Adui.... susah betul nak amik gambar yang kebanyakkannya, terdiri dari warna biru. Biru Gelap, biru muda, biru laut, biru kehijau-hijauan, biru lip lap lip lap dan segala jenis biru biruan yang lain.
Biasanya, bila amik gambar, tengok pada screen LCD, kita tidak berapa boleh agak gambar itu menarik atau tidak kecuali apabila sudah di masukkan kedalam laptop yang berskrin lebih besar.
Tapi kali ini, dalam skrin kecik pun dah nampak gambar2 yang diambil serba tak kena.
Balik, edit dalam Digital Photo Professional dan editan kali kedua di dalam Photoscape, tidak memberikan beza yang banyak.
Frustasi melantun lantun
Sebenarnya, hari ini, 1st time Junior mengikuti kelas renang. Sebelum ini, usahkan nak ikuti kelas, nak masuk kolam pun dia tak mo. Kalau masuk kolam pun, dia duk berkepit ngan aku.
Teragak-agak juga dia tadi, tapi instructor tu pandai betul bermain dengan psikologi, sampai kan, Junior boleh menggunakan pelampung ke kawasan 5 kaki.
1 Lesson, Junior sudah berani. Agak-agaknya, Lesson ke 18 nanti, ada can tak dia terjun dari platform 15 meter?
|
Tengah berdebar-debar tengok demo dari En Rizal |
|
Brrrrrrrr..... sejuk.... |
|
Korang tengok kat background belakang tu, Green Fipper!!!!!!!! Tetiba aku rindu sama Green Fipper aku. |
|
Kaki tak jejak dasar tu sedara sedari oiiiii....... |
|
Kat rumah tadi, Junior kasi tau aku, masa dia duk berenang-renang tu, dia cakap," kat lantai kolam, banyak habuk"...... aiseh man!!!... org sibuk berenang, dia duk sibuk tengok habuk. |
|
Tunggu turn terjun kat tempat orang dewasa. Kalau dulu, jangan harap la dia nak julur kaki sekali pun. Mungkin sebab awek swimming trunk merah-itam tu kut? Hmmmm... |
|
Oksigen...... oksigen.....oksigen... 1st time Junior mandi kolam, kepala basah semua. |
|
Warghhhhhhhhhhhhhhh..... (sila nyanyi lagu Sweeden's Death Metal) |
No comments:
Post a Comment