amriezukasensei part 1

http://amriezukasensei.blogspot.com/
amriezukasensei part 1

Tuesday, 5 July 2011

Bukit Tinggi Part 1

Selamat Datang




2700 kaki dari aras laut, siapa yang tatau pasal Colmar? Mungkin ramai lagi yang tidak pernah sampai kesini, tetapi, cerita-ceriti pasal tempat ini, pasti telah diketahui samada dari kenkawan atau dari media.

Tempat ini, sebenarnya adalah alternatif bagi Genting yang sibuk, Fraser Hill yang jauh dan Cameron yang tersangat jauh. Cuma setengah jam dari KL, Bukit Tinggi adalah tempat ideal untuk bersantai bersama sesiapa sahaja dalam suasana yang tenang dan relax.


Sebenarnya, aku dah selalu kesini. Dulu, tempat ni sesuai untuk buat gathering kelab kereta. Jalan yang sunyi dan berliku, sesuai untuk menguji setup sistem suspensi dan kuasa tambahan enjin.

Tetapi selepas berberapa lama, rasa bosan, pastu terus aku tak pergi dah.

Hari Ahad baru ini, balik dari KL, terus aku bagi signal, panjat naik Bukit Tinggi. Saja nak test jentera puteh aku ini. ringkas kata, kerana ini bukan review kereta, tak berapa best berbanding jentera lama aku dahulu.

Jalan yang biasa dilalui untuk panjat naik ke BT ni, telah ditutup kerana masalah tanah runtuh. jadi kena guna jalan alternatif yang agak beralun, sempit, ada speedbump dan langsung tidak mencabar. Kawasan ini agak membangun dengan wujudnya kawasan penempatan pekerja resort, institut latihan perumahan, masjid yang baru siap dan Horse ranch... sekejap sahaja anda boleh bukak pendikit, lepas tu, berjuta-juta speedbump. Patutlah tiada kelihatan kelibat bikers mengasah ujung riding boot.

Sampai sahaja, disambut dengan padang golf agak cantik dan seterusnya rabbit farm. Rabbit farm ini telah berubah wajah, makin banyak bumbung, dan makin sikit arnab nya. Tempat parking kereta yang maha luas yang sesuai untuk gath kelab kereta juga telah tiada dan digantikan dengan bangunan yang aku nampak seperti hostel/ dorm/hotel?....

Meneruskan perjalanan ke atas, akan jumpa pondok tiket. Bayar, dan pandu masuk ke kawasan parking bertingkat Colmar. Tiket berharga RM12 untuk dewasa, dan peliknya, kanak2 free. Dulu kena bayar. Bini aku cakap, kes tak laku.... hehe... mungkin betul kut.

Masuk ke Colmar, kita akan disajikan dengan pemandangan bina semula colmar village yang terdapat di French sana. Kelihatan agak lusuh tetapi masih mengekalkan kecantikkan tempat itu. Cuma najis burung bersepah sepah di bahagian tertentu bangunan yang perlu sentiasa dicuci. Geli nak amik gambar papan tanda dengan menda tu tertempek bangga...


Pada hari aku pergi tu, tak ramai manusia. Padahal itu hari Ahad. Tapi tak pe lah. Kalau ramai, nanti serabut pula. Aku panjat naik menara tinjau, lepak2 kat atas tu sambil skodeng manusia guna zoomlens.

Jom Main Golf

Love Shack!!!!

Kiddy rides

Love Birds

Ingat nak pergi lunch, tapi kedai2 disitu tidak begitu menyenangkan kerana isu persijilan dan ada yang menjual alkohol. So aku masuk ke dalam kedai cenderahati, membeli T-shirt yang mana, surprisingly aku rasa murah berbanding dengan menda2 lain yang dijual disitu.

Antara menda yang menarik disitu ialah bangunan, itek kuning, angsa putih dan angsa hitam dan pokok-pokoknya... kalau minat amik gambar, kat sini, 8gb punya memori kad, sekejap je abis.

Tiket


Pine Cone

Apa yang tidak kena dengan gambar ini?



Jom tangkap itek untuk beruang.


1 comment: