amriezukasensei part 1

http://amriezukasensei.blogspot.com/
amriezukasensei part 1

Monday, 18 July 2011

Pulau Ular

Pulau Ular ni terletak di Kg Sungai Ular, Kuantan. Sebuah Pulau kecik yang jaraknya tidaklah jauh mana dari darat. Tapi amatlah letih jika nak berenang atau berkayak kesana.

Sebagai secret agent, baru baru ini, aku telah menyambut cabaran untuk berkayak ke Pulau Ular.

Best amat !!!! Sebab zaman bebudak dulu, memang aku suka berkayak. Setelah bertahun lama, akhirnya aku berkayak kembali. Letih nya tuhan yang tahu.... habis sakit segala sendi sendan kat badan aku ni.

Pulau Ular ni cantik, ada pantai yang agak landai untuk mandi mandan. Nak mengail pun best... setakat kerapu dan selar tu, tak cukup tangan melayan dengan gewang appollo.

Cuma diatas pulau ini tiada kemudahan asas. Pandai pandai lah nak idup.... kalau naik bot pegi balik, cuma RM100 bagi sebuah bot yang boleh memuatkan 10 orang.... Murah kan?

Name that song: Wouldn't It Be Nice from Beach Boys
Rock on!!!!

Pulau Ular... tapi sepanjangkat sana, tak jumpa pun ularnya... selamat!

Terbalik sudah... naseb baik tak kena kat aku. Kayak ini jenis Sit On, jadi kalau terbalik, air takkan masuk, dan senang untuk naik ke atas kayak itu semula. Beratnya cuma 40kg dan berharga sekitar 7 ribu satu bijik

Antara yang terawal sampai... letih nak mati

Amik guna lens 55-250mm.... BOKEH!!!

Omputih cabut lari.... kita orang bising memekak... haha

JawPaw dan batu karang yang telah mati
Aku punya Team.... Red Pelesit!!!

Sandwich sapa ntah ni.... aku amik gambar, pastu aku amik satu masuk aku punya mulut... hehe

Port kerapu saiz setengah kilo...

Jom Balik....

1 comment: