amriezukasensei part 1

http://amriezukasensei.blogspot.com/
amriezukasensei part 1

Sunday, 17 July 2011

Bukit Pelindung

Pada tahun 70 an, negara kita telah pun ada siaran radio dan juga siaran TV. Semuanya di hantar melalui gelombang mikro melalui udara. Ianya dipancarkan dari stesen yang berkenaan, hingga kepada penerimanya, iaitu kita.

Disebabkan gelombang ini hanya boleh bergerak dalam jarak tertentu, maka menara pemancar gelombang mikro di dirikan ditempat tempat yang strategik untuk menguatkan gelombang itu dan seterusnya dipancarkan kekawasan yang lebih jauh. Pemancar gelombang ini bertindak sebagai penguat atau booster.

Tempat strategik tersebut, biasanya didirikan dikawasan bukit yang tinggi dan dikenali sebagai bukit mikro pada awalnya.

Sekarang, dengan wujudnya talian talipon bimbit, bukit-bukit mikro ini makin meriah dengan menara-menara pemancar gelombang ini. Sampaikan, satu bukit, hampir sepuluh menara berkongsi tempat.

Kawasan ini biasanya boleh diakses menggunakan kenderaan biasa tetapi pastinya jalan penghubung yang bertar itu adalah amat curam. Jalan-jalan ini diturap bagi memberikan cengkaman pada kenderaan yg memanjat naik dan turun bukit2 ini.

Kawasan ini, bukanlah kawasan larangan, cuma tempat mereka dirikan menara itu, adalah dipagar dan memang kita tak boleh masuk. Jadi, sesiapa sahaja boleh panjat naik bukit ini untuk apa sahaja tujuan.

Ketika aku bebudak dulu, terdapat sebuah bukit makro di sebelah rumah tuan D.O di daerah maran. Bukit ini sering aku panjat bersama dengan ahli keluarga aku yang lain di waktu petang sebagai satu bentuk riadah. Pada ketika itu, hanya kami sahaja dan mungkin sorang taukey cina yg sering memanjat naik bukit itu. Taukey itu sering membawa anjing-anjingnya bersama.

Kini di Kuantan, terdapat bukit yang sama di pinggir bandar ini. Ianya dikenali sebagai bukit pelindung. Yang bestnya, bukit ini menjadi tempat riadah manusia2 cekal dari segenap lapisan masyarakat. Org2 puteh yang menetep dikuantan juga gemar memanjat bukit ini. Selain dari berjogging, mereka juga berbasikal naik dan turun bukit ini.

Pada satu minggu tu, aku try test panjat bukit ni. Separuh mati dibuatnya. Tapi sebagai secret agent yang hebat, aku berjaya juga sampai ke puncak tanpa aku berhenti duduk berehat di bangku2 yang disediakan.

Cuma masa turun aku kena berenti banyak kali, sebab lutut aku dah longgar tak boleh kontrol... rasa lembik semacam je... sebab tu aku jumpa uncle tu, turun secara mengundur... lutut dia dah lembik jugak.... haha...


Selamat Datang

Cendawan

Pokok Teka Teki. Cabut satu ranting, dan lekat kan kembali, dan suruh kawan kita teka ranting yang mana kita telah putuskan sebelum ini. Permainan kegemaran aku dgn adik beradik dimasa kecik dulu.

Papan tanda ini duduk dihujung bukit. Kesan kemik tu, dengar cerita ada orang naik beskal, tak sempat brek, terus hantam itu papan tanda... tu pasal lah dia kemik.

Menara pemancar

Ni baru 3 menara... ada lagi 3-4 kat atas ni.

Gigih panjat bukit sampai tercabut tapak kasut dia.... kasihan

Push- Up Bro!!! steady bro... steady

Ada denai boleh tembus ke Telok Chempedak

Curam....

Romantikarat.....

Bandar Kuantan dari atas bukit pelindung

No comments:

Post a Comment