amriezukasensei part 1

http://amriezukasensei.blogspot.com/
amriezukasensei part 1

Wednesday, 20 July 2011

JawPaw

Nama yang pelik. Nak sebut pun susah. Bunyi sebutan tu pun amatlah tak best.

Tapi itulah kasut dari Adidas yang dicipta untuk digunakan dalam sukan yang berkaitan dengan air seperti berkayak, perahu layar, hiking dan sebagainya.

Ciri utama kasut ini adalah pada bahagian tapaknya yang mempunyai lubang-lubang untuk air mengalir keluar. Kasut ini juga mempunyai sistem jerutan pada pergelangan kaki supaya ianya tidak mudah tertanggal ketika berada di dalam air. Kasut biasa, pasti senang tertanggal kerana tekanan air itu menarik kasut dari kaki kita.

Perasaan memakai kasut ini didalam air adalah seperti anda tidak memakai apa apa alas kaki. Kerana pada kebiasaanya, kita akan rasa keapungan kasut itu mengganggu daya imbangan kita. Tetapi dengan binaan permukaan luar dari fabrik berjaring, ianya memberi daya rintangan yang amat minima di dalam air.

Selain dari cepat kering, ianya juga amat ringan dan mempunyai daya cengkaman yang jitu dibahagian tapak kasut bagi mengelakkan pemakainya jatuh tersembam kerana licin. Jika terlibat dengan aktiviti air seperti berkayak, berakit atau memancing di dalam bot seharian, anda boleh pakai kasut ini tanpa perlu mencabutnya kerana pengudaraan yang mencukupi menyebabkan kaki anda cepat kering dan tidak akan berbau kupam serta hapak...

...... harga nya tidak mahal mana, bawah dua ratus sahaja dan di datangi berbagai warna seperti hitam, hijau, kuning, koko dan biru....

Verdict aku, kasut ini 5/5



Tapak getah yang kalau berwarna kuning, pasti jadi macam sotong aku goreng itu ari.

Adidas Drainage System memang berkesan utk pengudaraan dan untuk mengalirkan air keluar dengan cepat dan berkesan.

Kasut yang amat hensem.

Dicipta untuk cengkaman padu.

Padding dalaman yang lembut dan cincin pergelangan kaki yang amat efektif. Nak pakai kasut ni, susah sikit. Tapi bila dah pakai, tak perlu cabut selagi tak habis aktiviti tu.... sangat menyenangkan.

No comments:

Post a Comment