi pilihan utama.

Gitar bass, ada berbagai jenis, dan pada kali ini, mari kita lihat bass dengan setup 8 tali dengan susunan octave. Terdapat juga 8 tali yang disusun dengan susunan note biasa.

Gitar bass dengan susunan octave ada serupa dengan konsep guitar 12 tali. Ianya disusun 2 tali serapat yang mungkin dan menjadikan ianya sebagai 6 sahaja. Pada gitar bass 8 tali, ianya seperti itu juga tetapi menjadikan ianya sebagai 4.

Ianya dimainkan dengan memetik 2 tali sekali gus dan menghasilkan bunyi yang octave. Manakala 8 string biasa, ianya dimainkan seperti gitar bass biasa dengan susunan note yang tertentu.

8-string octave susunan tali yang rapat.

normal 8 string
Untuk mencari sebuah 8-string, di Malaysia, rasanya amat-amatlah susah. tambahan pula jika mencari jenis Octave. Dan aku tak pernah jumpa mamat yang main 8-string. 6 dan 5 string, bersepah.

Korang kena ingat, bass merupakan instrumen penting dalam lagu. Ianya memberikan rentak dan penentuan bagi note. Ianya sebagai latar belakang bagi sebuah lagu. Sebab itu, pemain bass, suka ' stand out' dengan cara yang pelik kerana manusia suka bercerita mengenai populariti pemain Lead berbanding Bass.

Apa kata kita lihat mamat korea yg seksi/seksa main 8-string octave dibawah.... enjoy!!!!




http://www.youtube.com/watch?v=QMWUYMWlEyo&feature=related



p/s: mamat ni super ultra amazingly sangat sangat sangat sangat hebat.... jika ada masa korang tengok lah video dia yang lain. May be agak pervert, tapi cara dia main merupakan yang terhebat setakat ini.

No comments:

Post a Comment