Jangan banyak cakap, tengok je video kat bawah ni;
http://www.youtube.com/watch?v=s0dcdoU51rk&feature=player_embedded
Dah tengok?
OK... Itu ari The reds ada turun sini lawan friendly ngan team Mesia. So sebelum lawan tu, derang ada buat sessi latihan di stadium.
Walaupun aku ni kipas susah nak mati The Reds, aku tak pergi la nonton sebab aku tengah sengkek masa dan sengkek fulus. Lagi pun, dalam ramai2 manusia yang aku kenal, tak de yg sokong The Reds dah, abis belot sokong Chelsea dan Man Utd. Jadi tak berbaloi lah memandu jauh-jauh semata nak tgk orang main bola.
Balik kepada klip video tu. Apa yang korang rasa?
Aku rasa, mamat india Man Utd ni untung sebab kejadian ini berlaku di Mesia. Kalau ini terjadi di England sana, mamat ni dah lama kena keronyok atau mati di tikam.
Aku bukanlah membesar besarkan cerita. Tapi sepupu aku, Enche Izam, dulu duk di Manchester sana. Dia belajar akaunting di situ. Dia ni die hard fan Liv... tapi bila duk di Manc. dia terpaksa sokong Manc. sebab takut kena tikam. Hatta, masa nak pegi tgk org men bola, salah masuk gerabak Tren pun, anda boleh kena tikam.
Kat sana, samseng bola ni derang panggey Hooligans.
Dalam kes mamat india ni, kita lihat dari sudut yang terbalik pula, katalah dalam stadium tu, penuh dengan Fan Man Utd, mamat ni masuk dengan baju The reds, aku rasa, perkara yang sama juga akan berlaku.
So ini bukan masalah disiplin penyokong atau apa sahaja yang berkaitan dengan kelab, tapi ini adalah isu kewilayahan. Pepatah melayu ada berkata, masuk disko kita joget disko, masuk konsert metal, kita banging sampai lebam.
Persoalannya, kenapa mamat india Manc Utd punya fan ini cetek akal dan tergamak buat apa yang dia buat tu?
Meh speku...
1. Dia tak de baju lain dah, janji baju bola. Kaler merah. Dia bukan minat sangat EPL apa semua tu, dia cuma ikut2 orang je... tengok omputeh main bola.
2. Dia kalah Bet.... sebab tu masuk situ pakai jersi MU
3. Dia sahut cabaran kawan2 dia utk pakai jersi Man Utd di sebelah The reds.
4. Dia memang Legend dan sengaja bikin itu macam
5. Dia gila.
Korang rasa yang mana satu?
Apa-apa pun, dia ni dah glamer satu mesia, hatta wayne rooney pun ada komen melalui twitter pasal perkara ini.
Budak berani itu legenda: Rooney
BINTANG sensasi Manchester United, Wayne Rooney menghambur kata-kata pujian ke atas seorang peminat Malaysia yang berani memakai jersi skuad Red Devils itu ketika menyaksikan sesi latihan Liverpool sempena Jelajah Asia 2011 di Stadium Nasional Bukit Jalil, baru-baru ini.
Kelmarin, dalam laman Twitter, Rooney memuji pemuda itu dengan berkata: “Lelaki itu yang menyaksikan latihan Liverpool dengan memakai jersi MUFC yang tertera nama saya di belakang adalah seorang legenda.” Jersi Manchester United yang dipakai pemuda itu kemudian ditanggalkan oleh penyokong Liverpool di depan sekumpulan orang ramai yang menjerit “Buka! Buka!” sebelum memaksanya memakai jersi Liverpool. Namun, pemuda itu enggan dan hanya duduk dengan tidak berbaju sebelum di bawa keluar.
Mamat india ni dah jadi lagend, super terkenal...!!!!
No comments:
Post a Comment